CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: brown93

[BEST + ULTRA SERAM ]Misteri Riviera II Apartment

[Copy link]
Post time 10-4-2018 09:59 AM | Show all posts
princess1111 replied at 30-5-2013 12:56 PM
sape name ko erk..aku pn dcs..2000...hhheheeeee......

Ye ke? Sama lah ni kot... aku budak 6-11 if you can recalled any guys who lived there so I am definitely one of them ;)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2018 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahun 2000 ke 2001 belajar kat KYPM cheras asrama kat maxisegar.gila scary selalu lift tu stop kat satu level ni, terbukak tetiba dah la gelap gelita. Penah terbabas outing balik dlm pkl 9 malam,kena naik lift tu sorang (boifren takleh teman sebab dia duduk kat riviera )  sekali lift tu stop kat level tu. Lupa dah 5 ke 6 or 9. Nak luruh jantung

baca ayat mcm2 rasa nak pitam. Ada dlm 3min mampu pejam mata je kuat2.sampai je kat dorm terus basuh kaki je kat tandas xnak mandi sebab nanti kena mandi sorang lepas tu mmg taubat dah before maghrib dah ada kat dorm. Sebab siang lift jarang kosong. Next day demam tu baru sikit kena nasib takde penampakan apa2.

Ada satu member, half sem dia dapat masuk UIA. dia sorang je pakai gelang kaki. Ada sekali tu bebunyi2 gelang kaki tu,semua yang satu dorm dgn dia diam terkedu tak mungkin khayalan je sebab semua dengar masing2 mampu pandang sesama sendiri je. Syukur tu la last kena kacau sebab dapat offer 2nd intake nov masuk uitm, so tak lama kat situ. Dlm 6-8 bulan je.

Sempat masuk piket dgn senior beramai2 kami mogok takda air jalan kaki ramai2 dari maxisegar sampai pintu masuk kypm tu. Nasib  tak masuk berita hahaa malu je
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2018 01:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Saya pun pernah stay Riviera ni juga. Ex student kptm masuk 2006 sampai 2007 kena keluar dengan segera. Rasanya sebab management ada masalah.

Kondo tu mmg cantik. Luas rumahnya. Tapi memang naik lif tu seram sentiasa. Tentang lif naik sndiri tingkat 8 tu pun pernah kena sekali lepas tu mmg tak berani naik lif belah sana lagi.

Saya duduk di master bedroom di rumah yg balkoninya menghadap car wash. Tingkat 2 kalau tak silap.

Banyak memori best. Almaklumlah masa remaja pk seronok2 je. Walaupun tempat tu seram ke.. ada bunyi tiap malam ke tp happy je

Tiap tengah  malam memang akan ada bunyi seret2 kat belah atas. Walaupun setahu kami tingkat atas kami (tingkat 2 kalau tak silap) tak ada penghuni. Tp masa tu fikir budak2 ctbernetic yg main skateboard. Tapi kan bila pk2 semula kenapa tgh malam pukul 12 ke atas baru bunyi. Takkan tak pernah main awal sikit pukul 10 ke.. hmm itulah misteri yang saya sendiri pernah alami.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2018 11:11 AM | Show all posts
Riviera nih masih seram lagi ke
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2018 04:29 PM | Show all posts
kalau tgk google review..kebanyakan bagi 4star utp apt baru tu..cuma rata2 komplen pasal parking..xtau la plak kot google tapis kalau ad akomen negatif
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2018 03:27 PM | Show all posts
Patutlah x pernah perasan masa lalu. rupanya dh cantik skrg. gigih baca dr page mule2 smp page ni. rajin buat research siap bukak website developer condo baru ni. dia still tulis the residence ni ongoing project. cmne la agak2 nye keadaan dkt sana skg ni dah tahun 2018?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-2-2019 06:40 PM | Show all posts
surfinv replied at 2-2-2014 11:22 PM
Seperti yang di quote dari threads The Others Clan

