|
[Tempatan]
VOL. 21 MH370: AL-FATIHAH.. DISAHKAN ENDED STORY DI LAUTAN HINDI
[Copy link]
|
|
gals2 posted on 25-3-2014 01:37 PM 
Soalan ini tidak dpt di jawab.. Semua pun sama mahu jawapan juga
semlm tengok TV sebenarnya incident ini ada 3 soalan,
1. Dimana MH370?...yg ini dah terjawab
2. Angkara siapa?....fasa seterusnya...
3. Kenapa? |
|
|
|
|
|
|
|
santubung posted on 25-3-2014 01:39 PM 
aku sokong yang nih. aku rasa mmg kokpit terbakar. then
flight tu terbang secara auto pilot.
kebetulan habis minyak betul2 kat lautan hindi. mungkin sepanjang 8 jam tu mereka semua sudah mati.
terbang 8 jam dlm "stealth mode" ye , in other words, terbang plg rendah dn dkt dgn laut supaya tak dijejaki radar
|
|
|
|
|
|
|
|
kelana36 posted on 25-3-2014 01:40 PM
kalau ada tech fault... kena landing as soon as possible... bukannya terus terbang berjam jam. se ...
So bkn tech fault la ya...theory apa paling ngam? |
|
|
|
|
|
|
|
Ha_Neul posted on 25-3-2014 01:31 PM 
kalau semua cara nak komunikasi dgn ATC tak jalan?
mustahil mesti ada cara...kecuali purposely or foced not to... |
|
|
|
|
|
|
|
Changa posted on 25-3-2014 01:42 PM
possible tak sis both pilot udah mati at some point sebelum crash itu?
akak tak boleh imagine jik ...
Teori Goodfellow
Assalamualaikum. ..sedikit info ttg MH370..
Siapa Kapten Zaharie dari pandangan Juruterbang berpengalaman luar..
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengesahkan bahawa seseorang telah mematikan alat pengesan radar pesawat MH370 dan melakukan pusingan U.
Ekoran itu, timbul kemungkinan berlaku rampasan dan sebotaj ke atas pesawat tersebut sehingga mendorong kepada siasatan terhadap Kapten Zaharie.
Bagaimanapun, Chris Goodfellow yang berpengalaman 20 tahun sebagai juruterbang mempunyai teori sendiri.
Menurutnya, isu kehilangan pesawat MH370 terlalu dirumitkan sedangkan jawapannya mungkin mudah iaitu berlaku kebakaran di kokpit.
Dalam catatan akaun Google+ miliknya, Goodfellow, sebaik mendengar berita pesawat itu berpatah balik ke arah Selat Melaka dari Laut China Selatan, dia terus memeriksa peta dan mendapati MH370 mungkin menuju lapangan terbang terdakat di Pulau Langkawi selepas berlaku masalah seperti kebakaran dalam kokpit.
"Kunci utama di sini adalah pusingan kiri dibuat pesawat itu. Juruterbang (Kapten Zaharie Ahmad Shah) adalah kapten yang sangat berpengalaman dengan lebih 18,000 jam penerbangan. Mungkin juruterbang lebih muda yang ditemu ramah (agensi berita) CNN tidak sedar mengenai pusingan kiri.
"Kami juruterbang lama dilatih untuk sentiasa tahu di mana lapangan terbang paling dekat ketika terbang untuk perlindungan selamat jika kecemasan."
Menurut Goodfellow lagi, apabila melihat pusingan kiri dibuat oleh pesawat MH370 dan menuju terus ke arah bertentangan, nalurinya memberitahu juruterbang itu mungkin mahu menuju ke lapangan terbang terdekat.
"(Zaharie) sebenarnya mengambil laluan terus di atas laut ke Pulau Langkawi yang tidak mempunyai banyak halangan. Dia tidak kembali ke Kuala Lumpur kerana dia tahu (laluan itu) merentasi gunung (Banjaran Titiwangsa) setinggi 8,000 kaki.
Dia tahu laluan ke Langkawi lebih mudah dan jaraknya lebih dekat."
Goodfellow percaya Zaharie mengambil tindakan betul pada ketika mereka mungkin menghadapi masalah serius yang mendorong kepada tindakan pusingan U untuk menuju ke lapangan terbang terdekat di Pulau Langkawi.
Katanya, terputusnya komunikasi (ACARS) termasuk kesan radar adalah munasabah jika berlaku kebakaran di dalam kokpit.
"Melihat masa kejadian, mungkin berlaku kepanasan melampau pada salah satu tayar hadapan dan ia pecah sebaik pesawat berlepas dan terbakar perlahan-lahan.
"Ya, ini boleh berlaku dengan tayar yang kurang angin. Ingat ini pesawat berat, (dan insiden berlaku) pada malam yang panas dan landasan yang panjang."
Katanya, ada insiden di Nigeria pada 1991 melibatkan Douglas DC-8 yang tayarnya terbakar semasa berlepas menyebabkan asap tebal melemaskan kru dan penumpang.
