CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mrs_salvatore

Pengalaman Seorang Pegawai Penyelamat Hutan di USA (ceduk dari reddit)

  [Copy link]
Post time 13-7-2022 02:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Best bace benang ko ni tt. Tq atas usaha menterjemahkannya dalam BM yg sedap utk dibaca. TQ tt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2022 11:12 AM | Show all posts
TQ tt.... selalu update citer menarik
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2022 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Tq TT..dah lama x masuk, banyak story dari TT
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 02:06 AM From the mobile phone | Show all posts
shop_girl replied at 7-7-2022 04:27 PM
Kisah ni membuatkan aku teringat cerita La Llorona or The Weeping Woman..kisah ni mmg folklore yg  ...

ouh.. kisah ni mmg urban legend la dekat sana? iols ingatkan rekaan semata2..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2022 11:12 AM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 18-7-2022 03:52 PM

Kisah Hantu Legenda Dari Jepun - Okiku, Orang Gaji Yang Terseksa

Kisah ni sebenarnya memang kisah dari zaman Samurai di Jepun.  Pada zaman dulu kala di Istana Himeji yang terletaknya di Daerah Hyogo, tinggal seorang pencuci pinggan mangkuk yang bernama Okiku.  Okiku ni cantik sangat, dan kecantikan dia menjadi perhatian salah seorang samurai dalam istana tu iaitu Aoyama.  Tapi Aoyama ni gentle, dia cuba nak mengorat Okiku tapi Okiku tak layan.  Berkali-kali jugak Aoyama ni cuba nak sunting dan pujuk Okiku ni jadi gundik dia tapi asyikla kena tolak.

Sebab dah geram sangat dan ego tercalar agaknya, Aoyama ni pun dapat idea jahat nak perangkap Okiku ni jadi gundik dia.  Dalam istana tu ada satu set pinggan, pinggan tu ada 10 keping.  Si Aoyama tu pun soroklah sekeping pinggan tu pastu dia pun panggillah Okiku, Aoyama tuduh Okiku ni dah hilangkan salah satu pinggan tu.  Okiku pada mulanya tak mengaku sebab memang dia tak buat pun, jadi si Aoyama ni keluarkan set pinggan tu dan suruh si Okiku ni kira sendiri.  Okiku pun kiralah, 1,2,3.... sekali tu memang tak cukup sepuluh.  Si Okiku ni dah panik, berkali-kali dia kira pinggan tu, 1,2,3 sampai 9.  Okiku dah takut dah sebab zaman dulu kalau curi barang istana ni boleh dijatuhkan hukuman bunuh.  

Aoyama ni bila tengok si Okiku ni dah gementar ketakutan, dia pun masuk daun.  Dia tawarkan pada Okiku, apakata jadi gundik dia je kalau taknak dihukum?  Ala setakat sekeping pinggan je kot.  Tapi si Okiku ni masih tetap dengan pendirian dia, dia lagi rela dihukum dari jadi gundik.  Aoyama pun naik beranglah, Aoyama mengarahkan Okiku ni diseret masuk hutan dan dipukul dengan pedang kayu.  Lepas tu, Okiku diikat dan dicelup berulang kali dalam perigi.  Bila Okiku direndam dalam air dan hampir-hampir mati lemas, Aoyama angkat dia naik ke atas.  Aoyama beri tawaran terakhir pada Okiku, jadi gundik aku atau mati?  Okiku pilih untuk mati. Aoyama pun tikam Okiku dan campak Okiku dalam perigi tu untuk mati.  

Mesti korang tertanya kan kenapa Okiku ni berdegil taknak jugak pada tuan dia si Aoyama ni? Sebab Aoyama ni bukanlah seorang lelaki yang baik, sebab tu Okiku rasa baik dia mati kalau dia hidup bawah Aoyama pun lagi lama terseksa.

Sejak tu, boleh dikatakan setiap malam hantu Okiku ni akan muncul dari perigi tu dan mengganggu penghuni istana tu. Hantu Okiku akan mengira, 'satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh, lapan, sembilan....' dengan suara yang mendayu-dayu, dan berakhir dengan jeritan yang sangat mengerikan.  Masa tu memang ramailah yang jatuh sakit sebab terdengar jeritan tu.  Hantu Okiku betul-betul mengacau ketenteraman setiap penghuni istana tu.  



Sebab dah tak tahan sangat, orang besar istana tu pun panggillah tok sami untuk halau hantu Okiku tu.  Malam tu tok sami tu duduk di taman istana sambil membaca sutra.  Dan macam biasa, hantu Okiku tu pun muncullah dan mengira.  Tok sami pun amati betul-betul bunyi hantu Okiku tu, bila hantu Okiku dan sampai nombor sembilan dan betul-betul sebelum hantu Okiku tu menjerit, tok sami tu terus mencelah, 'sepuluh!'.   Hantu Okiku pun rasa lega sebab tu tandanya pinggan dah cukup sepuluh.  Hantu Okiku pun berlalu pergi dan sejak tu tak pernah muncul lagi...

