|
semalam aku stop at page 20. arini aku kembali
|
|
|
|
|
|
|
|
"Nasir pergi duduk disebelah bapanya lalu bertanya, "Daddy kalaulah nanti daddy sudah tidak ada lagi di dunia ini, kemana Nasir nak pergi?" P.Ramlee hanya tunduk dan mendiamkan diri tanpa menjawab sepatah pun soalan dari Nasir. Kemudian beliau merenung muka Nasir dengan wajahnya yang sedih. Kemudian Nasir bertanya lagi, "Kenapalah Nasir tidak ada adik-beradik kandung yang lain kalau ada kan bagus." P.Ramlee masih berdiam dan kali ini air matanya jatuh berlinang. Kemudian Nasir terus memeluk daddynya itu. Selepas itu baru P.Ramlee bersuara, "Nasir jangan bimbang, Daddy akan hidup seribu tahun lagi." Nasir terus menjawab cakap bapanya itu, "Mana ada orang hidup sampai seribu tahun daddy?" P.Ramlee memendekkan perbualan itu dengan berkata, "Sudahlah, Nasir pergi salin pakaian mari kita pergi makan mee goreng."
Aduhhhh sedeynyaaaaaaaa
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah khatam. Dua hari aku mentelaah.
Agak meninggalkan kesan pada aku. AlFatiha buat semua.
Agak sedih apabila seniman yang kita agung2kan dibiar begitu sahaja hingga akhir hayat. Kalau dia masih ada sekarang mungkin mewah sudah.
Tengok je lah artis2 kita sekarang. Sumbangan seni ntah ke mana, kaya sampai anak cucu.
Rezeki masing2. Allhualam. |
|
|
|
|
|
|
|
aku peminat setia p.ramlee..sedih bila baca ttg dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
akhirnye habis jgk bace kisah ni...xsangka kisah pengakhiran hiudp beliau sangatlah sedih...setelah sekian lama beliau bhempas pulas mencari idea n meghasilkan lagu,filem,utk tontonan org ramai tp hujung2,,beliau disisihkan...sejak aku folo thread ni,,aku akan bukk lagu2 lame beliau dan saloma...sedihnyeeee....esp lepas pemergian beliau,,sampai saloma sgt2 terkesan...
selama ni aku igt arwah p.ramlee dgn saloma jek..tp rupenye arwah p.ramlee pnah kahwin dgn arwah norizan..dan aku xsangka arwah norizan byk jadi inspirasi karya2 best dr p.ramlee..
paling xsangka,,org yg dikatakan dengki dgn arwah p.ramleee adalah arwah senator itu...aku minat jgk kat arwah senator tu.tp bile tau die dengki smpai mcm tu sekali,,aku terfikir,mungkin Allah swt nak bg balasan pd arwah senator tu dgn sakitnya tu..alzheimer...
aku paling suka arwah p.ramlee pairing dgn sarimah...aku baru tengok dr.rusydi kat utube..lg sedih bile aku teringatkan kisah hidup arwah p.ramlee...rase sedih,rase ralat,tertanya-tanya kenapa kisah hidup akhir beliau sgt susah dan beliau pergi juga dlm keadaan sekeliling yg agak mengecewakan..
tapi semua ni jadi sebab sifat manusia tu sndiri...kalau dlm diri kita penuh dgn kasih syg antara 1 sama lain,,semua ni xkan jadik..selain dr ia memg ketentuan Ilahi...
alfatihah utk arwah p.ramlee dan pelakon2 lama... |
|
|
|
|
|
|
|
ok... dah abis mentelaah... |
|
|
|
|
|
|
|
Kisah Babak Pak Maon Baca Buku Sejarah Tercipta
By Hidir Ali Razali
November 5, 2018
Kepada semua masyarakat Melayu dan peminat filem Melayu klasik khususnya, pasti tidak dapat melupakan babak lucu Pak Maon yang dilakonkan oleh Allahyarham Mahmood Jun membaca syair di dalam filem Nasib Do Re Mi, arahan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee pada tahun 1966. Tetapi adakah kita semua tahu bagaimana babak itu tercipta?
