CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: andria

Ada tak sesiapa yg merasakan perasaan ini?

   Close [Copy link]
Post time 19-12-2011 12:59 PM | Show all posts
Saya tak pernah tahu pula bagaimana bekalan makanan seorang askar. Mungkin sesiapa di sini ...
andria Post at 19-12-2011 12:45



satu cadangan yang baik..teknik mengawet makanan cara tradisional ialah seperti mengeringkan,menjeruk dan membuat halwa..wpun tiada elektrik dan teknologi seperti peti ais atau pengawet moden tetapi makanan masih boleh bertahan bertahun2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2011 03:37 PM | Show all posts
Reply 1085# surfinv


    betul tu
mulut akan tertutup erat
bila roh dah berpisah dgn jasad
ehem ehem........mungkin sat lagi kotttt
bukan pada 20 12 2012..........tu jauh lagiiiiiiiiiii

betul tu
org yg pandai
ialah org yg MEMBERI PERINGATAN
dan sanggup mengaku BODOH
dan pandai berGULING-GULING
sedangkan
org yg BERLAGAK PANDAI
tak mau dengar bicara org lain............
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2011 03:44 PM | Show all posts
Reply 1099# andria


    ya RABBI
kat mana hang belajr ni
NABI ajar umatnya agar JANGAN MINTA/DOAkan KEMATIAN
minta SIHAT, SEJAHTERA,  BAIK, AMAN DAMAI
sama jugak
AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR
kalau tak buat....memang layak ALLAH kirimkan BALA BENCANA
sampai DOA pun tak diterima


****org yg dah mati, kalau boleh
mereka ingin hidup balik barang seketika
utk MENGESAKAN DIA PEMELIHARA SEKALIAN ALAM
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2011 03:47 PM | Show all posts
SURAH AL A`LAA

MAKA BERILAH PERINGATAN
SESUNGGUHNYA PERINGATAN ITU BERMANFAAT
ORANG YANG TAKUT AKAN MENDAPAT PENGAJARAN
ORANG YANG CELAKA AKAN MENJAUHKAN DIRINYA....


PILIH!!!!  PILIH!!!!  PILIH!!!!!!!
tak de golongan yg ketiga
HANYA ada DUA aje
mana satu kamu nak masuk
IKHLAS atau TERPAKSA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2011 03:59 PM | Show all posts
Reply  andria


    ya RABBI
kat mana hang belajr ni
NABI ajar umatnya agar JANGAN MINTA/DOAka ...
orangbesi Post at 19-12-2011 15:44



    Sebab itu ia tidak dibenarkan, KECUALI dlm hal2 yg 'sangat langka' (seperti sakit yg berpanjangan dan sgt teruk, sehingga kematian itu lebih baik baginya), dan ada cara2nya yg khusus. Bukan main minta mcm tu saja. Dan sebab itu juga saya kata kena berjumpa dgn ustaz/ustazah atau mungkin ulama2 yg lebih arif lagi utk menerangkannya dgn lebih jelas. Bukanlah saya kata, BOLEH, in general. Anda sendiri yg jumped to conclusion, sepertimana yg anda lakukan dlm posting2 anda sebelum ini. Makan daging khinzir juga tak boleh, tapi dibolehkan apabila dlm keadaan darurat. Islam itu tidak sempit menurut pandangan orang2 yg jahil. Kalau tuan rasa ilmu tuan lebih hebat, dan ilmu tuan itu lebih benar, teruskanlah. I rest my case.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2011 04:12 PM | Show all posts
Reply 1105# andria


    Doanya kalau tak silap "Allahumma firli war hamni  walhiqni birofiqil a'la'"


Kalau tak silap maksudnya ialah "Ya Allah ampuni dan rahmatilah aku serta matikanlah aku bersama orang-orang yang Engkau redhai" .Kalau tak silap.