Cerita ni ada banyak versi, ada satu versi ni Aoyama ni suka pukul orang gaji dia termasuk Okiku, dan tanpa disengajakan Okiku terpecahkan sebiji pinggan masa kene pukul tu dan terus kene penggal.  Versi lain pulak Okiku ni bercinta dengan tuan muda pemilik istana tu, si mak tak setuju dan berpakat dengan Aoyama nak hukum Okiku. Apapun cerita ni pernah difilemkan kalau rajin bolehla cari...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 15-7-2022 11:12 AM
Kisah Hantu Legenda Dari Jepun - Okiku, Orang Gaji Yang Terseksa

Kisah ni sebenarnya memang kisah d ...

wah...senang btl sami tu berubat...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-7-2022 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
jiwakacau06 replied at 15-7-2022 12:25 PM
wah...senang btl sami tu berubat...

Aku ingatkan aku sorg je yg rasa ending die mcm kelakar
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2022 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
haifawehbe replied at 15-7-2022 02:06 AM
ouh.. kisah ni mmg urban legend la dekat sana? iols ingatkan rekaan semata2..

Yup mcm kita urban legend pasal antu tetek, ponti etc..diorg la llorona tu la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-7-2022 05:06 PM | Show all posts
Tangan Ghaib

Ada satu malam tu aku tengah memandu kereta nak balik ke asrama kolej aku dari tempat kerja aku. Kejadian ni berlaku pada tahun pertama aku di kolej.  Masa ni aku memang pulun belajar sambil buat macam-macam kerja untuk tanggung persekolahan aku, secara puratanya masa tidur aku cuma 4 jam je setiap hari.



Malam tu aku penat sangat kot, dahla memandu sorang-sorang, tanpa disedari aku terlelap sampai terlentok atas stereng masa tengah memandu tu.  Tapi sekejap jelah, apabila tiba-tiba aku rasa ada tangan dari belakang perlahan-lahan tarik ubun-ubun aku sampai kedudukan kepala aku kembali tegak pandang ke hadapan.  Masa tu aku memang terkejut tapi aku dapat jugak kawal kenderaan.  Tangan tu terus menampung belakang kepala aku jadi memang hilang terus mengantuk aku masa tu.  Kuat betulan degupan jantung aku, aku cuba nak toleh belakang tapi tangan tu tak kasi kepala aku bergerak-gerak. Aku cuma boleh lirik-lirik mata je kalau nak tengok cermin pandang belakang tapi kat belakang tu takde sapa pun.  Tapi aku boleh rasa cengkaman tangan tu di belakang kepala aku.  Kereta aku dipenuhi bau curut perisa ceri padahal aku tak merokok, hisap vape pun tak.

Nak tak nak aku pun teruskan jelah pemanduan aku tu.  Tipulah kalau aku cakap aku tak takut, tapi aku tak rasa 'benda' tu nak mengapa-apakan aku.  Sampai je kolej dan aku pun dah selamat matikan enjin, barulah tangan tu lepaskan kepala aku. Aku pun lari macam lipas kudung masuk bilik asrama aku, takde nak toleh-toleh belakang.  Dah sampai tu barulah aku dapat bertenang, aku teringat baru curut perisa ceri yang tiba-tiba muncul dalam kereta seiring dengan tangan tu.  Baru aku sedar, aku ada seorang pakcik merangkap ayah angkat aku yang suka hisap curut, curut kegemaran dia perisa ceri.  Tapi ayah angkat aku ni dah meninggal sebulan lepas aku sambung belajar ni.  Maksudnya, tangan yang pegang kepala aku tadi tu tangan mendiangkah?  Mendiang cuba nak selamatkan aku dari kemalangan akibat memandu sambil tidur ke?   

Sehingga kini 20 tahun kemudian, setiap kali aku rasa sedih ke atau aku berada dalam situasi yang mengundang bahaya ke, mesti akan muncul bau curut perisa ceri.  Bau tu je dah cukup buat aku rasa tenang dan hilang rasa sedih...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2022 06:05 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 1-8-2022 05:37 PM

Siapa Dia?

Semasa aku masih lagi dalam fasa praktikal nak jadi pemandu trak, aku dipasangkan dengan pemandu trak senior yang memiliki trak dia sendiri.  Sebelum tu aku dan pemandu-pemandu baru yang lain kene menjalani sesi orientasi di sebuah hotel, macam kursus pendeklah.  Pada hari orientasi terakhir tu, kami minta bersiap-sedia kemas kain baju dan akan ada pemandu senior yang akan jemput kitorang kat bilik hotel nanti dan kami kena ikut diorang selama seminggu.  Aku dijemput oleh dia ni yang aku panggil Pakcik Joe jelah. Kitorang ni satu syarikat, bezanya dalam syarikat aku ni ada satu skim kalau dah kerja lama dengan syarikat tu trak syarikat tu boleh dipindahmilik jadi trak sendiri.  Untuk praktikal aku ni, aku kena ikut dia dan tengok dia bawak trak selama seminggu, kadang-kadang bertukar-tukar memandu.  Pakcik Joe punya trip adalah dari fasiliti Walmart bahagian Alabama ke Miami jadi boleh dikatakan hari-hari kami akan ulang alik Alabama-Miami.  Pakcik Joe ni pelik sikit, dan inilah kisah aku dengan Pakcik Joe.

