ni dari harian metro...meols rasa ni ayat yg betul kot..
AKTOR kacak, Fattah Amin menjelaskan jumlah bunga mawar yang dihadiahkan kepada Fazura tidak mempunyai maksud tertentu."Ia tidak membawa apa-apa simbolik. Bunga itu sekadar hadiah untuk sahabat baik yang sentiasa memberikan perangsang dan tanda sokongan kepada kerjaya saya. Ketika dihubungi, Fattah mengucapkan selamat hari jadi buat Fazura dan berharap persahabatan mereka berpanjangan. "Selamat ulang tahun buat Fazura. Semoga diberikan usia panjang dan penuh kebahagiaan. Semoga Allah sentiasa menjaga persahabatan kita. Terdahulu, Fattah memberi kejutan sempena ulangtahun kelahiran Fazura yang ke-34 dengan memberikan 500 kuntum bunga mawar.
|