CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: KAULAT

Tetamu tak diundang

   Close [Copy link]
Post time 24-11-2011 10:10 PM | Show all posts
Reply 1000# KAULAT


    perghh cheff....citer RnR...alahaaii minggu nie nak holiday nie seramm sehh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-11-2011 10:12 PM | Show all posts
Reply 1002# sofiera

so hati2 kak....kalau nak gi holiday tuuuu..ingat petua2..doa2 yang cheff bagi kat kita ari tu...
aka nak menjengah ke tempat orang tuu...

Harap2 dapat lee pengalaman...nanti bole cite kat sini ...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2011 10:21 PM | Show all posts
Reply  sofiera

so hati2 kak....kalau nak gi holiday tuuuu..ingat petua2..doa2 yang cheff bagi ka ...
KAULAT Post at 24-11-2011 22:12



    Pengalaman2 yg indah3 ler....{:4_189:} {:4_190:} jangan aar takut tauu
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2011 08:42 AM | Show all posts
yes.. ada jugak ceritanya... eh mangkuk tandas kotor pun dia suka ya ..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2011 08:45 AM | Show all posts
Reply  hest


    migrain ar...aku jd takut plak bila baca bab hantu kat sini...pdhal aku nie ag ...
painkiller Post at 24-11-2011 15:56



   mewarisi ilmu apa ye bang pain? ... tapi kalau kuat semangat... dan yakin tak salah kot hest rasa tegur macam tu.. tapi pape pun, pendiding mesti ada.. memang mereka boleh juga baca beberapa surah... tapi bacaan surah yang diorang baca, setahu hest.. salah.. means ada tajwid dan sebutan yang salah...yang dia ikut kita tu pun, kadangkala kerana dia tahu kita baca surah tu salah dan tak yakin... setahu dan sefaham hest la... kot ada pendapat sebetulnya yang lain, itu hest tak tahu.. harap kawan-kawan lain boleh kongsi
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2011 08:47 AM | Show all posts
tak suke berenti kat RNR yg kecik2 rase lain macam.. suram jerkk.. tak mau lahh..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-11-2011 08:54 AM | Show all posts
assalammualaikum semua..sy sje nak tanya minta pendapat.klu semua perasan dlm suratkhabar metro rasanya lepas raya kot ada citer psl sorg lelaki ni yg meninggal accident terbabas selepas hantar awek dia blk umah.mak dia ada citer 2,3 hari sebelum dia meninggal dia selalu ngadu takut sbb ada org follow dia.dia punya takut smpi dia tido dgn mak dia.lepas dia meninggal baru mak dia perasan mkin yg mengekori anak dia tu malaikat maut yg nak amik nyawa anak dia.

korang rasa benda2 @ penampakan yg wujud sebelum @ semasa org meninggal tu mkin ke malaikat maut @ mkin juga syaitan iblis yg nak sesatkan kita?
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2011 09:23 AM | Show all posts
assalammualaikum semua..sy sje nak tanya minta pendapat.klu semua perasan dlm suratkhabar metro rasa ...
masariesya Post at 25-11-2011 08:54



   apa kah itu.. tak tahu lah esya.. tapi sepengetahuan hest la... kita yang bakal menempuh hari itu.. 100 atau 44 hari sebelum.. lupa lak hest... memang hijab di buka... sebab tu ada kita dengar yang buang tabi'at .. agknyele.. wallahualam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2011 09:33 AM | Show all posts
seronok jadi SR, tapi akhirnya tak tahan juga nak join sekali

pasal pad tu,knpa tak flush je k ...
freakyfriday Post at 23-11-2011 18:13


ait... bukan buang pad dlm lubang tandas tu lah yang banyak tandas tersumbat ????
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2011 10:05 AM | Show all posts
arwah adik aku dulu sebelum dia meninggal, dia ada kata kat kawan2 dia, yang dia asyik terserempak dengan org yang rupa diri dia sendiri.. adalah dlm beberapa bulan sebelum tu.. bila dia dah meninggal, kawan2 dia pun citer kat kita org..

dan juga, dia selalu kata yang dia sunyi sangat2 sampai tak tahu mcm mana nak cakap rasa sunyi tu....
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2011 11:09 AM | Show all posts
mkin org yg memg hijabnye di buka mcm chef boleh nmpk penampakan cmtu..yelah kdg2 ada yg peasan dan x perasan.mcm sy ni ada gak pengalaman merasa org yg akan pergi tinggalkan kitani.byk gak la terjadi.

kejadian pertama berlaku masa sy g pemilihan tentera darat di pusasda,port dickson.sepanjang pemilihan selama 2 minggu tu sy perasan sorg rakan sy yg dari kelantan ni.x tau la nape sy kerap tgok dia mcm ada something kat dia.orgnye diam2 je tp tah la sya slalu tgok dia.kami jarang sembang tp bila dia ada tu sy rasa lain.mcm nak tgok je dia mcm dia tu akan pergi tinggalkan kita.dlm hati ckp 'nape la aku asik tgok dia je nih.lain mcm la dia ni".

