CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amalina

KPH - VILLA 98TH ~ Keep On Banzaiing Ku Akui @ HotFM & EraFM ~

 Close [Copy link]
Post time 7-7-2012 09:08 PM | Show all posts
salam.........masuk kejap nak bagitau...lagu bahagiamu deritaku tu bessttttttt sangatttttt....!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2012 09:31 PM | Show all posts
salam.........masuk kejap nak bagitau...lagu bahagiamu deritaku tu bessttttttt sangatttt ...
shass Post at 7-7-2012 21:08


wsalam kaka shass...
mmg best ...da ulang berkali kali
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2012 09:41 PM | Show all posts
salam.........masuk kejap nak bagitau...lagu bahagiamu deritaku tu bessttttttt sangatttt ...
shass Post at 7-7-2012 21:08


salam shass..... mmg best sgt.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2012 09:48 PM | Show all posts
wsalam kaka shass...
mmg best ...da ulang berkali kali
ilah Post at 7-7-2012 21:31

wakaka.....samalaaa.......siap imagine lagik....kalu lagu ni jadi crita.....cedihhhnyerr...
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2012 09:50 PM | Show all posts
salam shass..... mmg best sgt.....
Along_XX Post at 7-7-2012 21:41

kannnn....lagu ni ada kelainan dr lagu hafiz yg sudah2......suker....suker...
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2012 09:56 PM | Show all posts
wsalam kaka shass...
mmg best ...da ulang berkali kali
ilah Post at 7-7-2012 21:31


lagu ni awal2 dah sedih.....sampai la ke hujung....10x pusing 10x nangis.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-7-2012 09:57 PM | Show all posts
kannnn....lagu ni ada kelainan dr lagu hafiz yg sudah2......suker....suker...
shass Post at 7-7-2012 21:50


mmg beza dari lagu2 Hafiz yg lain.....lirik straight forward jah.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2012 09:59 PM | Show all posts
wakaka.....samalaaa.......siap imagine lagik....kalu lagu ni jadi crita.....cedihhhnyerr...
shass Post at 7-7-2012 21:48


kalo jadi cover sinetron pon best...leh denga tetiap hari kol2 ptg kat tb3
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2012 10:02 PM | Show all posts
lagu ni awal2 dah sedih.....sampai la ke hujung....10x pusing 10x nangis.....
Along_XX Post at 7-7-2012 21:56


mmg sedih.....mcm jahat jeh gf apiz dlm lagu tutp 3..3 lagu indon hafiz menangkap...layan ah.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2012 10:03 PM | Show all posts
Assalamualaikum dan selamat malam semua.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2012 10:07 PM | Show all posts
Assalamualaikum dan selamat malam semua.....
blackberry90 Post at 7-7-2012 22:03


wsalam BB..salam kenal
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2012 10:11 PM | Show all posts
wsalam BB..salam kenal
ilah Post at 7-7-2012 22:07


suka tgk avvy ilah....
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2012 10:19 PM | Show all posts
Assalamualaikum dan selamat malam semua.....
blackberry90 Post at 7-7-2012 22:03


w'salam BB....selamat mlm....
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2012 10:22 PM | Show all posts
Azam peserta negara: Mahu gondol pingat emas di WCOPA, Hollywood

10 peserta terbaik negara yang terpilih menerusi sesi uji bakat itu ialah Nicholas Kho (tarian, vokal), Syazwani Sapari (vokal), Alisya Razman Adam (tarian, modeling), kumpulan Wirama (tarian), Mohamad Azizi Mansor (tarian), kumpulan The Borneos (tarian), Teo Hui Mau (vokal), Tang Sook Kuan (tarian), Norafizah Busman (vokal) dan Stanley Maringai David Impi (vokal).


untuk artikel penuh sila baca kat sini....

http://www.sinarharian.com.my/hiburan/azam-peserta-negara-mahu-gondol-pingat-emas-di-wcopa-hollywood-1.64103


Syazwani Sapari tu rakan duet Hafiz utk lagu Sabar...Norafizah Busman dan Stanley David Impi(AF6)...kedua2nya berasal dari Sarawak....semoga Hafiz berpeluang utk menyertai WCOPA satu hari nanti....
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2012 10:24 PM | Show all posts
w'salam BB....selamat mlm....
Along_XX Post at 7-7-2012 22:19


hai Along....
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2012 10:47 PM | Show all posts
suka tgk avvy ilah....
blackberry90 Post at 7-7-2012 22:11


budak nakal itu ek...hhehe..cumil kan dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2012 10:59 PM | Show all posts
Post Last Edit by blackberry90 at 7-7-2012 23:03

Melangkah ke Jakarta

Oleh  RUDY IMRAN SHAMSUDIN
[email protected]

MUNGKIN ada beranggapan kejayaan demi kejayaan dicapai bekas juara program realiti popular Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), Mohd Hafiz Mohd Suip atau Hafiz, kebelakangan ini disebabkan tuah.

