CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mrs_salvatore

Pengalaman Seorang Pegawai Penyelamat Hutan di USA (ceduk dari reddit)

  [Copy link]
Post time 13-5-2022 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 10-5-2022 08:12 AM
Eh lupe pulak nak wish selamat hari raya kepada korang semua. Maaf zahir batin kalau ada tersalah ka ...

Selamat hari raya TT..tq atas semua cerita2 yg dikongsikan di sini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-5-2022 10:33 AM | Show all posts
lady_bonia replied at 12-5-2022 03:30 PM
Selamat hari raya TT  
balik raya mana je TT?

selamat hari raya jugak uols. tak balik mana pun balik kampung nenek kt kuala kubu bharu je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2022 04:44 PM | Show all posts
Jenayah atau...?
Semasa aku masih di sekolah dulu, aku pernah menghadiri sebuah kem di utara Kanada.  Kem ni istimewa sikit sebab ianya terletak di sebuah kawasan tasik berpulau-pulau dan aktiviti utama kem ni adalah naik kayak.  Kem ni pun ada sejarah yang panjang, ianya mula diterokai sejak 100 tahun lebih yang lalu.  Awal-awalnya dulu, tempat ni dipenuhi dengan orang First Nation dari suku kaum Cree dan Ojibwe, diorang ni banyak tawarkan perkhidmatan kepada orang luar untuk jadi penunjuk arah di kem ni.  Pada awal 1910an, ada seorang penunjuk arah berkahwin dan dia bawak sekali isteri dia berpindah ke tempat ni.  Dia bina sebuah kabin kecil di salah sebuah pulau kecil yang agak terpencil sikit untuk dijadikan rumah kelamin mereka.

Di kawasan tasik tu memang banyak kabin-kabin lain dan tasik tu sendiri merupakan laluan pemerdagangan bulu haiwan.  Musim sejuk pertama memang seronok untuk pengantin baru ni sebab mereka suami isteri tak boleh kemana-mana duduk dalam kabin je, tapi masuk je musim panas, si suami dah mula sibuk jadi penunjuk arah. Musim luruh dan bunga pulak si suami akan pergi memburu dan menangkap haiwan liar sampai berminggu-minggu tinggalkan isterinya yang masih muda sorang diri di kabin mereka.  Adakalanya si suami kalau balik pun cuma sekejap je setakat nak tinggalkan bekalan makanan untuk si isteri lepas tu keluar balik untuk berburu.

Di satu hari di musim luruh si suami ni baliklah rumah kejap, si suami menemui si isteri tu dalam keadaan hilang akal.  Si isteri tiba-tiba mengamuk pada sang suami sampai akhirnya si isteri menetak kepala suaminya dengan sebilah kapak. Si isteri kemudiannya jadi gila, dia bertelanjang bulat dan menjerit-jerit di persisiran pulau kecil tu sampai menarik perhatian orang lain.  Orang ramai pun datanglah ke situ nak selamatkan si isteri, masa tulah jugak diorang terjumpa mayat si suami yang dah terbelah kepalanya.  Si isteri kemudian dimasukkan ke rumah orang gila (asylum) dan tak lama lepas tu si isteri pun mati...

Berpuluh-puluh tahun kemudian, pada hujung 1990an di hujung musim luruh, sepasang suami isteri melancong ke tempat tu.  Mereka berdua mengembara menaiki kanu mengelilingi kawasan tasik tu apabila tiba-tiba je mereka dilanda ribut.  Mereka terpaksa mendarat di sebuah pulau kecil.  Di situ mereka cuba nak mendirikan khemah tapi sebab angin kuat sangat sampai khemah pun terbang.  Jalan punya jalan sekali tu diorang terjumpa pulak sebuah rumah buruk ni.  Rumah tu macam dah ditinggalkan bertahun-tahun tapi masih boleh dijadikan tempat berlindung.  Jadi mereka pun ambil keputusan nak bermalam je kat rumah buruk tu..



Keesokan harinya, si isteri ditemui telanjang bulat menaiki kanu sambil menjerit-jerit meminta tolong di pesisiran pulau tu. Nasib baiklah ada pengunjung lain ternampak, diorang pun selamatkanlah si isteri tu.  Tapi si suami pulak tak tau kat mana.  Diorang cuba jugak tanya si isteri tu mana laki dia, tapi si isteri tu tak boleh dipujuk langsung.  Dia nampak macam bercelaru bercampur sedih.  Bila si isteri tenang skit barulah die citer yang malam tu masa si laki bini ni tengah tidur, tiba-tiba muncul seorang lelaki Orang Asli kepala pecah cuba nak cabul dia.  Si suami bergelut dengan lelaki Orang Asli tu, si isteri sempat melepaskan diri tapi dia dikejar pulak dengan seorang wanita Orang Asli sampai dia terpaksa naik kanu tu.  Si isteri cuba nak balik ke darat nak selamatkan laki dia tapi setiap kali dia jejak kaki ke tanah nanti wanita Orang Asli tu muncul jugak macam tau-tau je die kat situ.  Sampai sudah si isteri tak tau suami dia dah pegi mana

Satu misi pencarian dijalankan.  Si suami akhirnya ditemui.... tapi dalam keadaan mayat.  Mayat suaminya terbujur kaku dalam rumah tinggal tu tapi separuh kepalanya dah pecah macam ditetak.  Sampai sekarang tiada siapa tau siapakah pembunuh si suami....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2022 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah, ade cerita baru lagi.. Semoga TT sentiasa diberikan kesihatan diri yang baik dan kelapangan untuk update banyak lagi cerita baru.. MILLION THANKS TT
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2022 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 22-5-2022 06:04 PM

Jiranku Bekas Renjer Hutan

Jiran aku dulu bekas renjer hutan dan pernah bertugas di beberapa taman negara di Amerika.  Masa aku kenal dia dia dah tua dan dah bersara, nama pun orang tua kan jadi dia ni suka bersembang. Sembang punya sembang tu dia sempatlah kongsi 2 cerita misteri masa dia bekerja dulu. Biarlah aku panggil dia Joe je.

Pada satu malam yang cerah bulan mengambang, suhu nyaman serendah 75 darjah Fahrenheit (kalau kat Malaysia 24 darjah Celcius), Joe diberi tugas malam tu untuk membuat rondaan di salah sebuah taman negara di Pergunungan Appalachian.  Ni memang tugasan rutin Joe, sebelum ni Joe tak pernah pun jumpa benda pelik-pelik jadi malam tu malam yang biasa je bagi Joe.  Setelah 30 minit meronda dalam hutan seorang diri, Joe pun dah penat, dia pun berehat menyandar pada sebatang pokok.  Tap! Tap! Joe merasakan macam ada air menitik atas bahu dia.  Joe sangkakan ah ni agaknye dia kene kencing ngan haiwan kecil yang tinggal atas pokok kot jadi dia pun biarkan jelah. Tapi air tu baunya hanyir bukan hancing.  Joe pun lap bahu dia dan dia terperasan, eh kenapa air ni melekit-lekit?