Aku dah mengantuk sangat, aku tanya Pakcik Joe boleh ke dia bawak trak tu sorang-sorang.  Pakcik Joe kata no hal jadi aku pun pergilah masuk tidur.  Kat bahagian belakang kepala trak tu ada ruang katil kecil untuk tidur.  Masa ni kitorang dalam perjalanan nak balik ke Alabama, entah macam mana aku tidur nyenyak sungguh, bangun-bangun je tengok dah sampai Nebraska.  Eh tersasar jauh dah dari Alabama ni.  Pakcik Joe sengih-sengih je, dia cakap dia ada kabin kat Nebraska tu. Nanti nak balik bolehlah singgah pejabat kami kat Dallas nak mintak laluan baru pulak, bosanlah asyik Alabama-Miami je.  Masa ni aku dah mula rasa lain macam dah, tak puas hati pun ye kenapa Pakcik Joe ni buat keputusan sesuka hati dia?  Nebraska dari Miami tu jauh sangat kot.  Senyap-senyap aku cuba hubungi penyelia aku nak mintak tukar je dengan pemandu senior lain, tapi penyelia aku tak balas pun.  

Aku cakap kat Pakcik Joe takpelah aku tidur jelah mana-mana motel nanti aku claim la balik dengan syarikat.  Tapi Pakcik Joe buat tak dengar je dan terus bawak aku masuk ke kawasan hutan ni.  Dalam hutan tulah kabin Pakcik Joe ni.  Korang pernah tengok tak cerita Friday The 13th yang nombor satu tu, kan nama tempat dalam filem tu Camp Crystal Lake?  Camtulah suasana kabin Pakcik Joe ni, tenang tu memang tenang tapi terlampau tenang sampai jadi menyeramkan.

Personaliti Pakcik Joe pun berubah bila masuk kabin dia tu, jadi terlalu peramah macam terlalu seronok je.  Aku pulak yang rasa tak sedap hati dah kenapa dengan orang tua ni beriya-iya bebenor?  Aku pun dijemput masuk ke kabin dia yang berdindingkan kayu tu, dalam kabin tu ada pendiang api yang disusun dengan batu-bata, dan di sekeliling tempat api tu ada kasut yang ditempa dengan gangsa disusun dengan elok dan teratur.  Ada macam-macam jenis kasut kat situ, ada kasut tumit tinggi, kasut kulit lelaki, kasut budak-budak, kasut bayi pun ada.  Semuanya dah ditempa dengan gangsa tapi yang peliknya, cuma ada sebiji je kasutnya, bukan sepasang macam kasut biasa.   Aku dah mula rasa pelik dah.



Pakcik Joe suruh aku lepak rehatkan badan kat satu bilik ni, tapi memang idaklah aku nak tidur lena masa tu.  Pakcik Joe ni duduk sorang diri, tak lama pulak tu datanglah seorang perempuan baya Pakcik Joe, mungkin dia upah orang kot, untuk datang dan masakkan makan malam untuk kami.  Tapi perempuan tu langsung tak bercakap sepatah apa pun dengan kami.  Lepas makan Pakcik Joe ajak aku lepak depan pendiang api.  Pakcik Joe yang ringan mulut malam tu, aku pulak memang takde mood nak sembang-sembang dengan dia.

"Ko ingat tak masa orientasi hari tu ko belajar apa?"  Pakcik Joe tanya aku.  Aku pun jawablah apa yang aku ingat.  Pakcik Joe pesan pada aku, 'ingat tak penceramah kan ada cakap, walaupun apa yang ada depan kita jangan brek mengejut, membahayakan trak je".  Erm okay.  Pakcik Joe sambung balik, "tak kisahlah apa yang ada kat depan trak masa tu, binatang ke apa ke, langgar je. Tak payah nak brek-brek".  Lain macam dah Pakcik Joe ni.  "Kasut-kasut yang aku awet dengan gangsa nilah koleksi aku sepanjang aku keje bawak trak ni".   Mula tu aku pun terfikir gak koleksi apa dia cakap ni, pastu barulah aku sedar, kasut-kasut tu adalah koleksi manusia yang dia langgar.  Terbeliak mata aku masa tu bila aku menyedarinya.  Pakcik Joe dah menceceh panjang dah, dia mengadu dia dah tua takde orang nak sambung koleksi dia ni, aku pun diam sambil angguk-angguk jelah.

