|
All About Siti's English Album [Latest: Preview 'I'll Wait Forever' - PG54]
[Copy link]
|
|
mak jojie dan lain lain yang nak serang murai... apa lagik...
Penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza hari ini menafikan ura-ura penglibatan penyanyi Alicia Keys dan Pitbull dalam album terbarunya All For Love. Nama dua penyanyi antarabangsa itu dikaitkan akan turut sama merakamkan lagu bersama penyanyi yang cukup dikenali dengan lagu Biarlah Rahsia itu.
“Pihak kami hanya pernah terfikirkan tentang Pitbull untuk terlibat dalam album Siti. Namun kami tidak pernah menghubunginya. Itu pun berlaku apabila Sean Kingston terlibat dalam satu kemalangan dan sekiranya dia terpaksa menarik diri. Memang pada awalnya hanya nama Sean Kingston sahaja yang akan terlibat dalam album Inggeris Siti ini. Bila dia telah pulih, pihak Sean Kingston menghubungi kami untuk meneruskan rakaman. Jadi ia tinggal sebagai cadangan sahaja dan Alicia Keys langsung tiada dalam perbincangan kami,” jelas Siti
Bakal menjadi single keduanya, lagu Remember You akan turut menampilkan penyanyi Sean Kingston dalam lagu tersebut. Dimuatkan dalam album All For Love yang akan mula diedarkan pada 24 September ini, album tersebut diterbitkan oleh Whats Up Entertainment yang diterajui anak tirinya, Adib Khalid.
Siti Nurhaliza menjelaskan ura-ura tersebut sewaktu ditemui ketika menjalani penggambaran klip video untuk lagu Falling In Love yang dilakukan di pusat membeli-belah Pavillion, Kuala Lumpur. |
|
|
|
|
|
|
|
anyway, i sker oufit siti yang kaler oren tu. nampak kemas n sofistikated gitu yang trench coat tu i kurang berkenan kaler nye. tak outstanding. jeans tu siti baru beli ke? sampai tak sempat alter. kurang cantik kalau pakai heels dengan jeans yg panjang camtu. tak nampak sangat heels siti yg vogue ittew |
|
|
|
|
|
|
|
andddd kenapa buat video yang last scene punya kat pavi ek? cam tak best plak buat kat pavi. kalau buat kat dalam studio yang luas then decorate ala2 kat club kan best. yela takkan siti nak buat shooting kat dalam club bebetul kan. kang kena bambu plak dengan anti2 tu. |
|
|
|
|
|
|
|
mak jojie dan lain lain yang nak serang murai... apa lagik...
Penyanyi nombor satu negara ...
khyree Post at 13-9-2011 01:30
Kaaaannnnn!!!!!! tetibe mak dapat txt yang menggegarkan dari Amerika selatan suruh mak bangun masuk Cari. Hingatkan deb henry eksiden ke jatuh bedebuk ke hape ke. Rupanya MuraiBatu kompemmmm buat citer! Choyyyy!!! |
|
|
|
|
|
|
|
anyway, i sker oufit siti yang kaler oren tu. nampak kemas n sofistikated gitu yang trench coa ...
LoneRanger Post at 13-9-2011 02:15
I like the trench. But theres a grey-bluish version of it that looks elegant on Ct instead of this purple, and Im sorry but that trench looks about about one and a half size bigger than Ct. Ct is smaller than that. Come on!
And i simply love the orange/angora ... but its WRONGLY PUT TOGETHER with the skinny pants. Its just wrong. Its a mid-dress and it should go with streaming pants in tan or a block color to match the orange mid-dress ... not skinny pants, dark skinny pants. The dark skinnies cut Ct's height a few inches and not to mention the fabulous shoes just go away unnoticed cos we no longer pay attention to her bottom part cos of the dark skinny pants! oyhhhh!!!
The ear-rings are fine but i wish they were bars.