Perlahan-lahan Joe naikkan lampu suluh dan menyuluh ke atas pokok tu.  Rupa-rupanya ada bangkai rusa yang masih segar tersangkut atas pokok tu.  Terkejut gilalah Joe.  Yang agak mengerikan tu, bangkai tu tersangkut dengan elok pada ketinggian 100 kaki dari tanah!  Pokok tu memang tinggi, tapi 20 kaki terbawah pokok tu takde ranting pun.  Jadi haiwan liar apa yang boleh panjat pokok tu siap bawak beban seekor rusa dewasa?  Melainkan kalau haiwan tu boleh melompat sampai 20 kaki.  

Aku ada jugak pertikaikan cerita Joe ni, agaknya tu sarang singa gunung kot, tapi Joe beriya menafikan sebab kawasan tu bukan habitat singa gunung.  Lagipun tak pernah ada orang buat laporan penampakan singa gunung. Singa gunung pun bukannya boleh panjat pokok setinggi macam tu.

Ok tu kisah pertama.  Kisah kedua ni diceritakan sengaja tidak sengaja oleh Joe (masa tu Joe macam mabuk sikit).  Kisah ni berlaku semasa Joe melancong di Taman Negara New River Gorge di West Virginia.  Taman ni memang luas kira-kira 65,000 ekar, dalam taman ni jugak ada jambatan ketiga tertinggi di USA, banyak gunung untuk didaki dan pelbagai laluan rentas hutan yang boleh dipilih.  Bagi sape-sape yang dah biasa masuk hutan diorang mesti boleh beza laluan manusia dengan laluan-laluan lain macam jalan untuk basikal, jalan yang haiwan selalu lalu dan selalunya laluan-laluan macam ni sebelah je ngan manusia tapi berjarak sikitlah.

Walaupun Joe tak bekerja di taman ni tapi dia sukakan taman negara ni sebab kelebihan-kelebihannya yang aku sebut tadi.  Pada satu hujung minggu tu, macam biasa Joe saja masuk dalam taman negara tu, dia bercadang nak ikut satu laluan yang dia tak pernah masuk lagi.  Masa tengah berjalan tu, dia terperasan di sebelah laluan tu dia macam nampak eh ada kesan tapak kaki rusa kecil.  Joe rasa macam hari tu dia nak mencabar diri dia sendiri jadi dia pun ambil keputusan, hhmmm aku nak ikutlah rusa ni agaknya kemana dia pegi ye.

Jadi Joe pun ikutlah tapak kaki rusa tu.  Dah nama pun laluan haiwan kan jadi laluan tu memang agak sempit dan susah nak ikut tak macam laluan manusia.  Sebab takut tak jumpa jalan pulang, Joe pun patah-patahkan ranting kayu kecil dan cucuk di tepi laluan tu sebagai tanda.  Jalan punya jalan, adalah dalam 2 batu dia berjalan, masa ni dia tak perasan sangat persekitaran dia sebab dok tunduk bawah cari tapak kaki rusa tu, rupanya rusa tu membawa dia ke satu bangunan buruk.  Bangunan tu bukan kabin biasa, sebab luasnya Joe anggarkan dalam 2000 kaki persegi la jugak.  Joe tak rasa pelik sangat sebab dalam taman negara tu memang ada penempatan orang dulu-dulu yang dah lama ditinggalkan, tapi yang Joe rasa tak sedap hati tu, kenapa ada satu bangunan tu je kat tengah hutan tu? Takkan kat tepi-tepi ni takde rumah lain kan?  Tapi sebab masa tu hari dah makin gelap, tengah hutan tebal, Joe husnozon mungkin rumah-rumah lain dah ditutup semak samun kot.  


Bunyi macam klise cerita seram jumpa kabin tengah hutan kan?  Jadi ape yang Joe buat? Dia pergi jenguk jugak bangunan tu.  Dia berjalan mengelilingi bangunan bentuk 4 segi tu.  Dari pemerhatian Joe, dari jauh memanglah nampak buruk tapi bila dah dekat sebenarnya bangunan tu nampak kukuh lagi, takde pokok-pokok menjalar pun.  Tingkapnya masih tertutup rapat, bumbungnya pun takde lubang sana-sini, dindingnya pun bersih dari kulat-kulat pastu tak berlubang-lubang dek kayu reput.  Joe mengintai melalui tingkap, dalam bangunan tu rupanya macam sebuah gereja.

Joe cuba nak bukak pintu gereja tu, eh tak berkunci.  Yelah dalam hutan kan watpe nak kunci.  Joe pun masuk ke dalam dan berjalan sampai ke hujung bangunan tu.  Macam gereja biasa, tapi kosong takde kerusi panjang. Cuma ada altar dan atas altar tu ada sebuah buku.  Dalam bangunan tu pun ada banyak perhiasan tapi Joe kata perhiasan-perhiasan yang tergantung tu bukan Kristian punya.  

Joe pun saja naik ke altar, atas altar tu diletakkan serambi macam orang nak baca khutbah tu.  Joe pun selak-selak la buku tu. Joe ingatkan ni Bible, tapi eh kenapa buku ni ditulis dalam bahasa asing?  Yang buat Joe rasa seram sejuk tu, dalam buku tu ada ilustrasi pelik-pelik. Merinding bulu roma Joe bila ternampak gambar seram dalam buku tu.  Masa ni lah baru Joe terperasan, bangunan ni bersih, lantainya macam dah disapu je tapi ada sampah kecil sana sini, maksudnya sebelum dia masuk sini mesti ada orang dah guna bangunan ni?

Joe pun taknak fikir dah, dia dah rasa paranoid dan diperhatikan, dia pun berlari keluar ikut tanda yang dia cucuk atas tanah tadi sampailah dia jumpa balik laluan manusia tadi….

Aku tanya jugak Joe kenapa dia tak amek gambar buku dan bangunan tu? Joe kata dia rasa seram sangat dah memang tak sempat.  Tapi Joe sempat jugak mengaku, mungkin dia sebenarnya yang penakut, sebab selalunya gereja atau tempat ibadat ni dibina lebih baik dari rumah biasa, jadi mungkin gereja yang dia nampak tu tahan lama je walaupun tak digunakan. Atas asbab tu jugak Joe taknak laporkan kewujudan bangunan tu pada pihak taman negara New River Gorge.

Tapi, kalau korang nampak bangunan tu, jangan lupa ye amek gambar jadi kenang-kenangan…..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2022 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah, ade cerita baru lagi..
TERBAIK la TT.. MILLION THANKS
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-5-2022 09:50 AM | Show all posts
terbaik TT
good job
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2022 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 26-5-2022 11:49 PM

Pengalaman Aku Pemandu Uber

Aku bekerja sambilan sebagai pemandu Uber dan Lyft dah masuk 2 tahun dah, dan cerita yang aku nak kongsi ni bagi aku merupakan sebuah kisah sedih bercampur seram sikit.