Trailerhttp://www.youtube.com/watch?v=

erhhhh seremmmmmm

Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2019 10:33 AM | Show all posts
dah 2019, takde citer seram dah kot hantu pon dah lari
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2019 06:39 PM | Show all posts
runiadreamer replied at 28-2-2019 10:33 AM
dah 2019, takde citer seram dah kot hantu pon dah lari

untung hantu ni dpt umah bru bekas rivera ni..hehe carwash aku selalu basuh kete pn dh tade...sedey
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2019 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
syukurlah terbaca pasal riviera ni. if not memang tak sangka bangunan sekarang yang gah macam tu dulu sebenarnya angker. let say terbeli memang igauan ngeri la jawabnye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2020 06:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah rindu nyaa Cari Forum ni...dah lama sangat tak masuk sini..dah bertahun dahhh...
.
Terima kasih kepada semua pembaca thread saya ni dan kisah2 riviera yg ada di dalam ni...tak sangka banyak sambutan..
.
Saya pun dah lama sangat tak buat aktiviti paranormal ni...last ada buat tahun 2018 tp tu pun ingat2 lupa sebab tak sempat tulis nota, rakaman perjalanan etc..
.
Terima kasih kepada semua yg membaca dan memberi sokongan kt thread saya. Thanks guys!
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2020 02:49 AM | Show all posts
Edited by TukangKayu99 at 8-9-2020 02:55 AM

Assalamualaikum semua,

Saya adalah batch pertama yang menghuni Kondo Riviera II 1997-1999. Pada masa tu ia hostel untuk bagi program matrikulasi IPTA utama dibawah kendalian Kolej PTPL Ampang, seperti UKM, UMS, USM, UPM dan next sem tu mula masuk pelajar KYPM Cheras dan Legend Hotel School (kami anggap mereka ini agak sosial dan tidak bercampur). Asalnya bangunan ini begitu cantik. Hari pertama saya daftar masuk, saya terpegun, tak pernah mimpi hostel matrik semewah ini..maklumla dtg dr kg jauh, masa itu bangunan ini seperti baru siap, lantai sejuk marble, bilik-bilik kami masih berpasir dan habuk simen. Semi-furnished. Sudah ada almari besar, kitchen counter top, bar kitchen (ikut jenis unit). Bilik Sauna dan kolam renang berfungsi dengan sempurna. So memang enjoy sakanlah kami. Surau pertama kami di ground floor, corner atas kanan side Sauna, kemudian bila jemaah semakin ramai kami mohon bilik baru, corner kanan bawah dijadikan surau baru sempena Ramadhan 1998 jika tak silap. Artis, Amy Mastura antara penghuni awal yg sedia ada masa kami mula masuk. unit kondonya tingkat atas sekali. Tapi lepas tu dia berpindah mungkin xde privacy satu budak2 ni suka pegi rang bell rumah dia heheh

Berhantu? Mistik? Sepanjang tinggal 2 tahun tak rasa Kondo ini seram atau berhantu. Sebaliknya Alhamdulillah.. ia satu hostel yang menyeronokkan. Saya ni jenis kaki merayau dari bilik ke bilik, tingkat ke tingkat, termasuk ke luar kawasan Reviera tak kira siang atau malam untuk study dn lepak. Sy lbh prefer guna tngga kalau sorg2..Waktu itu pak guard org tempatan (org Perlis sorang).
Alhamdulillah..suasana waktu itu langsung tidak seram. Malah riuh rendah,happiness dan ceria. Hampir semua unit dipenuhi pelajar dan pensyarah fellow asrama. Koridor diterangi lampu neon kuning, Unit kondo saya berbalkoni, mengadap terus ke Pandan Indah, jauh di ufuk nampak kelipan lampu dr atas bukit. Kawan2 kata itu Genting Highlands.Sungguh syahdu terutama ketika senja sambil dgr alunan zikir & azan radio 1 Kuala Lumpur.

