|
ANUGERAH JUARA LAGU 22 ~ 27 Januari 2008 <Keajaiban Muzik>
[Copy link]
|
|
Reply #1063 dauzz's post
yeke dauzzzz. ayo msti thn ni ajl yg plg best .... |
|
|
|
|
|
|
|
1st time gi ambik tiket kat pondok pengawal sri pentas..
dpt gak 2 tiket ajl..huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Tiket percuma tonton AJL22!
07-01-2008 12:39:53 PM
oleh WAHIDA ASRANI
DEBARAN malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-22 (AJL22) mula dirasai kini yang hanya tinggal lebih kurang tiga minggu saja lagi bagi menentukan lagu mana yang bakal dinobatkan sebagai juara bagi tiga kategori yang dipertandingkan iaitu Etnik Kreatif, Balada dan Pop Rock serta lagu mana yang bakal dijulang sebagai Juara Lagu ke-22.
Bertemakan Music Magic, AJL22 yang bakal berlangsung pada 27 Januari depan bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil ini akan menyaksikan finalis bagi 14 buah lagu untuk ketiga-tiga kategori tersebut berentap dan antara penyanyi yang terlibat ialah Datin Seri Siti Nurhaliza, Mawi, Faizal Tahir, Ramlah Ram, Aishah, Nora, Misha Omar, Andy Flop Poppy, Jaclyn Victor, Lah Ahmad dan Fazli Zainal.
Turut bersaing malam itu nanti ialah Sahri, Jinbara, Sofaz dan kumpulan Estranged. Tahun ini hanya menyaksikan saingan untuk tiga buah lagu saja bagi kategori Etnik Kreatif manakala untuk Balada pula sebanyak lima buah lagu dan untuk kategori Pop Rock adalah sebanyak enam buah lagu.
Bakal menampilkan empat orang pengacara yang akan mengendalikan malam gilang-gemilang itu iaitu Cheryl Samad, Ally Iskandar, Fara Fauzana dan Faizal Ismail, AJL22 ini juga dilihat meriah kerana pembabitan penyanyi-penyanyi untuk acara berprestij ini terdiri daripada ramai nama-nama besar di dalam bidang ini antara lain seperti Siti, Mawi, Aishah dan Ramlah Ram.
"Jika tahun lalu hanya 12 lagu saja dipertaruhkan, kali ini kita tampilkan 14 pencalonan. Ini merupakan satu perkembangan positif kerana lebih banyak lagu bermutu tinggi telah dipertandingkan terutama dalam kategori Pop Rock dan ini memberi peluang untuk mengenengahkan pencipta dan artis berbakat yang kurang mendapat pendedahan umum.
"AJL22 ini juga menampilkan gabungan artis senior dan baru serta artis-artis program realiti. Gabungan ini semestinya amat dinantikan oleh penonton yang inginkan sesuatu yang lebih segar dalam industri ini," ujar Pengurus Besar Hiburan, Sukan dan Rekreasi, Azhar Borhan pada sidang media dan showcase AJL22 di Pusat Beli-Belah One Utama, Bandar Utama, baru-baru ini.
Antara finalis yang menghiburkan pengunjung pada showcase itu ialah Faizal Tahir, Sahri, Sofaz, Jinbara dan Ramlah Ram.
Mengulas mengenai gandingan empat pengacara yang dipilih pada kali ini, kata Azhar, dia yakin penggunaan hos yang agak 'ramai' itu tidak akan 'menjejaskan' perjalanan malam kemuncak itu nanti memandangkan AJL sebelum ini juga pernah mengenengahkan bilangan hos yang ramai.
"Kita pernah buat sebelum ini dan tidak ada sebarang masalah pun. Lagipun, acara ini akan memakan masa sehingga dua jam setengah dan kita akan bahagikan segmen-segmen mereka dengan teratur.
"Empat pengacara yang kita pilih itu juga memang yang berpengalaman. Faizal dan Cheryl adalah hos asal Muzik-Muzik manakala Ally dan Fara juga pernah bergandingan sebagai hos sebelum ini. Mereka memang berbakat besar, kami yakin tidak timbul masalah," kata Azhar.