Katanya, juruterbang memang ada akses kepada topeng oksigen tetapi ia tidak boleh digunakan semasa kebakaran.
Sebaliknya, kebanyakan juruterbang ada penutup muka dengan penapis asap tetapi ia hanya boleh bertahan beberapa minit sahaja.
"Apa yang berlaku adalah (kedua-dua juruterbang) lemas akibat asap dan pengsan, menyebabkan pesawat itu terus terbang menggunakan aplikasi sistem autopilot sehingga sama ada kehabisan minyak atau kebakaran memusnahkan papan kawalan dalam kokpit."
Jika itu benar, kata Goodfellow, Zaharie adalah wira yang bertarung situasi mustahil untuk cuba membawa pesawat itu ke Pulau Langkawi.
"Tiada was-was lagi dalam fikiran saya, itulah sebab mengapa pesawat itu berpusing dan mengambil laluan lurus."
Jika berlaku rampasan atau sabotaj, katanya, ia tidak akan sengaja pusing ke sebelah kiri dan menuju ke arah Pulau Langkawi.
Goodfellow mengakhiri tulisannya dengan kata-kata: "Juruterbang bijak. Cuma tidak mempunyai masa mencukupi."
|
|
|
|
|
|
|
|
Misi SAR: Faktor masa, cabaran bukan halangan
Sumber SINAR HARIAN
25 Mac 2014
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tumpuan kerajaan pada masa kini adalah untuk mencari serpihan rangka serta objek-objek yang berkaitan dengan MH370 di selatan Lautan Hindi.
Beliau berkata, ini bagi mengesahkan tanpa ragu-ragu bahawa pesawat itu telah pun hilang di selatan Lautan Hindi walaupun ia akan mengambil masa yang lama di samping bakal menghadapi cabaran yang sukar.
"Oleh itu, apa yang perlu kita lakukan dalam minggu-minggu dan mungkin bulan-bulan yang akan datang ialah untuk mencari segala serpihan rangka serta objek-objek yang berkaitan dengan pesawat MH370.
"Tidak dapat dinafikan kawasan tersebut amat sukar dan mencabar sekali, ini bererti kita akan menghadapi dugaan dan cabaran yang luar biasa untuk mencari serpihan rangka dan objek-objek pesawat," katanya ketika membentang usul khas tragedi MH370 di Parlimen di sini hari ini.
Najib berkata kerajaan tetap komited untuk meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan itu bagi mengesan kotak hitam pesawat MH370 yang akan memberi jawapan ke atas apa sebenarnya yang berlaku ke atas pesawat malang itu.
Perdana Menteri berkata apa sahaja teori yang dibangkitkan pada masa ini mengenai kehilangan pesawat itu tidak boleh disahkan sehingga kotak hitam yang mengandungi perakam kawalan data dan perakam kawalan suara dijumpai.
"(Nahas) pesawat Air France yang telah berlaku pada satu ketika dahulu memakan masa dua tahun untuk menjumpai kotak hitam apabila pesawat itu diketahui di mana ia terhempas.
"Kali ini, keadaan itu lebih mencabar, walaupun memakan masa yang lama, kerajaan komited untuk meneruskan operasi SAR sehingga dapat mengesan kotak hitam pesawat MH370," katanya.
Najib berkata kerajaan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada badan-badan antarabangsa dan negara-negara asing yang memberi kerjasama baik sekali dalam operasi SAR.
"Apa yang kita saksikan tidak pernah berlaku dalam sejarah penerbangan, saya ucapkan terima kasih kepada badan antarabangsa yang memberi kerjasama begitu baik sekali dan menghargai sokongan dari negara asing dan rakan-rakan kita yang tidak mungkin mereka lakukan tanpa hubungan baik Malaysia dengan negara tersebut," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN |
|
|
|
|
|
|
|

Families outside Malaysian embassy demanding ambassador come out, tell the truth, and return their loved ones #MH370 pic.twitter.com/tzMKVABWE5
"If you have guts to film, come out and film. You busxxxd. Animal." "Malaysian government is rubbish!"
Bottles of water being thrown into embassy compound. small number relatives try to storm the embassy. Held back by police.
Another young man makes a run at the embassy gate. Plain clothes police telling riot police and paramilitary not to use force. #MH370
There's a combustible trifecta of grief, anger & jingoism at work in Beijing. Hope they protect our Embassy. #MH370
sumber:KJ twitter
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Simunggu posted on 25-3-2014 01:44 PM 
mustahil mesti ada cara...kecuali purposely or foced not to...
ok. kita tunggu kotak oren ! 
|
|
|
|
|
|
|
|
poison_paradise posted on 25-3-2014 01:02 PM
Kalau crash dan hancur bsepai..celah mana nk cari mayat n tulang bagai? Apetah lg lautan hindi byk ...
