PUTRAJAYA 23 Mei - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, yang juga seorang pendakwah terkenal, berpendapat, sudah tiba masanya satu badan pentauliahan dibentuk bagi memastikan gerakan dakwah di negara ini mengikut landasan yang dikehendaki Islam.
"Setakat ini, ada satu sahaja badan bukan kerajaan (NGO) yang berusaha mengesahkan setiap pendakwah yang dikatakan menerima pendidikan dalam ilmu-ilmu berkaitan Islam mempunyai pentauliahan yang diiktiraf dan diakui.
"Kita tidak mahu sesiapa sahaja boleh mengaku mereka kini 'ustaz' atau 'ustazah' kerana definisi 'ustaz/ustazah' itu memberi makna yang sangat besar dan tinggi iaitu tuan guru, pak guru atau maha guru.
"Apa yang berlaku di kalangan masyarakat kita hari ini ialah semua yang pandai sedikit sebanyak bercakap mengenai Islam dipanggil ustaz/ustazah. Sebab itu, kini berlaku pelakon jadi ustazah, penyanyi jadi ustazah, pemain muzik jadi ustaz dan pelawak pun jadi ustaz," keluhnya dalam ucaptama bagi merasmikan Simposiun Pendakwah Wanita Peringkat Kebangsaan di Masjid Putra di sini hari ini.
Beliau kesal perkembangan tidak sihat ini kian ketara dan beliau risau mengenai hala tuju dan masa depan gerakan dakwah apabila kekeliruan atau "keliruisme" mengenai siapa yang boleh dipanggil 'ustaz/ustazah' ini dibiarkan berlarutan.
"Saya nampak banyak yang bergelar 'ustaz/ustazah' ini bercakap mengenai Islam dari aspek pengalaman yakni akal dan bukan dari aspek kefahaman yakni ilmu.
"Akibatnya masyarakat menjadi keliru kerana pelbagai pendapat serta 'fatwa' dikeluarkan, yang dilihat kini menjadi punca perbalahan serta perpecahan di kalangan orang Islam.
"Pada saya, apa yang berlaku sekarang adalah satu penjenayahan terhadap ilmu-ilmu berkenaan Islam itu sendiri, apabila orang yang tidak ada kredibiliti dan tiada pentauliahan atau akreditasi dibenarkan bercakap mengenai Islam," tegasnya. - UTUSAN ONLINE
inilah yang dibangga oleh umng0k....aku ngah tunggu Majlis Fatwa Kebangsaan keluarkan fatwa perhimpunan nih apa hukumnya...
*Dangdut, K-POP, Rock semua pun ada..*
PUTRAJAYA 23 Mei - Timbalan Menteri di Jabatan ...
along3746 Post at 23-5-2012 18:15
bagus2..pasni kan ade akta baru pulak...org mencurik kite bg die kerja...pastu yg hidup susah blh melacur untuk sara hidup ..ustazah lulusan mana yer yg bg ceramah mcm ni
Ini ada kuliah yang bagus dari ust kazim elias yg neutral utk semua penyokong politik beragama islam dalam CI ni.. tidak mengira UMNO PAS PKR kecuali DAP sebab ketua bukan islam.. dengar betul2 hingga habis..