Dalam kondo asalnya lampu neon kuning yang tak sesuai untuk kami sebagai pelajar mentelaah atau study/ study group/home work. So ada yg bwk table lamp, ada yg modified letak lampur kalimantang. Kemudian kami mula explore lobby bawah untuk aktiviti study group, discussion, riadah, tp tiada pun masalah sosial yang diketahui mungkin masa itu tiada mobile phone, tiada pengaruh bukan2. kebanyakkan yg dtg dr kampung2, pelusuk tanah air. Alhamdulillah semuanya elok. ada lah 1-2 kes terpencil.

Bas awam yang lalu kawasan itu - Bas Mini No56, City-Liner 174, Intrakota (tak ingat no.) semua base laluan Taman Muda. Kemudian bila LRT Ampang dibuka, 1998 Sukan Komanwel, bermula lah pengalaman baru naik rel transit. Bas2 mini mula ditamatkan dan dijadikan bas pengantara ke stesen LRT Cempaka. Di cat dengan warna biru dengan logo STAR merah (LRT Line Ampang + Seri Petaling dikenali sebagai LRT STAR).

bersambung..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2020 03:13 AM | Show all posts

Berkaitan lif suka terbuka, naik sendiri ke aras tertentu buka dan tutup? Dari dulu lagi mcm tu..  Pada awal masa kami mula masuk, tak semua lif dibuka untuk service. Hanya lif angkut barang termasuklah nak buang sampah (so management lapik papan lapis). Lif brand Toshiba, 2 lagi lif biasa dibuka selepas beberapa bulan bila kapasiti pelajar semakin ramai. Itupun kena beratur bila peak hours (waktu pagi 7.00-8.00, petang 5-5.30ptg). Kasi je la student pmpuan naik lif.  So bermaraton dgn tngga le jwbnya. Dari awal kami mula duduki lagi lif ini bukan berhantu tetapi masalah controller. Randomly lif ni akan bergerak sendiri kemudian terbuka ikut suka die...lepas tu akan turun ke ground floor semula.Kami mmg dh aware dn xkisah pun. Pihak management beberapa kali telah lock/ auto system nya. tapi memandangkan kalau lock, service nya akan sgt slow dan tk sync dgn lif satu lagi. Pandangan sy ia bukan isu mistik. Wallahualam

Pada zaman itu kampung terdekat di belakang Reviera II/I ialah Kg Cheras Baru. Selain dr pembinaan Riviera III kt atas bukit tu. Tp bagi saya Riviera II paling cantik antara 3 fasa Reviera. Dikhabarkan keluarga artis Awie pernah tinggal di situ. Kami pernah meredah area tu mencari air ketika krisis bekalan air paling lama masa tu hampr 2 minggu hingga ke masjid besar selepas kampung tu. tembus ke Jalan Cheras agaknya. pernah di halau oleh tok siak sbb ada yg dtg pelajar perempuan yang dtg bulan tapi selambe masuk masjid utk cari air.. hehehe. Jika hari Jumaat xde kelas, atau jatuh hari cuti, di situlah kami bersolat Jumaat dgn berjalan kaki ramai2. Jika Jumaat ade kuliah, Solat Jumaat di masjid dekat Ampang Point (arah jalan menuju ke Bukit Belacan).

Sumber makan? tiada kedai besar/special area tu, hanyalah warung2 org tempatan dan abg2 Indonesia. Ptg2 mrk buka meja tepi jalan masuk Riviera. Masakan ok. sedap, murah. Tkde la yg senak perut cirit birit. Seketika pelajar Legend Hotel pernah jalankan kafeteria kt ground floor, kbykan Sarawakian, Sabahan. Tp sekejap lepas tutup semula. Overall zmn tu kitorng blh survive dgn Maggie Kari atau Cintan. hanya semata2 kuah 'msg' dn mee..hahaha.

Shopping mall? tiada apa yg havoc masa tu hanya ada Sunshine di Menara Maxisegar, pelajar perempuan je rajin ke situ. Kebanyakkan kami ke Ampang Point lepas kelas atau sebelum balik ke kondo. Nk serius shopping, cinema (Titanic, Kush2 Hota Heii tgh meletop), lepak, kami pegi KL, KLCC etc time weekend. Sebelum ada lebuhraya di sisi kanan, MRR2 jika tak silap.. kawasan tu memang tak sibuk. best dan tenang. skali skla dgr enjin bas City-Liner Mercedes Benz time tu gearbox auto nyaring dgr sampai ke bilik hehehe. Jika menyurusi jalan besar depan Rivera II, hujungnya jalan mati. Jadi belok ke kanan untuk ke Pandan Indah.