Esoknya dalam perjalanan nak ke ibupejabat di Dallas tu, Pakcik Joe pergi isi minyak jap kat satu hentian trak ni.  Bila Pakcik Joe masuk je ke dalam stesyen minyak tu, aku pun teruslah cabut menyorok.  Lama jugak Pakcik Joe cari aku barulah dia pergi.  Pastu aku tumpanglah trak lain dapatlah sampai ke Dallas.  Sampai je ke Dallas aku terus cari ibupejabat jumpa penyelia aku dan ceritakan apa yang berlaku. Tau tak penyelia aku cakap apa?  Syarikat aku takde pekerja bernama Joe dan tak pernah pasangkan aku dengan Joe ni.  Diorang ingat aku dah lari lepas orientasi tu sebab aku tak muncul pun, padahal masa tu aku dah ikut Pakcik Joe. Mati-mati jugak aku ingat Pakcik Joe yang akan hubungi ibupejabat untuk buat penilaian pasal aku jadi aku pun tak pernah terfikir nak hubungi pejabat kecuali masa aku mintak penyelia aku nak tukar orang tu.  Patutlah whatsapp aku tak dilayan. Pastu aku terfikir jugak apa akan jadi kalau aku tak lari dari Pakcik Joe agaknya?  Dan siapakah Pakcik Joe ni? Aku rasa Pakcik Joe ni pembunuh bersiri...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 18-7-2022 10:05 AM
Siapa Dia?

Semasa aku masih lagi dalam fasa praktikal nak jadi pemandu trak, aku dipasangkan dengan ...

creepy cite ni, ala2 movie thriller omputeh..
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 18-7-2022 06:05 PM
Siapa Dia?

Semasa aku masih lagi dalam fasa praktikal nak jadi pemandu trak, aku dipasangkan dengan ...

kalau x lari...mgkin dia yg bkal di langgar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2022 05:12 PM | Show all posts
Tembus Pokok

Sekarang ni aku dah berumur 40an, dan kejadian ni terjadi di zaman 1990an.  Masa tu aku tinggal di Hemel Hempstead, England.  Walaupun aku ni kulit putih tapi atas sebab kesihatan, aku memang tak sentuh alkohol atau apa-apa dadah sekalipun.  Di satu malam musim panas tahun 1995, aku pegi lepak rumah kawan aku dan cuma balik selepas tengah malam.  Masa tu aku balik rumah kayuh basikal je.

Ada satu jalan pintas dari rumah kawan aku ke rumah aku ni, iaitu merentasi sebuah taman yang dipanggil Gadebridge Park.  Taman ni memang besar dan kurang pencahayaan, satu-satunya cahaya yang ada masa tu adalah lampu jalan Leighton Buzzard yang betul-betul bersebelahan dengan taman ni.

  

Aku tengah berbasikal dari sudut taman tu nak masuk ke Jalan LB tu lah apabila aku perasan, eh ada orang lain jugaklah tengah berjalan melintasi taman tu.  Tapi dia dari sudut lain jadi kami akan bertembung di tengah-tengah taman tu.  Aku pakai baju hitam masa tu, basikal aku pun takde lampu.  Aku pun berhentilah kejap belakang belukar yang tak jauh dari tandas awam kat situ, dalam 50meter je.  Aku berhenti tu bukan apa yelah nanti aku terlanggar pulak orang tu, dahlah aku pakai serba gelap.  Aku yakin orang tu pun tak nampak aku sebab kedudukan aku yang agak tersorok tu.

Aku pun tengok jelah orang tu berjalan, dia seorang lelaki.  Kedudukan paling dekat antara aku dan dia adalah kira-kira 20 meter tapi aku jelah nampak dia, dia tak nampak aku pun.  Lelaki tu aku nampak berjalan sampai ke Jalan LB yang terang dengan lampu jalan tu pastu terus menuju ke sebelah sana yang ada jambatan warna putih yang juga mercu tanda taman tu.

Lelaki tu botak, dengan dada terdedah, tinggi dan berotot pastu pakai kain kilt.  Yang buat aku sedikit risau tu sebab aku perasan dia bawak pedang.  Ah sudah ni perompak ke malam-malam bawak senjata ni. Aku pun membatukan diri jelah kat situ.  Di seberang jalan LB tu kan ada jambatan putih tapi jambatan tu dipagari pokok-pokok.  Aku nampak lelaki tu berjalan terus sampai tembus pokok!  Lepas tembus pokok tu lelaki tu berjalan dengan selambanya pergi ke taman seberang pulak.  Aku memang tak tipu tak mabuk tak khayal ye malam tu, memang aku betul-betul nampak lelaki tu jalan tembus pokok.  Aku pun tak fikir apa dah lepas 'lelaki' tu dah jauh aku pun kayuh basikal macam lipas terbang balik ke rumah.  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 18-7-2022 06:05 PM
Siapa Dia?

Semasa aku masih lagi dalam fasa praktikal nak jadi pemandu trak, aku dipasangkan dengan ...

