Oleh: ROSLI MANAH Foto: ZAKARIA IDRISb dari ManggaOnline
Mila, juara Akademi Fantasia musim kelima bangga apabila berjaya memikat hati juri profesional dalam pertandingan antarabangsa yang disertainya di Bulgaria hujung minggu lalu.
Mila memenangi Anugerah Khas Juri dalam pertandingan 17th Discovery Pop Festival di Opera House Varna, Bulgaria yang turut mempertandingkan penyanyi-penyanyi dari Lithuania, Itali, Romania, Poland dan banyak lagi. Lagu Ilham Di Matamu yang dipersembahkan turut dinilai dan memenangi kategori Lagu Terbaik.
"Mila bangga dapat mengharumkan nama negara dalam pertandingan di luar negara. Apatah lagi inilah pertandingan pertama Mila di luar negara," kata Mila atau nama penuhnya Nursharmila Jirin, 21. Dia tiba di tanah air pada hari Selasa 20 Mei 2008.
Kemenangan itu juga membuktikan dia bukanlah hanya popular di mata peminat sahaja, sebaliknya mampu bersaing di peringkat luar. Mila menjadikan kemenangan itu sebagai peniup semangat untuknya mencipta kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang.