Kenyataan Akhbar KPK 10 April 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON APRIL 10, 2021
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA 10 APRIL 2021 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 10 April 2021 (jam 12:00 tengah hari); - Kes sembuh : 1,248 kes (342,737 kes kumulatif, 95.4%);
- Kes baharu : 1,510 kes (359,117 kes kumulatif);
- Kes import : 5kes (1 warganegara, 4 bukan warganegara)
- Kes tempatan : 1,505 kes [1,340 warganegara (89.0%); 165 bukan warganegara (11.0%)];
- Kes aktif : 15,059 kes;
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 194 kes;
- Kes memerlukan bantuan pernafasan : 81 kes;dan
- Kes kematian : 8 kes (1,321 kes kumulatif, 0.37%; 8 warganegara).
Pada hari ini, Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 415 kes (27.5 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 326 kes (78.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 296 kes (19.6 peratus) dan Kelantan sebanyak 171 kes (11.3 peratus). Sebanyak 34 kes (2.3 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (13 kes), Kluster Tembok Tapah (11 kes), Kluster Depot Imigresen Semuja (6 kes), Kluster Tembok Mempaga (3 kes), dan Kluster Tembok Pengkalan Chepa (1 kes). Terdapat lapan (8) kes kematian pada hari ini yang melibatkan empat (4) kes di Sarawak, tiga (3) kes di Selangor, dan satu (1) kes di Pahang. Kesemua kes melibatkan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka. Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini. MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 10 April 2021: - Jumlah kluster : 1,451 kluster;
- Jumlah kluster baharu :9 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 1,108 kluster (termasuk 8 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Pria, Kluster Jalan Mega Cemerlang, Kluster Jalan Industri Dua, Kluster Tapak Bina Damar, Kluster Jalan Perusahaan Tiga, Kluster Rantau Tanjung, Kluster Jalan Cochrane, dan Kluster Tapak Bina Lembah Subang);
- Jumlah kluster aktif : 343 kluster;
- Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 57 kluster; dan
- Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Sungai Kluang Empat (30 kes), Kluster Rich Park (28kes), dan Kluster Kampung Belaoh (24 kes).
KLUSTER BAHARU KKM juga ingin memaklumkan terdapat sembilan (9) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan enam (6) kluster tempat kerja dan tiga (3) kluster komuniti. Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini. No. | Nama Kluster | Negeri | Kategori Kluster | 1 | Industri Jalan Kebun | Selangor | Tempat Kerja | 2 | Pujut Satu | Sarawak | Tempat Kerja | 3 | Bandar Baru Kubang Kerian | Kelantan | Tempat Kerja | 4 | Jalan Tun Ismail | Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | Tempat Kerja | 5 | Jalan Kempas Satu | Johor | Tempat Kerja | 6 | Jalan Padu Industri | Johor | Tempat Kerja | 7 | Kampung Kelanang | Selangor | Komuniti | 8 | Jalan Kapitan | Sarawak | Komuniti | 9 | Kampung Tanjung | Terengganu | Komuniti |
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu; - Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
- Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan. Sekian, terima kasih. TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA 10 April 2021 @ 6.30 petang. LAMPIRAN 1 BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA (SEHINGGA 10 APRIL 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI) NEGERI | BILANGAN KES BAHARU *( ) | BILANGAN KES KUMULATIF | SELANGOR | 415 (3) | 119,520 | SABAH | 131 | 55,670 | JOHOR | 80 | 42,240 | WP KUALA LUMPUR | 106 (2) | 38,769 | SARAWAK | 296 | 19,558 | NEGERI SEMBILAN | 28 | 17,514 | PULAU PINANG | 101 | 17,450 | PERAK | 46 | 13,721 | KEDAH | 59 | 8,766 | KELANTAN | 171 | 7,021 | MELAKA | 6 | 6,704 | PAHANG | 13 | 4,498 | TERENGGANU | 44 | 3,723 | WP LABUAN | 2 | 2,407 | WP PUTRAJAYA | 10 | 1,219 | PERLIS | 2 | 337 | JUMLAH KESELURUHAN | 1,510 (5) | 359,117 |
*( ) adalah merujuk kepada kes-kes import LAMPIRAN 2 Perincian 1,510 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 10 April 2021 adalah seperti berikut: - Selangor: 415 kes
- 31 kes daripada kluster-kluster, termasuk 8 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kampung Kelanang dan Kluster Industri Jalan Kebun;
- 295 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- Tiga (3) kes import dari luar negara; dan
- 86 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Sarawak: 296 kes
- 26 kes daripada kluster-kluster, termasuk 3 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Kapitan dan Kluster Pujut Satu;
- 189 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 81 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Kelantan: 171 kes
- 24 kes daripada kluster-kluster, termasuk 14 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bandar Baru Kubang Kerian;
- 108 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 39 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Sabah: 131 kes
- 46 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 57 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 28 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 106 kes
- 8 kes daripada kluster-kluster, termasuk 7 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Tun Ismail;
- 54 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- Dua (2) kes import dari luar negara; dan
- 42 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Pulau Pinang: 101 kes
- 28 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 28 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 45 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Johor: 80 kes
- 36 kes daripada kluster-kluster, termasuk 21 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Kempas Satu dan Kluster Jalan Padu Industri;
- 22 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 22 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Kedah: 59 kes
- 17 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 25 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 17 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Perak: 46 kes
