|
[Tempatan]
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
[Copy link]
|
|
Apabila kematian (bukan kes jenayah) di hospital kerajaan berlaku, mayat akan dihantar ke jabatan forensik. Walaubagaimanapun, jabatan ini hanya bertanggungjawab terhadap prosedur daftar mayat, simpan mayat dan serah mayat. Ritual terhadap mayat adalah tanggungjawab keluarga.
Proses menuntut mayat di hospital pula memerlukan waris yang sah untuk datang membuat tuntutan jenazah. Mereka perlu sediakan dokumen rasmi termasuklah salinan kad pengenalan dan bukti sebagai waris (surat kahwin dan sebagainya).Jika waris tidak datang menuntut waris boleh melantik wakil secara bertulis untuk menuntut jenazah tersebut.
Jika tiada waris yang sah datang menuntut jenazah melebihi 3 hari untuk jenazah muslim dan 14 hari dari tarikh mayat didaftarkan di mortuari, maka statusnya akan menjadi ‘mayat tak dituntut’. Perlu diingatkan bahawa, ada juga kes berlaku di mana mayat disimpan lebih lama atas permintaan pihak keluarga.
Pada waktu ini, pihak hospital akan melakukan beberapa usaha seperti;
1. Meminta bantuan polis untuk mengesan waris
2. Melihat rekod-rekod perubatan sedia ada
3. Melakukan iklan di media sebagai usaha terakhir untuk mengesan waris.
Jika usaha tetap gagal, maka pengarah hospital bertanggungjawab untuk menyempurnakan mayat tersebut. Bagi mayat islam yang tidak dituntut akan dirujuk kepada pihak berkuasa agama Islam untuk diuruskan.
Untuk jenazah bukan islam, ia dirujuk kepada pihak berkuasa tempatan.
Sekiranya ada permohonan dari Fakulti Perubatan untuk mayat tidak dituntut, Pengarah Hospital mempunyai kuasa untuk menyerahkan mayat yang tidak dituntut tersebut kepada Universiti untuk tujuan pembelajaran Fakulti Perubatan.
Mayat yang disimpan di mortuari akan disimpan di dalam suhu 2-8 darjah. Ini adalah suhu optimum penyimpanan mayat untuk memperlahankan proses pembusukan mayat. Suhu yang rendah perlu diguna bagi memastikan mayat tidak rosak.
Peti sejuk yang diguna bukanlah peti ais untuk menyimpan sayur dan daging di dapur. Sebaliknya ia adalah peti mayat khas.
Orang yang biasa menguruskan kes begini pasti tahu bahawa jenazah perlu dikeluarkan terlebih dahulu dan memastikan suhunya sudah okay untuk diuruskan.
Tetapi, perlu diingat juga bahawa mayat akan kelihatan dalam keadaan tangan mengeras dan kelihatan “terlaku beku”. Sebenarnya, apabila seseorang meninggal, otot akan mengalami pengerasan dan keadaan ini dipanggil sebagai rigor mortis. Ditambah dengan suhu sejuk di peti mayat, kesan ini akan tampak lebih ketara. Untuk kanak-kanak, kesan ini pasti lebih ketara kerana memang sifat mereka dilahirkan dalam keadaan sendi tubuh yang belum terbentuk sempurna. Sendi lembut ini memang menyebabkan anggota badan bayi dalam keadaan bengkok.
Ada yang tanya, “kenapa begitu kejam pakaikan pampers kepada bayi? Kenapa tak mandikan dan kafankan sebelum masuk peti sejuk?”
Baik
Pertama kita kena ingat. Proses memandi dan mengapankan jenazah adalah langkah sebelum menanam mayat. Bukan untuk dimasukkan ke dalam peti mayat.
Kedua, sebelum mayat dimasuk ke dalam peti, staf di wad akan melakukan prosedur yang dipanggil sebagai last office. Untuk mayat biasa, biasanya mereka akan balut tubuh dengan linen putih setelah kotoran dibersihkan. Rongga tubuh akan disumbat dengan kapas. Anggota badan biasanya diikat kerana proses rigor mortis akan menyebabkan anggota tubuh membengkok dan mengganggu ruangan dalam peti mayat.
Untuk bayi, sesetengah tempat akan pakaikan baju bayi termasuk pampers baru atas beberapa faktor. Pertama dari segi kosmetik supaya penerimaan keluarga tidak terkejut apabila melihat bayi.
Kedua, usus dan perut jenazah akan menggelembung sebaik proses kematian berlaku akibat tindakan bakteria dalam usus yang menghasilkan gas. Proses ini menjadi lebih cepat jika mayat tidak disejukkan dengan secukupnya. Ada masanya, staf akan ambil kira bahawa peti akan mengalami kerosakan teknikal. Jika suhu menjadi panas, ada risiko gas tersebut dikeluarkan sebagai cairan atau tahi. Adalah menjadi amalan sesetengah tempat untuk meletakkan pampers bagi memastikan kotoran ini tidak meleleh ke merata tempat dan pastinya menimbulkan rasa tidak nyaman kepada keluarga.
