|
Post Last Edit by Goldkey at 6-12-2010 22:36
Dari Joh ke Bangi XVII
Sejak 1998 aku di KHS Kajang
sekolah yang banyak sejarah cemerlang
ramai tokoh telah dilahirkan
kini meneruskan tradisi gemilang
mempastian warganya terbilang
dalam apa jua bidang
kurikulum juga sukan
dua-dua kena seimbang.
Aku mengajar di tingkatan enam
peringkat sijil STPM
subjek geografi dan Pengajian Am
murid-murid semua faham
aku guru yang tak boleh dibuat main
tegas dan keras demi kejayaan
pengajaran berkesan jadi sasaran
ramai yang berjaya itulah harapan
masuk mana-mana universiti yang jadi pilihan.
Aku bangga menyumbang
masa dan tenaga di KHS Kajang
tiada apa yang dapat menghalang
kesungguhan dan kecekalan
mendidik murid jadi handalan
peringkat daerah, negeri atau kebangsaan
itu sebahagian Visi dan Misi yang dirancang
selari gagasan bina modal insan
jayakan wawasan.
~Goldkey~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|

Jujur
Walau di mana kita berada
hati kenalah di jaga
perteguhkan jiwa raga
jujur pada yang Esa
pada diri dan juga keluarga
usah termakan pujuk dan goda
itu semua memusnahkan kita
lebih baik berwaspada
tipu daya makhluk durjana
ada-ada saja jalan direka
merebahkan musuh di kakinya
kehidupan di dunia penuh pancaroba
kekuatan jati diri kena diutama
marilah kita sama-sama
berdoa dilindungi yang Esa
sepanjang masa.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|

Kebaikan
Akan membawa kita ke puncak kemuliaan
bukankah itu jadi impian?
tak rugi kalau membuat kebaikan
saham terbaik untuk jadi jutawan
ya! jutawan di sisi Tuhan.
Jika
tiada harta nak disedekahkan
tiada upaya menghulurkan tangan
tiada kudrat meringankan beban
sampaikan
sebaris ayat ke arah kebaikan
itu memadai dari melakukan kejahatan.
~Goldkey~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|

Budak sekolah
Budak sekolah
dah mula pandai berhelah
tipu mak ayah
minta duit belanja buat beli dadah
pelajaran dah tak kisah
janji boleh lepak pusat beli belah
apa jadah?
yang berwajib kena cari kaedah
tarik minat remaja beriadah
isi masa lapang dengan aktiviti berfaedah
baru negara kurang masalah.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|

Cuti Sekolah
Anak-anak ada di rumah
setengah ibubapa menggelabah
risau anak-anak buat benda tak berfaedah
selama hari ini anak di sekolah
ada cikgu-cikgu menjaga dianggap macam amah
tapi tak boleh silap sikit kena marah
cubalah jaga sendiri pula di rumah
tengok perangai anak-anak baik atau tak senonoh
depan mak ayah ramai yang berlakon boleh bagi anugerah
luar pengawasan ibubapa mula haram jadah
buat perangai tak tentu arah
tiada sifat ramah tamah
berdebah!!!
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 4-12-2010 23:39

Dari Joh ke Bangi XVIII
Kini aku bahagia
punya keluarga punya kerja
tiada apa lagi yang menyesak dada
jaga keluarga berikan yang terdaya
moga anak-anak dan isteri juga bahagia
kasih sayang kita bina bersama beriring doa
moga rahmat yang Esa milik kita selamanya.
Aku juga berbangga
tugasku mendidik anak bangsa
menjayakan wawasan negara
moga lahirlah insan-insan yang berwibawa
mewarisi pemerintahan negara yang merdeka
harapan dan doa moga kesejahteraan dikurnia
dapatlah berbakti untuk negara bangsa dan agama.
Inilah catatan perjalanan saya
dari desa mengejar cita
buat tatapan isteri dan anak tercinta
moga jadi panduan menempuh alam dewasa
terus berusaha jika ingin berjaya
jangan mudah putus asa
iringi doa kepada yang Esa
pasrah dan tawakal kepada takdir kita
InsyaAllah berjaya.
Jika ada sepanjang bercerita
kemaafan dari lubuk hati kupinta
hari hujung kaki ke hujung kepala
segala kelemahan datang dari diri saya
segala kebaikan datang dari Allah jua
tiada niat mengguris hati sesiapa
tiada niat mempersenda sesiapa
hanya berkongsi perjalanan hidup saya
suka duka tawa ria di alam nyata.
~Goldkey~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 5-12-2010 00:59

Aurat tak jaga
Ramai wanita tak jaga
termasuk isteri pemimpin negara
dedah aurat dengan sengaja
bukankah itu mengumpul dosa?
ada yang tak tutup kepala
ada yang bertudung, dada pula terbuka
ada yang rimas panas nak kerja
ada yang kata bertudung tak selesa
ini bukan suka-suka
ini perintah yang Esa
siapa kita nak ingkar perintah-Nya
sedar-sedarlah yang leka
buka nak jaga tepi kain anda
cuma mengingatkan sesama
maaf jika terasa
bahang akhirat lebih lagi peritnya
renung-renungkan wanita semua.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|