- 11 kes daripada kluster sedia ada;
- 24 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 11 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Terengganu: 44 kes
- 27 kes daripada kluster-kluster, termasuk 3 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kampung Tanjung;
- 15 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Negeri Sembilan: 28 kes
- 5 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 12 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 11 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Pahang: 13 kes
- 8 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Putrajaya: 10 kes
- Sembilan (9) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Melaka: 6 kes
- Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
- Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Labuan: Dua (2) kes
- Satu (1) kes daripada kluster sedia ada; dan
- Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Perlis: Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
LAMPIRAN 3 Ringkasan lapan (8) kes kematian pada 10 April 2021 adalah seperti berikut: No. KematianNegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
1314SelangorLelaki (WN)56Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, jantung, jangkitan bawaan darah, buah pinggang kronik, dan Tuberkulosis
1315SelangorLelaki (WN)56Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik
1316SelangorLelaki (WN) 64Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis
1317SarawakLelaki (WN)73Hospital SibuPenyakit darah tinggi, dan dislipidemia
1318PahangLelaki (WN)77Hospital Tengku Ampuan Afzan, KuantanPenyakit darah tinggi, kencing manis, dan dislipidemia
1319SarawakPerempuan (WN)83Hospital SibuPenyakit darah tinggi, dislipidemia, gout dan kanser
1320SarawakPerempuan (WN)72Hospital SibuPenyakit darah tinggi, kencing manis, dan artritis
1321SarawakLelaki (WN)48Hospital KapitPenyakit darah tinggi, dislipidemia, gout, jantung, strok, dan hyperthyroidism.*WN merujuk kepada warganegara. LAMPIRAN 4 Perincian sembilan (9) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu: - KLUSTER INDUSTRI JALAN KEBUN
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang dan Petaling di Selangor. Kluster ini dikenalpasti hasil saringan bersasar di tempat kerja yang melibatkan pekerja-pekerja industri yang terletak di Techno Industrial Park, Klang pada 7 April 2021. Sehingga 10 April 2021, sejumlah 111 individu telah disaring, di mana 35 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini. Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Miri di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-342522) dilaporkan positif COVID-19 pada 29 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes berlaku iaitu di Jalan Pujut 1, Miri. Sehingga 10 April 2021, sejumlah 116 individu telah disaring, di mana 24 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini. - KLUSTER BANDAR BARU KUBANG KERIAN
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Tumpat, Bachok, dan Kota Bharu di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-354429) dilaporkan positif COVID-19 pada 7 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah institusi kewangan yang terletak di Bandar Baru, Kubang Kerian, Kota Bharu dan kontak rapat kepada kes-kes positif COVID-19 dalam kluster ini. Sehingga 10 April 2021, sejumlah 344 individu telah disaring, di mana 34 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini. Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong, Titiwangsa, dan Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta daerah Petaling di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-347341) dilaporkan positif COVID-19 pada 2 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah perkhidmatan awam yang beralamat di Jalan Tun Ismail, Chow Kit, Kepong serta kontak rapat kepada kes-kes positif COVID-19 dalam kluster ini. Sehingga 10 April 2021, sejumlah 32 individu telah disaring, di mana 15kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini. - KLUSTER JALAN KEMPAS SATU
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Muar di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 10 April 2021 hasil saringan bersasar di tempat kerja melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang perabut yang terletak di Jalan Kempas 1, Bukit Bakri, Muar. Sehingga 10 April 2021, sejumlah 279 individu telah disaring, di mana 8 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini. - KLUSTER JALAN PADU INDUSTRI
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-355043) dilaporkan positif COVID-19 pada 8 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Padu, Kawasan Perindustrian, Johor Bahru. Sehingga 10 April 2021, sejumlah 270 individu telah disaring, di mana 15 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini. Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kuala Langat di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-352083) dilaporkan positif COVID-19 pada 6 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes berlaku iaitu di Kampung Kelanang, Banting. Sehingga 10 April 2021, sejumlah 33 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini. Kluster komuniti ini melibatkan daerah Marudi di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-343576) dilaporkan positif COVID-19 pada 30 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes berlaku iaitu di Jalan Kapitan, Marudi, Miri. Sehingga 10 April 2021, sejumlah 182 individu telah disaring, di mana 22 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini. Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kuala Nerus dan Dungun di Terengganu serta daerah Pasir Puteh di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-353318) dilaporkan positif COVID-19 pada 6 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu Kampung Tanjung, Batu Rakit, Kuala Nerus. Sehingga 10 April 2021, sejumlah 273 individu telah disaring, di mana 13 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
|