CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aFViRGo

♫ HoMe oF MiLaNiaNS ♫ Jom Request Malu Malu @ Radio ERA

 Close [Copy link]
Post time 24-1-2011 11:44 AM | Show all posts
Salam Milanians
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2011 11:46 AM | Show all posts
salam

hi semua. huhu datang menyinggah kejap
tomatomam2222 Post at 23-1-2011 23:42



   
Hi tomtom..
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2011 12:05 PM | Show all posts
Hari tu first time tgk videoklip Kata Hati kat muzik aktif..ari ni plak Melodi siarkan videoklip at  ...
aFViRGo Post at 23-1-2011 13:28



  
Tengok gak semalam, tapi kejap je vc kata hati tu disiarkan...huhu..xpelah sekurang-kurangnya ada gak promotion vc tu kt tv3..  kt muzik aktif tk pernah lagi tengok..
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2011 12:11 PM | Show all posts
Monday ada casting untuk tv program di TViQ untuk student wish me luck!! casting untuk Hosting hahah ...
mila_jirin Post at 24-1-2011 03:28



   
Semoga Mila berjaya jadi Hos rancangan di TViQ...memang sesuai untuk Mila dan mengimbau kembali zaman persekolahan..
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2011 12:56 PM | Show all posts
Post Last Edit by taurus-71 at 24-1-2011 12:58

kredit to www.gua.com.my

Mila Dilayan Bak Puteri Di Rumah Panjang
by Ashraf Abd Manaf | 24 Jan 2011




Teruja! Itulah perkataan terawal yang keluar daripada mulut penyanyi kecil molek, Mila apabila ditanya mengenai perasaannya yang pertama kali menjejakkan kaki di Rumah Panjang Enting yang terletak di Ng. Banyau, Baleh, Kapit, Sarawak.

Menurut Mila atau nama sebenarnya Nur Syarmila Jirin, dia langsung tidak menyangka untuk sampai ke daerah Baleh dia perlu melalui perjalanan yang agak panjang dan 'mendebarkan'. Ini kerana anak gadis berusia 22 tahun itu bukan sahaja perlu menaiki kapal terbang, malah perlu menaiki bot ekpsres yang cukup popular di Sarawak serta perahu kecil untuk sampai ke Rumah Enting.

"Memang terasa sangat jauh sebab dari Sibu untuk ke kapit sahaja, saya dan rombongan perlu menaiki bot ekspres selama hampir tiga jam. Mujurlah saya berasal dari Pulau Pinang dan sudah terbiasa menaiki feri di sana. Jadi itu bukanlah satu masalah besar kepada saya.



"Apa yang mendebarkan saya ialah apabila perlu menaiki perahu kecil dari Kapit untuk Ng. Banyau ketika menyeberangi Sungai Batang Rajang. Walaupun ianya mengambil masa yang singkat, namun saya yang pertama kali menggunakan perkhidmatan tersebut rasa 'kecut perut'. Apatah lagi keadaan sungai yang sedikit bergelora.

"Tetapi inilah yang dinamakan pengalaman dan saya tidak serik untuk berkunjung ke kawasan pedalaman seperti ini lagi jika menerima jemputan pada masa akan datang. Apatah lagi layanan yang diberikan oleh penduduk setempat terhadap anggota rombongan sangat memuaskan hati.

"Mereka sangat menghargai kami yang datang dari jauh semata-mata untuk menghiburkan mereka. Malah saya terasa bagaikan berada bersama keluarga sendiri walaupun hakikatnya kami berbeza agama, bangsa dan budaya," ujar Mila yang sentiasa ramah melayan karenah peminatnya yang mahu meminta tandatangan serta bergambar bersamanya.

Mengulas mengenai program Karnival Mesra Belia 2011 yang dianjurkan oleh Kementerian Belia Dan sukan itu, mantan juara program realiti paling popular di Malaysia, Akademi Fantasia musim kelima itu mengakui ianya sebuah program yang sihat dan perlu diteruskan pada masa akan datang.

Ujarnya selain acara hiburan, program tersebut sarat dengan aktiviti yang bagus seperti pertandingan bola tampar, futsal dan sukaneka yang disertai oleh golongan belia. Turut diadakan ialah program khidmat masyarakat, gerai pameran dan jualan serta pertandingan 'battle of the band'.

