CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: BEST PLACE FOR LEPAKING

 Close [Copy link]
Post time 30-10-2023 05:32 PM | Show all posts
Tashu replied at 29-10-2023 06:29 PM
Beratur x pjg tp jenis order pastu tinggai, mai amik later...bila kita tgk mcm X ramai org tp rama ...

jenuhhh...

berbaloi tak beratur
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2023 05:33 PM | Show all posts
Vellfire replied at 29-10-2023 07:57 PM
slmt malam.. baru free
sambil makan

Selamat petang Vell

kita off dulu, dah time blk

jumpa nantiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2023 07:25 PM | Show all posts
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Kehormatan Muslim

عَنِ ابْنِ عُمَر رَضِيَ الله عَنْهُمَا، أَنَّ رَسُوْلَ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: أُمِرْتُ أَنْ أُقَاتِلَ النَّاسَ حَتَّى یَشْهَدُوا أَنْ لا إِلَهَ إِلاَّ الله، وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ، وَیُقِيْمُوا الصَّلاةَ، وَیُؤْ تُوا الزَّكاةَ. فَإِذَا فَعَلُوا ذَلِكَ عَصَمُوا مِنِّي دِمَاءَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ إِلاَّ بِحَقِّ الإِسْلاَمِ، وَحِسَابُهُمْ عَلَى الله تعالى

Daripada lbnu 'Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Aku telah diperintahkan supaya memerangi manusia sehingga mereka naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad utusan Allah, sehingga mereka mendirikan sembahyang dan membayar zakat. Apabila mereka telah berbuat demikian, maka mereka telah memelihara darah mereka dan harta mereka daripada aku, melainkan dengan hak lslam, dan hisab perhitungan amal mereka terserah kepada Allah Ta'ala."  (HR Bukhari No: 25) Status Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Sesiapa yang mengucap dua kalimah syahadah, dia menjadi seorang Islam dan nyawa, darah serta hartanya dijamin terpelihara.

2.  Seorang Islam yang mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat selepas memeluk Islam, dia memperolehi hak seorang Islam dan mempunyai kewajipan terhadap orang Islam lain.

3.  Pemerintah dibolehkan memerangi orang yang enggan membayar zakat dan mengingkari solat. Tentang meninggalkan solat, ulama berpandangan:

a.  Imam Syafi’e dan Imam Malik berpendapat bahawa orang yang meninggalkan solat dengan sengaja wajib dihukum bunuh, namun tidak dikatakan kufur.

b.  Imam Ahmad bin Hambal berpendapat bahawa orang yang meninggalkan solat dengan sengaja, wajib dibunuh kerana kekufurannya.

c.  Imam Abu Hanifah pendapat orang yang meninggalkan solat dengan sengaja kerana malas atau memandang ringan tidak dikufurkan dan tidak wajib dijatuhkan hukuman bunuh, hanya wajib dipenjarakan sehingga ia kembali mengerjakannya.

4.  Diperbolehkan pemerintah menghukum  mati bagi setiap muslim jika dia melakukan perbuatan yang menuntut dijatuhkan hukuman tersebut seperti: Berzina bagi orang yang sudah menikah (muhshan), membunuh orang lain dengan sengaja dan meninggalkan agama (murtad).

5.  Allah lebih mengetahui rahsia hati setiap kita dan Allah akan memperhitungkannya. Jika kita seorang mukmin yang sebenar, maka kita akan ditempatkan ke dalam syurga. Sebaliknya, jika kita penipu dan munafik, kita akan dihumban ke dalam neraka


30hb Okt  2023
15hb Rabiul Akhir 1445H


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2023 11:19 PM | Show all posts
Selamat malam semua
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2023 11:21 PM | Show all posts
petang tadi kuar dengan mak dinner
sekali balik dari tu keta mati enjin kat area perumahan
kereta overheat.. neves jugak
dah 3x rasanya keta buat hal bulan 10 ni
masa hubby jauh plak tu
kadang benda2 mcm ni yang buat kita
jadi berani tak neves kalau nak hadapi apa2
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2023 11:22 PM | Show all posts
sampai rumah solat dan zzz
ni baru terjaga
baru ada masa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-10-2023 12:05 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2023 08:58 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2023 08:59 AM | Show all posts

selamat pagi
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2023 09:00 AM | Show all posts
tepek berita menarik hari ini


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2023 09:02 AM | Show all posts


'Tauke' penipu bebas beroperasi, cuti sakan


Kuala Lumpur: "Kes sudah lama, tetapi sampai sekarang tiada penyelesaian, 'tauke' syarikat pula bebas terus beroperasi, malah boleh bercuti ke luar negara tanpa rasa bersalah," luah kecewa Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Mangsa Umrah, Rusman Abu Samah.


