CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mypleasure

All About New Zealand - Part 5

 Close [Copy link]
Post time 22-10-2015 09:07 PM | Show all posts
Peterpan17 replied at 21-10-2015 08:45 PM
Jucy mmg murah. Aku tgk ramai yg amik Jucy ni bebudak muda muda. Mgkn psl budget tightlah kot.

Boleh tanya pendapat tentang insurance kereta tak? jenis insurance yang macamana yang patut kita ambil bila kita sewa kereta? saya sewa dari shoestring car rental CHC.satu lagi boleh ke kita bawa kereta sewa kita ke jalan2 tak bertar dan ford. ingat nak hiking ke Rob Roy Glacier track kat Wanaka. Jadi boleh ke kita bawa kereta sewa ke arah jalan kampung?

berkenaan beli tiket entrance ke tempat2 pelancungann , tours, dan milford sound, sebenarnya boleh dapat discount dalam 10 ke 15% if group u ramai dan kita email kat diaorang.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2015 09:27 PM | Show all posts
wanacu posted on 22-10-2015 09:07 PM
Boleh tanya pendapat tentang insurance kereta tak? jenis insurance yang macamana yang patut kita a ...

Insurance aku amik yg full. No excess. Dulu yg car rental aku sewa tu charges full cover NZD19 per day. Tp sekurang kurangnya aku blh driving in peace. Cermin kereta pun cover.  Klu amik yg murah tu, byk tak cover. Psl insurance ni elok ko discuss dgn tuan punya car rental utk lebih faham. Mgkn budget ko tak masuk ke mcm mana. Bergantung pd korang sendirilah.

Klu kereta yg ko amik tu jenis compact, ada setengah kawasan agak risky utk ko bawa. Contohnya kat Glenorchy, klu area2 yg jln batu batu kerikil keta ko jenis ala ala stok kancil bg aku baik jgn masuk. Kami amik yg sedan Nissan so of course lasak sikitlah.

Psl entrance fee tu kami pergi berdua je so takdelah applicable nak dpt discount.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2015 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Korang. Nak tanya
2adult+ 2toddlers (5yo+3yo) +1infant(9mo)
Better sewa campervan/motorhomes or kereta+motel?
Gigih la nak pi jalan kaaaannn
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2015 08:47 PM | Show all posts
jawa-ian replied at 24-10-2015 09:23 AM
Korang. Nak tanya
2adult+ 2toddlers (5yo+3yo) +1infant(9mo)
Better sewa campervan/motorhomes or ke ...

naik jer campervan paling convenience untuk family.....bagi aku kereta leceh kalau ada anak kecil...nak kena duk kat baby seat sepanjang masa...kalau campervan bolehlah lepak atas katil sambil watching kartun...aman skit nak drive...heheh


Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2015 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Penah Ada sesape duduk holiday homes Tak? Ala2 home stay Kat Malaysia. Nampak Ada yang harga lebih Murah Dari duk hotel. And good review
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2015 09:15 AM | Show all posts
ija2608 replied at 25-10-2015 08:30 PM
Penah Ada sesape duduk holiday homes Tak? Ala2 home stay Kat Malaysia. Nampak Ada yang harga lebih M ...

Ko maksudkan www.airbnb.com ke?? Klu itu mmg lbh murah. Tp aku tak suka amik bnb psl most of the time lokasi agak jauh dr CBD walaupun bukan semua. So still preferably hotel/hostel. Mgkn yg ada family lain storylah kot. Kita org berdua je.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-10-2015 12:00 PM | Show all posts
andaluceia replied at 24-10-2015 08:47 PM
naik jer campervan paling convenience untuk family.....bagi aku kereta leceh kalau ada anak kecil. ...

so at the time campervan/motorhomes tu bergerak, its ok la depa tak dok carseat?
sbb ada 3 carseat kena install ni. fening juga mikirkan campervan/motorhomes yang muat/sesuai..

Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2015 03:54 PM | Show all posts
Salam semua..

Baru balik dari NZ dua hari lepas. Taktau nak kata apa. Best gila. Sampai skang macam terasa berada kat sana. Teringat-ingat. Beautiful landscapes. Friendly people. Ok ni itenary dan summary sepanjan trip 15 hari kat sana.