Pakcik joe nak grooming dia jd pengganti dia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2022 05:23 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 1-8-2022 05:26 PM

Bau Busuk

Aku tinggal di Midwest, USA.  Belakang rumah aku ni ada hutan.  Memang sejak aku lahir di sini sampailah sekarang, kami yang tinggal kat sini ada satu perjanjian tersendiri, jangan sesekali jejak kaki masuk ke hutan belakang rumah tu.  Bukan setakat tak boleh pegi, tingkap belah belakang yang menghadap hutan tu pun akan sentiasa bertutup dengan langsir, tak kiralah siang ke malam ke.



Di sebelah kanan rumah aku ni ada ladang yang sangat luas, kami akan menanam jagung atau kacang soya ikut musim disitu.  Kat belakang tulah hutan yang terbentang berbatu jauhnya.  Rumah aku ni agak jauh sikit dari jiran-jiran yang lain, jiran yang paling dekat pun dalam 15 minit perjalanan menaiki kereta.  Jadi korang boleh bayangkanlah ye betapa sunyi dan terpencilnya kawasan rumah aku ni.  

Kenangan aku masa kecik-kecik membesar di rumah tu, aku dan adik-beradik aku yang lain suka main nyorok-nyorok di waktu malam di kawasan hadapan rumah kami ni.  Rumah kami ni ada laluan masuk yang panjang menuju ke jalan besar, kawasan kami menyorok tu sampai situ je. Tak pernahlah sampai masuk ke kawasan ladang ape lagi kawasan hutan tu.  Nama permainan tu unik sikit, kitorang namakan 'hantu di tanah perkuburan' (ghost in the graveyard).

Peristiwa ni memang aku ingat sangat, di satu hari di bulan Julai semasa aku berumur 9 tahun, ahli keluarga aku yang lain datang ke rumah aku. Sepupu-sepupu aku ajak kitorang main nyorok-nyorok, tapi ada sorang abang sepupu aku ni ajak kitorang main kat hutan belakang tu, sebab lagi thrill katenye.  Kitorang yang lain ni pun ikut jelah cakap dia, dah dia yang paling tua kan.  Tapi walaupun masa tu aku kecik lagi, aku dah mula rasa tak sedap hati bila kitorang masuk ke kawasan hutan tu.

Aku tak menyorok jauh ke dalam macam budak-budak lain, sebaliknya aku menyorok di sebalik sebatang pokok besar betul-betul tepi ladang tu.  Kami semua bawak lampu suluh masing-masing, tapi dah nama  pun main nyorok-nyorok kan, kitorang pun kenalah tutup lampu tu dan duduk seorang diri dalam gelap.  Aku duduk sorang-sorang menghadap ladang yang luas terbentang tu.  Masa tu suasana sekitar tu agak bising dengan bunyi burung hantu, cengkerik, katak menguak.  Sekali tu tiba-tiba kesemua binatang tu jadi senyap.  Memang keadaan masa tu sangat sunyi.

5 minit aku menunggu dalam gelap dan sunyi tu, tiba-tiba muncul satu bau yang sangat busuk, macam bau air kumbahan.  Macam najis dan daging busuk yang digaul bersama-sama.  Punyalah busuk bau tu, sampai aku putus asa nak tunggu situ jadi aku pun bangun dan blah dari situ.  Aku pasang lampu suluh dan jalan kaki dari hutan tu balik ke rumah.  Bau busuk tu sangat semerbak sampaikan masa aku jalan tu aku uwek uwek nak termuntah.  Masa tu aku tak dengar bunyi apa pun selain daripada tapak kaki aku, tapi aku dapat rasakan macam ada sesuatu yang mengekori aku.  Aku yang masih berumur 9 tahun tu pun dah ketakutan, aku pun mula bukak langkah seribu berlari balik sambil nangis-nangis dan jerit-jerit mintak tolong.  Abang sepupu aku yang berjaya menemui aku.

Dia pun sebenarnya dah rasa seram.  Kitorang pun nak tamatkan permainan tu jadi kami pun jerit-jeritlah panggil budak-budak lain suruh balik. Tapi takde sorang pun yang menyahut dan memberikan respons. Aku dan abang sepupu aku pun balik ke rumah dan kitorang beritau orang dewasa yang tengah lepak dalam rumah tu pasal kawan-kawan kami tu.  Ayah aku dah panik, dia pun keluar dan dengan kekuatan suara lelaki dia, dia jerit panggil kawan-kawan aku tu suruh balik tapi tak berjawab.  Bunyi daun bergerak pun takde, senyap sunyi je.

Ayah aku dan semua orang dewasa yang lain, termasuklah pakcik-pakcik aku pun capai lampu suluh masing-masing dan mulakan operasi pencarian budak-budak dalam hutan tu.  Tapi tak jumpa langsung.  Semua orang dah panik. Ayah aku sampai bawak trak dia masuk ke hutan tu dan suluh hutan tu pakai lampu limpah trak dia.  Tapi semua orang tak putus asa, diorang tetap mencari itupun 5 jam mencari tu barulah jumpa budak pertama.  Bila hari dah hampir siang, sorang demi sorang budak berjaya ditemui dan akhirnya semua budak-budak yang main nyorok-nyorok malam tu berjaya diselamatkan oleh ayah aku dan team orang dewasa malam tu.

