Assalamualaikum,Salam Ramadhan,
Nak Share sket,kot-kot berguna, kalau tak guna, abaikan je.
MENCARI PERSAMAANATAU KESERASIAN?
"Tak tahulah macamana boleh jadi begini hubungan kami bro, semuanya serba tak kena. Panas memanjang. sedangkan masa berkenalan dulu, ok aja. Citarasa dia dengan saya hampir sama aja. Saya pun memilih dia kerana terlalu banyak persamaan dalam diri kami."
Inilah antara keluhan yang pernah diluahkan pada saya oleh seorang rakan. Apa yang dapat kita lihat secara umumnya, masyarakat kita cenderung mencari 'PERSAMAAN' ketika memilih pasangan hidup. Apakah tindakan ini tepat dan benar untuk masadepan sesebuah perkahwinan itu?
Sama sama menjejak mimpi
Sama sama mencari dan menanti
Segalanya direstui cinta sejati
Sama sama gunung didaki
Sama sama turun kelembah sepi
Suka duka bersama dirasai
*
antara bait-bait dalam lirik lagu Mulanya Disini nyanyian Allahyarhamah Seha(Freedom).
Apa yang saya fahami dari bait-bait ini adalah menggambarkan betapa indahnya sebuah perhubungan yang sangat ideal, yang mana didalam ikatan perhubungan ini, pasangan tersebut berusaha untuk sentiasa bersama-sama iaitu: saling bantu-membantu, faham memahami, setia dansentiasa berusaha untuk member sokongan atau berpihak kepada pasangan masing-masing, di dalam mengharungi dan menghadapi kehidupan mereka. Ini dinamakan KESERASIAN dimana, toleransi, kesabaran, profesionalisma dan ketaatan kepada Maha Pencipta amat diperlukan untuk memiliki KESERASIAN ini.
Ianya sama sekalibukan PERSAMAAN tetapi KESERASIAN. Untuk memudahkan memahami konsep ini, cuba lihat gambar dibawah ini:
![](http://1.bp.blogspot.com/-U6fQMWeHysM/T_GUBC6VWpI/AAAAAAAABcA/x-irGp9SHPU/s400/kasut%2Bsepasang.JPG)
Ia adalah sepasang sandal. Katakanlah ianya milik anda dan pada suatu hari, sandal yang sebelah kiri telah hilang. Anda perlu berusaha mencarinya semula ataupun mendapatkan pasangan yang baru untuk sandal sebelah kanan yang masih anda simpan.
![](http://3.bp.blogspot.com/-mln4WYJeHn8/T_GUBckuGOI/AAAAAAAABcM/yLivGFwzfIQ/s400/kasut%2Bsepasang%2Bcopy%2B2.jpg)
Anda perlu mencari pasangan yang SAMA jenis dengan sandal anda itu. Sama warna, saiz dan jenis(brand). Jika jenisnya ADIDAS, amat tidak sesuai jika anda mendapatkan jenis BATA kerana ini tidak akan berupaya MELENGKAPKAN pasangan sandal anda dengan sempurna dan cantik (sempurna dalam konteks kesempurnaan seorang hamba Allah). Boleh sahaja anda menggunakannya tetapi ianya kelihatan canggung dan serba tak kena.Anda perlu mencari yang benar-benar SAMA dan SERUPA!
![](http://3.bp.blogspot.com/-mP90T2g3r5M/T_GWk1_kFCI/AAAAAAAABcw/S6oLs5S6UV0/s400/kasut%2Bsepasang%2Bcopy%2B4.jpg)
Tetapi anda perlu INGAT! didalam mencari PERSAMAAN itu, anda tidak boleh mendapatkan pasangan yang seperti ini:
![](http://2.bp.blogspot.com/-ajhGK0hWroA/T_GUBsfw_HI/AAAAAAAABcY/DfOkwTADTt0/s400/kasut%2Bsepasang%2Bcopy%2B3.JPG)
Inilah yang akan berlaku jika anda hanya mencari PERSAMAAN membabi buta. Ianya memang amat-amat sama, tetapi tetap tidak dapat melengkapi pasangannya akibat persamaan yang terlalu total. Bahkan, anda mungkin lebih selesa memakai pasangan sandal berlainan jenis seperti diatas, kerana walau pun ianya canggung dan kelakar,tetapi masih mewakili kaki kiri dan kanan dan masih selesa dibawa berjalan.Tetapi jika yang seperti ini, kaki kiri anda mungkin akan merasakan kesakitan atau sedikit tidak selesa lantaran acuan yang ternyata berbeza untuk kaki kirianda.