(Aku letak perkataan tak silap pasai dah lama aku baca pasal doa nih, dan pasai aku tak nak bersikap ujub pada diri sendiri dengan memikirkan bahawa ilmu aku lebih tinggi dari semua forumer kat sini sehingga aku boleh menilai mana budak tadika dan mana budak sekolah menengah)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-12-2011 09:19 PM | Show all posts
hujan lebat.. ribut taufan.... sana sini penuh dengan bencana...ingat2lah...
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2011 07:08 AM | Show all posts
Reply 848# capiloton


    Ajarkan sy beli emas. Sy takde hutang, kecuali hutang kereta yg sy plan nk langsaikan terus bila khatam benang ni.
    Tapi, takde hutang...Dan tak berharta la jua.

    Kalau dirham pula nk beli Di mana?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2011 07:33 AM | Show all posts
Reply 1108# bezita60


    boleh masuk fb Silver Lot Shop

https://www.facebook.com/groups/silverlot.shop/
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2011 02:28 PM | Show all posts
Reply 1106# tarabas1976


   betulmemang tu DOA mereka yg beriman
tapi kamu faham tak DOA tuu
tanya sekali lagi
kamu faham tak????

DOA tu minta mati keeeee??????
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2011 02:31 PM | Show all posts
Reply 1105# andria


   Sebenarnya seorang Muslim boleh berdoa meminta dipercepatkan kematiannya (sekiranya itu lebih baik baginya), tapi cara berdoa kena betul. Sesiapa yg mahu melakukan seperti ini, bolehlah berjumpa
mana2 ustaz/ustazah yg boleh menjawab dgn lebih tepat persoalan ini.


TAKKAN NAK MENGELAK kottttt
tu yg hang postkan kat 1099# tuuuu


minta kerjasama saudara
betulkan balik AYAT saudara tu ya
terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2011 10:01 PM | Show all posts
adoi pening pala baca.. mmg syaitan tu senantiasa mengaburi mata kita supaya kita tak dpt belajar perkara2 yg betul..
dgn gangguan yg bermacam2 nie..
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2011 10:18 PM | Show all posts
Last2 jadi thread berdebat jugak nie ...

Tolong la ... Tau la namanya forum ... Tapi jangan la debat tak tentu pasal ... Adeh ...

Petikan kata2 dr Megat Panji Alam ...

Assalamualaikum cucu semua...
sebelum atuk membuka tirai kupasan, seeloknya cucu semua membuat sedikit ulangkaji berkenaan perkara ALIF, iaitu PROJEK CERN yang ada tali paip besar berelektronik yang melingkari barat eropah. Projek ini akan trigger very tiny blackhole. Buat 1 siri rantaian dan kaitkan kenapa gunung-gunung akan diangkat ke udara seperti kapas-kapas, ayat ini ada diulangi dalam Al-Quran. Kaitkan graviti & ketidak-seimbangan alam dari hasil tangan-tangan manusia. Ilmu akhir zaman hanya boleh difahami apabila anda kaitkannya dengan hadis & fenomena hari ini.

Dalam Al-Quran tuhan sebut:
Telah nyata kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, sehingga dirasakan kepada mereka sebahagian daripada perbuatan mereka, agar mereka kembali.
(Surah Ar-RUM), (Ayat 41)
Rum dalam hikayat kenabian adalah bangsa kulit putih yang beribu negarakan Istanbul, nama lama kota ini ialah Constantinople, iaitu 1 tamadun yang sangat BANGSAWAN lagi sezaman dengan  Nabi Muhammad s.a.w. Tamadun ini beragama Nasrani dari kitab Al-Injil.
(yang mengaku tuhan itu 1), mereka adalah umat Kristian yang tidak menyambut ulangtahun Nabi Isa tidak pada 25 Disember , tapi disambut bulan Januari. Mereka tidak bermahzabkan Khatolik.
RUM hari ini secara simbolik & peredaran sejarahnya ialah Russia hari ini.

Selesai ulangkaji Perkara ALIF, Perkara BA yang perlu cucu ulangkaji ialah, carikan kepada atuk ayat mana di dalam Al-Quran pernah menyebutkan kerosakan planet bumi adalah hasil tangan makhluk2 JIN? ada ke tak? Kalau takde, kenapa Jin dimanfaatkan oleh Al-Masih Dajjal di saat kegemilangan beliau menguasai dunia ini sebelum dipintas oleh Al-Masih Mahdi & Al-Masih Isa ? Kenapa kerosakan planet bumi adalah oleh tangan2 manusia ? Dan tidak di tangan JIN ? Atuk akan bersambung esok. Tirai perbincangan dibuka dengan kalimah BISMILLAHI MAJREHA WA MURSAHA.


