CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hezzach

~CASA deAMOUROUS DIDDY 5~ SCHEDULE ABPBH PG1 DIDDY WILL BE AT ALL LOCATIONS

 Close [Copy link]
Post time 26-2-2008 09:44 AM | Show all posts
Kehadiran yang ditungguOleh Rozdan Mazalan

CERIA: Selebriti bergambar dengan latar belakang kereta lembu.

5,000 pengunjung sambut rombongan finalis dari pintu masuk Dataran Pahlawan Mall

PERARAKAN menaiki kereta lembu menjadi tarikan finalis yang mengikuti destinasi ketiga sesi jelajah promosi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007 (ABPBH2007) di Bandar Hilir, Melaka, Ahad lalu.

Kalau di Kuala Terengganu finalis diarak menaiki beca, tetapi kali ini seramai 16 finalis yang masing-masing tersenarai dalam Top 5 bagi setiap kategori dalam ABPBH2007 itu diarak dari Bandar Merah ke Dataran Pahlawan Mall, Bandar Hilir menaiki kereta lembu.

Keseronokan jelas terpancar pada raut wajah mereka memandangkan setiap destinasi yang dilawati akan dirasai pelbagai pengalaman berbeza. Pastinya menaiki kereta lembu adalah pengalaman pertama bagi sebahagian besar finalis ini.

Ia adalah satu peluang yang jarang diperolehi, terutama apabila menaiki kereta lembu beramai-ramai dan diarak sejauh hampir satu kilometer.

Sementara itu, kira-kira 5,000 pengunjung sudah menunggu kehadiran mereka di Dataran Pahlawan Mall untuk menyaksikan dengan lebih dekat penyanyi, pelakon atau personaliti pilihan mereka yang menjadi Top 5 ABPBH tahun ini.



Dari pintu masuk utama pusat beli belah ini sehinggalah ke pentas utama, mereka sudah dikerumuni peminat yang berpusu-pusu dan mencuri peluang untuk bergambar atau bersalaman.

Pembukaan acara dimulakan dengan celoteh daripada bekas juruhebah terkenal, Isma Halil Hamzah. Walaupun lama tidak berkumandang di radio, suaranya tetap segar ketika mengalu-alukan kedatangan rombongan ABPBH.

Barisan penyanyi, pelakon dan personaliti yang menyertai jelajah promosi ABPBH2007 di Melaka kali ini ialah Raja Azura, Aznil Nawawi, Vanida Imran, Misha Omar, Linda Onn, Khairil Rashid, Zul Yahya, Julia Ziegler, Fouziah Gous, Bard R1, Didiy, Dinaz, Fiq dan kumpulan Kristal selain turut menyaksikan kemunculan khas, Iqram.

Didiy menjadi penyanyi pembuka tirai persembahan apabila dia menyanyikan dua lagu popularnya Hilang dan Lena, diikuti dengan persembahan Bard R1 yang menyanyi secara medley lagu Pesanan Buat kekasih, Satu Kesan Abadi dan Dari Sinar Mata selain lagu popularnya Jalan bersama-sama anggota pemuzik pengiringnya secara akustik.
Bagaimanapun, suasana di ruang legar Dataran Pahlawan Mall memang gamat dengan celoteh daripada Raja Azura dan Aznil. Gelagat mereka yang spontan dan saling mengusik antara satu sama lain, memang mencuit hati pengunjung sehingga ada antaranya tidak kering gusi melihat aksi kedua-dua personaliti ini.

Menjadi semakin gamat apabila dua pengacara popular suka 'mendera' pengunjung dengan meminta mereka melakukan pelbagai aksi spontan di atas pentas seperti menari, bergelek dan sebagainya bersama-sama sebahagian Top 5 yang hadir.

Ada antara pengunjung yang dipanggil ke atas pentas diminta menjawab beberapa soalan mudah yang ditanya oleh Vanidah, Julia Ziegler atau Khairil.

Namun begitu, acara yang cukup menghiburkan apabila pengunjung diminta berdansa di atas pentas mengikut gaya dan kreativiti masing-masing. Ada yang gugup dan malu tersipu-sipu kerana dikehendaki menari mengikut irama rancak bersama Aznil, Linda Onn, Raja Azura dan Fouziah Gous.

Mereka yang 'sporting' kerana berani naik ke pentas untuk diajak bermesra dengan personaliti tadi, tidak pulang dengan tangan kosong apabila masing-masing menerima cenderamata istimewa sumbangan penaja utama ABPBH2007 iaitu Habib Jewels.

Bagi kanak-kanak pula, mereka turut dihiburkan dengan persembahan khas daripada Aznil. Kira-kira 10 kanak-kanak yang dipanggil ke pentas disolek dengan gincu berwarna coklat gelap oleh Aznil yang seterusnya menari mengiringi pengacara dan juruhebah radio ini menyanyikan lagu Profesor Klon yang dipopularkan dari filem Cicak-Man.