Malam tu aku dapat pesanan untuk mengambil penumpang di sebuah bar yang letaknya di pinggir bandar tempat aku tinggal.  Aku ingat lagi masa aku tengah tunggu dalam kereta aku di tepi jalan tu, aku nampak ada 4 orang berjalan bersama-sama sambil bergelak ketawa menuju ke kereta aku.  Salah seorang tu nampak paling berusia diantara mereka, yang lagi tiga orang tu nampak macam muda lagi.  Salah seorang daripada mereka masuk lambat sikit sebab nak habiskan hisap rokok, jadi aku sempatlah cam muka masing-masing.  Yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan adalah lelaki berbangsa Irish pertengahan umur, dia yang paling tua dalam kumpulan tu,  di belakang pula adalah 2 lelaki Hispanic yang aku rasa umur mereka sudah lewat 20an, dan di tengah-tengah lelaki Hispanic tadi adalah seorang lelaki yang aku rasa berketurunan Dominican Republic camtulah.  Dia ni nampak paling muda, aku rasa macam belum masuk 20 tahun pun.  Dia bermata coklat gelap dengan kulit sawo matang dan berambut pendek macam tentera tu, pastu pakai tshirt besbol lengan pendek warna merah, dan yang paling menarik perhatian aku adalah lelaki tu pakai kalung salib yang diperbuat dari kayu.

Aku pun hidupkan enjin dan mulakan perjalanan ke destinasi yang dipilih.  Sepanjang perjalanan tu aku perasan yang budak lelaki pakai kalung salib kayu tu senyap je, sedangkan ketiga-tiga kawannya yang lain rancak berbual.  Dari perbualan mereka tu aku nampak diorang ni memang sangat rapat sebab masing-masing saling menganjing antara satu sama lain tapi sorang pun tak kecik hati.  Lelaki berkalung salib kayu tu cuma senyum je, dia langsung tak masuk campur perbualan kawan-kawan dia yang lain.

Akhirnya kami pun sampai ke destinasi kami, iaitu sebuah hotel.  Sebelum nak turunkan mereka, aku saja bukak lampu dalaman kereta, ni memang wajib aku buat setiap kali nak turunkan penumpang supaya senang nak periksa kot-kotla penumpang aku tertinggal barang ke.  Bila aku bukak je lampu, aik eh mana pegi lelaki muda yang duduk kat tengah belakang tadi? Tiba-tiba je takde.  Padahal kitorang bukak pintu kereta pun belum.  Aku tergamam seketika,  lelaki 2 orang yang duduk kat belakang tu keluar dulu.  Tinggallah aku dan lelaki Irish di sebelah aku tu.  Masa dia tengah bukak dompet nak keluarkan duit tu, aku tanyalah dia, eh mana kawan korang lagi sorang tu?

Lelaki Irish tu tanya aku balik, kawan yang mana ni? Eh, geng kamu tadi bukan ke ada 4 orang? Giliran lelaki Irish itu pulak yang terpinga-pinga. “Eh mana ada, kitorang bertiga jelah dari tadi”.  Lelaki Irish tu gelakkan aku, dia ingatkan aku ni yang dah mabuk kot.  Tapi agaknya sebab dia nampak muka aku macam serius je, dia pun tanyalah aku rupa lelaki nombor 4 yang aku nampak tu camne? Aku pun ceritalah apa yang aku nampak, bila aku cakap lelaki nombor 4 tu pakai kalung salib kayu, riak wajah lelaki Irish tu terus berubah.  

Muka lelaki Irish yang asalnya ceria tu bertukar jadi macam sedih pulak.  “Saya rasa saya kenal siapa dia tu bang”.  Oh ye ke? Sapekah dia? “Sebenarnya, itu mendiang kawan saya, kami satu geng.  Kami memang rancang dah sama-sama nak datang ke bandar ni, tapi mendiang meninggal dunia tiba-tiba sebab kemalangan kereta”.  Aku tengok muka lelaki Irish tu macam nak nangis la pulak. “Tapi kami teruskan jugak percutian ni sebab kami dan rancang lama dah.  Kami rasa mendiang pun taknak kami batalkan percutian ni sebab dia”.  Aku dah tak tau nak cakap apa sebab aku pun terkejut.  Lelaki Irish tu bayar tambang Uber tu pastu dia pun pergi dapatkan kawan-kawan dia dengan wajah yang sugul.

Malam tu aku terus balik rumah tak tunggu penumpang dah.  Sepanjang malam aku tak dapat tidur mengenangkan apa yang terjadi dalam kereta aku tadi.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-5-2022 01:52 PM | Show all posts
Lelaki Misteri

Ada satu tahun tu, aku dan geng-geng aku pegi berkhemah di Kearney, Ontario.  Kami memang selalu berkhemah kat sini jadi kami dah biasa dah dengan tempat ni.  Kami akan mendirikan khemah kami dalam bentuk bulatan jadi setiap khemah akan menghadap satu sama lain.  Kat tengah-tengah bulatan tu pulak kami akan hidupkan unggun api.  



Sebenarnya dalam geng-geng ni ada kaki 'high', kekadang masa berkhemah ni ada yang bawak ganja, pastu ada pulak aktiviti minum-minum masa berkhemah tu.  Kekadang aku ada jugak terikut diorang ni cucuk bintang tapi tak selalu la hehehe.

Malam pertama kami di situ, ada seorang lelaki yang tidak dikenali tiba-tiba je muncul kat situ.  Lelaki tu memperkenalkan diri dia sebagai apa ntah, aku pun tak ingat.  Dia kata dia ni seorang tentera, tapi dia amek cuti panjang semata-mata nak mengembara ke sana ke sini tapi style macam ni lah, tidur dalam khemah je.  Dia cakap dia nak tumpang tidur kat kem kami tu sebab hari dah lewat sangat dan dia tak sempat nak cari kayu api.  Kitorang pun ok jelah no hal sebab kami pun ramai kan.  Mamat ni siap hulur duit lagi kat sorang kawan aku ni sebagai balasan sebab kitorang ada kongsi makanan sikit ngan dia.  

Malam tu agak lewatlah jugak kami masuk tidur sebab semua orang asyik bersembang je.  Pastu sorang demi sorang mintak undur diri nak masuk dalam khemah nak tidur, termasuklah aku. Aku rasa aku orang kedua atau ketiga yang masuk tidur kiranya aku antara yang tidur awal la.  Tapi dalam pukul 4 pagi tu aku terjaga sebab terdengar ada orang masih berbual di luar dan ada orang tengah campak kayu api ke dalam unggun api tu.  Aku pun saja intai dari dalam khemah, rupa-rupanya mamat tu masih ada kat luar tapi dia bercakap sorang diri je.

Tapi sebab aku pun sebelum masuk tidur tu aku adelah amek shroom skit nak kasi khayal, jadi otak aku pun masih ringan dan badan terlampau relaks, aku rasa macam ah malaslah aku nak kacau mamat tu.  Lantaklah mamat tu nak cakap sorang-sorang pun, aku sendiri pun bani tenang jugak.  Jadi aku pun baring semula dan sambung tidur.