Kosong
Kosong sebab tidak diisi
penuhi ruang kosongmu dengan aktiviti
usah berlengah lagi
gerakkan tangan dan kaki
penuhkan dengan aktiviti bererti
baca buku, solat atau kemas rumah sendiri
semuanya memenuhi ruang yang tak diisi
tiada masa hati menangisi
apa-apa yang terpendam di hati
tak jadi daki
ia akan terbang pergi
tak kembali
tiada ruang kosong lagi.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Semarak rindu cinta
Dibuai elus bayu meronakan
indah rasa cinta
adakala gerimis senja
seakan menelan hangat unggun cinta
embun malam
menyelubungi tubuh jiwa
tiba fajar mengering titis embun
sang mentari kembali
menyemarak asmara cinta
berkembang kelopak bahagia
dan rindu berputik lagi...
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Satu warna
Pagi ini kulihat ke jendela
langit tenang satu warna
sunyi sepi tiada suara
hari minggu mungkin masih lena
setekah tunaikan perintah yang Esa
kumenjengah ruang sepi tanpa suara
memnbaca bait-bait indah susunan kata
hati dilanda rasa
tenang bak air di muara
kuhirup teh bersulam biskut tanpa gula
buat mengalas perut sementara
menunggu seisi keluarga
masih diperaduan dibuai mimpi sejahtera.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|

Air mata cinta
Cinta mana tiada air mata?
bila rindu bergenang dikelopak
bila sedih menitis di pipi
bila kecewa bercucuran di dada
bila bahagia terbit di mata
air mata cinta
hadir bersama emosi rasa
tidak mengira bangsa dan agama
semuanya sama.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|

Perjalanan
Ke mana pon jua
utamakan keselamatan
hati-hati di jalanan
moga selamat pergi dan selamat pulang
cuti sekolah ini banyak perjalanan
jemputan hadiri majlis perkahwinan
melacong bersama teman
membawa keluarga mencari ketenangan
yang penat bekerja cari hiburan
jangan lupa jalan pulang
jangan lupa perintah Tuhan
amalkan.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|

Esok balik Kelantan
Dah lama tak pulang
ke tanah tempat kelahiran
moga selamat dalam perjalanan
doakan kunci bertenang
memandu ikut peraturan
kenderaan tidak meragam
sampai ke kampung halaman
bertemu adik kakak abang
melepaskan kerinduan
sebab jarang pulang
hidup di perantauan.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Esok balik Kelantan
Dah lama tak pulang
ke tanah tempat kelahiran
moga selamat dalam perjal ...
Goldkey Post at 5-12-2010 17:44 
Selamat memandu CikguPandu cermat jiwa selamat
Semoga selamat pergi dan kembali.. |
|
|
|
|
|
|
|
Selamat memandu CikguPandu cermat jiwa selamat
Semoga selamat pergi dan kembali..
Puteri_Naning Post at 5-12-2010 18:39 
amin,
Terima kasih PU3
InsyaAllah cikgu berhati-hati. |
|
|
|
|
|
|
|

Sudah sampai Klate
Pagi-pagi turun jale
pukul 2.30 pagi dari rumah kawe
jale tak sibuk tak banyak kerete
pukul 8.30 pagi dah sampai Mache
pekena roti canai kat labok punya cabe
sampai di rumah lelap sekejap rehatkan bade
lima setengah jam drebar sorang-sorang
anak isteri lena bukan main
petang nanti baru jale-jale
kat sini tak huje
panas terik tak tahe
syukur alhamdullilah selamat di jale.
~Goldkey~
p/s baca ikut loghat klate. |
|
|
|
|
|
|
|

Hijrah cinta bertaut kasih
Maal hijrah mencatat sejarah
hijrah Nabi dari Mekah ke Kota Madinah
atas rasa kecintaan kepada ummah
bertaut kasih melakukan hijrah
meneruskan perjuangan di luar Kota Mekah
membangunkan ummah perteguh akidah
menyatukan manusia jadi amanah
kita ummat patutnya teguh sudah
ada al-Qur'an dan as-sunnah
tiada pecah belah
mengenggam tali-tali Allah
La Illah Ha Ilallah
Muhammad Rasulullah.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|

Hijrah
Satu perjuangan
yang patut kita lakukan
dari yang kurang
kepada yang lebih cemerlang
sekurang-kurang
untuk diri sendiri kalau tak untuk orang
kutiplah pedoman
Rasulullah telah tinggalkan
panduan yang relevan
sepanjang zaman
jangan cari alasan
tak mahu maju ke depan
sungguh malang
jika ketinggalan.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 7-12-2010 16:07
My Special Hero
Pada umur 11 tahun
semuanya pandai
main bowling
jentik buah carrom
jolok bola pole
guna youtube
main yo yo
bercakap makin petah
tadi senja lena
dikejut tak mahu bangkit
dah tengah malam
bangun minta nasi
layan jekkkk!!!
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 7-12-2010 19:26
Suara Dari Bangku
bawakanlah pada kami seberkas
cinta serumpun sayang
tanpamu, tak
ke mana kami,
di sini menunggu dengan sekeping hati
alirkan
cintamu
dari pintu dari jendela terbuka itu
di dada kami ada
harapan berbunga
ingin kami ke sana
ke padang bintang-bintang
ke
taman bunga-bunga
aduhai guru
ajar tulis baca ajari kami
jadi
manusia jadi pujangga
usah jemu menabur cahaya ke teluk jiwa
usah
biar cinta kami berbelah luka
usah berhenti mengasuh kami jadi
berani
duhai guru tak ke mana kami tanpamu
di sini kami
menunggu di bangku-bangku
menunggu ilmu yang kausiratkan ke dada kami
menunggu
hikmah yang kau labuhkan di hati kami
jangan pergi selagi kami dalam
gelap mencari
jangan tiada selagi kami dalam payah menanti
taburkanlah
bunga keyakinan
taburkanlah benih ketabahan
di sini menunggu
cintamu
membawa kami ke alam cahaya
inilah suara kami
suara
dari bangku-bangku
kami menunggu hatimu menunggu cintamu
sambut
tangan ini bawalah kami terbang
bawalah kami ke tinggi awan
bawalah
kami ke bintang-bintang
bawalah kami ke alam bahagia itu
~GRP~
arazmi seman
13 Mei 2010 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|