Day 1 : KL - Melbourne (Emirates B777)
Day 2 : Melbourne - Auckland (Emirates - A380) - Matamata (sewa kereta). Menginap di Tower Road Motel
Day 3 : Matamata - The Hobbiton Movie Set Tour - Agrodome Farm Show & Tour - Rotorua. Menginap di Rotorua Top 10 Holiday Park
Day 4 : Rotorua - Huka Falls - Hamilton - Auckland - fly to Christchurch (JetStar). Menginap di Christchurch Top 10 Holiday Park
Day 5 : Christchurch - Geraldine - Lake Tekapo - Lake Pukaki - Aoraki/Mt Cook National Park. Menginap di YHA Mt Cook.
Day 6 : Mt Cook - Twizel - Elephant Rocks (tempat Narnia) - Oamaru - Moeraki - Dunedin. Menginap di Leith Valley Holiday Park.
Day 7 : Dunedin - Nugget Point Lighthouse - Purakaunui Falls - Invercargill - Te Anau. Menginap di Te Anau Top 10 Holiday Park
Day 8 : Te Anau - Milford Sound (cruise kul 9.15am dgn Jucy Cruize) - Te Anau - Queenstown. Menginap di Queenstown Shotover Top 10 Holiday Park.
Day 9 : Queenstown - Glenorchy - Queenstown. Masih menginap di Queenstown.
Day 10 : Queenstown - Arrowtown - Queenstown. Ride Kawarau Jet dan lain2.
Day 11 : Queenstown - Wanaka - Fox Glacier. Menginap di Fox Glacier Top 10 Holiday Park.
Day 12 : Fox Glacier - Franz Josef Glacier - Hokitika - Greymouth - Arthur's Pass - Castle Hill - Christchurch. Menginap di Amber Kiwi Holiday Park.
Day 13 : Jalan2 bandar Christchurch. Fly back to Auckland (JetStar). Menginap di Base Backpackers, Queen St, Auckland.
Day 14 : Jalan2 sekitar Auckland. Kul 6.50pm fly back to Melbourne. Tiba di Melbourne jam 9pm. Fly ke KL jam 3.35am.
Day 15 : Tiba di KLIA jam 8.30am.


Summary :-

North Island
1. Matamata adalah sebuah pekan yg menarik. Berbaloi untuk menginap satu malam sebelum ke Hobbiton esok pagi.
2. The Hobbiton Movie Set tour adalah sangat sangat sangat berbaloi untuk semua golongan manusia. Tu pendapat aku lah.
3. Agrodome Farm Show, bagi aku ok kalau tak gi pun takpe. Tapi Farm Tour wajib pegi. Boleh bagi makan kambing dan lembu ternakan, bergambar sambil pegang kambing semua. Tapi kalau amik dua2 show & tour, combo price $62. Murah drpd ambil satu-satu.
4. Rotorua sebuah bandar yg biasa2 saja bagi aku.
5. Redwoods park di Rotorua juga menarik. Pokok2 redwood pine yg besar2.
6. Kalau ada masa, boleh berkunjung ke Huka Falls, satu jam dari Rotorua. Bagi aku, kalau next time aku ke NZ, aku tak perlu gi Huka Falls dah. Nothing much. Sekali gi je cukup.
7. Hamilton. Bandar yg lagi besar drpd Rotorua. Aku just singgah nak lunch kat Centre Place dia je. Makan Kebab on Queen.
8. Oh ya, aku sewa kereta dengan Jucy di North Island selama 48 hours. Kereta Nissan Tiida/Latio. Kereta ni ringan sangat bila drive kat highway steering mcm ke kiri dan ke kanan. Angin kuat. Next time aku mungkin nak elak sewa kereta ni. Cuma minyak memang jimat. Total spent on petrol adalah $70 sahaja untuk perjalanan sepanjang 700km seperti itenary yg disebutkan di atas.


