CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nape?Tak caye?

[merged] Jemaah Tabligh

[Copy link]
Post time 18-4-2020 03:34 PM | Show all posts
Edited by mnm77 at 18-4-2020 04:33 PM
TravellingBear replied at 18-4-2020 03:20 PM
Nak kena arif baru boleh cakap ke.

Cakap berkaitan kebesaran Allah, boleh aja... Cakap yang baik-baik, boleh aja... TAPI apabila ada tuduhan yang dibuat, maka kena lah arif tentang tuduhan itu. Kerana sesungguhnya jika tuduhan itu TAK BETUL, ia jadi FITNAH, dan fitnah itu lebih besar dari membunuh!

Isu yang saya nak penjelasan ialah isu TUDUHAN yang saudara bawa...

Saya tak campur aduk apa2. Saya cuma curious camana mimpi boleh dijadikan sandaran sesuatu ilmu. 2 org ni je yg saya tahu. Sebab 2 org ni wujud di kalangan org2 kat malaysia

Ini pun tak betul dan memang ada unsur CAMPUR-ADUK. Sebab tu saya dah sebut beberapa kali, jangan campur aduk.

Maulana Zakariyya bukannya untuk kalangan orang2 kat Malaysia saja, kitabnya dirujuk oleh umat Islam di seluruh dunia.
Kitab bahasa Arab yang dikarang oleh Maulana Zakariyya termasuklah:
  • Awjaz al-Masalik ila Muwatta' Malik (أوجز المسالك إلى موطأ مالك‎)
  • Al-Kawkab ad-Durri `ala Jami` at-Tirmidhi (الكوكب الدري على جامع الترمذي)
  • Al-Abwab wa at-Tarajim li Sahih al-Bukhari (الابواب والتراجم لصحيح البخاري‎)

Yang mana satu sandaran mimpi yang saudara maksudkan? Kalau kitab yang lain boleh jelaskan nama kitabnya?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2020 12:06 AM | Show all posts
Edited by mnm77 at 6-5-2020 12:33 AM



Saya masih menunggu bukti yang saudara menyatakan ada banyak kitab Maulana Zakariyya.... bersanad mimpi?

Seperti tuduhan ini:
Tapi kitab karangan maulana zakariya dan muhamad assuhaimi mmg bukan berasal dari sanad ahlil bait. Sanad mimpi sendiri jumpa nabi muhamad

Saya cuma nak tahu dari mana maklumat yang saudara dapat bahawa banyak kitab Maulana Zakariyya bersanad mimpi?

Oleh kerana saudara tidak membawa sumber dakwaan saudara, saya kira itu merupakan kata-kata orang yang tidak mengetahui latar belakang Maulana Zakariyya, atau dari orang yang anti dengan Maulana Zakariyya. Dalam bebenang ini pun ada contoh orang yang anti dengan Jemaah Tabligh, dia sebar fitnah, mungkin asalnya dia tak tahu pun itu merupakan fitnah (tanpa sedar). Namun bila dijelaskan kedudukan sebenar, tetap dia tak mahu mohon maaf atas fitnah tersebut lalu bawa lagi fitnah yang lain pula, dengan rasa dirinya tu sangat betul. Orang yang begini tidak boleh dipercayai percakapannya, ucapannya, dan juga penulisannya, walaupun dia selalu copy paste kononnya ambil ilmu benar dari Ulama, kerana apabila dia menyebarkan fitnah, dia TIDAK membetulkan kembali setelah dia tahu keadaan sebenar.

Saya bawakan satu rakaman video youtube tentang PENGIKTIRAFAN TOKOH ULAMA HADITH dari negara Arab, berkaitan jasa Ulama hadith India. Apabila ilmu berkisar tentang hadith disampaikan, sanad itu penting, maka jalan kisah dan huraiannya pun penting, secara tak langsung jadi panjang. Namun itu pun dikira SANGAT SINGKAT, dalam masa yang terhad.

Secara ringkas, banyak Ulama hadith di India (yang masyhur yang disebut nama dalam video tersebut), asalnya dari keturunan Arab, dari keturunan sahabat Nabi Abu Bakr RA dan Umar RA. Bukan hanya sanad keturunan yang sampai kepada sahabat Nabi, sanad perguruan juga sampai kepada sahabat Nabi, yang mana sahabat Nabi belajar terus dengan Nabi (jadi sanad ilmu sampai kepada Nabi). Sanad perguruan mereka juga sampai kepada Ulama Hadith yang Masyhur seperti Ibnu Hajar Al-Asqalani, Imam Suyuti dan lain-lain.



Elok ambil masa lihat dan dengar dari mula tentang sejarah Ulama hadith sampai ke India, dan jasa mereka dalam ilmu hadith dan pengiktirafan. Namun kalau nak terus dengar pasal Maulana Zakariyya boleh ke minit 69 (1 jam 09 minit).
https://www.youtube.com/watch?v=i4nC9SzgHDU&t=69m00s

Tambahan tentang Maulana Zakariyya oleh Maulana Asri

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 200210 Replies : 4713
Cinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup putuskan hubungan dengan ibu bapa demi berkahwin lelaki 80 tahun
YgBenarCinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup pu
Views : 864 Replies : 4
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 24043 Replies : 161
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 11963 Replies : 13
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73688 Replies : 322
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 11543 Replies : 187
Beza wasap status ikut level
chaconBeza wasap status ikut level
Views : 5075 Replies : 10
Nama pokok ni?
BelovedTaeyeonNama pokok ni?
Views : 6357 Replies : 15
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30478 Replies : 185
Awesome place in Iceland --
dexaAwesome place in Iceland --
Views : 1453 Replies : 1

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 09:08 PM GMT+8 , Processed in 0.054440 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list