CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ainiz81

Arwah yg balik ke rumah & himpunan kisah seram Borneo

  [Copy link]
 Author| Post time 28-9-2012 03:40 PM | Show all posts
kenesep posted on 28-9-2012 12:00 PM
gajah buat apa kat highway? dia mcm lembu gak ke suka tido atas jalanraya.....

....menyesal aku  ...

@kajol77  mmg suke konar2 ke??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2012 09:30 PM | Show all posts
saya minat baca2 benda2 mcm ni..... u welcome...
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2012 10:33 PM | Show all posts
kaka ainiz

ninie jumpe citer arwah balik ke umah

Misteri! Pak Haji Sudah Meninggal Dunia Muncul Di Kebun

Secara hakikatnya orang yang sudah meninggal dunia, tidak akan berada di dunia ini lagi. Apabila terputusnya roh dan jasad, maka orang tersebut akan berada dialam barzakh, maka terputus jugalah segala perhubungan kecuali 3 perkara yang ada disebutkan dalam hadtih rasulullah SAW. Kisah di bawah ini menceritakan tentang seorang wanita yang pernah berhadapan dengan situasi bertemu dengan orang yang sudah meninggal dunia. Jom baca kisah di bawah ini.



Saya terpanggil untuk menceritakan pengalaman yang saya anggap seram juga. Entahlah pada orang lain seram ke tak. Saya melalui kisah ini pada tahun 1989 di kampung bapa saya iaitu di Batu Pahat, Johor. Ketika itu arwah atok dan nenek saya masih ada.

Kampung saya ni, sepanjang jalan ke rumah atok saya, jalannya kiri dan kanan ada ladang kelapa sawit dan pokok getah. Rumah penduduk kampung semuanya jauh berselang dengan kelapa sawit dan pokok-pokok getah. Susah nak tengok rumah yang berdekatan atau bersebelahan. Untuk sampai ke rumah atok saya, jarak dari jalanraya utama lebih kurang 2 kilometer. Dekat dengan rumah atok saya cuma ada tiga buah rumah jiran, itu pun dikelilingi pokok-pokok besar. Lepas 300 meter baru jumpa rumah yang lain.

Kisah ini berlaku tika saya baru habis SPM dan dihantar oleh ibu bapa saya ke rumah atok dan nenek untuk bercuti sambil menemani mereka. Masa itu makcik saya dan anak-anaknya pun ada tinggal bersama atok dan nenek saya. Ibu dan bapa saya berpesan supaya saya tinggal untuk beberapa minggu, supaya atok dan nenek saya gembira sebab saya cucu kesayangan mereka.

Setiap petang saya suka keluar berlari-lari anak di sepanjang jalan kampung. Saya akan keluar bersama sepupu saya. Sebelum Maghrib saya akan balik ke rumah, sebab atok saya dah pesan, jangan sampai Maghrib, bahaya! Sebagai anak gadis sudah pasti saya akan pulang awal. Tiga hari berturut-turut saya berlari-lari anak, tak ada apa-apa berlaku. Pada hari keempat, saya tak pergi berlari-lari anak kerana makcik saya mengajak saya pergi ke kedai di luar kampung. Kedai di kampung ini jauh, di jalan utama. Jadi saya dan makcik saya pun keluar ke kedai dengan menaiki motor.

Pada awalnya kami memang nak balik awal sebelum Maghrib, tapi ketika balik dari kedai, makcik saya terpaksa singgah di rumah ibu saudaranya yang juga nenek saudara saya yang tinggal tidak jauh dari kedai yang kami pergi. Oleh kerana terlalu asyik berbual, makcik saya tak perasan yang waktu sudah lewat! Dah nak masuk Maghrib! Saya terus cuit makcik saya, ajaknya balik. Makcik saya pun minta izin untuk pulang. Saya minta izin makcik saya, saya yang nak bawa motor tu dan suruh makcik saya bonceng di belakang. Makcik saya mengiakan saja. Masa itu saya bawa motor laju sebab dah lewat.