Oleh itu, perlu diingatkan sekali lagi, anda perlu mencari jenis, warna dan saiz yang SERUPA dan SAMA, tetapi yang melengkapi pasangannya.
![](http://1.bp.blogspot.com/-U6fQMWeHysM/T_GUBC6VWpI/AAAAAAAABcA/x-irGp9SHPU/s400/kasut%2Bsepasang.JPG)
Sebagai contoh (yang ringkas dan mudah).
Anda seorang blogger dan sangat suka menulis. Adakah anda juga perlu memilih pasangan :
A : seorang blogger yang aktif menulis?
Hal ini nampak seperti sebuah persamaan yang cantik, TETAPI, bagaimana jika saya mencadangkan, pelengkap anda ialah
B : seorang yang suka membaca artikel-artikel hasil-hasil penulisan didalam blog.
Anda aktif menulis dan dia aktif membaca, maka dari ini, penulisan anda sentiasa difahami oleh sidia, dan dia mampu memberi komen atau kritikan bagi penambahbaikan penulisan anda. Cuba kita lihat bagaimana pula jika anda memilih pasangan A tadi sebagai pilihan. Kedua-duanya aktif menulis, dan tiada masa membaca hasil penulisan pasangan masing-masing. Dan yang pasti, kerapkali memperjuangkan kebenaran apa yang ditulis olehnya berbanding menghargai penulisan pasangannya.
INI HANYALAH SEBAGAI CONTOH UNTUK PEMAHAMAN SAHAJA, TIADA KENA MENGENA DENGAN YANG HIDUP ATAU YANG MATI.
Maka kita perlu memberikan fokus kepada menggarap, dan memiliki sikap KESERASIAN ini, kerana ianya tidak memerlukan anda mencari persamaan antara diri anda dan si dia, tetapi mempelajari untuk menerima kelebihan dan kekurangan si dia dalam suasana yang positif dan segalanya hanya semata-mata ikhlas kerana Allah SWT sahaja.
Anda tidak perlu untuk:
terpaksa menjadi orang lain tanpa anda sedari untuk membuktikan anda mempunyai persamaan dgn dia,
Sidia juga tidak perlu berlakon menjadi orang lain semata-mata tidak mahu dianggap tidak sesuai dgn anda.
Anda hanya perlu menjadi diri anda seadanya dan menambahbaikkan ciri-ciri positif pada diri anda,
serta menerima sidia seadanya dengan ikhlas.
Manakala si dia hanya perlu menjadi dirinya seadanya, dan menambahbaikkan ciri-ciri positif yang ada pada dirinya serta belajar menerima diri anda seadanya dengan ikhlas.
Maka InsyaAllah,tidak akan ada lagi terdengar ungkapan:
....dulu masa bercinta semuanya indah, kentut pun wangi..bila dah kahwin, baru tau perangai buruk masing-masing.
...cinta tu hipokrit dan sebagainya
Maksud firman Allah SWT:
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).
(QS at-Tin: 4)
A GREAT MARRIAGE IS NOT, WHEN A PERFECT COUPLE COMES TOGETHER, IT IS
WHEN THE IMPERFECT COUPLE LEARNS TO ENJOY THEIR DIFFERENCES
![](static/image/smiley/default/smile.gif)
Wallahuaklam, Selamat Menjalani Ibadah Puasa