Kitorang syukur sangat sebab kesemua budak-budak tu ditemui dalam keadaan selamat dan takde luka-luka, tapi lokasi penemuan budak-budak tu memang berbatu jauh ke dalam hutan tu.  Nak sampai ke situ kena naik trak la senang citer.  Dan kesemua budak-budak ni ada cerita yang sama ; masa tengah menyorok tu diorang terbau benda busuk, pastu dengar suara aku dan abang sepupu aku jerit panggil diorang dari arah dalam hutan, diorang pun ikut jelah suara 'kami' tu pastu tau-tau je diorang dah makin jauh ke dalam hutan tu.  

Sampai sekarang setiap kali kitorang berkumpul masa Thanksgiving, kitorang mesti akan bercerita pasal kejadian malam tu.  Sampai sekarang bila teringat bau busuk tu aku automatik jadi loya..


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2022 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih TT kongsi cerita baru…
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2022 12:32 PM | Show all posts
tq tt... citer semua best
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
sentiasa tunggu update cerita baru dari TT ❤❤
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2022 05:02 PM | Show all posts
Misteri Andy

Sebenarnya aku memang saja buat akaun Reddit ni semata-mata sebab nak kongsi cerita ni dengan korang.  Apa yang terjadi pada aku ni memang betul-betul misteri sampaikan aku rasa aku kena jugak cerita pada orang lain sebab aku tak sanggup nak hidup diselubungi misteri.  Sebelum tu izinkan aku cerita pasal latar belakang aku dulu.

Aku ada satu klik kawan yang dah saling kenal mengenali sejak dari zaman tadika lagi.  Klik ni ada 4 orang termasuk aku.  Kisah ni baru je terjadi tahun lepas masa kami berusia 28-29 tahun camtulah.  Kami ni memang kawan rapat tapi sejak kami sambung belajar di kolej yang berlainan, hubungan kami masih rapat cuma jarang jumpa je.  Kami semua ni dalam perhubungan yang stabil, ada yang dah kahwin ada yang ada marka, kecuali sorang ni, Andy (bukan nama sebenar).  Andy agak bernasib malang dalam percintaan, isteri dia ambil keputusan tinggalkan dia di saat maknya tengah tenat menghidap kanser.  Kami yang lain faham Andy sekarang ni sedang menghadapi dugaan yang hebat dan kami semua risau dengan keadaan Andy.  Salah seorang kawan aku ni ada rumah percutian di luar bandar, jadi kami semua pun bercadang nak ajak Andy lepak-lepak kat situ untuk tenangkan fikiran.  Kami pilih hujung Sabtu-Ahad untuk sesi melepak tu.

Seminggu sebelum hari percutian tu, Andy kata dia taknak ikut kitorang memandangkan dalam kumpulan kami tu dia sorang je yang takde pasangan.  Kami cuba jugak paksa Andy untuk ikut, tapi akhirnya kami mengalah sebab kami faham perasaan Andy masa tu, lagipun Andy kata dia ada rancangan lain hujung minggu tu. Pagi Sabtu sebelum bertolak ke rumah percutian tu, aku rasa macam tak patut pulak tinggalkan Andy, jadi aku dan isteri pun cadang nak singgah rumah Andy untuk pujuk dia kali terakhir.  Andy tak tau aku nak datang ni, jadi bila dah sampai depan rumah Andy, aku pun telefon dia dan dia jawab.  Tapi suara dia agak pelik, macam meleweh-leweh.  Aku sempat bergurau dengan dia, 'eh Andy ko ni baru bangun tido ke dah nak masuk tengahari ni wei'.  Tapi Andy tak gelak pun, aku ingatkan dia marah ke kat aku? Yelah kan dia tengah diduga ni mungkin dia dah berubah jadi sensitif.  Aku pun offer pada dia nak tak ikut kami bercuti tu, dan Andy cuma jawab sepatah je, 'Ok'.  Aku pun suruhlah dia kemas kain baju untuk tidur semalam, aku tunggu je kat luar.  Pastu Andy pun naiklah dengan aku dan isteri aku menuju ke rumah percutian tu yang jaraknya cuma  45 minit sahaja.

Sejak dari dalam kereta lagi, aku dah perasan dengan kelainan Andy ni.  Dia ni berkelakuan macam apa pun tak tau, tak  faham bila aku buat lawak, pastu aku tanya soalan ringkas pun dia terpinga-pinga.  Kalau jawab pun cuma ya atau tak je, kalau jawab panjang pun macam tergagap-gagap.  Bukan aku je, bini aku pun perasan.  Sebab kitorang ni kan rapat, jadi aku pun anggap samada Andy ni tengah depresi ataupun dia ada amek dadah.  Tapi Andy menafikan, perbualan kami pun terhenti setakat itu tapi aku masih berharapan semoga Andy dapat membuka pintu hatinya untuk berterus-terang dengan kami.