Hari makin kelam. Tika hampir sampai di rumah atok, kami ada melalui satu kawasan kelapa sawit seorang Pak Haji ni. Namanya biarlah saya rahsia kan, cuma gelarkan “Pak Haji” saja. Dari jauh saya ada ternampak seorang lelaki tua dalam lingkungan umur 60-an tahun, kalau tak silap sayalah. Lelaki itu sedang berjalan masuk ke kebun kelapa sawit di sebelah kiri jalan yang kami lalui itu. Saya masih teringat apa yang dia pakai tika itu, baju Pagoda putih, kain pelikat lusuh dan tali pinggang hijau yang slalu orang-orang tua pakai. Ketika saya dan makcik saya sampai di kawasan yang Pak Haji tadi masuk, saya dan makcik saya tengok ke arah itu, kami tak nampak apa-apa pun. Tapi saya tak kisah, sebab pada fikiran saya mungkin Pak Haji itu berjalan cepat, kemungkinan dia nak cepat ke surau (mungkin). Terus saya menunggang motor hingga ke rumah atok saya.

Sampai di rumah, atok membebel kenapa kami lambat sampai, makcik pun ceritalah apa sebabnya. Lepas tu makcik saya terdiam. Selepas sepuluh minit berlalu, makcik saya bertanya pada saya, adakah saya ternampak orang yang masuk ke dalam kebun kelapa sawit tadi. Saya pun menjawab, “Ada…” Makcik saya terkejut! Perbuatan makcik saya itu membuatkan atok saya bertanya kenapa. Begitu juga saya. Terus makcik saya menjawab Pak Haji balik tengok kebunnya. Atok saya tersenyum, saya pula tertanya-tanya. Tapi nenek saya pula yang membebel. Saya tanya kenapa. Nenek saya pun menjawab Pak Haji itu dah meninggal enam bulan yang lalu. Ketika itu juga bulu roma saya semuanya berdiri, terus saya masuk rumah, tutup semua tingkap dan pintu. Sejak hari itu saya tak keluar berlari-lari anak lagi. Saya telefon ibu bapa saya suruh balik kampung dan ambil saya balik. Tak sampai seminggu terus saya balik kerana terlampau takut, dan asyik terbayang-bayang… Oh tidak!!!…

Tapi kini kampung saya dah melalui banyak perubahan, dah makin ramai penduduk, dah ada macam-macam kemudahan. Alhamdulillah dah tak takut lagi.

kredit :gilerkentang.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2012 11:19 AM | Show all posts
niniewawaa posted on 29-9-2012 10:33 PM
kaka ainiz

ninie jumpe citer arwah balik ke umah

tq 4 sharing nini!
nmpaknya dgn pmbangun pesat luar bndar..arwah yg balik ni dh jarang blaku..ada pun kes tpencil jek
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2012 11:20 AM | Show all posts
myhanis74 posted on 28-9-2012 09:30 PM
saya minat baca2 benda2 mcm ni..... u welcome...

nnti balik dr kursus sya dmbung bcerita k..
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 11:54 AM | Show all posts
still no latest update...kuciwa2.
huhuhu...ku menunggu  
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-10-2012 10:19 PM | Show all posts
ladolceleeya posted on 12-10-2012 11:54 AM
still no latest update...kuciwa2.
huhuhu...ku menunggu

jgn kecewa dear..ainiz busy lately..
specially 4 u ainiz nk share citer yg uols tunggu2 ni k..jp g nk post ni...jap tau

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2012 11:56 PM | Show all posts
Misteri katil

Pada yg folo benang ainiz ni..mesti tau yg ainiz nak share pasal katil kan? dah lama ainiz janji but lom dpt ainiz tunaikan..malam ni ainiz akan share juga setelah lama betul berpikir panjang...selama ni bukan ainiz takmo share, byk yg perlu dipikirkan sebelum buat keputusan..sebabnya ni citer betul..n katil tu pun masih ada dan berpenghuni.. so bukan mudah tuk ainiz wat keputusan nak share ngn uols ni.. silap haribulan ainiz lak yg kena tempias katil ni..Tapi setelah berbincang dgn huby ainiz, dia izinkan ainiz buka citer katil ni pd uols semua..









Ini adalah katil peninggalan arwah atuk huby yg berpangkat panglima. Nama arwah dlm ic pun ada berpangkal 'panglima'. Mengikut huby ainiz katil ni dari dulu lagi dijaga rapi oleh arwah atuk huby dan isterinya yang juga dah arwah..dia meninggal dunia sebulan selepas arwah atuk huby pergi..sebab terlalu rindukan suaminya.


Arwah atuk ni berilmu orgnya. Both husband n wife mmg berilmu. Kata huby dulu2 masa dia kecik, pernah sekali  ader jiran yg demam disebabkan melawan ckp atuk ni.. lepas dia minta maaf dan  ditawar2 oleh arwah atuk barulah kebah demamnya tu...wallahhualam..ni cerita dari huby sendiri..