Kisah ini telah diceritakan sendiri oleh Allahyarham Datuk Mahmood Jun kepada penulis tahun 1998. Ketika itu penulis menemui beliau di salah satu majlis mengenang seniman dan seniwati veteran yang dianjurkan oleh pihak Finas, di Kompleks Studio Merdeka, Ulu Kelang. Mahmood Jun juga adalah antara individu yang menyambut P.Ramlee di Federal Hotel, Kuala Lumpur pada tahun 1964 apabila pihak Studio Merdeka meraikan perpindahan P.Ramlee dari Singapura ke Kuala Lumpur. Walaupun ketika di Singapura Mahmood Jun dan P.Ramlee tidak pernah berlakon bersama kerana mereka berkhidmat di dua buah studio yang berbeza. Tetapi apabila kedua-dua pelakon ini bernaung dibawah satu bumbung di Kuala Lumpur, P.Ramlee telah mengambil Mahmood Jun untuk berlakon di dalam filem pertama arahannya di Studio Merdeka iaitu Sitora Harimau Jadian.
Sebelum P.Ramlee menjalankan penggambaran untuk babak berkenaan, Mahmood Jun yang pada ketika itu sedang duduk di atas kerusi di satu sudut di dalam set penggambaran tersebut sambil membaca sebuah buku syair. P.Ramlee pada ketika itu sedang sibuk memberi penerangan kepada semua kru-kru yang terlibat. Sepatutnya babak itu Mahmood Jun perlu membaca suratkhabar bukannya syair.
Sedang asyik Mahmood Jun membaca syair sambil menunggu giliran beliau dipanggil, tiba-tiba P.Ramlee yang sedang lalu lalang dihadapannya terus berhenti lantas berkata, “Cilaka, buat macam ni bang!” dengan nada bersungguh-sungguh. Mahmood Jun yang tergamam terus terhenti membaca syair tersebut. Mahmood Jun bertanya, “buat apa Ramli?”, “aku nak abang buat syair ni!”
Saya pasti ramai dikalangan penonton yang pernah menonton filem dan babak berkenaan tidak kering gusi melihat telatah Mahmood Jun melakonkan babak ikonik itu. Bagi saya watak Pak Maon lakonan Mahmood Jun adalah salah satu simbol kekuatan di dalam filem Nasib Do Re Mi. Kesimpulannya saya menganggap babak ini dicipta oleh P.Ramlee dalam masa yang singkat dimana ideanya telah dicetuskan oleh Mahmood Jun sendiri.
Mahmood Jun ini bukan calang-calang pelakon. Ilmu lakonannya sangat luas. Sebelum menjadi pelakon di Singapura beliau terlebih dahulu aktif dalam bangsawan sejak tahun 1930-an lagi dan sering menjelajah ke seluruh Malaya membuat persembahan. Sehinggalah beliau menganggotai kumpulan bangsawan Grand Nooran Opera yang dimiliki oleh Pak Yem seorang tokoh bangsawan yang berpusat di Singapura. Dari situlah Mahmood Jun diberi peluang untuk berlakon filem. Filem pertamanya berjudul Orang Licin pada tahun 1957 arahan L.Krishnan, terbitan Cathay-Keris.
Di Cathay-Keris Mahmood Jun sememangnya terkenal dengan watak-watak antagonis. Kebanyakkan filem-filem lakonan beliau lebih terkenal dengan watak sedemikian. Filem-filem seperti Raden Mas, Noor Islam, Sultan Mahmood Mangkat Di-Julang, Sri Mersing, Jalak Lenteng dan Dang Anom, sangat diingati oleh para peminat filem Melayu klasik apabila merujuk kepada lakonan antagonis yang dibawa oleh Mahmood Jun.
Apa yang paling menarik untuk dikupas ialah bagaimana P.Ramlee boleh terfikir untuk merubah Mahmood Jun dari seorang pelakon crook yang hebat dalam sejarah filem Melayu kepada pelakon yang mampu membawa peranan komidi (Pak Maon) di dalam filem Nasib Do Re Mi. Apa yang lebih menarik adalah kebanyakkan masyarakat kini lebih mengingati watak Pak Maon berbanding watak-watak crook yang pernah dilakonkan oleh Mahmood Jun sebelum itu di Cathay-Keris. Inilah satu kehebatan P.Ramlee dalam mencorak dan menghidu bakat pelakon. Antara filem filem lakonan Mahmood Jun dibawah arahan P.Ramlee seperti Sitora Harimau Jadian, Ragam P.Ramlee (Damaq), Masam-Masam Manis, Sabarudin Tukang Kasut, Do Re Mi dan Nasib Do Re Mi.