Esok paginya aku bangun pagi macam biasa, tapi pagi tu agak kecoh sikitla sebab mamat tu dah takde.  Mulanya kami sangkakan mamat tu dah pegi mana ntah tapi yang jadi kecoh tu adalah, kenapa mamat tu boleh pegi tanpa tinggalkan apa-apa kesan.  Kitorang mula berbincang pasal mamat tu, sebab malam tadi kami yakin kami nampak mamat tu tidur dalam beg tidur bersebelahan khemah kami ni.  Kesan tapak kaki mamat tu pun takde, takde sampah, takde sisa makanan.  

Dari perbincangan kami tu, kami yakin mamat tu tak tidur sepanjang malam tadi, sebab orang terakhir masuk tidur masuk pada 3.30 pagi, aku terbangun jam 4 pagi, pastu orang paling awal bangun pukul 6 pagi dan dia nilah yang perasan mamat tu dah takde.  Maksudnya mamat tu dalam jangka masa 2 jam tu dah kemas-kemas dan beredar dari situ termasuklah menghilangkan jejak dan tapak kaki dia. Kalau difikirkan kenapa dia perlu hilang jejak sampai macam tu sekali?  Kitorang semua dah rasa macam seriau sebab macam tak percaya mamat malam tadi tu betul-betul wujud ke? Kalau kitorang semua khayal takkan nampak benda yang sama?

Tapi kekecohan tu cuma setakat pagi tu je, kami teruskan perkhemahan kami dengan penuh riang ria sampai terlupa terus dah kewujudan lelaki tu.  4-5 tahun kemudian, aku tengah tengok televisyen apabila berita melaporkan tentang seorang penjenayah lelaki.  Lelaki tu terlibat dalam banyak jenayah termasuklah rogol dan bunuh.  Wajah penjenayah tu turut dipaparkan dalam berita tu.  Sekali imbas tu aku dapat cam lelaki tu.  Eh ni kan lelaki yang kejap ada kejap takde macam chipsmore yang aku jumpa 4-5 tahun lepas tu???  Aku rasa aku memang tak salah orang sebab walaupun aku jumpa dia sekejap je malam tu tapi aku cepat tangkap kat mana dan bila aku nampak dia.

Apapun aku tak berani la nak cakap adakah lelaki itu dan penjenayah tu orang yang sama sebab nama pun aku dah tak ingat, tapi rasa seram tu tetap ada. Nasib baiklah mamat tu cuma setakat cakap sorang-sorang je, kalau ditikamnya kitorang...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2022 10:42 AM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 30-5-2022 10:44 AM

Legenda Hantu Ibu dan Anak Di Delhi Cantonment

Aku seorang rakyat India, kat India ni ada satu citer urban legend pasal hantu mak dan anak di satu kawasan yang dipanggil Delhi Cantonment.  Citer ni memang famous amos kat sini.  Bergantung pada sapa penceritanya, tapi citer tu macam ginilah.  Suatu ketika dulu, ada seorang ibu bawak anak dia lintas jalan di malam hari, tetiba pasangan anak beranak ni kena langgar. ada yang kata kena langgar dengan lorilah, dengan keretalah, dengan motosikal pun ada, tapi yang pastinya kemalangan tu memang teruk sampai anak yang dikendong si mak tu tercampak ke tepi jalan.  Si mak ni masih hidup lagi tapi dalam nazak-nazak tu, si emak sempat merangkak nak dapatkan anak dia.  Malangnya si anak tu dah meninggal dunia dah pun, dan si mak pun menghembuskan nafas terakhirnya di sisi mayat anaknya.  Sejak tu, tular di kalangan penduduk yang katanya roh si ibu dan anak dah menghantui tempat tu.  Dikatakan bermula jam 11 malam ke atas akan bermulanya gangguan-gangguan mistik kat situ.



Antara yang pernah diganggu di situ adalah pakcik kawan aku ni.  Kite panggil die Uncle Raju jelah dalam citer ni

Pada satu malam, Uncle Raju balik dari keje lalu jalan tu naik skuter dia.  Di pertengahan jalan tu, dia nampak ada seorang wanita mengangkat tangan isyarat nak tumpang.  Uncle Raju pun berhentilah, perempuan tu mintak tolong hantarkan dia kat satu kejiranan ni. Uncle Raju pun setujulah.  Tapi belum sampai ke kejiranan tu, perempuan tadi tu mintak Uncle Raju berhentikan dia di satu kawasan ni.  Uncle Raju tak fikir apa pun, dia pun turunkan jelah perempuan tu, lepas tu ucap selamat tinggal dan Uncle Raju pun teruskan perjalanan dia.

Tengah syok layan angin malam atas skuter tu, sekali lagi Uncle Raju nampak ada perempuan di hadapan tahan dia. Tapi perempuan tu pakai sari, Uncle Raju tak berapa nampak muka perempuan tu sebab ditutup dengan kain sari.  Sekali lagi perempuan ni (tak pasti perempuan tadi atau tidak) mintak tumpang dan Uncle Raju pun bawak jelah. Tapi macam tadi jugak perempuan tu mintak diturunkan kat tempat yang entah kat mana entah.  Lepas Uncle Raju tinggalkan perempuan tulah si Uncle Raju ni dah rasa lain macam skit, seram sejuk pun ye.  Uncle Raju ada rasa macam tak sedap hati tapi lelaki kan diorang bukan hiraukan sangat perasaan macam tu.

Sekali lagi, Uncle Raju nampak di hadapan ada perempuan pakai sari muka ditutup kain nak tahan dia.  Sebijik macam perempuan tadi.  Alamak... pastu barulah Uncle Raju teringat citer hantu mak dan anak yang popular kat tempat tu.  Uncle Raju pun apa lagi, dia pun buat-buatlah tak perasan perempuan tu dan dia pun terus jelah jalan ke depan.  Masa ni Uncle Raju dah pulas minyak dah nak cepat-cepat keluar dari situ.  Beberapa minit kemudian, dari kerlingan mata Uncle Raju dia macam nampak ada sesuatu berada di tepi kiri dia. Dia pun perlahan-lahan menoleh dan rupanya.....eh ada perempuan pakai sari tadi tengah tersenyum lebar kat dia.  Perempuan tu macam tengah melayang seiring dengan skuter Uncle Raju tu.  Uncle Raju punyalah terkejut dia pun pulaslah minyak dia sampai cecah kelajuan maksimum, 100km/j la jugak tapi perempuan tu masih boleh ikut dia.  Uncle Raju akhirnya terbabas tepi jalan dan terus pengsan...

Esok paginya, kebetulan ada seorang penduduk situ tengah amek angin pagi, masa tu dah 5.30 pagi, matahari pun dah nak naik, penduduk tu ternampak Uncle Raju terbaring tepi jalan dengan skuternya sekali.  Penduduk tu pun selamatkan Uncle Raju, dan bawak Uncle Raju pergi hospital.  Nasib baiklah Uncle Raju ni takde kecederaan serius sangat, tapi yang misterinya, ada kesan gigitan di peha dan betis Uncle Raju.  Kesan gigitan tu tak konsisten dengan kecederaan jatuh motor, jadi mana datangnya kesan gigitan tu.