abis pemilihan tu dia dan sy berjaya utk training sebagai askar kat sana.kami dpt cuti pastu kena lapor blk.bila lapor blk tu perasaan yg sama terjadi bila tengok dia.sy slalu perhati gerak geri dia.dia ni memg jenis pendiam n kdg2 je dia ckp dgn sy.ada 1 hari tu sy nmpk dia happy n dgr dia gelak kuat.masa tu dia ckp dia ada boyfriend kat kelantan.nak dijadikan cerita masa training tu saya injured n kena reject dari latihan.ptg tu dlm kul 6 lebih tetiba sy dengar org mcm gadoh2.tgok kat bawah ni sy nmpk kwn sy tu dok guling2 n marah2 kat jurulatih.kwn2 duk pegang dia abis smua tumbang sbb dia meronta kuat.abis dia maki2 pastu bwk g surau dia mcm ngamuk2 n meronta2 pastu pengsan.bwk g hospital bsr 2 hari pastu meninggal.

sy memg terkejut bsr la sbb sy mcm dh rasa ada bnda nak jd kat dia ni.rupanya dia nak pergi tinggalkan kami.dah la sy selalu tgok dia,pastu nmpk lak kali terakhir dia dok sawan cmtu last2 dpt berita meninggal.smpi skrg sy seriau klu ingt kan blk.

1 lg lak psl arwah sosilawati..sbln sbelum dia meninggal tetiba sy suka tgok dia.abis majalah lama2 tu sy selongkar nak cari artikel psl dia.pdhal sblum ni smpi nak termuntah tgok gmbr n citer psl dia kat majalah.ni tetiba nak tgok muka dia,nak tau info psl..last2 kuar citer dia ilang n meninggal.memg pastu jd seriau la.patut la x puas2 tgok muka dia rupanya dia nak pergi..

mkin yg terjd ni kebetulan,tp bila ada yg nak pergi tu sy mcm leh rasa.sy x pandai nk tgok petanda mcm kening,idung or telinga jatuh la apa..tp klu tetiba sy asik tringatkan org tu n tgok muka dia n feel smcm je tu mkin akan terjd sesuatu kat org tu..wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2011 03:08 PM | Show all posts
Reply 1012# masariesya


    errrrkkkkk.......
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2011 03:25 PM | Show all posts
Reply  masariesya


    errrrkkkkk.......
imanamsyar Post at 25-11-2011 15:08



    tp sy x anggap sy ni ape2 la mkin apa yg jd tu secara kebetulan kan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2011 03:39 PM | Show all posts
tapi kekadang best jgak kan jadi orang yang dapat 'special gift' ni..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2011 04:52 PM | Show all posts
ya ALLAH ya tuhanku...jauhilah daku dari tetamu yang tidak diundang.....terutamanya salesmen...amiiinnnn
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2011 04:54 PM | Show all posts
tp sy x anggap sy ni ape2 la mkin apa yg jd tu secara kebetulan kan.
masariesya Post at 25-11-2011 15:25


masariesya, abis nanti kalo wujud perasaan tu dikalangan ahli keluarga awk camner.....
musti awk tak senang duduk kaannn....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-11-2011 09:50 PM | Show all posts
Reply 1012# masariesya


Assaalammualaikum...
maaf dah malam2 sikit baru free so nak up date sikit yee...
ni adalah antara tanda2nya...

ADA APA PADA SESUDAH ASAR...
         
      
        Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran tau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.  Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.  Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.  Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri  dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah   mati.



TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.   Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.




TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit  yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi Kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya   perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR!!!
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.  Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak.

Saling berpesan2lah sesama kita.....SAMPAIKAN WALAU SATU HURUF….


Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2011 11:19 PM | Show all posts
Reply 982# chefmizan

Salam, gi JB?....kat mana
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2011 11:32 PM | Show all posts
Reply 1002# sofiera

Cuti2 malaysia yer sofie....bestnya.Semoga selamat pergi dan balik dan bergembira sefamili.....{:4_181:}
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2011 12:24 AM | Show all posts
Assalamualaikum...

     Sambungan kisah lemas..

     Malam tu selepas maghrib saya bersiap nak naik ke rumah atas dimana saya rasakan ada penghuni lain kat situ. Anak angkat ibu dan anaknya dah ayah bawa keluar jalan. Masa tu tinggal saya sorang je kat rumah. Naik atas macam biasa bagi salam dan mulakan dengan langkah kanan. Sampai anak tangga last dari hujung anak mata saya nampak bayangan putih tengah berdiri dipintu masuk dari beranda depan. Tegak mengadap keluar rumah. Saya baca ayat Kursi dan Asma ul Husna minta bantuan dari ALLAH..

