CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Innrukia

[Jodoh] My Other Half ~ Where are YOU???

 Close [Copy link]
Post time 9-7-2013 11:21 PM | Show all posts
aku rasa lewat la aku kawen ni. haha smlm dah kali ke-5 mak aku ckp xpe kawen lambat, x kawen pun takpe.

another surprise, semalam dia tanya aku taknak ke pindah overseas or pindah negeri yg jauh kat Malaysia ni? aku tanya dia aik mak halau ke? dia ketawa tapi dia kata dia terfikir maybe bagus kalau aku duduk jauh. penat tengok life aku yg terasa sgt padat dek tanggungjawab kot, padahal aku bongsu, aku je belum kawen.

sekuat mana aku nak duduk jauh, aku tak sampai hati tinggalkan mak aku. td aku siap pesan, kalau nak suruh aku balik buka kat umah, anytime bagitau je. aku balik.  40 mins je pun dari umah aku ke umah mak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-7-2013 07:37 AM | Show all posts
Selamat Menjalani Ibadah Puasa & teruskan berdoa.
Insyaallah
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 08:47 AM | Show all posts
selamat berposer uolsss....

pagi raye mesti rase sentap tgk abang2 & akak2 sedondon baju raye sefamili...huhu...
its okayyy....mungkin ini yg terbaikk...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 11:02 AM | Show all posts
saye dah mule rase sesuatu bile kwn rapat dah x dapat nk hanging dgn kite..
sebab diorg kene hanging dgn suami &family..

saye dh mule rase kehilangan...
bile sy nak minte teman ..
diorg terpakse teman suami masing2..

tp sy rase tibe2 berani pulak...
terpakse jalan sorang2 pergi kedai, pergi shopping complex...

tp sy rase something pulak...
bile kene ngurat...
dulu org x ngorat saye.
sebab kwn2 sy ramai yg cantik jelite..
so bile kua same diorg...sy tenggelam...
ni kua sorg2 ni...agaknye diorg ngorat sy kot.....AHAaaakk ..perasan...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 02:59 PM | Show all posts
"kamu rasa kamu lewat mengikut perancangan kamu tetapi percayalah, Dia lewatkan kerana Dia tahu bila masa yang tepat utk kamu"
bagi yg sudah berkawen dan x habis2 nak mencerca org yg masih bujang lagi, silakan lah kamu ketawa sepuas hati
tapi jangan lupa, Tuhan saja yg tahu sama ada jodoh kamu panjang ataupun pendek
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 03:24 PM | Show all posts
life_love posted on 10-7-2013 11:02 AM
saye dah mule rase sesuatu bile kwn rapat dah x dapat nk hanging dgn kite..
sebab diorg kene hangin ...

actually ade kbenarannya ... kalo dah ramai2, nak aim kat sorang bknnye senang ... so, who knows
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-7-2013 09:01 PM | Show all posts
Innrukia posted on 5-7-2013 07:25 PM
Tgk sambutan ler, dah brapa page cik urban?
Btw i ni mmg  cik kiah pompuan kampung....

cer tanya wj ratu elizaberth kawin walaupun dia ratu.... kampungan juga ke ratu tu kerana berpasangan.....wj lagi disprate,
...tertekan memanjang...ego dia tinggi...semua ayat angkat diri je.....tak dak sapa pun panggil dia masuk sini......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2013 06:34 AM | Show all posts
Selamat Pagi semua
Mcm manakah hari anda dalam menjalani ibadah puasa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2013 02:16 PM | Show all posts
Salam Ramadhan, nak join thread ni jgak, mcm best jer.

Nak sharing sikit, ala-ala tazkirah sempena Ramadhan

Mengapakah perasaan dan keinginan untuk memiliki 'pasangan' ini wujud? Perasaan ini adalah perasaan normal yg memang dibekalkan kepada semua insan oleh Allah SWT. sepertimana firmanNya:

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki, isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu hidup bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. (Ar-Rum: 21)

Maka, setiap insan ingin disayangi dan menyayangi, memberi perhatian dan diberi perhatian. Ianya adalah 'biological and spiritual needs'. Bila tiba masanya, (tahap baligh) perasaan ini akan terbit dari hati setiap insan.

