CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: NURMIMIE

PINJAMAN ASB.

  [Copy link]
Post time 21-1-2012 07:04 PM | Show all posts
Aku dah 5 tahun amik loan ASB ni from Maybank..nak pegi buat settlement lepas terbaca article ni kat website ustaz zaharuddin...at the same time, ASB pun tak syariah compliant..

PINJAM DUIT DARI BANK UNTUK SERTAI ASB

Walaupun isu di atas masih diperdebatkan oleh mereka yang berkenaan, namun jika anda meminjam dari Bank Konvensional untuk tujuan menyertai pelaburan ASB, ia telah disepakati haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan semua mufti-mufti Malaysia. Ini kerana pinjaman wang dari bank konvensional tersebut adalah riba. Tatkala itu, isu ASB tidak perlu diambil kira lagi kerana asal cara dapat duit untuk melabur itu pun sudah haram.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2012 01:27 AM | Show all posts
Post Last Edit by ladybearpink at 17-2-2012 01:30

Reply 1031# Pr|nCeSS^M|cKeY


   saya pun ada masalah yang sama, apply bulan 12 tahun lepas. bulan 2 sepatutnya baru mula bayar. sy nak sambung belajar, so tak boleh commit untuk bayar monthly payment. maka nak cancel. ada lah dapat call dari agen rhb suruh bayar. saya directly tanya pada agen tersebut prosedur untuk cancel sbb xbuat apa2 lagi payment. sama mcm adik mickey, saya ada sign+cap jari. agen tersebut suruh sy pergi branch bank rhb yg berwarna biru. bukan easy rhb yg warna pink. sy serta merta pergi ke branch rhb di ampang point.
alangkah terkejut nya apabila sy dikehendaki untuk membayar rm 600 (penalti) + rm 500 (cas ape tah) = RM 1100 untuk cancel :@

saya membuat pinjaman asb bernilai rm20,000 untuk 10 tahun. saya sangat kecewa sbb sales officer di easy rhb branch putra lrt gombak tu tidak pernah memaklumkan mengenai cas dan penalti yang perlu dibayar jika ingin membatalkan pinjaman.

sebelum tandatangan kontrak sy nak baca kontrak, tp beliau hanya memaklumkan yang isu kandungan kontrak tu hanya benda biasa. sangat menyesal kerana mempercayai beliau :@

staff di bank rhb biru tu suruh sy pergi ke easy rhb yg sy apply asb loan tu untuk deal dgn officer yg uruskan loan tu walaupun beliau sendiri boleh uruskan proses pembatalan+proses utk waive penalti. beliau menolak dengan alasan:

terlalu banyak dah kes macam nih jadi, customer tertipu sebab tidak diberitahu mengenai kontrak (penalti, additionl cas, etc), sales officer di easy rhb hanya mengejar sale. "we are tired cleaning up their shit" kata staff tersebut. u should give he/she a lesson, bg diorang ada keje sikit. immediately, staff tersebut call manager di easy rhb lrt gombak utk inform mengenai problem sy. malangnya beliau xangkat call. sy bergegas ke easy rhb di lrt gombak. sy cuba hubungi manager tadi tapi masih xberangkat.

malangnya, sales officer di easy rhb tu sendiri xtau procedur untuk cancel account!!! dan xtau jumlah cas+penalti yang dikenakan. kecewa. macam mana boleh layak untuk deal dgn customer? xde training dulu ke? manager branch tiada di branch tersebut. sy menggunakan telefon di branch tersebut (sales officer tu yang call sebagai saya) ke customer service rhb utk tanya procedur cancel account. kami diberi no tel lain utk dihubungi utk tanya proses utk waive penalti. sy call dan person in charge bahagian waive ni cakap xboleh waive, hanya condition yg lg teruk baru boleh. setelah sy explain semuanya, masih ckp xboleh. dia ckp semua pasal term n condition dah diberi sewaktu urusan, saya ckp mmg xde, rupanya term n condition itu hanyalah didalam template/boucher yg berwarna kelabu diletakkan didalam goody bag, yg diserahkan kepada sy selepas sy tandatangan kontrak. sy ckp mana boleh mcm tu, beliau ckp, xkan kami nak baca satu broucher tu pada setiap customer! sy xdpt kawal kemarahan dan tenggi suara, tanya beliau, apa lagi worse condition than this?!. mungkin kalau customer tetibe kemalangan, handicap baru boleh waive penalty+additional charge.

