|
|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: FROSTED DREAMSCAPE
[Copy link]
|
|
|
|
“Seperti suara yang pernah kudengar.” Bisik hatiku sendirian. Kemudian, diikuti dengan bacaan surah al-Fatihah yang dialunkan mengikut bacaan Saad al-Ghamidi. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“Ya Allah! Siapakah dia?” Hatiku semakin kuat tertanya-tanya siapakah sebenarnya empunya suara. Seperti suatu suara yang selalu kudengar. Seperti suara yang sering menasihatiku itu. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“Ya Allah! Aku bermohon kepadaMu dengan kebaikan. Kurniakanlah aku suatu kurniaan di sisiMu yang boleh membahagiakan seluruh kehidupanku. Tetapkanlah kasih sayang di hati ini agar tidak goyah dalam mengharungi arus deras ini.” |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“Ya Allah! Kiranya dia adalah utusan dan ketentuanMu buatku, aku harap Engkau permudahkanlah dan bukakanlah hatiku ini untuk menerimanya dengan ikhlas. Jika ia ditakdirkan bukan milikku, maka jauhkanlah hatiku darinya. Hilangkanlah bayangan wajahnya dari tatapan dan pandanganku agar hatiku bisa tabah menerimanya.” |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“Ya Allah! Sesungguhnya aku redha dengan segala ketentuanMu buatku. Amin….”
Ketukan pintu bilikku membuatkan aku terkejut. Ibu masuk merapatiku. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“Marilah keluar! Mereka mahu kenal angah.” Bisik ibu perlahan. Aku merenung ibu dengan pandangan yang berkaca-kaca. Ibu mengangguk lembut, terseyum memandangku sambil jari telunjuknya mengesat air mataku yang mengalir perlahan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“Sudahlah. Ibu ada bersama angah. Usah takut.” Pujuk ibu lagi. Aku bangun perlahan seperti tidak bermaya. Mengenakan jubah yang baru siap aku tempah dan tudung labuh bewarna pink. Inilah kali pertama aku mengenakan jubah. Aku lap mukaku dengan tisu untuk menghilangkan sisa-sisa air mata. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku memandang ibu. Ibu mengangguk dan memimpin tanganku keluar untuk menemui tetamu yang mungkin istimewa. Aku menundukkan mukaku. Tidak berani untuk melihat siapakah tetamu itu. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ibu memimpin aku ke ruang tempat kami sentiasa solat. Rupa-rupanya mereka semua menunggu aku di situ. Aku duduk bersimpuh di sisi ibu dan diapit oleh kak long serta kak chik. Tetamu itu duduk bersetentangan denganku. Pada agakkanku, dia sedang memerhatikan gerak-geriku. Aku tidak berani untuk mengangkat mukaku untuk memandangnya. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“Pak cik! Izinkan saya untuk bercakap dengan Faridah sekejap.” Tetamu itu memohon keizinan dari abah.
“Silakan.” Keizinan yang diberikan abah itu membuatkan aku berdebar-debar. Tetamu itu merapatiku dan kini dia betul-betul bersila di hadapanku. Aku dapat mendengar bunyi nafasnya dan dapat menciumi bau minyak athar yang dipakainya. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“Ya Allah! Tenangkanlah hatiku dan tolonglah aku di saat ini. Ya Allah, aku benar-benar bermohon kepadamu.” Doa hatiku.
“Ustazah Faridah! Jika ini dinamakan takdir, maka telah tiba masanya ustazah mengenali saya.” Betulkah suara itu yang aku dengar. Aku belum mampu untuk memandang wajahnya. Tapi suara itu membuatkan hatiku bergetar. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“Dulu saya bukanlah abang apatah lagi suami ustazah, tapi sekarang saya datang untuk mengambil ustazah sebagai suri hidup saya.”
“Ya Allah! Benarkah seperti apa yang aku dengar sekarang ini? Ini benar-benar suara dia. Aku yakin, memang inilah suara dia.” Bisik hatiku. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
‘Sudikah ustazah membukakan pintu hati ustazah untuk menerima cinta dan kasih sayang saya kerana Allah?” Soalnya perlahan.
Perlahan-lahan aku mendongak mukaku dan pandangan kami bertembung. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“Haikal!” Bisikku perlahan. Dia tersenyum memandangku. Air mataku mula mengalir.
“Ya Allah! Benarlah janjimu terhadapku. Aku menerima kurniaanmu ini dengan penuh redhaku.” |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku berpaling pada ibu. Ibu memandangku dengan penuh kasih sayang. Aku memeluknya erat.
“Ibu, angah dah bersedia untuk jadi seorang isteri bu!” Bisikku perlahan. Ibu memelukku erat tanda akur dengan kehendak dan keputusanku. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
pg 52
 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ADAB MINUM
Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu
yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku
tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan
meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku
bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu).
(Surah Al-Ahqaaf, Ayat: 15). |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Rasullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air
sejuk.amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga
suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:
1. Menghilangkan balqham (kahak/lendir)
2. Mencuci perut
3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal didalam perut yang tidak
dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar
4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu
5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati. Rasullah SAW suka
minum air yang telah disimpan semalaman didalam suatu bekas |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Minuman Manis dan Sejuk
Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: ” Diantara banyak-banyak jenis
minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk”
Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran
madu atau nabiz (rendaman buah tamar).
Didalam suatu doa Rasullah ada menyebut ” Ya Allah kurniakanlah aku
dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta,anak
dan cintaku kepada air sejuk”
Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai
khasiat yang lebih besar.Adapun minuman jika terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk
penjagaan kesihatan tubuh badan Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanaan yang masuk kedalam tubuh lalu
menyalurkannya keseluruh anggota badan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|