But the purple hat with that angorange is faaaabulas! So all in all, Ct looks very very current (read : fall burby) with a little mistake in color department. But im delicate .... so im going into a comma because of this. Oyhhhh~ |
|
|
|
|
|
|
|
I like the trench. But theres a grey-bluish version of it that looks elegant on Ct instead ...
jojiekejung Post at 13-9-2011 02:44
Kan mak kan? I'm not fond of that purple color on siti. Nampak kelam suram pelbagai. And yeah, siti patut pakai trench tu a size smaller sebab dia nampak debabbbbb sesangat kat pavi tadi. I setuju sangat komen mak pasal baju Oren tu. Kalau pakai seluar yang color block mesti lagi lawa. Then I tak suka rantai yang siti pakai dengan trench coat tu. Buruk hoi. Earrings bubulat tu pun tak cantik. Tapiiiiii siti nampak comel sesangat bila pakai topi tu. Macam nak cium je siti sebab kecomelan melampau. |
|
|
|
|
|
|
|
aku suka.... mesti best vc ni!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
mcm best VC ni...sporting peminat siti ni |
|
|
|
|
|
|
|
membar ofis nabs dgr lagu siti kat muzik fm pagi tadi..taknak turun dari kereta katanya bila dengar lafu falling in love..rasa mcm nak joget sama.. |
|
|
|
|
|
|
|
Setelah Falling In Love, single pertama dari album Inggeris pertamanya mula dimainkan di stesen-stesen radio tempatan, hari ini penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza menjalani penggambaran untuk klip video single tersebut.
Mengambil konsep flashmob, klip video tersebut yang hanya dirakamkan menggunakan satu kamera telah diarahkan oleh Khairul Azri dari PhuturePhlow.
“Konsep flashmob sudah biasa dilakukan oleh artis antarabangsa dan untuk lagu Falling In Love, Siti rasa menarik kalau kami masukkan elemen tersebut. Lebih-lebih lagi yang terlibat ialah peminat-peminat Siti sendiri selain penari professional. Kalau boleh Siti mahu peminat yang suka dengan lagu ini akan gembira bila dapat terlibat dalam pembikinan klip video ini,” ujar Siti.
Lebih 200 penari yang sebahagian besar daripadanya merupakan peminat Siti sendiri, Siti menjelaskan perbezaan paling ketara klip video tersebut berbanding yang sebelum ini.
“Ini merupakan klip video Siti yang paling cepat disiapkan sepanjang kerjaya Siti. Siti pernah menjalani penggambaran klip video sehari suntuk. Kadang-kadang satu hari pun tidak selesai. Namun klip video ini sekejap saja kerana ia disiapkan dalam tempoh 5 jam sahaja. Penggambaran hanya gunakan satu kamera dan satu take sahaja. Siti tidak perlu menukar pakaian banyak kali dalam klip video ini, tambah Siti lagi.
Penggambaran yang dilakukan berdekatan Bukit Bintang Entrance pusat membeli-belah Pavilion itu diulang sebanyak lebih 10 kali bagi mendapatkan shot yang terbaik sebelum disunting.
“Memang ia kerja yang memenatkan kerana kami perlu melakukannya berkali-kali untuk memastikan itulah shot terbaik yang berjaya dirakamkan. Kami perlu meneliti setiap pergerakan penari, kedudukan penari dan juga persekitaran yang agak sukar dikawal. Ada satu ketika penggambaran terpaksa diulang kerana terdapat beberapa pelancong asing yang tidak sedar berada di dalam shot dan mahu mengambil gambar ketika Siti sedang melakonkan wataknya,” tambah Siti mengingati semula kenangan-kenangan melucukan yang berlaku ketika penggambaran tersebut.
Pernah merakamkan klip video bersama aktor popular Indonesia iaitu Nicholas Saputra, Siti amat berpuas hati dapat bekerjasama dengan PhturePhlow yang pernah menerbitkan klip video Butterfingers seperti Seribu Tahun dan Mati Hidup Kembali.
“Siti senang bekerja dengan mereka kerana mereka satu kepala. Masing-masing tahu apa yang Siti inginkan dan kena dengan konsep dan muzik yang Siti bawakan. Siti dapat rasakan klip video ini berbeza dengan apa yang pernah Siti berikan sebelum ini,” tambah Siti lagi.
Mengenakan trench coat berwarna ungu bercorak kotak yang ditaja oleh Burberry dipadankan dengan aksesori tajaan Mont Blanc, Siti sempat melayangkan ucapan terima kasihnya buat lebih 200 peminatnya yang hadir untuk turut sama dalam pembikinan klip video tersebut.