Sejak tu Uncle Raju dah tak lalu dah jalan tu. Dia siap pesan kat kitorang takyah la lalu jalan tu malam-malam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2022 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
tq tt...bg 3 crta best skli gus...
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2022 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Kisah2 seram tt tak pernah mengecewakan kitorg.
Me time baca kisah dari tt..
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2022 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Tqtqtq tt ..selalu tunggu cerita tt..
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2022 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 30-5-2022 10:42 AM
Legenda Hantu Ibu dan Anak Di Delhi Cantonment

Aku seorang rakyat India, kat India ni ada satu cite ...

Uish
..kesan gigitan tu ntah2 tikus ka atau binatang lain mai gigit..sbb dah jatuh situ pengsan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2022 06:16 PM | Show all posts
Mana Perginya Andre?

Semasa aku di usia remaja, aku penah ikut satu ekspedisi pengakap di sebuah taman yang memang dikhaskan untuk aktiviti pengakap ni.  Ayah aku merupakan salah seorang guru pengakap masa tu, jadi aku pun ajaklah jugak kawan-kawan aku yang lain untuk turut serta dalam program tu.  Dalam ramai-ramai budak yang menyertai program pengakap ni, yang paling muda adalah Andre.  Kitorang ni tak berapa kenal Andre sebab dia ni dari sekolah lain, Andre ni penyegan sikit orang mungkin sebab dia paling muda, tapi dia ok je.  Andre ni mudah malu tersipu-sipu, memang budak comel la tak buas macam kami yang lain.

Di penghujung program ni, malam tu kami saja ajak Andre jom kita tidur kat luar kawasan kem.  Cuma kita-kita je tanpa ditemani ayah dan penyelia dewasa yang lain.  Kami naik bot merentasi tasik untuk sampai ke satu pulau kecil ni, pastu kami pun merentas hutan berjam-jam sampailah kami jumpa tapak yang sesuai untuk kami melepak.  Aku ingat lagi hari siang tu memang panas sungguh, yang abang aku pulak pegi bantai pakai jaket sebab nak nampak bergayalah kononnya.  Kami jumpa satu tempat ni macam tebing di tepi tasik tu, tempat tu memang sangat menarik sebab korang boleh terjun dari tebing tu terus masuk dalam tasik.  Dengan hari yang panas dan air tasik yang sejuk, memang amat menyegarkan.   Seharian kami mandi-manda dalam tasik tu, dah masuk petang kami pun masak makan malam, baring-baring pulak dan tanpa disedari kami terlelap di bawah kilauan bintang-bintang malam tu.  Kami memang tak bawak khemah tapi kami bawak beg tidur masing-masing sebab pulau tu selamat dari haiwan pemangsa.

Sekitar pukul 4.30 pagi, kawan aku Sean kejutkan aku.  "Wei mana Andre?", tu benda pertama yang Sean tanya aku.  Aku jawablah Andre pegi kencing kot, kitorang pun tunggulah dalam 5 minit tu, tapi Andre tak muncul-muncul pun.  Kitorang dah risau dah ni, kitorang pun pegilah tengok kat semak-semak panggil Andre, tapi sahutan kami tidak berjawab.  Jalan-jalan punya jalan, kitorang ternampak pulak beg tidur Andre di daratan bawah tebing tempat kami terjun tadi.  Masa nilah kepanikan melanda kami.  Sean cepat-cepat berlari turun tebing tu bila nampak beg tidur Andre, tapi Andre takde kat situ.

Aku pun kejutkan kawan-kawan aku yang lain.  Abang aku pulak tak larat nak bangun, sebab panas sangat petang tadi dia kena strok haba.  Terpaksalah aku yang jadi ketua kumpulan nak cari Andre.  Kitorang pun berpecah dan mula masuk hutan nak carik Andre.  Panggil-panggil pun tak menyahut, salah seorang daripada kami siap tiup wisel lagi.  Kami dah makin jauh berjalan ke dalam hutan tu sambil jerit nama Andre dan tiup wisel.  Dah makin ketengah tu, aku macam terdengar sesuatu yang sayup je bunyinya.  Aku pun berhenti sebentar dan cuba nak amati mana datangnya bunyi tu.  Bila diamati tu bunyi budak menangis.  Aku pun sepantas kilat berlari ke arah suara budak menangis tu.  Habis semak samun duri ranting aku redah jugak, sampai tak sedar muka aku kene pukul dengan juntaian ranting pokok.

Bunyi tu membawa aku ke satu kawasan lapang ni. Kat situlah aku jumpa Andre tengah menangis, dan hanya pakai boxer dan baju tshirt.  Andre tengah meneleku di atas satu batang buruk ni.  Hati aku dah lega sangat tapi Andre dah menggeletar ketakutan dengan muka merah sebab menangis.  Aku pun dapatkan Andre dan aku pun bawaklah Andre balik ke tempat kami tadi.



Bila hari dah siang, kami pun baliklah ke kem kami.  Kitorang pun jumpa Andre, kitorang tanya apa yang berlaku malam tu? Andre cakap, dia pun tak tau.  Cuma bila dia sedar dia dah terbaring sorang-sorang kat tempat tu.  Dengan gelap dan sejuknya.  Andre punyalah takut dia tak berani nak gerak mana-mana dan duduk kat situ je.  Aku tak dapat bayangkan, mesti takut gila kan kalau jadi Andre.  Yang lagi misteri tu, Andre cakap jam dia macam diset semula jadi dia pun tak tau masa tu dah pukul berapa. Dia cuma mampu berpeluk tubuh dah menangis je.  

Kami semua bersangka baik, mungkin Andre ni tidur sambil berjalan.  Andre kata dia tak pernah pun tidur sambil berjalan ni, tapi dia tak menafikan mungkin itu yang terjadi malam tu. Tapiii.... yang hairannya kenapa di tubuh Andre tu langsung takde calar pun, padahal jalan nak ke tempat aku jumpa dia tu memang penuh semak samun.  Nak kata ada jalan lain aku rasa tak sebab tempat tu memang lari jauh dari laluan trek kami siang tadi.  Sampai sekarang aku tertanya-tanya apa terjadi dengan Andre sebenarnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2022 03:14 AM | Show all posts
mrs_salvatore replied at 10-6-2022 06:16 PM
Mana Perginya Andre?

Semasa aku di usia remaja, aku penah ikut satu ekspedisi pengakap di sebuah ta ...

nak lagi nak lagiiii...  hehehe...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-6-2022 05:45 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 17-6-2022 12:00 PM

Jin Di Bawah Pokok Ara

Hello. Namaku Sinan.  AKu merupakan seorang wartawan di Turki, dan hobi aku adalah mengkaji perkara-perkara paranormal, jadinya aku banyak kumpul kisah-kisah macam ni dari pembaca artikel aku.  Cerita yang aku nak kongsi ni adalah salah satu peristiwa yang dialami oleh seorang pembaca ni dan dia mintak agar cerita dia ini diterbitkan untuk tatapan korang semua.

