|
Sapa tahu, format pemarkahan utk final nanti??
sebelum ni, aku dengar 100% juri. tapi...ada yg cakap 70% juri, 30% sms.
mana satu yg betul??? |
|
|
|
|
|
|
|
sape tau camne rupenye final ikon malaysia? adekah segemilang final malaysian idol atau akademi fantasia... atau setakat cam semi final ngan saringan aritu |
|
|
|
|
|
|
|
Aspirasi: Ikon Malaysia pertandingan demokrasi sihat
Oleh Ramli MS
[email protected]
Jadi, isu siapa yang patut jadi ikon, walaupun dia sudah lama menyanyi, ataupun dia budak baru menyanyi, tidak seharusnya timbul di sini
揂SSALAMUALAIKUM. Sebelum saya bercakap mengenai aspirasi saya minggu ini, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Editor Bintang Popular, Roslen Fadzil yang akan berhijrah ke tempat lain mulai Ogos depan. Saya dimaklumkan Bintang Popular minggu ini adalah yang terakhir mendapat sentuhan daripadanya. Saya mendoakan Roslen agar dia terus sukses di tempat baru, insya-Allah.
Terima kasih juga di atas kerjasamanya selama ini, lebih-lebih lagi sumbangannya kepada dunia penulisan berteraskan hiburan.
Baiklah, hari ini saya ingin bercakap mengenai program hiburan baru di Astro Ria iaitu Ikon Malaysia. Saya sengaja tidak mahu menulis pada awal kemunculan Ikon Malaysia di kaca TV tapi, menjelangnya peringkat akhir rancangan berkenaan, barulah saya mahu menulis mengenainya.
Banyak kontroversi yang saya baca di dalam akhbar, selain daripada percakapan dari telinga ke telinga. Di sini saya ingin mengulas sedikit mengenai Ikon Malaysia. Program Ikon Malaysia ini hanya sekadar nama, dipakai, dipinjam.
Kalau ia dilihat dari segi ertinya ikon, memang ia sesuatu yang besar, itu tidak dapat dinafikan. Jika tersalah tafsir, orang ramai termasuk orang seni sendiri, mempunyai hak tersendiri untuk mengklasifikasikan tafsiran ikon itu.
Bagi saya, perkataan Ikon Malaysia hanya dipinjam untuk menjayakan program terbaru ini. Di sini, saya ucapkan syabas kepada semua peserta yang begitu berani memasuki pertandingan ini. Bagi saya, semangat yang seperti ini seharusnya dicontohi.
Kalau anda berasakan diri anda dieksploitasi menerusi program ini, saya rasa anda salah. Anda sebenarnya tidak melihat kepada isu yang positif dari segi persembahan secara live. Anda boleh mengulangi setiap patah nyanyian anda 100 kali di dalam studio, tapi tidak di dalam persembahan live!
Semuanya diukur. Kebolehan nyanyian dan kreativiti anda sebagai penyanyi yang membuat persembahan secara live. Juri juga sudah mendengar anda menyanyi di dalam album dan ada juga yang pernah bekerjasama dengan penyanyi berkenaan.
Jadi, persembahan anda itu memang diambil kira semasa persembahan live. Sebab itulah saya kagum dengan peserta yang mengambil bahagian walaupun ada sesetengah peserta itu tahu yang dirinya tidak akan sampai ke peringkat seterusnya, tapi dia tetap mencuba kerana sikap berani yang ada dalam diri mereka.
Di situ anda boleh tahu, standard anda di mana. Bagi saya, Ikon Malaysia adalah satu pertandingan demokrasi yang sihat. Jadi, isu siapa yang patut jadi ikon, walaupun dia sudah lama menyanyi, ataupun dia budak baru menyanyi, tidak timbul di sini.
Bagi saya, budak baru kalau dia bekerja keras, lagi 10 tahun, namanya akan jadi besar. Siapasiapa pun kalau bekerja keras, namanya akan jadi besar! Jadi, kita tidak boleh memandang rendah keupayaan orang-orang baru yang nak masuk dunia seni ataupun yang menyertai Ikon Malaysia.
Bagi saya, suatu hari nama mereka akan jadi besar seperti mana kita dulu-dulu memasuki industri ini. Justeru, keberanian peserta yang menyertai Ikon Malaysia, memang saya kagum walaupun bakat mereka masih mentah.
Saya berani cakap, kalau kita ada orang-orang yang sebegini berani, industri kita lagi lima atau 10 tahun nanti, akan jadi lebih besar. Saya juga mengucapkan tahniah kepada Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dan Astro kerana menganjurkan pertandingan seumpama ini yang bagi saya memberi manfaat kepada artis untuk mendapat perhatian di rantau Asia.
Bagi saya, kalau ikon yang sebenarnya hendak dipilih, memang seseorang itu akan diselidik, di x-ray hingga ke urat saraf mereka, barulah diiktiraf dirinya layak bergelar ikon, tapi tidak untuk program Ikon Malaysia. Dah saya katakan tadi, perkataan ikon hanya dipinjam untuk program ini sematamata.