Apabila mayat dikeluarkan dari peti, sememangnya keadaan mereka tidak sama seperti mayat yang baru meninggal. Apatah lagi jika mayat mempunyai kecacatan atau mati disebabkan pelbagai penyakit yang merubah keadaan mayat.
Kerana itu, hanya waris sah dan pengurus mayat profesional yang akan mengendalikan jenazah selepas diberi taklimat oleh staf forensik. Apa-apa bentuk gambar dan video adalah dilarang bagi menjaga aib mayat.
Kita boleh lihat sendiri kejadian viral baru-baru ini apabila ada pihak tidak bertanggungjawab melakukan viral keadaan bayi yang dikeluarkan dari peti sejuk dan merakam proses memandikan mayat. Ia menyebabkan masyarakat awam yang jahil tentang perkara ini menjadi emosional dan menyebar pelbagai fitnah, salah-faham dan berita tidak betul.
Kerana itu, adab dalam menguruskan jenazah sangat penting, apatah lagi dalam kalangan orang islam. |
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 15-12-2024 06:14 PM
Naya Hospital Razif..dah la ada kematian lagi....serius naya..kos rawatan peralatan, ubat bukan mu ...
My sis delivered di Glenn Eagles ( 10 years ago), normal delivery, only 2 days warded pun rm8k ++. Kira murah HBR , 16 hari tu |
|
|
|
|
|
|
|
zehra2 replied at 15-12-2024 06:33 PM
tak sabar nk tau hasil siasatan polis. nk tau perempuan misteri yg beranak ni.
muda ke.. tua ke.. be ...
Sapa dapat korek pasal wife si sapwan.. Share lah sini.. Dia ni mcm misteri |
|
|
|
|
|
|
|
vespa_oren replied at 15-12-2024 06:55 PM
Apabila kematian (bukan kes jenayah) di hospital kerajaan berlaku, mayat akan dihantar ke jabatan fo ...
Suka penerangan Dr Jack.. Tenang dan jelas |
|
|
|
|
|
|
|
acik por yang nak bersalin nak mati cepat boleh pergi HBR
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by straycat at 15-12-2024 07:33 PM
NazRysha replied at 15-12-2024 12:53 PM
kes safwan ni memang redflag
tapi HBR memang banyak kes cuai
terbaru kt fb yang akak dia meninggal ...
Kalau dari HBR nak dihantar ke HTAR maknanya ada komplikasi. Takkan nak hantar perempuan mengandung yang ada komplikasi, dah nak bersalin pula tu, pakai kenderaan biasa je. Haruslah ambulans, ada segala equipment dalam tu + medical assistant. Kalau apa-apa jadi dalam kereta, ahli keluarga nak salahkan driver kereta tu pula ke? |
|
|
|
|
|
|
|
mrsamz replied at 15-12-2024 06:58 PM
Suka penerangan Dr Jack.. Tenang dan jelas
Takde emo2 kan..it's all facts yg ditulis secara layman...tu dia tegur jg apa ke hal memo spital cenggitu... |
|
|
|
|
|
|
|
NazRysha replied at 15-12-2024 07:09 PM
acik por yang nak bersalin nak mati cepat boleh pergi HBR
Mesti u tak pernah beranak kan? Sbb kalau u pernah beranak u akan tau kenapa org ckp perempuam bersalin ni bertarung nyawa 50/50. Tak kisah lah betanak kat spital 7 star pun kalau dah ajal mmg mati juga. Kalau u pernah beranak mesti u tau juga perempuan mati bersalin tu mati syahid.
Btw, ada je porumers yg pernha beranak kat spital ni hidup je lagi elok main porum ni. |
|
|
|
|
|
|
|
NazRysha replied at 15-12-2024 07:09 PM
acik por yang nak bersalin nak mati cepat boleh pergi HBR
I beranak kat hospital razif dua kali elok je..mcm la hospital lain x de kes kematian |
|
|
|
|
|
|
|
Samerosie replied at 15-12-2024 07:52 PM
Mesti u tak pernah beranak kan? Sbb kalau u pernah beranak u akan tau kenapa org ckp perempuam ber ...