untuk isi cancelation form, sy disuruh utk ikut sales officer tadi naik tren utk ke lrt damai pulak. sbb cancelation form tu xde kat branch tersebut dgn alasan mereka xpenah deal lagi dengan customer yg nk cancel loan. selepas isi form, sy dikehendaki utk buat surat knape nk cancel loan dan kenape nk waive penalti+charges. esok sy kene submit surat tersebut di branch damai pulak.

sy sgt kecewa dgn perkhidmatan yg sgt tidak profesional oleh pihak rhb bank. :@

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2012 06:06 AM | Show all posts
Reply  Pr|nCeSS^M|cKeY


   saya pun ada masalah yang sama, apply bulan 12 tahun lepas. bulan 2  ...
ladybearpink Post at 17-2-2012 01:27



    teruklah kalau mcm ni...
skrg awak blh cancel tak?
kenapa bayar penalti?
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2012 11:56 PM | Show all posts
Reply 1022# llisamaisarah

ok gak walaupun rm15
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2012 03:49 AM | Show all posts
Reply 1043# Pr|nCeSS^M|cKeY


   cancel mmg boleh, bila2 masa sahaja boleh cancel. tp kene buat surat bagi kt manager branch tuh. bg lah alasan knape nak cancel. ckp lah xleh bg komitmen. contoh sbb: sy dpt sambung belajar, xboleh commit bayar tiap2 bulan. atau berhenti keje. etc. cuma masalah skrg ni penalti dan cas yg akan dikenakan untuk cancel. mcm kes sy berjumlah rm1100. amount ni akan bertambah dari masa ke semasa. loan asb ni akan termasuk dlm ccris, akan sangkut kalau nk buat loan rumah, kereta dikemudian hari klau kita xlangsaikan cas+penalti ini semua.
saya baru je submit surat di branch damai petang td. sekali lagi manager branch xada. dan sales representative tuh agak overrrrr sbb nk back up kawan dia, dia ckp dgn surat yg sy hantar td, kwn dia tuh akan dpt show cause letter, etc. i don't give a damn care about her show cause letter because she made me pay rm1100! kalau xde enough training, baru keje 2bulan, suppose manager kene assist atau guide.

sepatutnya, selepas kita tandatangan tu, dia seharusnya membuat panggilan utk comfirmation either to proceed ukt beli premium asb tu atau tidak. malangnya, mereka ni tergopoh2 ingin mengejar komisen+sales. kesan nya pada pengguna mcm kita.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2012 04:00 AM | Show all posts
Reply 1043# Pr|nCeSS^M|cKeY


   tengok, awk pun xtau kita kene bayar penalti kalau nk cancel. bukan sahaja penalti, tp cas2 lain. bg sy ni tak adil. sebab utk situasi sy:
terma dan syarat diberikan kepada sy setelah sy tandatangan kontrak

sales officer tersebut tidak menghubungi sy sebelum dia proceed utk pembelian premium asb tersebut, selepas tandatangan, dia suppose call utk tanya kita nk proceed atau tidak

ini selepas consultation dr officer Rhb bank branch biru tuh. dia ckp dah byk kes macam ni, agen pandai2 jual sebelum tanya confirmation dr customer. semua tergopoh2 nk achieve target sale.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-2-2012 04:08 AM | Show all posts
Reply 1043# Pr|nCeSS^M|cKeY


   saya rasa dia cakap xboleh cancel sbb dia xnak banyak keje. sebab adik mickey akan rugi, sbb nk bayar penalti semua. brape loan dia amek? sy rm20k, penalti shaja rm600. cas lain2 rm500. penalti yg dikenakan adalah 3% dari  jumlah pinjaman.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2012 09:10 AM | Show all posts
makin ketat la semakin ari sbb nak guna duit utk pilihanraya nnti...loan pape pon susah la pasni..
llisamaisarah Post at 11-1-2012 10:58

lisa, wj dah check dgn MBB. confirm, if buat loan ASB 100,000 if jual tahun pada ketiga MBB akan bagi duit  10,000. kalau loan ASB 200,000 jual tahun ketiga dapat 22,000 sptmana yg forumer dlm ni bagitahu (maaf tak ingat nama, boleh selak page belakang).

pasal capability tu jangan risau, kalau ada duit lump sump utk pay advance installment tahun pertama, bank boleh luluskan ASB loan kita. then dapat dividen pertama terus buat pay advance guna dividen tu. jadi modal cuma utk tahun pertama sahaja. [ini kes orang yg loan tak lepas sebab banyak komitmen tapi ada banyak cash utk buat pay advance].

wj sendiri baru lulus loan 50 ribu dgn cara ni. ikotkan tak lepas dah buat loan sebab banyak sangat komitmen dgn loan kereta, loan rumah, PL bla bla bla...

insya allah bulan 6 nak proceed loan 130 ribu pulak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2012 01:40 PM | Show all posts
Salam. Mo tanya ni

Apa beza

Buat personal Financing RM20k dgn BIMB 3 tahun interest 6% dan masukkan dlm ASB dengan terus buat Pinjaman ASB for RM20k?