     Dah naik sepenuhnya keatas saya duduk dikerusi mengadap bilik kelamin saya. Masa tu bayangan tadi dah takde sebab masa nak sampai ke kerusi tu bayangan tadi bergerak masuk bilik saya. Blurr sekejap masa tu tak tau nak watpe,then saya nekad panggil je bayangan tadi keluar. Live depan mata bayangan tu keluar dan menembusi dinding bilik saya ke bilik sebelah. Memang takde perasaan takut cuma terkejut sebab berani sungguh makhluk ni masuk dan membuat onar dalam rumah keluarga saya. Jelas masa tu makhluk ni berpusing2 keliling rumah atas ni seolah-olah macam kepanasan. Saya selawat dan mula bertanya melalui gerak hati kenapa 'dia' datang dan melepak kat sini. Elok je habis soalan saya bunyi seolah-olah 'dia' mengamuk dalam bilik. Menghempas pintu almari,jatuhkan buku-buku,macam-macam sehingga saya rasakan rumah tu bergegar. Saya mula la panas hati. Bangun masuk bilik terus sound 'ko jangan nak main kasar,kang kalau aku berkasar kang sakit boleh!'.. Keadaan dalam bilik masa tu takde apa-apa pun.. Semua barang tersusun rapi seperti sebelumnya.

     'Aku tanya baik-baik,ko jawab la baik-baik.. Apa yang susah sangat?.. Ko kene ingat ko tu menumpang tanpa minta izin.. Jangan sampai aku berkasar,sebab aku tak suka bila ada yang mengganggu keluarga aku'. Terus bayangan tu menjelma betul-betul dekat pintu almari. 'Keturunan ko kacau tempat aku,tempat aku dah musnah. Aku nak cari tempat baru'.. Masa ni memang saya sentap sebab suara garau ya amat. Tapi saya kuatkan semangat sebab niat saya nak keluarkan makhluk ni. Sambil baca surah-surah dalam hati 'aku tak boleh benarkan sebab dalam rumah ni keluarga aku,darah daging aku. Kalau ko nak tempat baru ko cari tempat lain. Kalau tidak aku terpaksa berkeras'. Masa ni makhluk tadi dah berdiri dekat penjuru rumah. Setiap kali saya pandang tepat kearah 'dia' pasti 'dia' akan mengubah kedudukan secara ghaib..

     Saya cuba korek apa sebenarnya yang berlaku kat kawasan orang yang mati lemas tu. Katanya mangsa mengganggu kawasan tempat 'dia' bermain. Kawasan mangsa memancing tu memang banyak ikan. Dan ikan-ikan tu adalah belaan untuk santapan 'dia'. Saya sengeh je la masa tu,malas nak potong 'dia' bercerita. 'Kalau dia(mangsa) kacau tempat ko,apa ko buat?'.. 'Aku buat bagi dia jatuh. Dia ambil barang aku,aku ambil nyawa dia'.. 'Nyawa manusia hanya ALLAH je yang boleh ambil. Ko sape? Apa hak ko nak ambil nyawa anak ADAM umat MUHAMMAD? Ko jin,bukan malaikat maut!.. Aku nak tau macam mana cara ko buat dia jatuh. Ko tolak dia?'.. 'Tak'.. 'Habis tu?'.. Aku lambakkan ikan pada mata kail dia,masa dia sedang leka tu la dia jatuh'.. 'Dia jatuh sebab lemas,bukan sebab ko ambil nyawa dia. Ko ingat aku bodoh?.. Ko ingat dengan cara ko,ko mampu nak sesatkan aku? Aku ada ALLAH. ALLAH segalanya buat aku. ALLAH MAHA MELIHAT LAGI MAHA MENDENGAR'.. Saya terus laungkan takbir sekuat hati. Masa ni saya nampak sedikit demi sedikit makhluk tadi hilang dari pandangan. Alhamdulillah 'dia' dah keluar.

     Saya terus menuju keluar rumah sambil baca YASSIN TUNGGAL dengan niat nak pagar rumah. Dari halaman saya nampak makhluk tadi berdiri dipintu pagar masuk jalan rumah memandang kearah saya. 'Baliklah ketempat dimana ko berasal. Jangan ganggu keturunan aku kalau ko rasa nak selamat'.. Habis pusing keseluruhan rumah saya tak nampak lagi makhluk tadi. Telifon ayah suruh balik cepat. Dalam setengah jam ayah sampai alhamdulillah cucu angkat ibu dah tak menangis bila masuk rumah. Elok je senyum sambil mengagah bila saya usik.. Tengah malam tu saya buat qiamullail dan solat hajat minta keluarga saya dilindungi ALLAH.. Sekali lagi saya pagarkan YASSIN TUNGGAL keliling rumah sehingga subuh. Lepas subuh terus gerak balik ke KL..

     Alhamdulillah lepas pada tu takde gangguan pada penduduk kampung,cuma bila kematian yang mengatakan akibat kencing tikus tu buat saya tak senang duduk. Cuba jugak berusaha dapatkan info dan gambaran sebenar ditempat kejadian tapi malangnya takde yang benar2 pasti.

Wallahualam..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 12:27 AM GMT+8 , Processed in 0.644058 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list