'Namaku Dilaver, aku duduk di sebuah kampung di Zonguldak.  Semasa aku masih kecil, aku selalu ikut mak aku berkumpul ramai-ramai dengan makcik-makcik lain kat kampung tu, dengar diorang membawang.  Makcik-makcik kat situ pun ada jugak berkongsi pasal kisah-kisah seram yang diorang alami sendiri, lepas tu seram pulak nak balik rumah sendiri.  Aku sekadar mendengar je tak menyampuk pun.  Kampung aku ni agak terpencil dan terbiar jugak sebab lokasinya di kawasan pergunungan, dan kampung ni pun dah agak lama jugak wujudnya.  Boleh dikatakan kampung aku ni memang terletak di cerun gunung tu, takde jalan yang tegak pun.  Jalan-jalan kat situ menaik je lepas tu lampu jalan pun takde.  Kampung ni memang kampung tradisional sebab kat bahagian bawah kampung ni kat pintu masuk tu ada kilang kecil tempat mak-mak mengisar jagung untuk dijadikan tepung.  Kat keliling kilang pengisar tu ada banyak  pokok ara dan pokok ceri renek.



Pada satu hari tu, subuh-subuh buta tu mak aku bawak aku pegi ke tempat pengisar tu.  Waktu tu masih lagi gelap tapi dekat-dekat nak masuk subuh la.  Aku pun perati jelah mak aku kisar jagung tu, tetiba eh aku rasa macam nak kencing pulak.  Mak aku tengah ralit kisar jagung, aku pun taknaklah kacau mak aku jadi aku pun senyap-senyap pegi bawah pokok ara tu dan pegi pancut kat situ (aku ni lelaki ye).  Dah selesai menunaikan hajat aku pun masuk balik ke kilang tu.  Mak aku kata dia nak pegi amek jagung lagi kat rumah, jadi mak aku arahkan aku duduk je kat situ diam-diam sementara tunggu mak aku datang balik ke situ.  Jadi tinggallah aku sorang-sorang kat situ.

Aku tak pastilah samada ni mainan perasaan je ke, tapi masa aku sorang diri tu, aku terdengar macam ada orang panggil aku kat luar tu.  "Hey! Hey!".  Tak panggil nama tapi panggil gitu-gitu je.  Bila aku tak menyahut, tiba-tiba, krrrriiiieeeekkkkk... pintu kilang tu terbuka sendiri.  Aku berdiri di luar sekejap nak tengok eh sapa pulak yang pegi bukak pintu ni, ada orang ke kat luar tadi?  Kat luar tu memang gelap dan satu-satunya cahaya yang ada adalah limpahan cahaya lampu dalam kilang tu.  Masa tulah aku perasan macam ada bayang-bayang orang kat bawah pokok ara tu...  Entah macam mana dalam hati aku boleh terlintas, "eh harap-harap tu bukan jin".

Aku sendiri pun dah rasa seram dengan pemikiran aku tu, aku pun tutup balik pintu tu dan masuk balik ke kilang tu.  Kali ni, pintu tu terbukak sekali lagi, tapi terbukak dengan kasar macam orang tengah marah.  Terperanjat gila aku.  Aku dah tak berani nak duduk situ jadi aku pun ikutlah naluri aku dan terus berlari keluar dari kilang tu.  Niat aku nak balik rumah je, tapi aku ternampak di hadapan aku dan dikeliling kilang tu ada banyak lembaga hitam!  Aku dah rasa takut sangat tak berani dah nak pergi mana-mana, jadi aku pun patah balik masuk dalam kilang tu, peluk lutut dan tutup muka sambil menangis dan berdoa.  Sampaikan aku tak perasan yang mak aku dah sampai, bila mak aku sentuh aku, aku jadi histeria menjerit-jerit pastu aku cengkam mak aku sampai badan mak aku lebam-lebam.  Bergelut jugaklah mak aku nak bawak aku balik ke rumah.

Bila aku dah sampai rumah, dikelilingi ayah dan ahli keluarga aku yang lain, barulah aku rasa tenang sikit.  Tapi aku tak mampu nak berterus-terang dengan diorang tentang apa yang aku nampak kat kilang tu.  Pada hari-hari yang mendatang, aku cuba nak lupakan bayang-bayang tu, alah nama pun bayang-bayang kan, tapi bayang-bayang tu macam taknak lepaskan aku.... Setiap malam aku meracau sebab aku rasa macam ada seseorang tengah cekik aku masa aku tidur tu.  Tapi bila aku tidur amek wudhu aku takde lah pulak kene kacau.  Apepun, ahli keluarga aku mula perasan dengan keanehan aku ni jadi diorang pun bawaklah aku pegi jumpa tok imam.

Masa nilah baru aku cerita pada tok imam peristiwa di kilang tu.  Tapi tok imam cakap, tu cuma gangguan psikologi je, sebab aku kecik lagi. Budak kecik memang imaginasi diorang agak aktif sikit, kata tok imam akulah.  Keluarga aku masih tak berpuas hati, jadi diorang bawak pulak aku jumpa sorang tok guru, atau kat Turki ni, diorang panggil hodja.  Tok guru ni kepakaran dia adalah gangguan jin dan santau-santau.

Aku ingat lagi, hodja tu letak semangkuk air depan aku lepas tu dia suruh aku tengok dalam mangkuk tu aku nampak apa.  Sumpah, memang aku nampak lembaga hitam tu.  Hodja tu pun buatkan aku satu tangkal, kat sini kitorang panggil vefk.  Hodja tu pesan kat aku, jangan sesekali tanggalkan vefk tu, sebab vefk tu fungsinya untuk halau jin yang ikut aku tu.  Jin tu tak boleh nak apa-apakan aku selagi aku pegang tangkal tu.  "Tapi awas ye nak, kalau vefk ni hilang, jin tu akan datang ganggu kamu lagi, dan kemungkinan sampai boleh cederakan kamu sebab benda tu dah berdendam dengan kamu".

Sejak tu, aku tak pernah tanggalkan vefk tu. Kemana-mana pun aku akan bawak vefk tu.  Dan sejak tu kehidupan aku aman damai tenang tanpa gangguan. Tapi masalahnya, beberapa hari yang lalu, vefk tu dah hilang. Aku tak tau nak buat apa..."


Malangnya sampai takat tu je si pembaca ni berkongsi cerita dia dengan aku.  Sejak tu aku pun dah tak dengar khabar berita dari dia lagi...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 15-6-2022 05:45 PM
Jin Di Bawah Pokok Ara

Hello. Namaku Sinan.  AKu merupakan seorang wartawan di Turki, dan hobi aku  ...