Sambung layan artikel tentang Projek Cern ... http://mrsmmersing.blogspot.com/ ... enyelamat-atau.html
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2011 10:24 PM | Show all posts
konseteret je la pasal topik ni meleret pasal doa gi bukak thread lain la...buat kaco perbincangan org je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2011 10:53 PM | Show all posts
Last2 jadi thread berdebat jugak nie ...

Tolong la ... Tau la namanya forum ... Tapi jangan la ...
halimijuliana Post at 21-12-2011 22:18



    Megat Panji Alam ni banyak berkongsi berita2/rahsia2 akhir zaman. Beliau ada terbitkan ebook tentang Tanda-tanda Keringnya Tasik Galilee, tapi saya belum ada kesempatan membelinya...  beliau seorang yg suka mengkaji..  banyak hasil kajiannya bagus utk membuka minda... wallahua'lam...
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2011 11:03 PM | Show all posts
there's this article from Knowledge magazine, pasal  earth core.

saya tepek certain2 part yang mungkin relevan dgn thread ni.

"The (earth) core is responsible for generating Earth's magnetic field, establishing the north and south magnetic poles."

"The magnetic field acts as a giant shield for our planet, deflecting charged particles from the Sun. If it wasn't there, we'd all be hit by much higher levels of radiation and our atmosphere would be eroded by the Sun's particles"

then article ni ada mention psl this certain area of space known as the South Atlantic Anomaly (SAA) in between South Africa and South America. Some weird things happened in this area such as:
1. several satellites that have passed through this anomaly have malfunctioned.
2. computer equipment on space shuttles has crashed
3. astronauts passing through this area have reported seeing  shooting stars, even when their eyes are closed.

so dorg kaji sume kejadian ni and found out that the magnetic field in the SAA is much weaker than anywhere else above the planet.  (dlm majalah ni ada gmbr magnetic field kat area ni. tempat lain warna biru or hijau, tempat ni warna merah). it's actually a sign that there's a full-scale reversal of magnetic field at the core of the earth, at this area.

ape yg dorg concern skrg ni, is whether the local reversal of the magnetic field is likely to cause an overall reversal, where the north and south magnetic poles flip.

it happened many times in the past, the last time being a little less than 800,000 years ago. it's expected that is the magnetosphere changes, all electronic things are bound to feel the effects.

so mungkinkah efeknye:
1. perubahan cuaca dunia? salji di malaysia? salji di arab?
2. kegagalan utk ape2 brg elektrik berfungsi?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-12-2011 11:27 PM | Show all posts
Post Last Edit by andria at 21-12-2011 23:31

Saya ingin berkongsi dengan forumers semua, sebuah cerita yg khabarnya diceritakan semula oleh seseorang bernama Zaim, dan diolah semula oleh seseorang dari Portal Dinar Emas. Harap maklum, saya tiada kena mengena dgn Portal Dinar Emas, dan tidak menerima apa2 komisen utk mempromosikan laman web ini. Apa yg ingin saya kongsikan, cuma sebuah cerita yg saya kira sgt menarik utk dikongsi bersama anda semua. Cerita ini sangat panjang, apa yg saya kongsikan di sini cuma intro saja.

Dari seseorang di Portal Dinar Emas

Petikan cerita di bawah telah berlangsung di antara sahabat saya dengan jirannya. Dan perbualan ini berlaku dalam 2 sesi yang telah dihimpunkan menjadi 1 cerita yang panjang. Kerana kurniaan dari tuhan dengan anugerah ingatan yang kuatlah, maka kisah ini diceritakan semula dengan tersusun. Kalau perlu bagi anda untuk mengedarnya ke khalayak ramai, maka cetaklah artikel ini dan bincangkan dengan mana-mana pemimpin yang bersedia berkongsi pendapat. Itu pun kalau mereka mahu meluangkan masanya, ataupun akhirnya anda akan menerima ejekan atau sindiran yang memalukan. Namun hakikat cerita yang bakal anda baca ini, benar-benar bakal menyebabkan anda tersentak dari lena yang panjang, samada anda sendiri seorang yang beragama Islam,
atau tidak beragama.

Sahabat saya ini seorang yang beragama Islam & berbangsa Melayu dari Malaysia. Dan jirannya itu seorang Paderi tahap tertinggi tinggal di New York, yang amat rapat hubungannya dengan Paus & mempunyai talian yang rapat pula dengan (Vatican ~ Iluminati ~ Freemason ~ Knight of Templar). Sahabat saya ini amat fasih berbahasa Inggeris seperti mana orang Nusantara fasih berbahasa Melayu. Oleh itu tidak menjadi masalah untuk memahami seni bahasa Paderi ini dalam bahasa Inggeris, lalu disusun terjemahan ini kepada Bahasa Melayu yang mulia dan indah ini.


Bersambung...

Di bawah adalah sedikit perbualan di antara pelajar bernama Zaim (AKU) dan jirannya di New York yg merupakan seorang Bishop.

Aku: Pak cik dr tadi asyk cakap 'kami yg rancang….kami yg rancang'. Haa…. skang ni pak cik cakap la yang semua universiti kat dunia ni gereja yang Punyer… apa bukti… setakat cakap semua orang boleh…

    (Sepatutnya jiran aku ni paling tak pun ada sikit rasa tercabar… tapi raut muka dia sikit pun takda rasa tergugat, malah pandang aku dgn perasaan kesian… bengang betul aku)

    Bishop: Ada pada satu hari tu di sebuah dewan, ada ramai orang, dari pemimpin, orang kenamaan hinggalah ibu bapa, keluarga dan kawan2 datang untuk ucapkan tahniah, berkongsi kegembiraan, kesyukuran kerana mendapat segulung ijazah… mereka bergambar bersama, memegang ijazah dan bunga di dada sambil melontar topi di awan dgn teriakan puas…

Aku: Jadinya kenapa?

    Bishop: Jubah yg mereka pakai tu adalah pakaian kami.. Seluruh dunia telah mengenakan jubah kami dengan perasaan mereka begitu syahdu penuh bangga… Mereka telah jadi waris kami tanpa kami perlu wujud di depan mereka… Malah mereka berebut2 melayakkan diri ke majlis itu.

    (Jauh di benak aku memang mengakui kita ni memang kena bodoh2 je dengan Yahudi nie… jubah tu memang sama, cuma modified sikit jer).

Aku: Ah…. kalau saya graduate nanti saya tak nak pakai pun jubah tu..

    (Tapi kalau tak pakai jubah tu pun tetap sama jer… tak ubah apa pun, belajar jugak ilmu).

    Bishop: Kalau mampu, silakan…. Setiap 1 org menentang jubah ni, akan ada 1000 lagi yg akan menyarung jubah ni... MEREKA YG MENGIDAMKAN MAJLIS INILAH YG AKAN MEMPERTAHANKANNYA SENDIRI…. kami tak perlu buat apa pun..

Aku: Gereja jugak yang rugi… org islam semakin banyak yg pandai dan boleh bersaing….

    Bishop: Sudah lama kami menanti org islam berkata seperti itu… Bukannya mudah………… beratus tahun kami usahakan……. semakin ramai org islam memakai jubah kami, semakin banyaklah terlucutnya jubah Nabi Muhammad.

Aku: Pak cik silap ni….. makin banyak institusi pengajian islam kat dunia ni, dekat kampung saya Malaysia lagi la banyak…

    Bishop: Awak tertinggal suatu ayat…. DAN ISLAM YANG UMATNYA SEMAKIN HANCUR.. dan saya juga terlupa nak bertanya kepada awak sesuatu…

Aku: Apa dia?