Dalam pertemuan itu juga, Mila yang sebelum ini cukup popular dengan lagu Persis Mutiara dan Aku Lebih Tahu memberitahu, melalui kunjungannya ke Rumah Enting sedikit sebanyak dia mula memahami dengan budaya serta gaya hidup masyarakat Iban yang tinggal di kawasan tersebut.




Malah Mila berbangga kerana berpeluang mempelajari beberapa perkataan mudah yang sering dituturkan dalam kehidupan seharian masyarakat Iban.

"Pada mulanya memaang terasa agak sukar untuk berkomunikasi terutama dengan golongan lama yang kurang memahami Bahasa Melayu. Tetapi selepas beberapa ketika saya mula memahami sedikit- sedikit apa yang mereka katakan.

"Kiranya ini merupakan antara pengalaman terindah yang pernah saya lalui sepanjang bergelar seorang penyanyi dan tidak mungkin akan saya lupakan sampai bila-bila," tambahnya yang baru sahaja muncul dengan single terbaru, Bebas.

Selain masayarakat setempat, turut memeriahkan karnival tersebut ialah askar wataniah cawangan Kapit serta guru-guru dari Semenanjung yang berkhidmat di kawasan tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2011 01:19 PM | Show all posts
Post Last Edit by taurus-71 at 24-1-2011 13:21

Artis Popular Gegarkan Baleh!

by Ashraf Abd Manaf | 24 Jan 2011 |

Masyarakat Sarawak memang diakui sangat mudah memberikan kerjasama untuk apa sahaja program yang dianjurkan oleh pihak kerajaan. Apatah lagi jika ianya melibatkan ramai artis popular yang sedang hangat di pasaran.

Menyedari keadaan tersebut, Kementerian Belia Dan Sukan tidak teragak-agak untuk 'menerbangkan' Mila AF5, Farina AF8, Ezad Exist, Mus dari kumpulan May serta Asheed yang sebelum ini cukup sinonim dengan kumpulan Def Gab C ke Rumah Panjang Enting yang terletak di Ng. Banyau, Baleh, Kapit, Sarawak untuk mengadakan persembahan pada malam kemuncak sempena program Karnival Mesra Belia 2011.

Walaupun rata-rata selebriti yang hadir sedikit kepenatan kerana perjalanan yang agak panjang, namun mereka tetap berusaha memberikan persembahan terbaik khusus buat masyarakat setempat yang sememangnya mengharapkan sebuah persembahan yang bertenaga, hangat dan menghiburkan.

Sebagai pembukaan, Ezad Exist tampil menghiburkan peminatnya melalui lagu popularnya iaitu Jesnita dan Untukmu Ibu. Aura lagu tersebut terbukti tidak pernah luput apabila orang ramai turut bersama-sama menyanyikannya.

Selepas Ezad, Farina tampil menghangatkan pentas dengan lagu popularnya Malam Minggu serta single terbarunya, Yang Benar. Walaupun berasal dari Sarawak, Farina yang berketurunan Melanau mengakui tidak mampu berbahasa Iban dengan baik.

"Saya hanya boleh memahami bahasa Iban tetapi tidak boleh menuturkannya. Walaupun saya berasal dari Sarawak, namun ini merupakan kali pertama saya sampai ke Kapit dan cukup gembira dengan respon masyarakat di sini.

"Penduduk di sini cukup ramah dan membuatkan saya selesa menikmati pengalaman baru ini," ujar Farina yang menyimpan hasrat untuk kembali semula ke Kapit pada masa akan datang jika diberikan peluang.

Asheed mengambil giliran menggegarkan Rumah Enting dengan lagu berhantunya, Ibu Kota Cinta serta beberapa buah lagu lain. Ternyata kelibat Asheed yang telah sekian lama tidak muncul memberikan kepuasan kepada anak muda yang sememangnya meminati lagu-lagu bernuansa rock.