Sebaik muncul juara AF7, kerjaya seni Hafiz terus memacu laju apabila albumnya, Masih Jelas dilancarkan pada 14 Julai 2009. Kemenangan dalam pertandingan Anugerah Juara Lagu terutama Lagu Terbaik dan Vokal Terbaik dua tahun berturut-turut mengangkat namanya sebagai penyanyi muda berbakat besar.

Terbaru, Hafiz menjuarai rancangan realiti yang menghimpunkan barisan artis popular bertanding sesama mereka setiap minggu, Mania dan memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM500,000. Namun bagi peminat setia jejaka berasal dari Kuching, Sarawak itu, kemenangan demi kemenangan diraih sebelum ini disebabkan vokal mantap ditampilkan penyanyi yang cukup popular menerusi lagu Awan Nano itu setiap kali mengadakan persembahan. Kemenangan di Mania turut membantu melebarkan lagi langkahnya apabila akan ke Jakarta bagi melancarkan album sulungnya. Kata Hafiz, selain memasarkan albumnya di sana, dia juga akan terbabit dengan projek khas. “Perancangan ini dibuat sewaktu saya bersama Empire Hijau dalam Mania di bawah bimbingan Ahmad Dhani iaitu menghasilkan single terbaru. Mengikut perancangan, single ini juga akan dipasarkan di sana. “Kolaborasi antara penyanyi bernaung di bawah Empire Hijau dan artis Indonesia juga sedang dirancang. Besar harapan agar usaha sama bakal dilakukan ini akan membuka jalan lebih luas kepada saya untuk mencipta nama di sana,” katanya.

Jelas Hafiz, selepas membuktikan kemampuan diri kepada peminat tempatan, sekarang sudah tiba masanya untuk dia mengikut jejak langkah penyanyi sedia ada sebelum ini untuk melebarkan sayap ke negara luar.

“Saya menjadikan Datuk M Nasir dan Datuk Siti Nurhaliza sebagai contoh terbaik, bagaimana mereka berusaha mengembangkan bakat dan kerjaya seni di luar,” katanya.

Hafiz yang ditemui ketika menjayakan rakaman program terbaru ntv7, Rooftop yang bakal disiarkan September ini sedar akan cabaran yang akan dihadapi. Katanya, dia akan berusaha mengejar cita-citanya itu, apatah lagi peluang sudah terbuka luas dan ia harus digunakan sebaik mungkin.

“Setakat ini penerimaan peminat dari Singapura dan Brunei terhadap bakat saya agak baik. Bagi menguasai pasaran nusantara, adalah tidak lengkap sekiranya tidak memenangi hati peminat muzik di Indonesia. “Begitupun, agak sukar untuk memenangi hati mereka, saya pernah merasainya sewaktu ke sana bagi mempromosikan Awan Nano selama 10 hari. Untuk menarik perhatian wakil media di sana juga tidak mudah. Sepanjang tiga hari pertama, saya mahupun wakil syarikat rakaman di sana berasa susah hendak tarik perhatian orang.

“Sehinggalah kami diberi peluang untuk mengadakan sesi temubual bersama stesen radio Pesona FM. Saya difahamkan bahawa ia antara stesen radio yang mempunyai ramai jumlah pendengar. “Selepas itu, barulah nampak penerimaan mula berubah terutama sewaktu saya mengadakan persembahan promosi di Jakarta, Jogjakarta dan Bandung,” katanya.

Dalam merencana kerjaya seninya, jelas Hafiz dia sedar bahawa tidak boleh mendabik dada dengan kejayaan dicapai sepanjang beberapa tahun ini. Sebaliknya dalam keadaan sekarang, dia harus mampu menampilkan sesuatu yang menampakkan kematangannya sebagai penyanyi.

“Saya tidak mahu menjadi penyanyi semata-mata. Disebabkan itu, untuk album terbaru saya turut menampilkan lagu ciptaan sendiri. Saya turut menjadikan M.Nasir dan Ahmad Dhani sebagai idola dan mahu berjaya seperti mereka. Bukan saja sebagai penyanyi tetapi juga komposer disegani.

