CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: FROSTED DREAMSCAPE

 Close [Copy link]
Post time 31-1-2026 01:42 PM | Show all posts
Ok ke jawapan aku tu? Ah, biarlah dia.
“Nah, pen awak.” Aku serahkan pen itu kepadanya. Ahmad Niza terpinga-pinga.
“You dah ada boyfriend ke?”
Eleh, buat-buat terkejut pula. Dia tu dah ada orang lain. Buat sandiwara ke apa budak Ahmad Niza ni.
“Dah awak pulangkan barang saya, saya pulanglah barang awak balik.”
Aku terus marah dengan sikapnya itu.
“Mana ada?”
Ish, geram betul aku kat mamat sekor ni. Aku terus mengambil kotak cincin pemberiannya. Yang herannya Ahmad Niza terus tertawa terbahak-bahak. Gila ke dia ni? Tensen aku.
“Dah tengok ke cincinnya?”
“Tak. Nak buat apa tengok? Dah orang pulangkan balik cincin kita.”
Ahmad Niza terus menggenggam tanganku. Aku terpempan. Ish, romantik pula dia ni. Tak tentu arah perasaan aku dibuatnya.
“Tengoklah.”
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2026 01:42 PM | Show all posts
Akhirnya aku membuka kotak itu. Terdapat kad kecil di dalamnya tertulis, ‘sayang, will you marry me?’ . Aku rasa macam nak pengsan. Aku terus memandang ke tangan Ahmad Niza. Cincin aku masih berada di tangan kanannya.
“Cincin ni saya hantar sebab tak sabar nak propose awak.” Ahmad Niza terus tersenyum. Aku malu sendiri. Rasa macam nak melompat keluar dari tingkap rumah pun
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2026 01:42 PM | Show all posts
pg 55

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2026 01:42 PM | Show all posts
Majlis persandingan kami dilangsungkan di hotel penuh meriah. Ahmad Niza menyediakan jamuan untuk tiga sesi. Untuk saudara mara sebelah dia, sebelah aku dan akhir sekali teman-teman seperjuangan kami.
“Niza aku minta maaf kutuk engkau gemuk dulu.”
Aku memeluk tubuh Suraya. Aku dah lama maafkan. Aku sedar siapa aku waktu tu. Aku terus melihat Suraya, suami dan 3 orang anaknya melangkah meninggalkan kami berdua.
“Ish, gemuknya Su sekarang. Tiga kali ganda gemuk dari you dulu.”
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2026 01:43 PM | Show all posts
Aku menekup mulut Ahmad Niza. Amboi, bukan main lagi ngutuk orang. Nasib baiklah tidak ada yang mendengar. Itulah Suraya, dulu engkaulah paling cun. Tapi, itulah. Kuasa Tuhan bila-bila masa Dia boleh pusing balik keadaan. Aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. Ahmad Niza terus memeluk bahuku dengan erat. Aku amat bahagia di sisinya….

TAMAT..
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2026 01:43 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-1-2026 01:44 PM | Show all posts
Telur Rebus Cerpen

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2026 01:44 PM | Show all posts
Jangan ketawa senyum cukup le….
Baca sampai abis ….
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2026 01:44 PM | Show all posts
Aku ada cerita ni… lawak la jugak.. tapi jangan ketawa tau… Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran iaitu makan telur rebus. Aku pun tak tahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2026 01:44 PM | Show all posts
Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni… sebab orang rumah aku masak sedap-sedap. . so aku dah tak kisah lagilah..
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2026 01:44 PM | Show all posts
Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar akupun singgah satu kedai makan tu… ada telur rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus.. lepastu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba je kat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum aku masuk kerumah, isteri aku tiba-tiba cakap dia ada ‘surprise’ untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku.
Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup mataku. Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan ‘surprise’ isteriku ini. Aku pun tahan ler… Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2026 01:45 PM | Show all posts
lama.. Fuuuuhhh lega r asanya… bau boleh tahan… maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi… Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi.. bunyinya PROOOTTT!! .. fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia… aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia… adalah macam bau telur tembelang sikit.. Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi… hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu.. lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu… PRRROOOOOTTT! !!!… fuhh lega… bergegar sikit meja makan dibuatnya… peh tak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut ‘ahhhh…. lega…’. Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata ‘SURPRISE!!
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2026 01:45 PM | Show all posts
HAPPY BIRTHDAY!!’ dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le… camne boleh lupa ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus melopong… ALAMAK!!! Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!. ? jadi aku pun nak kaber malu, aku tanya la kat pak mertua aku. ‘dah lama ke pak sampai?’.Dan pak mertua aku pun jawab.’Dah lama. Sebelum kentut pertama lagi!!’.: habih :.

HEHEHEHEHEHE. .:-)
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2026 01:45 PM | Show all posts
Jejaka Bawah Umur

“Adik, adik dengar tak ni?” Tanya Puan Fatihah.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2026 01:45 PM | Show all posts
“Dengarlah bu. Ala ibu ni, adik masih bawah umur lagi bu. Takkanlah adik nak kahwin masa ni pulak bu. Tunggulah umur adik 25 ke 26 ke? ” Faqih Atif berkata membantah kata ibunya.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2026 01:45 PM | Show all posts
“Adik dengarlah cakap ibu kamu tu.” Kata Encik Haziq menyebelahi Puan Fatihah. Dia memang sudah biasa dengan kedegilan anaknya itu.
“Adik taknak kahwin!” Bantah Faqih lalu terus menuju ke biliknya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2026 01:45 PM | Show all posts
‘Apalah ibu ni. Aku masih bawah umur lagi bu. Dahlah nak SPM tahun ni.’ Desis hati kecilnya seraya matanya melihat komen-komen di laman Facebook.
Tiba-tiba terdengar ketukan pintu dari luar bilik Faqih. Faqih terus menuju ke katil lalu berbaring. Sekali lagi pintunya diketuk. Faqih tidak berkata apa-apa. Oleh kerana pintu biliknya tidak dikunci, ibunya terus masuk.
“Adik..” Puan Fatihah mengusap kepala Faqih.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2026 01:45 PM | Show all posts
Faqih sengaja buat-buat merajuk supaya perkahwinannya dibatalkan. “Adik, ibu dengan ayah dah buat keputusan.” Kata-katanya terhenti di situ.
‘Batalkan.. Batalkan..’ Doa Faqih.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2026 01:46 PM | Show all posts
“Apa keputusannya bu?” Faqih terus memusing badannya kearah ibunya. Tiada nada merajuk dari Faqih.
“Kamu akan kahwin dua bulan sebelum SPM.” Kata Puan Fatihah.
‘Dua bulan sebelum SPM. Esok?’ “Kalau itu ketentuan Allah, adik ikut je bu.” Akhirnya Faqih mengalah. Sudah penat membantah. Jodoh dah sampai, nak buat macam mana.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2026 01:46 PM | Show all posts
“Kan bagus macam tu. Adik dah solat ke belum?” Tanya Puan Fatihah.
“Belum bu.”
“Adik solat dulu lepas tu bersiap, ibu nak ajak kamu jumpa bakal isteri kamu.” Kata Puan Fatihah sambil memandang wajah anak kesayangannya.
“Umur dia berapa bu?” Tanya Faqih. Sebelum berkahwin, dia mahu mengetahui hal peribadi isterinya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 02:54 AM GMT+8 , Processed in 0.177860 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list