Kesimpulannya Riviera II bukan tempat menggerunkan, mistik atau berhantu asalnya. Ia sebuah penempatan cantik, unik komuniti anak2 Melayu dan Bumiputera Sabah Sarawak dtg ke ibu negara untuk mencari ilmu, ramai yg kali pertama jejak Kuala Lumpur, menghimpunkan pelajar lelaki & perempuan 5 buah IPTA utama negara dalam satu bumbung. Kami berkenal berukhuwah tanpa masalah. Alhamdulillah begitu ramai sahabat, bersyukur pd-Nya tiadapun maksiat dan keburukan berlaku yang kami ketahui. Ia menjadi suasana harmoni dan terpahat sebagai kenangan manis & terindah. Ramai juga yang telah bertemu jodoh di sini.  Tak lupa pada kedai dobi untie chinese fasih ckp Melayu corner bawah kiri tu yg murah je, dan kedai runcit akak Indian di pintu masuk kanan.

Catatan ini sebagai imbauan kenangan manis. dan bukti bahawa Riviera pernah menjadi tempat terindah dan menghimpunkan kami alumni awal Matrikulasi IPTA dibawah francais Kolej PTPL (MSU Group). Tak dapat dibayangi bagaimana ia berubah sebegitu. Mungkin selepas dari itu dan ketika bangunan ini di abandoned, Wallahulam.

-ex Unit 9.XX & 3.XX The Riviera II 97-99




Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2020 04:41 AM | Show all posts
Edited by TukangKayu99 at 8-9-2020 04:56 AM

Quote:
Baru2 ni saya ngan kwn2 ad pergi kt satu asrama tinggal (or mungkin apartment) kt area Taman Kencana,Cheras..brdasarkan cerita rakan2 saya (x sure mana diorang dapat info nih) tmpt ni dah lama trbengkalai or tak dihuni sejak tahun 1994..diorang cerita gk yg dulu ade satu kes wabak penyakit yg brleluasa dikalangan penghuni asrama ni..disebabkan itu sebahagian besar or semua penghuni terpaksa dipindahkan ke tmpt lain dan akhirnye tmpt tu dterbiar kosong tanpa penghuni selama bertahun2 lamanya smpai lar skang..saya da try search kt google nk letak gmbr kt cini tp x jumpa la plak hu2..so senang citer kalu nk tengok kne pergi sndiri lar..hehe..so ad sesiapa kt cini yg tahu lebih lanjut pasal tempat ni?? kalu ad saya harap korang share lar kt cini orait..


Cerita ini 100% tak betul. kalau kata pada tahun 1997-2000, memang tk benar, tk wujud dan xpernah dengar kisah ini. Riviera II.  1997 baru mula diduduki, 1994 baru mula dibina jika tak salah. Jika ada wabak dah lama kena lock down kwsn tu. Saya 'hidup' di situ sepenuh masa sebagai student bebas menghirup udara segara ke sana ke mari... masa hari pendaftaran masuk, kami semua dapat kondo unit baru yang tkpernah diduduki lagi. condo-mate mengemop cuci sisa simen, pasir. semua masih baru. wradrobe. etc. Masya Allah masih ingat cantik awan berkepul putih dan view tower KLCC memantul chy tgh hari spt 'jagung besi'. Hanya balik kg masa cuti semester dn cuti2 tertentu. Jiran Riviera I, pun ok, semua residen tetap. kami ada contact dgn uncle bas sewa etc. Jadi ini mmg fake story. Tk pernah ada wabak penyakit, kecuali ada kawan se kolej kena denggi. itu pun punca dr kg dia. Wallahualam

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:27 AM GMT+8 , Processed in 0.046682 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list