Selepas Asheed, Mila hadir dengan gaya santai namun memikat. Tubuhnya yang kecil molek serta suaranya yang manja, membuatkan ramai pemuda Iban yang tidak senang duduk dikala melihat Mila menari dan bergembira ketika mendendangkan lagu Aku Lebih Tahu, Jika Kau Ubah Fikiran dan single terbarunya, Bebas.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak Kementerian Belia Dan Sukan yang sudi membawa kami ke sini serta Rumah Enting yang menerima kehadiran kami dengan hati terbuka.

"Ini merupakan kunjungan pertama saya ke rumah panjang dan berharap akan berpeluang untuk mengadakan persembahan sebegini lagi pada masa depan. Anda semua sangat baik dan memori bersama anda akan terus kekal dalam kotak ingatan saya buat selamanya," ujar Mila yang bijak menghargai para peminat yang tidak henti-henti memberikan sokongan kepadanya.

Kemuncak persembahan pada malam itu adalah kemunculan Mus May yang menyanyikan deretan lagu-lagu popularnya. Antara lagu yang menjadi pilhan Mus ialah Sendiri dan Sinar. Dalam persembahannya itu, Mus sempat memberitahu peminatnya mengenai info terbaru kumpulan May.

"Ramai orang yang ingat kumpulan May sudah berpecah. Namun di sini saya ingin menjelaskan bahawa kumpulan May bakal tampil dengan album terbaru tidak lama lagi sempena 25 tahun penglibatan kami dalam dunia seni.

"Saya harap album ini akan memberikan kepuasan kepada peminat yang telah sekian lama menunggu produk terbaru daripada May," ujarnya dan diikuti dengan sorakan gamat peminat setia May.

Pada malam kemuncak itu juga, selain persembahan artis popular, acara cabutan nombor bertuah serta majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan karaoke yang telah dianjurkan pada sebelah petangnya turut diadakan.

Aktiviti-aktiviti lain yang dijayakan sepanjang dua hari Karnival Belia 2011 itu ialah pertandingan bola tampar, futsal, sukaneka, gerai pameran dan jualan serta pertandingan 'battle of the band'.

Tidak ketinggalan program khidmat masyarakat yang dijayakan oleh para selebriti serta askar wataniah cawangan Kapit. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran guru-guru dari Semenanjung yang berkhidmat di kawasan tersebut.


kredit to gua.com.my
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-1-2011 06:49 PM | Show all posts
Post Last Edit by mirzcad2 at 24-1-2011 18:51

salam,baru dapat email dari erama,duit dah dipulangkan sbb album mila 27hb baru dilancarkan ,28hb baru la boleh beli,kena la tggu lak,ingat leh beli awal2 ke jadi org pertama beli album tue....hehehehe kena tggu lagi la....
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2011 08:09 PM | Show all posts
Kredits:gua.com.my

Mila@Rumah Panjang Enting,Kapit Sarawak





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2011 08:11 PM | Show all posts
salam,baru dapat email dari erama,duit dah dipulangkan sbb album mila 27hb baru dilancarkan ,28hb  ...
mirzcad2 Post at 24-1-2011 18:49



Tunguuuu...kita rasa pon selepas 27 Jan baru boleh nak beli
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2011 08:34 PM | Show all posts
Reply 1109# seraiwangi


    tapi dh dload lagu kat erama lagu Mat Disko,error jugak,dia cakap item not available,arghhhh tensionnye....
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2011 08:44 PM | Show all posts
FB Milajirin


BAGI YANG TAK DAPAT KE LAUNCHING & SHOWCASE MILA PD 27 JAN INI JOM BELI ALBUM MILA JIRIN DISINI

HARGA: RM25.90 + RM5.00(kos penghantaran)
NAK PREVIEW LAGU LAGU KLIK LINK YG DIBERIKAN
PADA YG BERMINAT NAK BELI SILA EMAILKAN MAKLUMAT ANDA (Nama,Alamat,Fon Num) ke [email protected]

SEMUA ALBUM AKAN DIPASARKAN DI KEDAI MUZIK DI SELURUH MALAYSIA PADA PERTENGAHAN FEBRUARY
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2011 08:46 PM | Show all posts
Reply 1110# mirzcad2

Sebab tu kita skrg tak mau download dah!Dulu nak download kat HP pon tak dapat
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2011 10:04 PM | Show all posts
xleh nak buat apa dah,dah terbeli kredit kat situ kena la tggu dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2011 10:22 AM | Show all posts
Pagi semua...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2011 10:30 AM | Show all posts
Reply 1108# seraiwangi