Ditanya pula mengenai tema Music Magic atau Keajaiban Muzik yang dipilih kali ini, jelas Azhar, pemilihan tema itu dibuat sekadar memberikan kelainan dengan AJL terdahulu.
"Magic dan muzik ada berkaitan, ia terserah kepada penilaian individu itu sendiri. Seperti yang kita sedia maklum, setiap lagu sememangnya memberi erti yang berbeza kepada setiap individu itu," tuturnya.
Penjurian kali ini juga, kata Azhar, akan menjanjikan satu keputusan yang telus kerana barisan juri yang akan mengadili setiap lagu itu nanti terdiri daripada golongan profesional.
Menariknya juga, AJL22 menyediakan lebih kurang 17 ribu tiket percuma untuk orang awam menyaksikan malam kemuncak acara itu di Stadium Putra Bukit Jalil nanti.
Tiket-tiket tersebut boleh didapati di Sri Pentas, Bandar Utama dan juga di lokasi showcase AJL22 yang seterusnya iaitu di Greentown Mall, Ipoh pada 12 Januari ini.
Komen finalis:
Ramlah Ram:
"Saya akan buat latihan all-out kira-kira dua minggu sebelum berlangsungnya AJL22 nanti. Saya tidak boleh janjikan kemenangan, tetapi saya akan janjikan persembahan yang terbaik. Kalau menang, itu adalah satu bonus."
Faizal Tahir:
"Dua buah lagu saya yang terpilih itu mempunyai kekuatan tersendiri dan saya sendiri tidak meletakkan 'favourite' untuk mana-mana lagu tersebut. Walaupun layak ke final dengan dua buah lagu, saya tidak letakkan harapan yang tinggi kerana semua lagu cukup hebat."
Sahri:
"Saya akan berikan komitmen yang padu pada final nanti walaupun saya hanya menggantikan tempat Kaer. Buat masa ini, saya sudah mula ke gym untuk tingkatkan lagi stamina diri."
Jinbara:
"Walaupun kami yang akan menjadi artis pertama yang buat persembahan malam itu nanti, tetapi kami tidak anggap itu satu masalah besar. Kami akan cuba berikan yang terbaik!" |
|
|
|
|
|
|
|
mak aaii banyak nye tiket free....... jgn jd cam konsert sudah..... baling2 botol........
dah tema music magic tue.... takde selingan magic show ke hikhik |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1058 Rhyno's post
yahoooooooooo, mawi mesti dapat last2 jerk. ishhhhhhhhh. gud luck mawi. perfom bes2 tawwwwwww |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1067 dino's post
ada. mawi wat mejik. mula2 motak, pastu ada wambut . jangan mawi ikut lak apa yg disuruh marlia tahun lepas, pake wig tuh :@ .
mawi kena pake spek itam, wat stail pop yeh yeh. last lagu mawi ilang, duk kat kusi juri |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1069 sRbA's post
pastu check berapa markah die dpt muahahh |
|
|
|
|
|
|
|
Tak sabar nak tgk persembahan Samudera, Destinasi Cinta, Ceritera Cinta & Mahakarya Cinta. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1063 dauzz's post
wuyooo tak saba nak tgk ziana zain perform gemilang |
|
|
|
|
|
|
|
Petikan THe Star
"Judging will remain with the selection of winners via a jury (judges will be announced at a later date), with the exception of the best performance award in which viewers SMS votes count for 50% of the selection.
----> So betul ke ada undian SMS gaks......cam tak best jerk....
Ada harapan la MAWI nak menang nie....heehehheh |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1074 ColbyRaikkonen's post
perluke ade sms.. wtf aritu kate da tamo buat saje la tu nak amik kesempatan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1075 jac_diehard_fan's post
cteapot ngan mawi fans je yg akan berebut beli top up card
banyak2 nanti |
|
|
|
|
|
|
|
harus CT vs Mawi...
untung la TV3 |
|
|
|
|
|
|
|
hmmm bile mawi ade mesti ade 50% sms...
sebab last year mawi takde, sms pon takde kan?
tahun sebelumnye bile mawi ade ngan saleha pon ade sms...
hmmm... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1078 dauzz's post
ajl 21 mawi ade la.... lagu cinta lagu jiwa.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|