Sumber :
Sesi temubual bersama Datuk Mahmood Jun, pada tahun 1998
Sources : https://www.thepatriots.asia/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
cuba perhatikan betul-betul
|
|
|
|
|
|
|
|
dalam banyak2 filem p.ramlee , madu tiga yang paling i minat . tak jemu tengok . bagi i filem tu ada aura nya tersendiri . semua pelakon menjalankan watak masing2 dengan jayanya . tak perlu over untuk nampak kelakar.
|
|
|
|
|
|
|
|
The Gramophone Co. Ltd - P. Ramlee - Bintang Film Malaya dan Penyanyi (1957)
|
|
|
|
|
|
|
|
gigih aku katam kan baca dari awal sampei habis. terbaikkkkkkk thread ni |
|
|
|
|
|
|
|
baru habis tengok cerita semerah padi |
|
|
|
|
|
|
|
Done read al thread. P ramlee the Best.
Al-Fatihah |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by noraidil_06 at 29-3-2019 12:18 AM
HangPC2 replied at 6-5-2017 11:43 AM
P Ramlee Terima Anugerah Yang Tidak Pernah Wujud Di Dunia
Ya Allah terharunya |
|
|
|
|
|
|
|
pramle artis pertama tanah air yang dianugerahkan title Tan Sri, itu pun setelah kematian beliau. |
|
|
|
|
|
|
|
29 May 1973. 46 tahun dia telah meninggalkan kita. Al-Fatihah |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by KIM.K at 29-6-2019 05:54 PM
Done khatam. Berikut adalah petikan artikel mengenai hubungan P.Ramlee dengan orang bunian. Credit kepada blog bentaratujuh.blogspot.com
"Para Bunian mula mendampingi manusia di Malaya ini sebelum Perang Dunia Kedua. Mereka telah mendampingi Teuku Nyak Puteh, ayahanda kepada Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, untuk memberi amaran bahawa Jepun akan menyerang Malaya. Namun begitu, amaran mereka tidak diendahkan dan Jepun telah menakluki Malaya. Selepas itu, para Bunian mendampingi pula P.Ramlee.
Kehidupannya ketika itu sukar. Dia hanya seorang tukang sapu yang membantu di balik tabir. Dengan bantuan para Bunian, P.Ramlee telah meraih populariti dan telah berlakon serta mengarahkan 66 buah filem serta terlibat di dalam lebih 360 buah lagu pada usia yang muda.
Para Bunian telah memberi ilham kepada P.Ramlee untuk menerbitkan kisah-kisah yang memaparkan istana Bunian serta kehidupan para Bunian supaya dia dapat menceritakan kebenaran mengenai para Bunian. Namun begitu, P.Ramlee telah mangubah beberapa perkara mengikut citarasanya, khasnya cara berpakaian dan tarian para Bunian.
Stereotaip inilah yang telah digunakan oleh penerbit-penerbit filem dan cereka yang seterusnya untuk menggambarkan para Bunian. Filem-filem seperti PanchaDelima dan Sumpah Orang Minyak diinspirasikan oleh para Bunian, dan begitu juga dengan kebanyakan lagu yang diciptanya, khususnya Istana Bunian. Malangnya,para Bunian telah menjauhkan diri daripada P.Ramlee setelah beliau melakukan sesuatu yang tidak disukai para Bunian. P.Ramlee pernah memanggil semula para Bunian untuk mendampinginya, tetapi para Bunian tidak dapat berbuat demikian kerana perbuatan beliau.
Oleh itu, karier seni P.Ramlee semakin menjunam dan akhirnya beliau meninggal dunia seawal usia 44 tahun pada tahun 1973. Setelah itu, ramai pembikin filem mengambil idea mengenai para Bunian dan menggarapkan imej yang berbeza bagi makhluk-makhluk suci ini. MasyaAllah.
Kini, hampir 40 tahun setelah Allahyarham Tan Sri P.Ramlee meninggalkan kita, para Bunian telah memunculkan diri mereka sekali lagi. Kali ini, para Bunian telah boleh berbicara secara terus melalui waris terakhir Putera Nara iaitu Puteri Nur, satu-satunya manusia kacukan Bunian
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
hani...citer tu ade 3 slot..slot pertama, nyanyian bersama saloma.. slot kedua cerita tajuk Nombor Ekor (judi lumba kuda).. pelakon dia p.ramlee sendiri, raden sudiro, sofia ibrahim. slot 3 cerita klasik tajuk Damak, lakonan P. Ramlee sebagai Damak, Kasma Booty sebagai Kenanga, Ali Rahman sebagai Teruna, Mahmud June sebagai Gegala, Idris Hashim sebagai Bujang,Minah Hashim sebagai Mak, Yusof Banjar sebagai Anggerik.
tapi rsnya ang slot kedua tu tak disiarkan sebab ada unsur2 judi..mintak nombor ekor kan? hihihi..citer Mintak Nombor tu kelakar..
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|