    Bishop: Sekiranya ilmu yang kami lepaskan dari diri kami itu suatu kebaikan, mengapa tidak kami ajarkan kepada kaum kami sahaja, dan membiarkan kamu mentadbir wilayah sendiri mengikut kesukaan kamu selepas diberikan kemerdekaan?

    (Pergh!!.. terkedu siot aku… tarik nafas panjang2.. killer punyer soalan… aku diam seribu bahasa…)

    Bishop: Tak perlu jawab…. lidah kamu dan huruf-hurufnya tidak layak sebagai jawabnya.

    (Jiran aku ni boleh tepuk bahu dan gosok2 bahu aku… suruh aku tenang pulak  )


Kalau korang nak tahu.. bishop ni hidupnya sangat sederhana, macam orang kampung… tapi pegang banyak rahsia…. berbeza dengan freemason dan illuminati yg hidup berkuasa dan mewah.. adakah penampilan berkuasa dan mewah ni sebagai cover line supaya org takkan sangka Paderi Jesuit ni sebenarnya boss? And the bishop as the big boss? Tak berani aku nak tanya, ngelak kena bunuh jer…

Tolong aku explain kata2 dia yang selalu berkias2 tu ye..



Tiada niat saya utk menjatuhkan mana2 agama, sekadar berkongsi sebuah cerita yg ada kaitan dgn kisah akhir zaman. Untuk cerita lengkap, silakan membacanya di Portal Dinar Emas. Gunakan kebijaksanaan anda menilainya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2011 11:52 PM | Show all posts
Post Last Edit by andria at 21-12-2011 23:54
so mungkinkah efeknye:
1. perubahan cuaca dunia? salji di malaysia? salji di arab?
2. kegagalan utk ape2 brg elektrik berfungsi?
saki_kawaii Post at 21-12-2011 23:03



    Saya ada menyentuh tentang ini dlm post yg lalu, berkenaan Pole Shift, dan kemungkinan adanya salji di Malaysia dan kaitan hadis Rasulullah s.a.w dgn perubahan di tanah Arab:

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai.” (Sahih Muslim)



Kalau kita perhatikan betul2, sebenarnya sudah banyak hints tentang perkara ini. Banyak spesies burung2 sudah pun kehilangan arah (mereka bergantung kpd magnetik field utk menentukan hala tuju). Sudah berapa banyak kematian besar2an di kalangan haiwan yg berlaku sekitar 5 tahun ini? Malahan ikan paus terdampar sehingga mati di tepi pantai. Lebah (bertanggungjawab memastikan proses pendebungaan berlaku) sudah hampir pupus (jika lebah pupus sepenuhnya, dunia tiada tumbuh-tumbuhan, tiada tumbuh-tumbuhan bererti manusia dan haiwan tidak dapat hidup kerana tiada sumber makanan). Cahaya (aurora borealis?) baru2 ini muncul di beberapa tempat di US.

Malah, ada kemungkinan juga kita akan melihat 2 (dua) matahari pada tahun hadapan. Insya Allah, ada banyak benda2 'menarik' akan berlaku pada tahun hadapan. Ramai manusia yg selama ini tidur, akan tiba2 terjaga apabila perkara2 menarik ini berlaku. Itu pun, kalau Allah izinkan semuanya berlaku. Wallahua'lam...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 09:34 AM | Show all posts
Reply 1117# andria

saya pun dah baca beberapa hari lepas tentang cerita ini.. Memang secara tidak disedari banyak perkara secara HALUS telah pun diserap kedalam kehidupan kita.

saya sendiri amat takut mengenangkan apa pula cabaran yang akan dihadapi oleh anak² sy dimasa akan datang.. perjuangan menegakkan syiar islam akan semakin sukar kerana dikelilingi oleh insan² yang melawan hukum Allah....
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2011 05:35 PM | Show all posts
aka tak salah 2 hari lepas, ada termimpi pasal air plane menjunamm terhempas....nampak semua bertempiaran lari termasuklahh....kami sekeluarga......macam huru hara daa....adooii

bangun terus beristighfar...Ya allah mintak2 mimpi nie adalah mainan tido{:4_189:}
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 07:02 AM GMT+8 , Processed in 0.367559 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list