Dia yang mewakili lebih 200 mangsa yang mendakwa ditipu sebuah syarikat pengurusan haji dan umrah yang sama.

Pelbagai saluran sudah digunakan pihaknya untuk mendapatkan keadilan kepada mangsa syarikat terbabit yang rata-rata daripada mereka terdiri daripada warga emas dan golongan berpendapatan rendah.

Menurutnya, ada antara mereka sanggup menjual tanah, menggadaikan harta dan mengeluarkan semua wang simpanan demi menunaikan ibadah umrah, namun akhirnya ditipu syarikat terbabit dan wang dilaburkan hangus begitu sahaja.

Katanya, ada antara mangsa itu dibuang keluarga kerana dituduh menipu duit sanak saudara sedangkan mereka sendiri juga menjadi mangsa syarikat tidak bertanggungjawab terbabit.

"Syarikat ini dikenali ramai, malah memilik lesen pengelola jemaah haji daripada Tabung Haji (TH), itu yang membuatkan saya sendiri tertarik untuk membeli pakej mereka selepas meneliti latar belakang syarikat dan melihat review yang memberangsangkan dalam talian.

"Saya sendiri kerugian mencecah RM41,000 bagi pakej mengerjakan umrah namun tiba tarikh yang dijanjikan pihak syarikat gagal menerbangkan kami dan memberi pelbagai alasan tidak munasabah," katanya kepada Harian Metro ketika ditemui baru-baru ini.

Menurutnya, syarikat berkenaan menyalahkan kenaikan harga tiket penerbangan dan kos penginapan sebagai punca mereka gagal diterbangkan ke Arab Saudi, namun enggan memulangkan wang yang sudah dibayar.

Rusman berkata, puluhan laporan kepada pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (Motac) serta Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) sudah dibuat namun sehingga kini tiada penyelesaian.

"Kami kecewa kerana tiada tindakan tegas diambil terhadap syarikat dan pemilik syarikat berkenaan malah syarikat itu enggan membuat pembayaran balik walaupun sudah diarahkan oleh TTPM untuk berbuat demikian.

"Sudahlah tidak mahu pulangkan wang kami, malah pemilik syarikat berkenaan bebas bergerak dan boleh pula pergi bercuti ke luar negara tanpa berasa bersalah…di mana keadilan untuk kami, pihak kerajaan khususnya harus ambil perhatian isu ini," katanya.

Menurutnya, akta sedia ada berhubung penipuan komersial sudah tidak relevan dan perlu digubal semula selari dengan peredaran zaman bagi menutup kelompongan undang-undang daripada dieksploitasi individu tidak bertanggungjawab.

Katanya, syarikat terbabit bijak menggunakan kelompongan dalam undang-undang hingga mereka mampu kekal beroperasi walaupun puluhan laporan dibuat terhadap mereka.

Rusman berkata, pihaknya diberitahu oleh agensi penguat kuasa bahawa atas sebab tertentu masalah mereka adalah kes sivil kerana tidak cukup 'rempah' dan 'bahan' untuk diklasifikasikan sebagai penipuan jenayah.

"Mengapa polis tidak membuka kertas siasatan jenayah terhadap mereka? Kami diberitahu kerana syarikat terbabit masih mempunyai akaun yang sah, masih menerbangkan jemaah lain dan masih beroperasi, itu alasan diberikan kepada kami.

"Jadi, bagaimana nasib ratusan individu yang menjadi mangsa ini? Kami penat ditolak ke sana sini, jika semua agensi tidak mahu bertindak, kerajaan ketika ini perlu gubal semula undang-undang…ke mana lagi kami mahu pergi?

"Suruh kami buat tuntutan di Mahkamah Sivil itu semua perlukan duit dan ramai antara mangsa ini hingga bergadai harta untuk menunaikan umrah bila sudah ditipu mana ada wang lagi," katanya.


Disiarkan pada: Oktober 31, 2023 @ 7:16am




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2023 09:06 AM | Show all posts
SEBELUM video Eerah bersama bapanya tular mereka hanya mampu menjual 60 burger sehari.


Gesa OKU usah malu
Sepang: "Saya bersyukur apabila ada pelanggan cakap burger yang saya masak sedap dan menyukainya. Terima kasih selalu beri sokongan dan saya mahu rakan senasib tidak berasa malu dengan keadaan diri serta berusaha dengan cara sendiri," kata Orang Kurang Upaya (OKU), Jaheerah Nadzri.