Keinginan Berpasangan ini pula terbahagi kepada beberapa kategori seperti menyukai, berahi, menyayangi, menyanjungi, merindui dan lain-lain lagi yang mana semuanya berada dibawah satu banner yang sama yang digelar 'CINTA'. Semua kategori yang disebutkan tadi, semuanya adalah bersih, suci dan murni, termasuk nafsu berahi. Ianya adalah anugerah Allah sebagai salah satu nikmat syurga yang didekatkanNya untuk para hambaNya didunia ini. Allah adalah Creator and Designer of Love.

Kita telah mempelajari bahawa setiap anugerah itu wajib disyukuri dan dihargai dan dira'ikan sepenuhnya. Maka, untuk mera'ikan perasaan yang dianugerahkan didalam bentuk 'Keinginan Berpasangan' ini, Allah telah memberikan cara yang diredhainya iaitu: NIKAH

Ingin mera'ikan keinginan menyayangi lawan gender, berahikan lawan gender, ingin membelai dan dibelai oleh lawan gender, ingin menonton wayang tetapi ingin ditemani oleh lawan gender, ingin berbual dengan penuh pujuk rayu dan gurau senda dengan lawan gender dan pelbagai lagi, semuanya diberikan cara yang diredhai oleh Allah untuk mera'ikannya iaitu dengan: NIKAH

Selain itu, tujuan utama nikah juga adalah dengan tujuan akan memperkembangkan lagi zuriat manusia yang diharapkan akan terus menjadikan Islam sebagai 'addin' (cara hidup) dan generasi yang mengEsakan Allah SWT. Maka, berpasangan itu sangat perlu dan sangat-sangat dibenarkan oleh Allah. Bahkan Rasulullah S.A.W sendiri menggalakkan umatnya untuk berpasangan ini seperti sabda Baginda:

“ Aku sendiri berpuasa dan berbuka, bangun malam dan aku juga seorang yang mengahwini perempuan juga aku memakan daging. Barangsiapa yang tidak ingin kepada Sunnahku maka dia bukan dari kalangan (pengikut)ku”(Dari Sunan al-Nasaa’ie, no. 3217)

So, kenalah berikhtiar (membuat komitmen)  mencari jodoh jika belum ketemu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2013 02:26 PM | Show all posts
juna12 posted on 14-7-2013 02:16 PM
Salam Ramadhan, nak join thread ni jgak, mcm best jer.

Nak sharing sikit, ala-ala tazkirah sempen ...

Welcome


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2013 02:32 PM | Show all posts
Innrukia posted on 14-7-2013 02:26 PM
Welcome

ni doa utk hati org supaya terbuka ke?
sebab hati kita mmg tak pernah tertutup..

payahnya nak jumpa empunya tulang rusuk ya...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2013 02:37 PM | Show all posts
zehra2 posted on 14-7-2013 02:32 PM
ni doa utk hati org supaya terbuka ke?
sebab hati kita mmg tak pernah tertutup..

Insyaallah ada la tu...

Yup boleh diguna pakai jugak utk buka hati & fikiran yg tertutup...
Sabar tu senjata org beriman
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2013 02:43 PM | Show all posts
Innrukia posted on 14-7-2013 02:37 PM
Insyaallah ada la tu...

Yup boleh diguna pakai jugak utk buka hati & fikiran yg tertutup...M


Terjemahan:



SURAH AL-INSYIRAH
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);

(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

(6) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).


Kelebihan Surah Al-Insyirah.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".

Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.

Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.







Last edited by Innrukia on 14-7-2013 02:44 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2013 02:46 PM | Show all posts
Innrukia posted on 14-7-2013 02:37 PM
Insyaallah ada la tu...

