|
tumpang banggo....anok klate (pasir puteh)...jadi usahawan.........
24 Januari, 2007 11:02 AM
Pendapatan Lumayan Tanaman Cili Tarik Minat Siswazah
PASIR PUTEH, 24 Jan (Bernama) -- Pendapatan lumayan dari tanaman cili mendorong seorang siswazah mencebur diri dalam bidang itu secara komersial menggunakan kaedah pertanian moden dan sistematik.
Alamim Muhamad, 24, lepasan Kolej Infrastruktur Kuala Lumpur dalam jurusan Mekanikal berkata beliau lebih rela meninggalkan gaji sebanyak RM1,500 sebulan semata-mata kerana minat dan yakin mendapat pulangan lumayan mengerjakan tanah terbiar di kampungnya di Gong Pasir di sini.
Alamim mengusahakan tanaman Cili Kulai Air Jernih sebanyak 3,000 pokok di bawah sistem tanam kaedah fertigasi, tanaman dalam polibeg berisi tanah dan habuk kayu gergaji.
Sistem itu mempunyai beberapa kelebihan berbanding tanaman cara tradisional antaranya jangkaan keluar hasil yang tepat, mesra alam, baja dan air terus ke akar pokok dan penjimatan upah tenggala.
Alamim dibantu oleh ibu dan seorang adik.
Alamim cukup yakin akan memperolehi kejayaan berdasarkan pengalamannya pada musim lepas yang mengusahakan tanaman secara tradisional apabila beliau memperolehi hasil RM12,000 di kawasan seluas 0.46 hektar.
Sementara itu, Pengurus Besar PPK Bukit Awang, Ishak Mat Rotim ketika ditemui di ladang berkenaan berkata pihaknya telah meluluskan peruntukan tanpa faedah sebanyak RM15,000 kepada Alamim bagi menjayakan projek itu.
Katanya peruntukan itu bertujuan untuk perbelanjaan membeli peralatan kejenteraan ladang terutama pancutan air berputar, benih, plastik tudung tanah, polibeg dan baja.
-- BERNAMA |
|