Mengikut yg disampaikan pd ainiz, katil ni dihuni oleh 2 jin islam yg arwah atuk bela. Purpose bela jin tu ainiz tak pasti n masih samar2..sebabnya smpai sekarang jin tu masih lagi disambung pelihara oleh pakcik huby yg sulong. Katil ni dijaga rapi dan dibersihkan selalu. Ada bekas setanggi atas katil ni. Juga ada bekas warna merah atas katil ni, bertujuan utk memudahkan pengunjung yg terdiri dari org kg kat situ yg dtg melawat katil ni bubuh duit dlm mangkuk tu. Duit yg dikumpul tu akan digunakan tuk beli keperluan jagaan katil tu cthnya cam buat beli kemiyan or tukar cadar kuning katil tu. Mcm khurafat kan? Tapi itulah amalan diorang masa tu..

Sbnarnya diorang kat kg ni pun bukannya nak sgt teruskan bela bende tu..katil ni pernah dibuka dan kayu2nya dihantar ke dlm hutan. Tapi pck huby yg sorang lagi, no 3 jatuh sakit, pakcik ni lah yg beria bukak katil tu n hantar ke dlm hutan, bukan pck yg sulong..kononnya kata perawat, sumpahan dari jin yg duk kat katil ni..marah la kononnya. Pck yg jatuh sakit tu smpai herot mulut dia..masa dia mula2 sakit ainiz n huby ada balik sana lawat dia, tp pd firasat ainiz, pck tu kena sakit angin ahmar. But org sana tetap anggap ianya adalah disebabkan makhluk tu marah..Lama gak pck tu sakit, but diorang tak amik port sgt pasal katil tu. Smpailah pck tu menemui ajalnya. Bila dia dah meninggal, masing2 kat sana buka mata. Semua jd takut. Takut jd mangsa seterusnya. Sebab kebanyakan yg stay kat kg tu ada kaitan sedara.. Pck yg sulong pun amik semula katil kayu yg dah diletakkan dlm hutan tu dan pasang semula kat rumah MIL.

Lepas pasang katil ni seperti sediakala, MIL ainiz lak jatuh sakit. Mcm teruk gak la..smpai tak boleh bangun. Terjadi dlm tahun 2009. Ainiz dan huby smpai terpaksa balik, masa tu bulan februari 2009 sbb MIL sakit kuat. MIL ainiz ni anak bongsu. Anak kesayangan. Terlalu disayang sgt smpai rumah pusaka pun MIL yg dpt. Masa we both balik, pck yg sulong tgh cuba bawa MIL berubat merata tempat. Bila pegi berubat, pun perawat kata jin yg kat katil tu tak puas hati lagi..nak jadikan MIL mangsa seterusnya.

Time ni lah ainiz dgn mata kepala sendiri menyaksikan mcm mana family huby buat upacara ikut adat diorang utk pulihkan MIL. Sayang sekali takde gambar..tp apa yg ainiz nak jelaskan, ianya mmg special..upacara tu tak pnh ainiz nmpak sebelum ni. Diadakan 3 hari berturut2. Dalam 3 hari tu ader yg main gamelan atas rumah, ada yg tumbuk gandum kat bawah rumah. Diorang beramai2 buat semua kerja..yg main gamelan kat atas rumah cuma berhenti main waktu mlm nak tdo. Awal pagi esoknya sambung balik. Kuat sgt bunyi muzik gamelan yg diorang main ni..mmg tak boleh nak lelap mata siang hari dek bunyi bising ni..

Hari ke 3 lak adalah hari penutup. Gandum yg ditumbuk dah pun di masak dan dijadikan kuih. Kuih2 yg dah siap dimasak tu diletakkan dlm pinggan, tgh2 pinggan tu diletakkan sebiji telur yg siap dikupas dan pinggan2 tu disusun memanjang kat tgh2 rumah (depan bilik yg ada katil).

Smpai kemuncak upacara semua keluarga kami dipanggil berkumpul. Huby, BIL, SIL, MIL, pck yg sulong dan seorang lagi kakak perempuan MIL. Kami dipanggil masuk ke bilik yg ader katil tu. Keluarga yg lain mcm sepupu dll kat bhg luar yg jauh sikit dr katil..tp still leh tgk apa yg berlaku kat situ..Bila ainiz ngn huby masuk ke ruang tu, kami direnjis ngn air yg bau bunga mawar oleh pck yg sulong. MIL duduk didepan sekali mengadap katil. kami yg muda2 ni dibelakang sekali. Masa tu ainiz terpikir, nasib la ainiz cuma balik berdua je...kalau tak jenuh gak nak xplain kat anak nanti..jenuh lak nak jelaskan tu upacara apa.