“Siti tidak sangka ada di antara mereka yang sanggup bercuti demi menjayakan klip video ini. Mereka sanggup mengulang penggambaran apabila diarahkan untuk berbuat demikian dan tidak merungut. Siti mahu mereka merasai apa yang telah Siti lalui sepanjang lebih 15 tahun dan sama-sama menikmati hasilnya dalam klip video ini,” ulas Siti kepada para peminatnya yang tidak pernah jemu menyokong kerjaya seninya selama ini.
Klip video Falling In Love dijangka dilancarkan pada 26 September ini di majlis pelancaran album Inggeris pertamanya, All For Love yang akan mula dipasarkan pada 24 September ini. Lagu-lagu dari album tersebut juga boleh dibeli menerusi iTunes.
Corat-Coret
1. Penggambaran klip video tersebut hanya menggunakan satu kamera dengan satu take sahaja. Proses suntingan hanya untuk memasukkan playback lagu dan menyesuaikan warna.
2. Hujan renyai-renyai mula turun sejurus pengarah klip video tersebut selesai menjalankan tugasnya.
3. Penggambaran tersebut diulang sebanyak 12 kali bagi mendapatkan shot yang terbaik.
4. Siti yang hadir mengenakan kasut miliknya sempat membeli sepasang kasut baru berjenama Coach bagi setelah melihat kasut itu diperagakan di luar kaca butik tersebut.
5. Beberapa pelancong asing tidak melepaskan peluang untuk merakamkan foto bersama Siti sewaktu penggambaran berhenti rehat, tidak ketinggalan peminat Siti sendiri.
6. Seorang pelancong asing telah bermurah hati membelikan Siti seketul bun roti dari The Loaf.
7. Namun demikian gelagat aneh pelancong tersebut membuatkan petugas keselamatan memberikan sepenuh tumpuan kepada Siti bagi menjaga keselamatan penyanyi nombor satu negara itu.
8. Pada mulanya Siti mengenakan jaket berwarna jingga, namun menukar dengan trench coat berjenama Burberry yang baru sahaja dipilih di pusat membeli-belah Pavilion.
|
|
|
|
|
|
|
|
iols drp awal lg tgk cover album tuhh (full size)drp ad.verse agak tkejut dgn kelainannya..k ...
uwekkk Post at 13-9-2011 00:25
yup..bagi org yg sgt taboo fikirannya akan susah nak accept kelainan nie...
tp kalau kt usa ke this is biase2 jek....lagi banyak cover yg aneh + meletop.
positive thing adalah kita patut terima kelainan yg ct nak buat nie...and bg aku
cover nie tetap legend... out of the box ! i loikee....baru nampak internationale sket....
nie asek2 snap gambo.... paste.. this pop art cover tetap tk mengecewakan. |
|
|
|
|
|
|
|
iols drp awal lg tgk cover album tuhh (full size)drp ad.verse agak tkejut dgn kelainannya..k ...
uwekkk Post at 13-9-2011 00:25
Mak sukerr kaver ni! Sumbadi here mentioned Warhol dan mak setuju sangat. Warhol-ick.
Banding dengan cover album Ct yang lain, this is totally & completely different. Totally new to Ct's existence. Tapi ada orang teka cover tu nanti akan guna gambar yang sama tapi tanpa Warhol-style tu. Tah laaa.....Either way, immalaikettt! |
|
|
|
|
|
|
|
kalau ada 12 lagu mesti lagi best. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau ada 12 lagu mesti lagi best.
sixret Post at 13-9-2011 12:12
Kaannnn~! Pastu tambah satu dua remixes pun bess.
Owhhh i wishh theres a deluxe edition!
(terbayang dah Ang & Syfuel berpelokan gembira ala2 Angola+Ukraine ... err sila pilih whos ukraine whos angola ye!) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1079# jojiekejung
kannn kalu ada deluxe edition.. bestnya.. kalu la ada.. hehe..
tambah yg remix tu pn ok gak.. best gak tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Cover tu cantik je.. cuma setiap org ada pandangan masing2 kan..hehe..
Bg Ang cantik je semua.. cuma ang kurang ngan warna pink tu je..
pastu warna warni tulisan tu..
tp bila da byk kali tengok OK la plak..hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
murai ni suka publish gosip palsu
hari tu pasal rumah 20 juta |
|
|
|
|
|
|
| |
|