I beranak 2 kali cesar lagi..elok je x de langsung kesan sakit apa pun...apa punya ayat mcm hospital lain x de kematian |
|
|
|
|
|
|
|
Pelik dengan kes ni..orang lebih sibukkan jasad arwah yg dibekukan nak banding dengan si terpaling ngo rakam & sebar jenazah sedang dimandikan..
sekadar teori je lah, aku rasa arwah ni memang anak sulung si bapak tp anak ketiga bagi si ibu..aku rasa si bapak mungkin berkahwin dengan si ibu yg juga ibu tunggal & tidak mendapat restu keluarga..sebab baca komen sebelum ni ada yg kata keluarga si bapak ni kategori orang senang..kakak pun ada yg jadi lecturer di uni awam..setakat bayar bil yg tak sampai 3k tu aku tak rasa keluarga si bapak tak mampu melainkan deme memang ada family problem..
tak mustahil keputusan berkahwin dengan ibu tunggal tidak direstui keluarga..so berkahwin la deme nun ke perlis..
kadang kadang ada hikmah anak tu tidak panjang hidupnya..mungkin kalau hidup pun tidak dijaga dengan sebaiknya seperti yg Allah amanahkan..jadi biarlah dia pergi, semoga syurga la tempat arwah..
disclaimer : ini sekadar spekulasi shj ye |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dah hospital razif ni teruk sgt mesti dah tutup x de orang nk pi buat rawatan..apola mcm hospital lain tu x des kes kematian....tepuk dahi aku baca |
|
|
|
|
|
|
|
Ya betul. Cacai tu dngr sebelah pihak je. Pihak si bapa. Pastu terus viral.
Cuba tgk explanation dua dua belah pihak.
|
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 15-12-2024 08:35 PM
Kalau dah hospital razif ni teruk sgt mesti dah tutup x de orang nk pi buat rawatan..apola mcm hospi ...
Dah lama giler sepital nih.. Org klang shah alam senior level tahu lah kan.. Along the way macam2 lah terjadi sejarah suka duka.. Kalau sempurna sgt syurga namanya tu |
|
|
|
|
|
|
|
mrsamz replied at 15-12-2024 08:45 PM
Dah lama giler sepital nih.. Org klang shah alam senior level tahu lah kan.. Along the way macam2 ...
Betul sgt sis....lama sgt dah..owner pun dah tua dah..
Baru ni akak pi HTAR...canggih dah..besar ..akak ada appointment dgn department OT, ED dan NICU...x sangka HTAR dah besar dan nampak canggih...
Parking mmg bercinta..hampir 30 minit cari parking..huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Samerosie replied at 15-12-2024 01:14 PM
Yes two weeks tu mmg i rasa lama. Apa dia buat tk tau tp according to cacai itu semua x penting. ...
Emotional sebab dengar sebelah pihak sahaja. Orang yg rasional selalunya dengar both sides of the story |
|
|
|
|
|
|
|
I harap Dr Jack Saman wan chai sebab mulut lancang betul. Siap tuduh forensic buat kartel bagai. Suruh wan chai buat audit sekali, dah berapa banyak dapat duit derma tu. Kat Selangor tu byk pusat zakat. Semua kata xpernah dapat permohonan dari safwan. Masjid pun xpergi. 2 minggu kot. Lagipun biasanya setiap family dah bayar kat kariah masjid masing2 utk pengebumian ni. kalau safwan ni x problematic, mesti dah bawa balik kebumi kat pd ikut kariah.
Duit nak bayar bil xde, nak saman hosp ada pula. Patutnya ko bersyukur hospital ada empati juga nak terima bini ko bersalin tanpa dokumen. soap bagi makan cukup 2 minggu, free of charge. kos makan bini ko saja dah berapa tu? mmg sejenis x reti bersyukur |
|
|
|
|
|
|
|
dr naim persoal sop mandi jenazah.yg tue dok sibuk pasal hal kartel plak.
ingat mandikan arwah adik baru2 nie,4 org adik beradik perempuan je dibenarkan msuk mandikan sama.yg adik beradik laki mmg xblh masuk selagi xsiap kapankan.punyalah jaga adab dan aib jenazah.
yg kita mandikan pun,disuruh lemah lembut,aurat simati dijaga btl2,sentiasa berlapik.ni gmbr pakai pampers je di upload,video lgi.mmg dah tak jaga aib jenazah. |
|
|
|
|
|
|
|
nora_balqis replied at 15-12-2024 09:42 PM
dr naim persoal sop mandi jenazah.yg tue dok sibuk pasal hal kartel plak.
ingat mandikan arwah adik ...
Nanti si luncai kata baby kecik lagi so takde aib. Ataupun luncai kata tu sebagai bukti 'kejahatan' HBR simpan mayat baby yang tak berdosa. Biasalah nak tunjuk terpaling hero, so divert la kesalahan tu kat orang lain walaupun dia sendiri pun ada salah tapi taknak mengaku.
Harap KKM siasat & saman jugak si luncai tu sebab tuduh ada kartel mayat bagai. Ingat ni bumi yenna ke terdesak sangat nak jual mayat bagai? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Gwyneira at 15-12-2024 10:46 PM
I beranak anak twins kat HBR elok je dulu.Dr Norana yang sambut babies i.Masa tu doc usaha juga untuk i deliver baby secara normal sbb masa tu si adik dah terbelit tali pusat hampir lemas dah.Syukur masa tu tak kena czer kalau tak bil hospital mesti lg mahal.
Alhamdulillah sekarang dah anak dara anak2 twins i |
|
|
|
|
|
|
| |
|