Ala...bru syok2 baca ending tergantung....open ending
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2022 04:21 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 16-6-2022 04:27 PM

Kisah Dari Turki - Cin Deresi

Hi semua.  Kalau korang masih ingat, namaku Sinan seorang wartawan dari Turki.  Kali ni aku kembali lagi dengan sebuah pengalaman seorang pembaca aku yang mintak aku terbitkan semula cerita dia untuk bacaan korang semua.  

"Namaku Hasan.  Kejadian ni berlaku lama dah, pada tahun 1986 dulu.  Masa tu aku tinggal di sebuah kampung yang sangat terceruk dan belum terkena tempias kemodenan lagi.  Kampung aku ni dahle elektrik tak masuk, jalan raya pun takde.  Bandar terdekat untuk penduduk kampung aku ni beli barang keperluan masa tu adalah di Bandar Elazig.  Nak ke bandar tu, penduduk kampung terpaksa berjalan kaki sejauh 2-3 km untuk sampai ke simpang masuk lebuhraya, pastu kena naik kereta sapu tapi kereta sapu ni cuma ada sampai pukul 4.30 pagi je.  Tu pun kitorang cuma boleh jalan-jalan kat bandar tu sampai tengahari sebab kereta sapu tu akan bawak kitorang balik ke simpang tu pada waktu tengahari.  Kalau terlepas kereta sapu ni pandai-pandailah korang cari jalan nak balik sendiri.

Di antara kampung nak ke simpang tu, kena lalu sebuah anak sungai dulu. Anak sungai ni namanya Cin Deresi, dalam bahasa Turki maksudnya Anak Sungai Syaitan (Demon Creek).  Mesti korang tertanya kan eh apsal ekstrem sangat nama Anak Sungai ni?  Sebab kat lembah ni katanya ada ramai orang kampung dah kena kacau.  Tak sangka la pulak pada hari tu aku pulak yang jadi mangsa Anak Sungai Syaitan tu.

Pada hari kejadian, aku bersama-sama dengan dua orang rakanku bertolak dari kampung kami jam 3.00 pagi semata-mata nak sampai ke simpang jalan tu sebelum pukul 4.30 pagi.  Jalan yang kitorang kena lalu ni memang sempit muat-muat untuk sorang je jalan.  Yang jalan paling depan adalah Kemal, aku pulak yang terbelakang sekali. Entah kenapa, keadaan malam tu agak suram sikit. Gelap tu memang yelah baru pukul 3.00 pagi kan, tapi suasana malam tu lain macam sikit.  Aku rasa bukan aku je sorang rasa macam tu, yang lain pun macam tu jugak sebab kitorang masing-masing sambil berjalan sambil hisap rokok pastu adalah sembang-sembang sikit tapi sembang nak sedapkan hati dan perasaan je.  

Perbualan kami terberhenti apabila kitorang dah sampai ke jalan masuk ke anak sungai tu.  Dahle malam tu gelap takde anak bulan, pastu senyap sunyi je.  Kemal yang kat depan sekali tu tiba-tiba brek mengejut sampai kitorang pun terlanggar dia.  "Apahal ko ni Kemal?"  "Wei aku nampak ada anjing hitam kat tepi jalan tu dok tunggu perati kita je".  



Aku dah mula cuak dah bila Kemal cakap macam tu, aku pun tak berani nak pandang ke arah yang dia tunjuk tu.  Tapi aku wat lek wat kool jelah, "alah tu agaknya anjing orang kampung kot.  Anjing jinak sebab tu dia tak kacau kita".  Padahal aku pun dah dup dap dup dap dah sebenarnya.  Kawan-kawan aku lagilah gementar, kami pun bacalah Bismillah sebelum nak sambung berjalan lagi.  Lepas je kitorang ucap Basmallah tu, anjing hitam tu terus bangun dan berjalan balik masuk ke semak.  Kali ni kitorang lagilah terpinga-pinga dan rasa lagi pelik dengan kelakuan anjing tu, tapi kitorang tak tunggu lama kitorang pun cepat-cepatlah berjalan.

Baru seminit dua berjalan, tiba-tiba Kemal brek mengejut lagi.  "Wei Hasan anjing tadi lagilah".  Kali ni anjing tu dah standby 2-3 meter depan kami.  Lagi sekali kami pun ucap Basmallah dan anjing tu pun masuk semak balik.  Kali ni masing-masing dah tak boleh nak sorok rasa takut, tapi aku cuba tenangkan mereka, aku cakap tu anjing orang bela takde niat nak kacau kita pun, mungkin dia nampak kitorang ni jalan dia pun nak ikut jugak.  "Wei Hasan, kita patah balik jelah.  Aku rasa tak sedap hatilah".  Tapi aku tak setuju, "eh mana boleh. Kita dah nak sampai dah ni.  Rugilah dah jalan jauh-jauh nak kene patah balik".  Pastu dengan berat hati kitorang pun teruskan berjalan.

Kali ni, dalam 3 ke 5 minit jugaklah berjalan,  Kemal brek mengejut lagi! Tapi kali ni yang menghalang kami bukannya anjing hitam, tapi seekor kambing hitam yang sangat besar sampai menghadang jalan kami.  Kali ni aku pun tak tau nak cakap apa lagi dah selain dari baca Basmallah, habis je bacaan Bismillah tu kambing hitam tu tiba-tiba ghaib!  Kawan-kawan aku semua nak lari balik, tapi aku tahan diorang tak kasi balik.  Sebaliknya aku pulak sukarela nak gantikan tempat Kemal berjalan paling depan sekali.  Sambil berjalan tu sambil berzikir sebab masa tu memang dah tak jauh mana dah nak sampai ke simpang.

Kat depan aku ni ada selekoh tajam masuk kiri, lepas selekoh tulah baru masuk Anak Sungai Syaitan tu.  Apa yang kitorang nampak lepas kami lalu selekoh tajam tulah sesuatu yang tak dapat kami lupakan sampai hari ni.  Kitorang nampak lembaga serba putih tengah terawang-awang di atas anak sungai, lembaga putih tu telus dan mengeluarkan cahaya yang sangat terang, mukanya kurang jelas sebab benda tu terbang agak tinggi tapi kitorang boleh nampak kaki dan tangannya macam terawang-awang.  Bila benda tu nampak kami je, benda tu terus menjerit dan mengilai-ngilai.  Kitorang bertiga terkejut sampai terjatuh atas tanah, kitorang cuba nak lari tapi kaki masing-masing macam dah terkaku akibat terlalu takut.  Kawan-kawan aku ada yang cuba mengucap baca hafazan ayat Quran sampai tunggang terbalik.  Aku sempatlah tarik sorang kawan aku tu balik ke arah selekoh tajam tadi, lepas kitorang sampai situ je, benda tu pun dah hilang dari pandangan mata kitorang, bunyi mengilai tadi bertukar dari hilaian ketawa seorang perempuan, tapi bunyinya sangat menakutkan.  