“Sebenarnya lagu saya itu dihasilkan tiga tahun lalu tetapi saya kurang yakin dengan penerimaan peminat hingga saya menangguhkan terlebih dulu hasrat untuk merakamkannya.

“Pada saya, sekarang adalah waktu sesuai untuk menunjukkan kepada peminat akan kemampuan saya menghasilkan lagu. Ia berjudul Mungkinkah dan dihasilkan bersama sepupu saya, Idzam Shaharudin. Ia menampilkan kisah hidup saya sendiri. Susah senang yang saya lalui untuk bergelar anak seni berjaya,” katanya.

Album pertama Hafiz, Masih Jelas yang memuatkan lima lagunya bersama empat finalis AF7,  dipasarkan 14 Julai 2009. Masih Jelas yang turut dipertaruhkan Hafiz di final AF7, dicalonkan di Anugerah Industri Muzik 17 (AIM17) untuk Lagu Pop Terbaik. Pada AJL25, Hafiz layak ke final menerusi lagu Noktah Cinta ciptaan Ajai dan lirik Sheikh Qalam. Lagu itu menang tempat ketiga dan Hafiz menang Vokal Terbaik manakala AJL26 tahun ini, Hafiz mempertaruhkan Awan Nano ciptaan M Nasir dan lirik Buddhi Hikayat. Kali ini memang besar apabila diumumkan juara dan Vokal Terbaik.




~~~ hmetro online ~~~
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2012 11:22 PM | Show all posts
Post Last Edit by bija at 7-7-2012 22:24

selamat mlm semua ; blackberry, ladygempak, along, ilah, shas, manggis, nemo...
masih teringat konsert semalam, memang best, kadang rasa macam recording, sora sama je mcm rakaman, bezanya hafiz nyanyi depan mata... <== reaksi muka time hafiz nyanyi...cubaan nak bersalam ngan hafiz gagal, paling hampir pun lebih kurang 1 inci, tapi hafiz tak perasaan tangan mek..huhu ...mungkin tak seangresif yang lain kot...

lagu bahagiamu deritaku best!! dah ulang2 dari tadi...first time juga dengar lirik "dia membawa jantungku bersamamu"...jantung? ganas sungguh...
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2012 11:58 PM | Show all posts
Who is…?



2011


Best Vocalist in Malaysia in Anugerah Juara Lagu 25 for the song – Noktah Cinta (January 2011)

2nd Runnersup in Anugerah Juara Lagu 25 for the song – Noktah Cinta (January 2011)

Best Song in Malaysia in Anugerah Planet Muzik 2011 - Hafiz Awan Nano (June 2011)

Best Regional Song in Malaysia, Indonesia, Singapore in Anugerah Planet Muzik 2011 - Hafiz
Awan Nano (June 2011)


2012

Champion of Mania Superstar programme 2012 (May 2012)

Anugerah Penyanyi Lelaki Paling Popular in Malaysia di Anugerah Berita Harian (April 2012) – beating Anuar Zain, Faizal Tahir and Black.  

Best Vocalist in Anugerah Juara Lagu 26 - Hafiz Awan Nano (January 2012)

Best Song in Anugerah Juara Lagu 26 - Hafiz Awan Nano (January 2012)


Memasuki scene musik Indonesia, Hafiz mencoba mengedepankan single Bahagiamu Deritaku sebagai debutnya. Lagu ini hadir dalam aransemen yang easy listening bagi penikmat musik lokal. Musikalitasnya lebih didominasi notasi dan unsur yang lebih sederhana



Artist                : HAFIZ

Album              : HAFIZ

Produksi          : Warner Music Indonesia


Tracklist :

1. Patah hati
2. Hanya ingin kau cinta
3. Bahagiamu deritaku --> 1st single
4. Masih jelas
5. Awan nano
6. Ku akui
7. Noktah cinta
8. Watak
9. Ombak rindu

Sumber : Yahoo Warner Music Indonesia
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2012 12:08 AM | Show all posts
Who is…?



2011


Best Vocalist in Malaysia in Anugerah Juara Lagu 25 for the song – Nok ...
Along_XX Post at 7-7-2012 22:58



   lagu patah hati pun macam best, walaupun dengar sekerat sekerat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 08:18 AM GMT+8 , Processed in 0.427106 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list