   
Thanks serai...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2011 10:40 AM | Show all posts
Dari fb MilaJirin

BAGI YANG TAK DAPAT KE LAUNCHING & SHOWCASE MILA PD 27 JAN INI JOM BELI ALBUM MILA JIRIN DISINI

HARGA: RM25.90 (KOS PENGHANTARAN PERCUMA!!!!)
NAK PREVIEW LAGU LAGU KLIK LINK YG DIBERIKAN DI BAWAH
PADA YG BERMINAT NAK BELI SILA EMAILKAN MAKLUMAT ANDA (Nama,Alamat,Fon Num) ke [email protected]
...

** SEMUA ALBUM AKAN DIPASARKAN DI KEDAI MUZIK DI SELURUH MALAYSIA PADA PERTENGAHAN FEBRUARY
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2011 10:48 AM | Show all posts
BAGI YANG TAK DAPAT KE LAUNCHING & SHOWCASE MILA PD 27 JAN INI JOM BELI ALBUM MILA JIRIN DISINI

HARGA: RM25.90 + RM5.00(kos penghantaran)
NAK PREVIEW LAGU LAGU KLIK LINK YG DIBERIKAN
PADA YG BERMINAT NAK BELI SILA EMAILKAN MAKLUMAT ANDA (Nama,Alamat,Fon Num) ke [email protected]

BAGI YANG TAK DAPAT KE LAUNCHING & SHOWCASE MILA PD 27 JAN INI JOM BELI ALBUM MILA JIRIN DISINI

HARGA: RM25.90 (KOS PENGHANTARAN PERCUMA!!!!)
NAK PREVIEW LAGU LAGU KLIK LINK YG DIBERIKAN DI BAWAH
PADA YG BERMINAT NAK BELI SILA EMAILKAN MAKLUMAT ANDA (Nama,Alamat,Fon Num) ke [email protected]



** Nak tanya sikit...mana satu yang betul nih...antara HARGA: RM25.90 + RM5.00(kos penghantaran) atau HARGA: RM25.90 (KOS PENGHANTARAN PERCUMA!!!!)?
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2011 12:27 PM | Show all posts
kredits to Borneo Post Online

Artistes can also be devt ‘ambassadors’
by James Ling. Posted on January 22, 2011, Saturday

KAPIT: Artistes can complement the government’s development initiatives since they have legions of fans.

“Apart from enabling fans to know who you are, you can also attract young people to be with us (government), talk to them, move with them, together to develop Malaysia,” said Land Development Minister Dato Sri Dr James Jemut Masing.

Masing said this at a press conference yesterday to welcome a group of artistes who flew in from Kuala Lumpur to participate in the ‘Mesra Belia Sarawak 2011’ programme.

The two-day event starts today at Rumah Enting, Nanga Banyau .

The minister was hopeful that the presence of many artistes would attract the attention of youths to the programme.

“We bring youths together and the artistes as role models for youths to help us develop Malaysia. The state election is very near. You make use of
your experience to help youth connect to the government,” he urged.

He added that the boys and girls from the longhouses would enjoy their performance over the next two days.

Kapit is the first stop for the artistes, to be followed by Baleh, Marudi and Tebedu. The carnival will also be held at other state constituencies until April.
Guitarist Edry Hashim has been scheduled to perform at the carnival and he would conduct a ‘guitar clinic’ for those who wish to learn how to play the guitar while the entertainment teams from Mila AF, Farina and May will entertain the crowd.

Members of Persatuan Alumni Uitm Kapit will also be around to present a talk to motivate both parents and children on education.

Meanwhile, the deputy minister for Youth and Sports Malaysia Datuk Razali Ibrahim is scheduled to visit Kapit on Feb 25 and 26 on a two-day working visit.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2011 03:45 PM | Show all posts
Reply 1117# taurus-71

kak rasa yg free 2 kot...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2011 09:30 PM | Show all posts
Reply  taurus-71

kak rasa yg free 2 kot...
mirzcad2 Post at 25-1-2011 15:45



   
Ok..thanks mir
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 03:46 PM GMT+8 , Processed in 0.494607 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list