Ade bukti ke crash dan hancur bersepai? Xde kan??? Jgn pndi2 nk buat assumption. Apa salahnya mendoakan yg baik drpd bersangka buruk. Debris pun x jmp lagi kan? How sure u are berkecai???? |
|
|
|
|
|
|
|
Anden posted on 25-3-2014 01:07 PM 
Cerita lebih kurang cuma sy budget US dalang semua ni sbb sorok data radar Deigo Garcia..
sukar nak percaya radar america di diego garcia tiada data tentqng flight mh370......
|
|
|
|
|
|
|
|
Selangor akan buat tahlil malam esok di Masjid Negeri Shah Alam. Yg mana tinggal berhampiran jgn lupa dtg, bukan sekadar pong pang kat forum ja. |
|
|
|
|
|
|
|
Tanggungan perasaan AJ sangat berat
Sarah Nadlin Rohim | Kemas kini: Mac 25, 2014
Ahmad Jauhari Yahya ditenangkan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan - Foto Malaysia Gazette
TRAGEDI kehilangan pesawat MH370 pastinya dugaan paling besar buat Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya. Di dalam pesawat itu ada 12 anak buahnya, manakala 227 lagi adalah penumpang yang menggunakan perkhidmatan penerbangan nasional menuju ke Beijing dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Siapa pun tidak merancang jauh sekali mahu kejadian seperti ini berlaku, namun takdir mengatasi segala-galanya apabila Boeing 777-200ER itu disahkan terhempas di satu lokasi terpencil di tengah-tengah Lautan Hindi.
Sepanjang 16 hari sebelum ini termasuk pada sidang akhbar petang tadi, Ahmad Jauhari kelihatan tenang. Dengan penampilan yang amat ringkas, beliau menjawab setiap soalan wartawan tanpa langsung ada unsur untuk menokok tambah jauh sekali mahu mempolitikkan suasana yang amat tegang itu.
Namun, malam ini, keadaan berubah. Beberapa minit sebelum sidang akhbar bermula, beliau dilihat melangkah longlai sambil menundukkan kepala masuk ke dewan dengan wajah yang amat sugul.
Jika kebiasaannya beliau turut berada di atas pentas, kali ini hanya pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Pengarah Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman serta Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ahmad Jauhari memilih untuk berada di bawah pentas. Sepanjang Najib membacakan kenyataannya, beliau tunduk. Di sebelahnya, Pengerusi MAS, Tan Sri Md Nor Yusof.
Sebaik kenyataan mengesahkan pesawat MH370 terhempas di tengah Lautan Hindi, Ahmad Jauhari kelihatan terlalu sedih. Beliau menangis apabila dipeluk oleh Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan.
Sesungguhnya tanggungan perasaan Ahmad Jauhari sangat berat. Tiada siapa mampu menyelami apa yang dirasainya bak kata pepatah berat mata memandang berat lagi bahu memikul.
Jika kaum keluarga penumpang MH370 kehilangan paling ramai dua ahli dalam tragedi yang menyayat hati itu, Ahmad Jauhari hilang 12 anak buah serentak. Beliau juga kehilangan 227 penumpang selain terpaksa berhadapan dengan suasana yang amat menekan perasaan.
Selami hatinya dan fahami tanggungan Ahmad Jauhari, nilai juga air matanya yang tumpah. --MalaysiaGazette |
|
|
|
|
|
|
|
kes ini sebnrnya baru je bermula  |
|
|
|
|
|
|
|
harithzakuan posted on 25-3-2014 01:37 PM 
tak paham apa cine bukit nak..so u want the truth?u want ur families back? do u realize how selfish ...
tak kisah la diorang tolong sebab ape..kita patut berterima kasih sebab banyak negara yang sudi menolong..diorang tolong pun selepas malaysia minta..nampak di situ negara kita ni tak suka nak cari gaduh ngan negara2 lain..
|
|
|
|
|
|
|
|
ladyrock posted on 25-3-2014 01:18 PM 
ko baru tahu ke Cina bangsa paling jahat...org dah lama tahu dah
Tapi mana boleh survive tanpa undi china kan
|
|
|
|
|
|
|
|
Changa posted on 25-3-2014 09:42 AM 
possible tak sis both pilot udah mati at some point sebelum crash itu?
akak tak boleh imagine jik ...
yes possible. maybe both pilots dah kena bunuh sebab melawan hijacker tu... macam kes tanjung kupang...and then the hijacker tak tau nak navigate, just leave the auto pilot on on southerly heading sampai minyak habis..
|
|
|
|
|
|
|
|
Ha_Neul posted on 25-3-2014 01:46 PM 
ok. kita tunggu kotak oren !
kotak oren itu kotak manggis..engkau nak buat apa....hahahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Anden posted on 25-3-2014 12:53 PM 
MAS yg bg PC cuma suarakan kedddihan mereka terhadap nasib ahli keluraga yg mati..
MAS bg moral ...
Tq anden 4 the info..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|