Ada sesapa leh explain?

tq
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 06:11 PM | Show all posts
Reply 1049# mix_chinese

satu ada buku pelaburan ASB...
satu lagi takde.........
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2012 08:40 AM | Show all posts
Reply 1050# aarie


    grrr
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2012 07:00 PM | Show all posts
Reply 1049# mix_chinese


    personal financing biasanya interest on loan amount asal compared to loan ASB , based on monthly rest, maknanya, lepas 5 years, baki pinjaman menyusuk dan interest kena atas amount yg dah susut tu jek. tp kalu personal loan.. kalu pinjam 10k, walaupun tinggal 1 k je baki blm bayar, interest tetap kira atas 10k. Bankers.. please verify..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2012 04:44 PM | Show all posts
Hi all,
Ada sesiapa yg pernah buat early settlement ?..
Saya dah bayar ASB selama 3 thn,  tahun ni tahun yg ke -4, tak byk pun RM 12k je dgn Rhb sebab nak guna Cash tu yg rasa nak buat early settlement.  Rasa2 berbaloi tak  byr penuh...
Please advice..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2012 11:29 AM | Show all posts
Hi all,
Ada sesiapa yg pernah buat early settlement ?..
Saya dah bayar ASB selama 3 thn,  tahun ni ...
BJM Post at 12-3-2012 16:44


1st time dgr org nak buat early settlement utk ASB loan.
rasanya nak terminate loan kot.....
kalau nak terminate loan lepas 3 tahun, dapat lar balik capital tu walaupun skit.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2012 04:27 PM | Show all posts
Reply 1054# putragold


    Orang tak pernah buatkah?..
    alkisahnya cam ini sebab nak pakai CASH dan nak kurangkan hutang piutang. (ASB ada 2 akaun, Loan ngan Bank Rakyat, Loan
    Kereta, kad kredit..etc)
    Nak terminate tu tidaklah sebab rasanya lagi rugi kot..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2012 04:31 PM | Show all posts
tumpang tnya la yea..sapa2 yng pakar pasal asb loan..i nak tanya la..bleh ke kalo kita nak tukar agreement dari 90k untk 20 thn  kpada 30k jadi 5 thn...maksudnya i x nak buat agreement yng baru ..sbb i dah buat asb loan dah 3 thn..kalo start baru so i dah rugi 3 thn kan..boleh ke mcm tu???..i dah penat call cimb .tapi x  berjawab..nk g bank xde mse..
lg satu bleh ke bukak 2 account asb???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2012 10:00 AM | Show all posts
tumpang tnya la yea..sapa2 yng pakar pasal asb loan..i nak tanya la..bleh ke kalo kita nak tukar agr ...
yinhoneyeva Post at 27-3-2012 16:31


aritu aku pi cimb tanya nak tambah tenure loan asb nih.
Dia cakap tak bleh walaupun skang cimb dah offer umur sampai 60 tahun.
kena terminate dulu akaun sedia ada then buat agreement baru.

so agak-agak permintaan u ni dia kasi ke
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2012 10:14 AM | Show all posts
aritu aku pi cimb tanya nak tambah tenure loan asb nih.
Dia cakap tak bleh walaupun skang cimb ...
putragold Post at 28-3-2012 10:00


hampeh..mstila i punye permintaan lg la x boleh..benci2!!
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2012 01:33 PM | Show all posts
Post Last Edit by baby_pingu at 11-4-2012 11:34

Jika ada yg berminat utk membuat pinjaman asb bersama CIMB

Interest semasa adalah BLR - 1.65% (4.95%)











baby_pingu: edit cos takleh iklan ye..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2012 01:56 PM | Show all posts
Post Last Edit by baby_pingu at 11-4-2012 11:33

Reply 1049# mix_chinese


    ramai yg apply bende ni....mula2 buat personal loan RM20k,then duit dari personal loan tue wat byr installment ASB loan setahun terus. then baki personal loan tue u bleh gne,dan utk ASB loan pown u dah settle. Sbb ASB loan satu cara pembayaran yg dipanggil '1 year commitment' which mean u hanya bayar installment utk satu tahun jer and for the up coming years u rolling balik duit dividend yg u dpt.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 02:28 AM GMT+8 , Processed in 0.716398 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list