Jadi, bagi saya, saya ketepikan program yang dipinjam, soalnya sebagai juri mereka harus memilih seseorang yang boleh membawa nama Malaysia di atas bahu mereka. Apabila bertanding di peringkat Asia nanti, mereka akan bertemu dengan peserta dari Indonesia dan Filipina.
Bagi saya, positifnya Ikon Malaysia apabila anda bekerja keras sehingga anda dapat imbuhan daripada program ini iaitu negara seperti Indonesia dan Filipina mengenali bakat anda sebagai penyanyi. Kalau untuk anda melepasi tahap mewakili Malaysia, bukanlah sewenang-wenangnya anda boleh melepasi tahap itu walaupun anda seorang penyanyi yang sudah lama menyanyi. Semuanya dinilai dari segi kreativiti yang segar.
Saya ucapkan syabas kepada finalis Ikon Malaysia seperti Jaclyn Victor, Dayang Nurfaizah, Flopp Poppy dan OAG yang antara mereka akan bertanding mewakili Ikon Malaysia di peringkat Asia. Bekerjalah dengan lebih keras bersama idea yang baru.
Apabila salah seorang daripada mereka sudah dinobatkan sebagai Ikon Malaysia, pastinya standard mereka melebihi tahap yang ada.
Kesimpulannya, saya sendiri pernah melalui perkara seumpama ini di zaman permulaan kerjaya seni saya apabila seseorang itu tidak mahu bekerja dengan saya dengan alasan saya pemuzik baru. Saya mengatakan kepada dia, suatu hari nanti, saya akan terbitkan album untuk dirinya dan ia akhirnya terjadi!
Samalah seperti sekarang, selepas 32 tahun, kita sememangnya tidak boleh memandang rendah kepada artis baru yang baru hendak memulakan kerjaya mereka, suatu hari, mereka akan jadi lebih besar daripada kita. Jadi, beringat-ingatlah sedikit.
Kalau kita rasa kita bagus dalam apa saja bidang, ada orang lebih bagus daripada kita. Kalau orang itu ingat dia lebih bagus daripada semua orang, hanya satu saja yang mengetahui segala-galanya, zat yang di atas (Allah).
Wassalam. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1040 Syd's post
susah gak ek nak memilih ikon nie...
susah nye..ade wild card kew?
tak siok ler camni....wild card dari juri baru best..terbukti berkualiti..
minta2 ler suara rabak tak masuk final...ahaks |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1041 kimmyrie's post
sampai kat sini ko meroyan |
|
|
|
|
|
|
|
Hi semua.
Rhyno cadang nak gi tgk final nanti kat PICC. So, masuk kena bayar ke? Kalau kene, macam mana nak beli tiket & harganya?
And, harap sgt ada insan dapat upload persembahan2 kat konsert final nanti kat Youtube so bleh la kami yang takde TV ni tgk. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1043 Rhyno's post
rhyno! go to jacsville. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by DTECCONAN at 12-7-2007 06:53 AM
bangangnya buat wildcard, nampak sangat kemaruk SMS
ambik jer la 70% 30% tu, ni nak kena SMS lagi
tu la pasal
saje je tu
nk bg si sawie masuk la tu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1043 Rhyno's post
untung sabut ko nanti disoal kak mah gali - cam eboxkl aritu masuk tv taww - |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1047 niy's post
wahhh tahniah mawi.. kagum ngan mawi.. jgn bagi astro gune2 lg |
|
|
|
|
|
|
|
so klu mawi withdraw sape yg akan menggantikannye? jgn la daniel plis aku lebey rela tgk mawi dr daniel |
|
|
|
|
|
|
|
nie seme pendengki la punya psl... kan mawi dah merajuk...
bukan nak bg support... hentam ade la... |
|
|
|
|
|
|
|
Mawi dan Def-Gab-C dipilih ke final Pentas Ikon Malaysia
KUALA LUMPUR: Raja SMS, Mawi menepati ramalan apabila menjadi pilihan penonton untuk bersaing ke pertandingan akhir kategori solo Pentas Ikon Malaysia.
Turut diumumkan terpilih ke final ialah Def-Gab-C bagi kategori berkumpulan.
Mereka akan menyertai Dayang Nurfaizah, Jaclyn Victor, OAG dan Flop Poppy untuk berentap di peringkat akhir pada 28 Julai ini.
harian metro 18/7 |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1053 jac_diehard_fan's post
hope die masuk gak demi fans la bukan utk menang....
jac lebih layak... peminat mawi sendiri pun sedar kemampuan die.... |
|
|
|
|
|
|
|
dah agak.. mawi mawi mawi.. apa barang undi masuk untuk yang dah tersingkir sbb dah tau dah sape yang akan masuk. 2 orang cukup la macam final msian idol. bukan benci mawi.. tapi bencilah peraturan pertandingan tu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1055 pinguin's post
yeahhh..bencilah peraturannnnnnn |
|
|
|
|
|
|
| |
|