South Island
9. Christchurch - Geraldine. Tak sempat nak gi museum dia. Bandar yg menarik juga.
10. Lake Tekapo. Personally yg cantiknya cuma Church of Good Shepperd tu je. Tapi masa aku gi tu langit mendung je. Nothing much here.
11. Lake Pukaki. Pun nothing much. Cuma view Lake Pukaki ni lagi menarik drpd Lake Tekapo.
12. Aoraki/Mt Cook National Park. SUPERB VIEW. Tu je aku dapat gambarkan. Memang wajib gi Mt Cook nih. Especially trekking di Hooker Valley Track. Lepas trekking 60 - 90 minit, view yang disaksikan cantik gilaaaaa. Aku menginap di YHA Mt Cook sebab paling murah kat situ.
13. Breakfast kat Twizel. Nothing much juga.
14. Singgah di Elephant Rocks, tempat penggambaran filem Narnia. Seronok ambil gambar kat sini. Dengan langit biru, semua gambar cantik. Aku spend masa kat sini dlm sejam je.
15. Moeraki Boulders. Frankly speaking, kalau korang datang time laut tengah surut, nothing much here. Melainkan kalau datang time laut tengah pasang, dengan kamera DSLR set kepada low shutter mode, gambar memang menarik gila.
16. Dunedin. Very English town. Rasa mcm kat UK plak. Aku sempat gi Dunedin Railway Station dan Tunnel Beach. Perjalanan ke Tunnel Beach tu mengambil masa selama 45 minit drpd carpark. 45 minit tu menurun bukit. Bila nak ke carpark, hamik kau, mendaki bukit selama 45 minit balik. Hahaha.
17. Nugget Point Lighthouse . Aku gi sini semata-mata nak snap gambar je. Tapi langit kurang biru. Kira cukup syarat je. View sangat menarik kalau sunrise dan sunset.
18. Purakaunui Falls. Air Terjun bertingkat yang aku ingatkan besar, rupanya kecik je. Tapi sangat cantik.
19. Invercargill. Bandar besar. Laluan kami untuk ke Te Anau. Lunch di sini je. Takde gi mana2 pun.
20. Te Anau. Tempat persinggahan untuk ke Milford Sound. Takde benda sangat. Lagipun drpd Invercargill sampai la ke Te Anau ni hujan je tak henti-henti. Sampai la ke esok pagi.
21. Milford Sound. Perjalanan ke Milford Sound selama 2 jam sangat superb. Tapi disebabkan hujan je sepanjang malam, jalan ditutup sejak jam 9 malam sampai 8.15 pagi. Aku yg pertama sampai di bahagian jalan yg tutup tu. So tunggu la dalam sejam, pastu 8.15 pagi baru buka. Nasib baik sempat naik first cruise at 9.15am. Milford Sound memang sangat superb. Taktau nak kata apa. Memang wajib pergi. Tapi aku rekemen kalau nak gi, baik amik cruise dalam kul 12pm ke atas, lebih cantik. Perjalanan balik ke Te Anau lagi menarik, terutamanya bila mendaki sebelum masuk Hommer Tunnel. Fuhhh..
22. Queenstown. Aku dok 3 malam di sini. Tu pun rasa macam tak cukup. Gi Glenorchy, Arrowtown, ride Kawarau Jet, Skyline Gondola & Luge dan lain2. Memang betul orang kata, kalau nak beli souvenir, the cheapest is at DF Souvenir Queenstown. Kalau korang gi memana sblm gi Queenstown, tahan dulu nafsu shopping tu. Tunggu di Queenstown baru beli. Dan juga kalau nak beli barangan All Blacks, pun beli kat DF Souvenir. Tapi masa aku nak balik KL, rupanya airport Auckland lagi murah barangan All Blacks. Huhuhu...
23. Queenstown ni aku dok kat Shotover Top 10 Holiday Park. Dalam 5-6km from central Queenstown. Memang jauh gak la tapi parking banyak dan free. Queenstown ni sebenarnya parking masalah gak walaupun non-peak. Ada yg 30 minit je bleh park, ada yg 120 minit. Tapi aku dah jumpa underground parking (Wilson) kat bawah Queenstown Mall, max per day $10. So kitorang park je situ bila ada aktiviti.
24. Queenstown - Wanaka. On the way ke Wanaka, singgah Cardrona Hotel untuk snap gambar. Tu je. Tapi perjalanan guna Crown Range Road memang cantik drpd guna jalan Cromwell yg lagi jauh untuk ke Wanaka. Wanaka aku singgah Puzzling World untuk snap gambar je. Macam tak berbaloi je masuk. Cumanya fun untuk families with kids. Lunch di depan tasik Wanaka, ada kedai Turkish Delights. Besar gila kebab dan burger. Harga pun ok je.
25. Wanaka - Fox Glacier. Perjalanan ni mengambil masa lebih kurang 3 jam. Lalu Mount Aspiring dan Hasst Pass. Bila lalu jalan ni teringat Malaysia. Fox Glacier takde benda kecuali glacier tu je.
26. Fox Glacier - Greymouth. Perjalanan yg biasa. Greymouth pun takde benda. Sebenarnya aku dah book di Greymouth Top 10 Holiday park, dah bayar dah pun, tapi kitorang decide untuk proceed terus ke Christchurch sebab Greymouth tu mcm takde benda. Patutnya kitorang ke Punakaiki untuk tgk Pancake Rocks tapi mcm malas. Hahaha.
27. Greymouth - Christchurch. Melalui Arthur's Pass. Menarik gila view. Singgah di Castle Rocks, batu2 mcm elephant rocks. Menarik amik gambar.
28. Christchurch. Kami beli chocolate whittakers banyak2 di Pak n Save. Murah gila. $3.50 je dlm RM10 untuk 250gm bar. Kami dok di Amber Kiwi holiday park, lagi murah drpd Top 10. $80 dapat bilik yg ada toilet sekali dan perkakas untuk memasak. Kitchen pun sebelah bilik je. Esoknya kami ingat nak gi Akaroa tapi masing2 penat nak drive. So takde rezeki nak gi Akaroa. Lagipun flight ke Auckland 8pm. Di Christchurch kami gi Restart Mall dan sekitarnya je. Pastu gi DressSmart Outlet.
29. Auckland. Kami tiba di Base Backpackers Auckland jam 11 malam. Ramai gila orang. Tetiba jadi sesak mata. Since kami lapar, lepas check in terus gi cari makan di sepanjang Queen St tu. Nasib baik kebab buka sampai kul 1 pagi. Esoknya kami jalan2 sekitar CBD dan gi Sky Tower. Auckland ni mcm kotor je. Aku dah jadi tak suka dgn Auckland dah. Flight balik kul kul 6.50pm. So by 2pm kitorang dah bergerak ke airport sebab boring punya pasal. Oh ya, kitorang pergi balik airport guna Discount Taxi je. $35 - $40 sehala. Kalau naik bas, nak sampai pun sejam dan harga $16 per person.