Kitorang berlari sekuat-kuat hati kami balik ke kampung sampailah hilaian tu jadi sayup-sayup di telinga kami.  Kitorang berlari sampai tak sedar tau-tau je dah masuk kampung.  Rumah pertama kami sampai adalah rumah Kemal.  Makbapak Kemal sangat terkejut tengok kami, diorang tegur, kenapa korang ni muka pucat sangat ni?  Tapi kami tak boleh nak bercakap masa tu, cuma mampu menggeletar menahan ketakutan je.  Makbapak Kemal terpaksa panggil keluarga aku dan kawan aku yang lagi sorang tu.  Lepas minum air barulah aku ada tenaga sikit cerita kejadian tadi.

Orang kampung yang ada masa tu terkejut, diorang kata kitorang ni bernasib baiklah sebab dapat balik dalam keadaan bernyawa.  Tapi kalau nak kata selamat tak jugak, esoknya selama 40 hari, bila masuk waktu malam je, kitorang bertiga akan menderita sakit kepala dan satu badan jadi gatal-gatal."

Tamat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2022 05:36 PM | Show all posts
Patung Voodoo

Bukan cerita aku, tapi kisah ni dialami oleh ahli keluarga aku, iaitu nenek dan makcik aku.  Sedikit latar belakang pasal makcik aku ni.  Makcik aku ni seorang pembantu pereka kostum untuk banyak produksi filem dan Broadway yang terkenal.  Makcik aku penah terlibat dalam penggambaran filem Casino yang dilakonkan oleh Robert De Niro, dengan Leonardo DiCaprio dalam filem Marvin's Room, dengan Mel Gibson dalam filem Ransom.  Makcik aku ni jugak merupakan ketua pereka boneka untuk muzikal Lion King yang pertama dan turut terlibat dalam pementasan teater Cats.  Senang citer, makcik aku ni seorang yang berjiwa seni dan dikelilingi dengan orang-orang yang berjiwa seni macam dia jugak.

Pada tahun 90an, nenek aku pegi melancong ke New Orleans, jadi makcik aku nikan artistik sikit orangnya, dia pun pesan kat nenek aku belikan dia patung voodoo sebagai cenderamata.  Nenek aku pun ok je.  Masa kat New Orleans tu nenek aku guna khidmat pemandu pelancong, pemandu pelancong tu bawak nenek aku masuk ke satu muzium ni, kat muzium tu ada kedai cenderamata dan kebetulan kat situ ada jual patung voodoo jadi nenek aku pun masuklah ke kedai tu.



Nenek aku ni orang Yahudi asal dari Bronx tinggi cecah 6 kaki dan berbadan besar, jadi nenek aku ni memang sejenis cakap lepas la.  Nenek aku tak berpuas hati dengan pilihan-pilihan yang ada dalam kedai tu jadi nenek aku ni selamba je cakap kat tuan kedai tu, eh ni je ke design yang ada? Korang takkan takde stok lain selain dari yang ini?  Tuan kedai tu kata ada, tapi kat belakang.  Nenek aku pun ikutlah tuan kedai tu masuk ke bilik belakang kedai tu.  Rupa-rupanya bilik belakang tu macam bengkel buat patung voodoo, adalah sorang dua dalam tu tengah khusyuk jahit patung voodoo masa nenek aku masuk situ.  Nenek aku cakap, kat belakang tu lagi lawa-lawa dan menarik patung voodoonya daripada yang dipamerkan kat depan kedai tu.   Sampai nenek aku pun rambang mata tak tau nak pilih yang mana satu.  Tuan kedai tu tanya nenek aku, nak patung voodoo yang macam mana? Tuan kedai tu mendakwa patung voodoo kat belakang ni ada mukjizat tersendiri.  Nenek aku macam percaya dan tak je, jadi nenek aku pun cakaplah, dia nak satu untuk dia sebab nenek aku ni ada sakit lutut, satu tu untuk pakcik aku lagi sorang sebab pakcik aku ni baru nak berjinak jadi mat rempit jadi nenek aku risaulah kalau pakcik aku tu kemalangan ke ape ke.  Untuk makcik aku, nenek aku tak mintak secara spesifik tapi dia belikan la jugak dalam sedozen patung voodoo yang nampak comel di mata dia.

Untuk nenek aku, tuan kedai tu suruh letak patung tu bawah katil sebelum tidur setiap malam, untuk pakcik aku pulak disuruh gantung je kat handle motosikal pakcik aku.  Pastu nenek aku pun balik rumah dan ikutlah arahan tuan kedai tu. Ajaibnya memang nenek aku dah tak menderita sakit lutut dah lepas tu.  Yang pakcik aku pulak mulanya dia segan nak gantung patung tu tapi lepas dipaksa dengan nenek aku yang garang tu, dia pun ikut jelah.  Sepanjang pakcik aku pegang patung tu memang dia tak pernah kemalangan pun.

Apapun, bagi aku,  semua tu tak ada kaitan dengan patung voodoo tu. Bagi aku itu suma cuma efek placebo, patung-patung tu bukannya ada kuasa ajaib pun, patung biasa je.  Mungkin itu suma hanya kebetulan je. Tapi lain sikit dengan kisah makcik aku ni.

Makcik aku terpaksa berpindah ke Las Vegas sebab dia terlibat dengan penggambaran filem Casino tadi.  Dia bawaklah sekali sedozen patung voodoo hadiah dari nenek aku ni, dan letak atas meja kerja dia.  Ada satu patung tu menarik perhatian seorang rakan sekerja dia.  Tapimakcik aku enggan nak kasi kat kawan dia, walaupun kawan dia tu tawarkan nak beli je patung tu dari dia.  Dahle tu hadiah dari nenek aku, pastu patung yang dia nak tu yang paling cantik pulak tu.  Berkali-kali jugaklah makcik aku dipujuk, ala kasik jelah patung tu kat dia.  Tapi makcik aku tetap bertegas taknak kasi.

Satu hari tu, makcik aku menyedari yang salah satu patung tu dah hilang.  Dia syak ni mesti kawan dia yang curi, tapi dia takde bukti dan takde saksi.  Karang kalau main tuduh nanti jadi bergaduh jelah.  Jadi makcik aku pun diamkanlah jelah tahan sabar dengan kawan dia tu.  Walaupun kawan dia tu mati-mati taknak mengaku, tapi akhirnya kebenarannya terdedah jua.

3 hari selepas patung tu hilang, kawan makcik aku tu meninggal dunia.  Cara kematiannya agak mengerikan, dia mati lemas dalam kolam renang kat hotel diorang menginap di Las Vegas tu.  Pejabat kawan makcik aku tu terpaksa dikosongkan, masa tengah mengemas pejabat tulah, di dalam laci meja dia ada sebuah patung voodoo milik makcik aku yang hilang tu...

Apepun, aku masih skeptik lagi. Aku beranggapan kematian kawan makcik aku tu mungkin sebab dia kuat sangat hisap dadah kot, yelah keja dalam bidang seni ni kan banyak bergelumang dengan benda-benda macam tu.  Tapi makcik dan nenek aku mati-mati mengatakan, patung-patung tu suma ada mukjizatnya....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 02:27 AM GMT+8 , Processed in 0.482748 second(s), 41 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list