Kami pun dah sampai, tuan rumah sediakan banyak makanan, minuman dan paling penting sekali, permainan video.  Aktiviti kami bukan apa sangat pun, kami cuma nak main video game sampai lebam je.  Sebagai kawan-kawan yang dah berkenalan melebihi 20 tahun, kami mesra menganjeng satu sama lain tapi kami semua perasan yang Andy hari ni sangat lain macam.  Andy langsung taknak main apa-apa video game pun, langsung tak bercakap dengan kami, sepanjang masa tu dia cuma tenung muka kami atau tengok luar tingkap je.   Dan riak muka dia tu seolah-olah kagum tengok kami walaupun kami cuma buat benda biasa je, macam tak pernah tengok kitorang la senang citer.  Masa pun semakin berlalu , aku perati je Andy ni dan aku perasan dia langsung tak makan atau minum.  Salah sorang kawan kami kata dia pun perati gak Andy ni, Andy ni pun langsung tak pergi tandas sepanjang kitorang lepak kat situ.

Kitorang tanya jugak Andy ni eh ko ni okay ke, ko ada masalah ke? Cuba cerita kat kami.  Tapi Andy cuma jawab, 'aku okey je'.  Akhirnya kami pun malas dah nak pedulikan Andy lagi, walaupun dia pelik hari tu tapi dia tak kacau kitorang, so lantak kau lah Andy.  Malam pun dah tiba, mata masing-masing dah keletihan tengok skrin tv, kami pun bersembang-sembang dalam rumah je. Tapi Andy taknak sertai kami sebaliknya dia kata dia nak duduk kat luar. Kami pun perati ja dia duduk di bangku luar menghadap hutan kecil berdekatan dengan rumah tu.



Malam pun makin lewat, kami semua dah mengantuk, kami pun ajaklah Andy masuk rumah nak tidur.  "Takpe kejap lagi aku masuk".  Kitorang pun malas nak paksa masing-masing dah besar kan jadi kitorang pun biarkanlah Andy tu duduk kat luar.

Esok paginya, hari Ahad, masing-masing terlewat bangun.  Benda pertama aku buat adalah jenguk Andy di bilik dia.  Tapi katil dia elok je tak terusik.  Takde kesan-kesan macam katil tu ada orang tidur.  Kitorang suma macam panik eh Andy pergi mana ni?  Tapi kami jumpa jugak Andy dalam posisi yang sama macam malam tadi, tengah duduk kat luar.  Muka Andy segar-bugar macam tak tidur langsung dari malam tadi.  Kitorang suma dah rasa pelik sangat dah ni, dan pagi tu kami ambil keputusan nak tamatkan percutian tu awal dan bawak Andy balik ke rumah dia.  Sebab aku yang bawak Andy pagi semalam, akulah jugak yang bawak dia balik dan aku nampak sendiri dengan mata kepala aku dia berjalan masuk ke rumah dia.

Sebenarnya malam tu kami turut dijemput untuk ke satu majlis harijadi seorang kenalan kami di sebuah restoran.  Patutnya kami terus je ke parti tu dari rumah percutian tu, tapi dah perancangan kami tak jadi sebab perangai Andy kan.  Tup tup, kami jumpa pulak Andy kat parti tu. Tapi Andy yang kami jumpa ni ceria dan peramah macam biasa, bukan macam Andy yang kami jumpa semalam.  Aku tarik Andy ke tepi dan aku tanya dia, 'wei apa dah jadi kat ko semalam?'.  'Oh semalam kereta aku rosak.  Peter terpaksa datang amek aku malam tadi nak pergi ke bar'.  Eh bukan itu yang aku maksudkan.  Semalam Andy kan dengan kitorang kat rumah percutian tu?  Kitorang bertiga asak Andy dengan macam-macam soalan.  Andy jawab dengan geram, 'korang cakap ape ni? Bila masa aku ikut korang pegi situ? Aku ade je kat sini lepak-lepak kat bar dengan diorang'.

Kitorang bertiga memang tak percaya cakap Andy, sampaikan tetamu lain pun tertarik nak ikut serta dalam perbualan kami. Pastu adalah 2-3 orang mencelah termasuk Peter, ye memang Andy ada bersama mereka malam tadi kat bar.   Aku baru teringat semalam aku ada telefon Andy masa nak jemput dia tu, aku pun keluarkan telefon aku dan nah memang ada nombor Andy panggilan keluar di telefon aku.  Bila Andy periksa sejarah panggilan dia pun memang ada dia angkat panggilan aku tapi dia tak ingat pun panggilan tu.  Dalam pada masa yang sama, dua orang tetamu lain tunjuk kat kami gambar mereka berjimba-jimba kat bar malam tadi dan terpampang jelas muka Andy dalam gambar tu!  Andy cerita, pagi Sabtu masa aku sampai tu dia sebenarnya tengah berjogging, dia takde pun kat rumah.  Jadi yang aku nampak semalam tu siapa?????!!!  