Tips :-
1. Pengajaran dan pengalaman drpd trip ni, West Coast TAK PAYAH PERGI pun takpe. Boring weh. Patutnya aku stay lagi kat Queenstown dan terus gi Christchurch.

2. Sebagai first timer, memang kita akan berhati-hati dengan buat booking awal2 untuk tempat tinggal. Tapi bila aku gi sana, aku rasa mcm terikat dengan segala hotel bookings. Lagipun non peak ni, penginapan jangan risau. Sentiasa ada kosong. Cuma di Mt Cook tu, kena booking awal2 sebab yg murah2 selalu penuh. Next time aku rasa kalau aku gi NZ, aku akan booking tempat2 yg penuh je supaya aku ada kebebasan untuk ke mana-mana.

3. Untuk aktiviti di Queenstown, guna website www.bookme.co.nz untuk bayar segala aktiviti yg ada di Queenstown. Walaupun takde semuanya tapi yg popular selalunya ada dan jauh lebih murah drpd beli direct. Boleh juga beli di ejen2 aktiviti di bandar Queenstown tu.

4. Untuk segala cenderahati/souvenir, beli di DF Souvenir, Queenstown Mall. Kecuali kalau takde kat situ, beli je kat tempat lain. Kedai souvenir banyak gila di Queenstown. DF Souvenir ni sangat senang untuk cari. You won't miss it.

5. Aku rasa kalau next time aku gi NZ, aku akan terus ke Queenstown dari Melbourne/Sydney dan bermalam di Queenstown selama 5 hari 4 malam. Sebab dari situ boleh ke mana-mana.

6. Milford sound adalah wajib untuk pergi. Tak perlu rasa ragu-ragu. Kalau boleh gi cruise lepas kul 12pm. Aku naik Jucy Cruise. Biasa2 je tapi deck besar dan tak ramai. Next time nak naik Mitre Peak or Milford Cruise or Real Journeys.

7. Mt Cook National Park wajib pegi. Aku rasa perjalanan ke Mt Cook ni la paling aku banyak stop untuk amik gambar. Pastu trekking di Hooker Valley tu memang sangat superb view sana. Cuma di sini tiada supermarket, kalau nak beli pun beli di kaunter reception tempat tinggal tu je. Make sure korang dah beli siap2 makanan dan masak di situ. Restoran yg ada pun kat hotel2 kot.

8. Petrol di bandar lagi murah berbanding dgn remote town. Make sure isi siap2 kalau nak jimat. Tapi kalau takleh buat apa, isi je.

Total distance travelled in KM : 3,300km (700km kat North Island, 2,600km kat South Island)
Total petrol : NZD$230 je untuk 3300km tu. Aku bila tank separuh je, terus aku isi penuh.