Lepas kami semua direnjis, ainiz dgr dgn jelas pakcik yg sulong bercakap dlm bahasa diorang. Seolah2 bercakap dgn seseorang yg tgh baring atas katil tu. Tapi serius..mmg ainiz tak nmpak sesape pun atas katil tu masa tu. Dlm bahasa diorang pakcik tu merayu agar memaafkan MIL sekiranya dia ada buat silap. Pakcik juga minta maaf bg pihak kami sekeluarga. Sedih gak masa tu sbb bila smpai turn MIL bercakap, dia menangis..minta maaf smbil menangis..Ainiz terlopong tgk gelagat diorang masa tu..Upacara selesai selepas habis MIL bercakap diikuti kata2 penutup oleh pck yg sulong. Ainiz dan huby berpandangan dan ada raut senyum pd muka huby..ainiz pelik sgt..knp dia senyum?

Bila semua tetamu dah balik, ainiz pun tnya pd huby knp dia senyum td..katanya dia pelik knp family dia masih percaya pd bende tu. Dah elok2 buang dlm hutan, pegi amik semula..pastu buat upacara mengarut..katanya semua tu kepercayaan dulu2..tak relevan nak diamalkn skrg memandangkan atuknya pun dah arwah. Dulu atuk huby jaga semua tu sbb nak jaga kesaktian dia..skrg tade sape dah yg sakti watpe nak jaga lagi..tu le maksud huby ainiz..ada betulnya juga kan?

Lepas dari upacara tu MIL pun pulih dan beransur sihat..pelik kan? Kebetulan kot

Berbalik pd cerita katil..masa ainiz baru anak satu dulu..tahun 2004, ainiz tak tau ttg jin yg mendiami katil ni..ada sekali tu bila MIL tgh menyapu ruang tamu umah dia..ainiz seret buai anak ainiz masuk dlm bilik ni sbbnya takmo anak ainiz yg tgh tido tu terhidu habuk yg MIL sapu tu...ainiz buh buai yg ada baby ainiz tu sebelah je ngn katil tu..Bila MIL habis menyapu, baru dia terperasan..punyalah dia marah! terus dia tarik buai cucu dia tu smbil membebel..panjang tol bebelan dia..bila huby jelaskan barulah ainiz fhm..katil tu tempat tido jin rupanya..kalau dari awal ainiz tau, tadelah ainiz buh anak kat tepi situ...


Next ainiz nak share pic kubur arwah atuk..kubur ni pun ader kisah misterinya..but bukan masa terdekat ni yer kengkawan..ainiz busy sgt2 bila kat opis..maklum le dah hujung tahun..byk keje tau..

Ni pun curi masa menulis tuk uols sbb huby takde kat umah







Last edited by ainiz81 on 3-6-2013 08:12 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2012 02:44 PM | Show all posts
ainiz81 posted on 12-10-2012 11:56 PM
Misteri katil

Pada yg folo benang ainiz ni..mesti tau yg ainiz nak share pasal katil kan? dah lam ...

uh~katil kayu belian rupanya..

yang apple cerita tempoh ari katil besi....



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2012 02:53 PM | Show all posts
leylapple posted on 13-10-2012 02:44 PM
uh~katil kayu belian rupanya..

yang apple cerita tempoh ari katil besi....

yer katil kayu..kalau tk buh carpet kecik kat atas tilam tu lg la seram sbb boleh nmpak cadar yg renyuk mcm bekas org tidur
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2012 10:38 PM | Show all posts
oo gitu ceritanya. sampai 3 hari buat upacara, mesti penat.
apa yg hubby ainiz cakap tu memang ada betulnya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2012 10:52 PM | Show all posts
amirezu posted on 13-10-2012 10:38 PM
oo gitu ceritanya. sampai 3 hari buat upacara, mesti penat.
apa yg hubby ainiz cakap tu memang ada  ...