Jaheerah, 29, atau lebih mesra disapa Eerah adalah peniaga OKU yang mendapat perhatian netizen di TikTok selepas dia berkongsi video memasak burger bersama bapa di gerai di hadapan Surau Al-Hijrah, Kota Warisan di sini, sehingga ada videonya meraih 13.9 juta tontonan.

Sebelum ini, anak bongsu daripada empat beradik itu pernah tular dan kisahnya juga pernah disiarkan Harian Metro kerana semangat dan usahanya mencari rezeki dengan berniaga cornflakes madu serta telur masin selain gemar berkongsi aktiviti termasuk bersolek ringkas.


Eerah berkata, dia minat memasak dan bersolek biarpun mempunyai kekurangan diri, namun tidak menganggap ia sebagai penghalang untuknya melakukan perkara diminati.

Menurutnya, dia membuka perniagaan burger bersama bapa, Nadzri Abd Majid, 66, sejak setahun lalu dan sentiasa mementingkan kebersihan dan kualiti masakan serta gerainya.

"Saya memang minat berniaga dan seronok dapat membuka gerai burger, malah berpuas hati apabila ada pelanggan cakap burger masakan saya sedap. Bagi saya memasak burger tidak susah dan ayah juga ada membantu saya.

"Saya mahu rakan senasib tidak malu dengan diri kita dan kita juga boleh berusaha dengan cara sendiri.


"Kalau Eerah boleh, rakan senasib juga boleh," katanya memberitahu dia belajar bersolek melalui YouTube ketika dihubungi, di sini, semalam.

Sementara itu, Nadzri berkata, idea berniaga itu daripada Eerah kerana jualan kudapan diusahakannya bermusim dan kebetulan gerai burger lamanya masih ada, jadi mereka mengubah suai untuk memulakan perniagaan Eerah Burger.

"Apabila musim perayaan Eerah akan jual kudapannya dan sekarang kami memang berniaga burger secara tetap.

"Saya dan arwah isteri sebelum ini memang berniaga burger serta kuih muih dan sekarang minat itu turun kepada Eerah.

"Eerah akan memasak mengikut kemampuannya dan kalau kami didatangi pelanggan lebih empat orang, saya akan mengambil alih tugas memasak dan anak lelaki saya juga akan membantu apabila tidak sibuk," katanya memberitahu gerai dibuka setiap Ahad hingga Isnin bermula 6 petang hingga 12 tengah malam.

Menurutnya, sebelum ini mereka menjual 60 burger sehari dan sejak video anaknya tular, mereka tidak menang tangan apabila permintaan pelanggan semakin bertambah hingga meningkat dua kali ganda.


Disiarkan pada: Oktober 31, 2023 @ 7:25am





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2023 09:10 AM | Show all posts

Pegawai Kementerian Luar maut ketika mendaki EBC[size=0.8]Oleh Samadi Ahmad - Oktober 31, 2023 @ 7:48am[email protected]

PUTRAJAYA: Seorang rakyat Malaysia yang juga pegawai Kementerian Luar Negeri, Parthiban Kandasamy, 38, meninggal dunia ketika mendaki di Everest Base Camp (EBC) hari ini.

Menurut jurucakap Malawakil di Nepal, pihaknya menerima berita kematian pendaki itu pada jam 2.30 pagi waktu tempatan.

Pendaki berkenaan berasal dari Ipoh, Perak dan punca kematian masih belum dapat dipastikan.

Mendiang tiba di Kathmandu pada Jumaat lalu bersama seorang rakan, Balasuntharam Sinasamy dan berlepas ke Lukla untuk memulakan pendakian ke EBC pada keesokan harinya.

"Pada Isnin, mendiang dan Balasuntharam tiba di check point 14, Gurap Shep (5,160 meter dari aras laut) dan ketika di situ mendiang dilaporkan sesak nafas sebelum tidak sedarkan diri," katanya.

Mendiang telah dibawa ke klinik berdekatan untuk pemeriksaan namun disahkan meninggal dunia.

Pihak Malawakil telah menghubungi waris keluarga di Malaysia bagi mendapatkan pengesahan berkenaan pengurusan mendiang.

Bapa mangsa telah memaklumkan untuk membawa pulang mendiang ke kediamannya di Ipoh, Perak.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2023 09:16 AM | Show all posts
tolak tujuh post  
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2023 09:20 AM | Show all posts

Anggota APM membantu memindahkan mangsa banjir di Changkat Jong, Teluk Intan baru-baru. - Foto fail ihsan APM

Banjir: Monsun Timur Laut dijangka pertengahan November hingga Mac depan[size=0.8]Oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi - Oktober 31, 2023 @ 8:22am[email protected]

KUALA LUMPUR: Negara sudah mengalami cuaca tidak menentu dengan ribut petir dan hujan lebat sehingga banjir di beberapa kawasan walaupun masih berada dalam Fasa Peralihan Monsun.


Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) berkata, musim tengkujuh yang dikaitkan dengan banjir lazimnya berlaku dalam tempoh Monsun Timur Laut yang kebiasaannya bermula pertengahan bulan November hingga Mac tahun berikutnya.

Menurut MetMalaysia, ketika ini rantau negara lazimnya menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang menyebabkan berlaku ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang.

"Kejadian ini berlaku terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di negeri-negeri di pantai barat dan pedalaman Semenanjung," katanya.







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2023 09:24 AM | Show all posts
Persembahan seni animasi pasir biasanya memerlukan penggunaan satu skrin besar untuk tontonan khalayak.


Cantik! Animasi indah hasil ketangkasan tangan tabur, serak pasir

  • Oleh ZURAINI BINTI MOHD KHALID
  • 31 Oktober 2023, 8:10 am

SELEPAS mengambil kedudukannya di atas sebuah pentas persembahan, tangan kanan Bernice Wong, 38, mula mencapai satu bekas berisi pasir di sisinya lalu menabur pasir-pasir tersebut ke atas sekeping papan rata yang dinyalakan di hadapannya. Kedua-dua tangan Wong kemudiannya mula bergerak pantas di atas papan tersebut menghasilkan satu lukisan pemandangan dengan menggunakan pasir sepenuhnya. Seni lukisan tersebut lazimnya dibuat secara langsung yang mana proses menghasilkan setiap lukisan itu akan dipancarkan menerusi satu skrin besar. Menariknya, seni lukisan berasaskan pasir mempunyai jalan…




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2023 09:28 AM | Show all posts
Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kedutaan Indonesia di Malaysia, Datuk Indera Hermono mencuba motosikal United E-Motor TX3000 selepas melancarkan motosikal elektrik Artroniq X United E-motor di Pavilion Bukit Jalil semalam

United E-Motor lancar motosikal elektrik pertama di pasaran tempatan

  • Oleh MUHAMMAD IKHWAN IDERIS
  • 31 Oktober 2023, 8:46 am


KUALA LUMPUR – Jenama motosikal elektrik, United E-Motor membuat penampilan sulungnya di pasaran tempatan menerusi pelancaran model TX3000 dan TX1800, motosikal elektrik terkini yang memperlihatkan kesedaran tentang alam sekitar, gaya serta prestasi.


United E-Motor merupakan jenama di bawah naungan salah satu pengeluar basikal terbesar di Indonesia, iaitu PT. Terang Dunia Internusa (PT TDI).


Kemasukan jenama itu di sini adalah dengan sokongan syarikat teknologi maklumat dan komunikasi yang disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia, Artroniq Bhd., selaku pengedar eksklusif di negara ini.

TX3000 didatangkan dengan dua slot bateri lithium berkapasiti 60 volt, mampu memecut sehingga kelajuan 90 kilometer sejam (km/j) dan memiliki jarak perjalanan 120 km dengan setiap pengecasan penuh.

Sementara TX1800 memiliki satu slot bateri lithium berkapasiti 60 volt, kelajuan maksimum 75 km/j dan jarak perjalanan 65 km.

Kedua-duanya hadir dengan waranti setahun untuk pengecas elektrik, waranti tiga tahun untuk bateri dan servis percuma selama setahun.

Ketua Pegawai Kewangan Artroniq Bhd., Marcus Chin berkata, kedua-dua model berkenaan akan dipasang secara tempatan di kilang pemasangan di Batu Kawan, Pulau Pinang dengan 30 peratus komponen tempatan, manakala selebihnya dari negara jiran, Indonesia.

Menurutnya, harga jualan hanya akan diumumkan pada 24 Disember depan.

“Kami akan melaksanakan sesi pandu uji secara besar-besaran sehingga 24 Disember ini, yang mana peserta pandu uji berpeluang memenangi motosikal TX3000.

“Kami menjangkakan mampu menjual sebanyak 2,000 unit motosikal menjelang akhir tahun 2024, yang mana motosikal ini disasarkan kepada terutamanya untuk penuntut institusi pengajian tinggi,” katanya pada majlis pelancaran hari ini.

Beliau menjelaskan, kedua-dua syarikat akan turut bekerjasama untuk melancarkan motosikal elektrik ke negara-negara ASEAN lain, bermula dengan Thailand dalam tempoh masa terdekat. – KOSMO! ONLINE


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2023 09:37 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2023 09:37 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2023 09:42 AM | Show all posts
                       
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 11:27 AM GMT+8 , Processed in 0.214828 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list