Yup boleh diguna pakai jugak utk buka hati & fikiran yg tertutup...

pernah membuka hati sendiri selapang-lapangnya.. kalah stadium.
pd seseorang. tp hati dia tak berapa terbuka nak bersolat...
biar lah kita menangis skrg daripada kita menangis kemudian hari.
tp, sapalah tau kalau berjodohan, moga dia berubah, terbuka hatinya beribadah..

kalau sorang je berdoa mungkin tak berapa menjadi kan.. kenalah aku pun sama berdoa utk dirinya. moga hatinya terbuka menerima hidayah.
inn.. ko baca pm aku ek..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2013 02:54 PM | Show all posts
zehra2 posted on 14-7-2013 02:46 PM
pernah membuka hati sendiri selapang-lapangnya.. kalah stadium.
pd seseorang. tp hati dia tak  ...

Bukalah hati kita & amalkan insyaallah Allah bagi pada hambaNya yg tak putus asa mintak pada Dia
Yg aku baca, lagi bagus kita doakan pada seseorang tanpa si dia tau kita doakan dia....

ps: dah baca....terkujat teman
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2013 03:19 PM | Show all posts

realiti, byk yg aku tgk,,,ade sstgh org nk kawen cpt,,,.tp satu mende pong xtahu...
xde persediaan langsung...x jelas dgn 'tanggjawab' msg2.....tu yg byk rumahtangga huru hara...
cerai berai...ish...ish...ish...ish
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2013 04:24 PM | Show all posts
@zehra2 ngan @Innrukia ber-pm pasal ape?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2013 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
edee_91 posted on 14-7-2013 04:24 PM
@zehra2 ngan @Innrukia ber-pm pasal ape?

Gossip jahhhh......
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2013 05:01 PM | Show all posts
annehuda posted on 9-3-2013 08:20 PM
ehem... saje nk tumpang lalu...hehehe

thn dpn aku dah 30thn. maafla ye aku ckp ni. aku sbnrnye da ...

kaka anne masih muda lah..jgn putus asa mencari ok...kadang2 apa yg kita nak tu memang susah untuk digapai, kena lipatgandakan usaha kita..berdoa n mohon pertolongan dari Allah...hehe..pandai je iols nasihat kaka..padahal iols pon nan hado
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2013 05:41 PM | Show all posts

Sesuatu yg sangat baik utk kita digest....Thanks to sahabat kita yg berkongsi link ni dgn inn

http://www.youtube.com/watch?fea ... e&v=6YVZZeb-qoM


Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yg boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yg tidak asing bagi mereka yg terlibat dlm bidang fotografi.

Ketika waktu Subuh alam berada dlm spektrum warna biru muda yg bersamaan dgn frekuensi tiroid yg mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dgn penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yg mesti berlaku dlm keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) -- dlm erti kata lain jaga drp tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yg akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yg terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yg tidak optimum lagi...

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dgn frekuensi perut dan hati yg berkaitan dgn sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yg berkaitan dgn keceriaan. Jadi mereka yg selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dlm hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Buktinya...Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?.. kikiki...

Kemudian warna alam akan berubah kpd warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dgn frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yg merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yg kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah ( Jenero/ tidur la tu ...). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita....

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yg sedang dlm perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la ...) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yg boleh mengelirukan mata kita. Waktu inilah fenomena buta ayam terjadi. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang....

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dgn sistem kawalan otak. Mereka yg kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dlm Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dlm Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dlm kerehatan... ( Time utk landing charge energy...hik3 )...

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dgn warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dgn frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail...

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dgn warna alam. Kini sememangnya manusia telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Take Note !!! : Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Dan adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dlm menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dlm menghadiri kelas taichinya dan jogging di waktu pagi. Konon konon nak bg tau org lain bahawa dia giat bersukan la tu... Kikikiki
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 05:26 PM GMT+8 , Processed in 0.580615 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list