Sementara itu, persembahan daripada Misha Omar dan Fiq juga tidak menghampakan penonton ketika kedua-dua penyanyi ini menyanyikan lagu popular masing-masing.

Tarikh/Lokasi Road Tour ABPBH2007

8-9 Februari - KB Mall, Kota Bharu

15-16 Februari - Dataran Shah Bandar, Kuala Terengganu

23-24 Februari - Dataran Pahlawan Mall, Melaka

1-2 Mac - Kuantan Parade, Kuantan

7-9 Mac - Batu Pahat Mall/Kompleks Pasir Gudang, Johor

14-15 Mac - Alor Star Mall, Kedah.

22 -23 Mac - SACC Mall, Shah Alam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2008 09:50 AM | Show all posts

Reply #1101 britney_sapiah's post

Tima Acih Brit..
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2008 09:55 AM | Show all posts

Reply #1095 juanaperez's post

morning juana


morning semua
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2008 09:59 AM | Show all posts

Reply #1101 britney_sapiah's post

tenkiu Brit

belilah BH hari ni..boleh kenduri gambar Diddy

ada lagi satu gambar Diddy dgn Erra Fazira dgn kereta Peugeot utk pemenang ABPBH
hot woo Diddy pakai shirt putih n jeans
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2008 10:02 AM | Show all posts
hello diddians morning sumer....

thanks brit....

sampai ati diddy naik lembughini without me
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2008 10:04 AM | Show all posts
Originally posted by Incanto at 26-2-2008 09:59 AM
tenkiu Brit

belilah BH hari ni..boleh kenduri gambar Diddy

ada lagi satu gambar Diddy dgn Erra Fazira dgn kereta Peugeot utk pemenang ABPBH
hot woo Diddy pakai shirt putih n jeans


alaaa kenapa tak sms aku tadi.... ni dah masuk opis susah la nak kuar...

takpe... mlm karang cilok MIL punya

Diddy was also on Awani News malam tadi... ada dlm 1 minute kena interview... best sgt2 nampak adik kita tu bercakap
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-2-2008 11:08 AM | Show all posts
Originally posted by juanaperez at 26-2-2008 09:19 AM
Hola Arin..dah bekfes..


dah bekpes.. mkn roti bom
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2008 11:24 AM | Show all posts
Originally posted by arin51 at 26-2-2008 11:08 AM


dah bekpes.. mkn roti bom


KEBA"bom"....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-2-2008 11:42 AM | Show all posts

Reply #1107 arin51's post

aku nak real bomb leh tak.... rasa cam dah nekad nak gi bomb merata tempat jer

teringin gak nak showdown jer
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2008 11:50 AM | Show all posts

Reply #1109 hezzach's post

ko nak bom sapa...
jgn lupa ajak aku....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2008 11:55 AM | Show all posts

Reply #1110 dang_anum's post

soalan ko tu wat aku rasa cam nak jwb jer kat sini... tapi aku masih sensible... tak sanggup nak memalukan org kat Casa Diddy ni

ko nak tau meh la ketuk tingkap aku
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2008 12:00 PM | Show all posts

Reply #1111 hezzach's post

aku tau...
aku rasa sense aku betul...
ahakssss
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2008 12:02 PM | Show all posts

Reply #1112 dang_anum's post

wakakakakaka...

ko nak join squad pengebom aku ke??? dah ada org lain volunteer nak join gak
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2008 12:17 PM | Show all posts
Originally posted by kiera55 at 26-2-2008 11:24 AM


KEBA"bom"....


meletup2 lak perut pas makan roti tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2008 12:32 PM | Show all posts

Reply #1113 hezzach's post

wokeh....
aku always on...
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2008 12:33 PM | Show all posts
Originally posted by hezzach at 26-2-2008 11:55 AM
soalan ko tu wat aku rasa cam nak jwb jer kat sini... tapi aku masih sensible... tak sanggup nak memalukan org kat Casa Diddy ni

ko nak tau meh la ketuk tingkap aku


uiks? semacam je? what happeng?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2008 12:43 PM | Show all posts
assalalmaualaikum....

murning uols.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2008 12:43 PM | Show all posts
assalalmaualaikum....

murning uols.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2008 12:44 PM | Show all posts
Originally posted by arin51 at 26-2-2008 12:33 PM


uiks? semacam je? what happeng?


dong weri... apa2 yg heppeng takde kena mengena ngan casa.... just kena usik sket jer smlm...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2008 12:46 PM | Show all posts

Reply #1118 maya1311's post

muning maya.... apo kobar??? dah sihat ko??? toruk laie tak?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 03:03 AM GMT+8 , Processed in 0.068204 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list