mmg huby ainiz tak brapa tksub dgn bnde2 camtu..dulu dia brani lnggar pantang pkai baju warna kuning cam warna tirai katil tu..padahal mmg pantang family dia pkai warna tu..mybe sbb tu juga le ilmu atuk huby tak turun pd dia..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2012 11:23 AM | Show all posts
unik btl katil tue..cuma yg leeya pelik if jin islam ofcoz la jin baik kan..dh nama pn jin islam
tp kenapa dia perlu marah bile katil tue di buka kan n di buang?
smpi tahap org lain plak sakit (if btl la sbb katil tue wt pakcik n MIL ainiz tue sakit)
haishhh, terasa seram sejuk jgk tgk gmbr katil tue..hihihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2012 11:54 AM | Show all posts
ladolceleeya posted on 15-10-2012 11:23 AM
unik btl katil tue..cuma yg leeya pelik if jin islam ofcoz la jin baik kan..dh nama pn jin islam
tp ...

tak pasti la ttg agama dier..tapi kan kata org sebaik2 jin sejahat2 manusia..

yer mmg seram katil ni..kalau tak buh carpet kecik atas katil ni, nmpak komot2 cadar dia kalau waktu pagi..
katil ni masih berada di tempatnya spt dlm gambar smpai la saat ini..

Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2012 12:21 PM | Show all posts
bapak seram aku tgk upa katil ni.. neway.. sgt rare n klasik.. cer try amik gambor time mlm dlm gelap plak.. mn tau..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2012 04:34 PM | Show all posts
khurafat semua ni....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2012 04:34 PM | Show all posts
klu lek rmh nie ainiz x tkt ker? huhu..tmbh2 plak klu lalu kt bilik nie ke...
anak2 ainiz klu lek sane dia x penah tegur nmpk ape2?
biase la mata budak2 nie kan leh nmpk benda2 cmnie...
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2012 04:59 PM | Show all posts
ainiz81 posted on 12-10-2012 11:56 PM
Misteri katil

Pada yg folo benang ainiz ni..mesti tau yg ainiz nak share pasal katil kan? dah lam ...

macam2 ilmu orang zaman dulu2 menuntut. sebenarnya ilmu2 nie masih ada lagi pada zaman sekarang. cuma sangat2 'rare' kalau ada pun pengamalnya. moga2 pakcik hubby ainiz tu sedar dan paling penting usaha supaya x turun ke anak cucu. kesian pada waris2 yang x bersalah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 11:09 AM | Show all posts
br dpt baca...bz jek sekarang nih....seram gak kan tgk rupa katil n cerita tu...tp bila baca citer ainiz yg seolah2 'menjamu' tu,teringat cerita mak masa kecik2 dulu dok tgk jiran2 n sedara mara dok jamu kat tgh umah...ms tu mak kecik2 lg...mana dia tau apa bende yg org beso buat..tp mmg jelas la apa yg dia tgk..siap ada pulut kuning,telur rebus,bertih....nnt ada ms akak share cerita...skrg ni tgh bz...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 11:40 AM | Show all posts
bestnya cerita2 ainiz
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54446 Replies : 4
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54459 Replies : 20
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 98662 Replies : 1017
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 282585 Replies : 8332
"Kita usaha, bukannya duduk saja", Zain Saidin akhirnya bersuara, sedang gigih jual minyak wangi
maklukpenggoda"Kita usaha, bukannya duduk saja", Zain
Views : 57284 Replies : 124
Pelancong Malaysia Dihantar Pulang Walaupun Telah Melengkapkan Semua Dokumen Termasuk K-ETA (Korea Electronic Travel Authorization) , Mengapa Makin Susah Nak Masuk Korea?
YgBenarPelancong Malaysia Dihantar Pulang Walau
Views : 49083 Replies : 76
Konsert Biduanita-Judika bak 'muktamar PAS, kerusi takde nombor' mutu penganjuran hauk-sehauknya (level funfair ramai rasa tertipu)
maklukpenggodaKonsert Biduanita-Judika bak 'muktam
Views : 13175 Replies : 29
Sindiket 'Counter Setting' masih beroperasi di KLIA, dakwa sumber
AbahmungSindiket 'Counter Setting' masih
Views : 55281 Replies : 5
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 146957 Replies : 2475
Pasca Penceraian Fattah Amin: Edisi Bedah Siasat/Ulasan/Gosip Santai (Post #1 UPDATED)
kakasotongPasca Penceraian Fattah Amin: Edisi Beda
Views : 191790 Replies : 10011

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 05:09 AM GMT+8 , Processed in 0.077177 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list