Ok nanti aku update lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2015 06:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Korang, nk tnye ar sbb kat page depan tu mcm xde plak info psl ni. Utk driving license kita yg skang ni still kena wat translation ke kat jpj? I mean dulu kan license yg laminate tu mang xde in english lansung tp yg baru ni yg mcm mykad tu ada dah malay+english..ke tak cukup gak tu still kena wat translation gak? Tq
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2015 08:58 AM | Show all posts
SueAnna replied at 27-10-2015 06:40 AM
Korang, nk tnye ar sbb kat page depan tu mcm xde plak info psl ni. Utk driving license kita yg skang ...

Lesen yg baru ni dah cukup memadai untuk bawak ke NZ. Tak perlu translate. Baru je gi sana last week.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2015 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
jawa-ian replied at 26-10-2015 12:00 PM
so at the time campervan/motorhomes tu bergerak, its ok la depa tak dok carseat?
sbb ada 3 carsea ...

tumpang jwb..klu campervan in motion wajib duk carseat..klu x kena tahan polis alhamdulillah tp klu kena tahan siap sedia utk kena saman..xde kompromi..
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2015 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
silverbullet replied at 27-10-2015 08:58 AM
Lesen yg baru ni dah cukup memadai untuk bawak ke NZ. Tak perlu translate. Baru je gi sana last we ...

Orait tq xyah g jpj hehe so car rental co tu pon ok je la ye ngan lesen kita yg skang tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2015 04:47 PM | Show all posts
SueAnna replied at 27-10-2015 03:57 PM
Orait tq xyah g jpj hehe so car rental co tu pon ok je la ye ngan lesen kita yg skang tu

a'ah..car rental pun ok je dgn lesen baru nih. Asalkan ada english cukup.

bila gi?
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2015 04:55 PM | Show all posts
silverbullet replied at 26-10-2015 03:54 PM
Salam semua..

Baru balik dari NZ dua hari lepas. Taktau nak kata apa. Best gila. Sampai skang mac ...

wow bestnyer. Aku pun suka track hoker valley tu. Tapi terpaksa skip sbb ada anak umur 7 thn. takut dia tak larat.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2015 05:54 PM | Show all posts
yoei replied at 27-10-2015 04:55 PM
wow bestnyer. Aku pun suka track hoker valley tu. Tapi terpaksa skip sbb ada anak umur 7 thn. taku ...

Very easy track. Ada part mendaki tapi takde la mendaki je memanjang..hehe

Kalau nak gi track tu make sure gi belah pagi..lagi cantik.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2015 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
silverbullet replied at 27-10-2015 04:47 PM
a'ah..car rental pun ok je dgn lesen baru nih. Asalkan ada english cukup.

bila gi?

Inshaallah 11 nov ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2015 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
silverbullet replied at 26-10-2015 03:54 PM
Salam semua..

Baru balik dari NZ dua hari lepas. Taktau nak kata apa. Best gila. Sampai skang mac ...

Beb yg duit petrol tu serius nzd230 jek for 3,300km? Wowww less byk dari yg kitaorg budget kitaorg pon kira2 around 3,000km gak nnti kitaorg akan drive
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2015 11:38 PM | Show all posts
SueAnna replied at 27-10-2015 07:57 PM
Beb yg duit petrol tu serius nzd230 jek for 3,300km? Wowww less byk dari yg kitaorg budget kitaorg ...

Aku dah 2x gi NZ. Mmg kagum giler dgn minyak derang. Begitu jauh kami berjalan, tp petrol mmg jimat. Aku tak pasti keta derang guna atau jenis minyak yg jimat.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 09:18 AM | Show all posts
SueAnna replied at 27-10-2015 07:57 PM
Beb yg duit petrol tu serius nzd230 jek for 3,300km? Wowww less byk dari yg kitaorg budget kitaorg ...

A'ah...terkejut jugak masa tu. Kitorang amalkan isi penuh bila dah almost half tank.
Lagipun kereta kitorang satu tu 1500cc..lagi satu 1800cc...berdua je..tu yg jimat kot.
Kalau naik caravan/motorhome tatau la camna..

Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2015 09:19 AM | Show all posts
papehal pun aku nak repeat lagi NZ ni. Kali ni nak bawak the whole family. Maybe in another 2-3 years.

Next trip nak ke europe dulu..InsyaAllah kalau ada rezeki..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 05:34 AM GMT+8 , Processed in 0.441505 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list