Memandangkan lagi ramai saksi yang nampak Andy kat bar, termasuklah ayah Andy sebab Sabtu tengahari tu Andy makan kat rumah ayah dia, jadi semua orang kat situ termasuk Andy beranggapan mungkin kami ni yang keliru kot.  Kitorang bertiga pun senyap jelah.  Selepas kejadian tu kami masih berkawan dengan Andy, tapi kadang kala sampai hari ni kami bertiga tertanya juga siapa pulak yang menemani kami di hujung minggu tu?


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2022 06:52 PM | Show all posts
Sulur Bidar Versi Norway


Aku dan teman wanitaku sedang bercuti di Norway masa tu.  Kami sewa sebuah bot kecil dan pergi memancing di sebuah fjord.  Fjord ni adalah anak sungai yang kiri-kanannya ada tebing tinggi yang terhasil akibat cairan glasier.  Masa tu cuma kami berdua je yang ada kat fjord tu, dan kami dah mendayung sejauh 400m dari persisiran fjord tu apabila tiba-tiba datanglah kabus putih menyelubungi kami.  Kabus yang muncul tu memang sangat tebal sampai kami tak nampak apa-apa pun di sekeliling kami, air fjord tu pun dah jadi macam cermin yang melantunkan refleksi kami.  Suasana senyap sepi sehinggakan aku boleh dengar bunyi degupan jantung aku sendiri.




Aku dan teman wanitaku sempat bersembang tentang betapa peliknya kejadian ini, tapi dalam masa yang sama kami rasa kagum sebab berada dalam kabus tu macam berada dalam dunia lain.  Kami sempat berselfie dan ambil gambar untuk kenang-kenangan tapi lama-kelamaan kami pun rasa bosan terperangkap dalam kabus tu.  “Abang jomlah balik”, aku pun ikut je arahan teman wanitaku itu, ada sedikit getar di suara dia tapi aku faham, sepertimana aku dia pun dah mula rasa takut.  Aku pun hidupkan enjin motobot tu, enjin berbunyi, gear dah masuk tapi bot kecil kami tak bergerak-gerak pun.  Aku naikkan sikit enjin bot tu dari dalam air, eh elok je kipasnya berpusing.  Aku pun cuba tekan minyak lagi tapi bot kami statik tak bergerak mahu seinci pun.  


Teman wanitaku dah menggelabah dan mula menangis.  Aku tak boleh tengok perempuan menangis ni, tapi dah bermacam-macam aku cuba buat tapi bot tu langsung taknak bergerak.  Air fjord tu pun tenang setenang-tenangnya tiada riak atau ombak macam tak mengalir ke mana-mana, samalah seperti kabus putih tu macam takde tanda-tanda ianya akan menipis.  “Abang, ayang takut. Macam mana ni macam mana ni?”, teman wanitaku meraung mengongoi-ngongoi.  Tiba-tiba, bot kami teranjak ke depan seolah-olah macam ada orang sepak bot tu sampai kami berdua hilang kestabilan dan hampir nak jatuh.  Bot kami meluncur laju keluar dari kabus tu dan aku pun tekan minyak sehabis mungkin menuju ke daratan.


Peristiwa pelik tu tak habis macam tu saja.  Kami pun balik ke dok mendarat tempat kami sewa bot ni, dan tuan punya bot tu dah siap-sedia menunggu kami di atas dok tu.  Padahal sebenarnya tempoh sewaan bot tu sampai petang tapi kami balik awal sebab peristiwa kabus tadi.  Pakcik tu macam tau-tau je kitorang nak balik awal.  Pakcik bot cakap ada masalah tempahan jadi dia nak baliklah bot dia, pastu dia siap pulangkan 2 kali ganda sewa bot tadi tu sebagai ganti rugi.  Tuan bot tu nak cepat jadi sementara aku kemas bot keluarkan barang-barang kami, teman wanitaku sempatlah bersembang dengan pakcik bot tu.


Teman wanitaku mula-mula ceritalah pasal kabus tadi, pakcik tu kata tu cuma fenomena biasa je kat sini.  Pastu teman wanitaku pun ceritalah macam mana kitorang tersekat dalam kabus tu macam bot kami ditahan sesuatu, pakcik bot tu tiba-tiba naik marah lepas tu macam tak sabar-sabar nak suruh kami berambus dari situ.


Balik ke rumah tumpangan kami, kami pun godeklah telefon bimbit kami nak tengok gambar selfies yang kami tangkap tadi.  Tapi…. semua gambar yang kami tangkap dalam kabus tu semua bertukar jadi kabus putih je.  Pastu aku perasan yang kedua-dua telefon bimbit kami bateri penuh 100% padahal kali terakhir kami caj adalah pagi tadi masa nak keluar.  Takkan tak guna langsung baterinya?


Sampai sekarang tiada hari yang boleh lawan kepelikan hari kami naik di bot di fjord kat Norway tu….


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 01:45 AM GMT+8 , Processed in 0.380431 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list