|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: ONE DAY AT A TIME
[Copy link]
|
|
PRK Mahkota: Jentera Perpaduan dakwa ada kain rentang bersifat provokatif dipasang
KLUANG: Jentera Perpaduan mendakwa ada pihak tertentu didapati melakukan tindakan provokatif yang cuba melaga-lagakan ahli UMNO Bahagian Kluang dan meminta pengundi Cina tidak keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota hari ini. Timbalan Pengarah PRK Barisan Nasional (BN) DUN Mahkota, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata ia dilakukan menerusi pemasangan kain rentang di beberapa pusat daerah mengundi (PDM) dipercayai awal pagi tadi. "Kami sudah menurunkan semua kain rentang itu kerana tidak mahu ia mempengaruhi pengundi. Kita sudah berada di tahun 2024 dan sepatutnya tidak perlu lagi berlaku perkara sebegini," katanya pada sidang media di Pusat Operasi Perpaduan di sini hari ini. Yang turut hadir, Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi dan Naib Pengerusi DAP, Johor Sheikh Umar Bagharib Ali.
Ahmad yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor menyifatkan tindakan memasang kain rentang itu sebagai perbuatan mereka yang terdesak, ketandusan idea dan bankrap isu sehingga sanggup melakukan perbuatan sedemikain pada hari pengundian. Selain tulisan dalam Bahasa Melayu, Ahmad mendakwa, kain rentang yang meminta pengundi Cina tidak keluar mengundi ditulis dalam Bahasa Mandarin. Sementara itu, Sheikh Umar yang juga pengundi DUN Mahkota mendakwa, menerima panggilan pada jam 8.33 pagi daripada individu tidak dikenali yang dilihat masih mahu terus berkempen, walaupun tempoh kempen sudah tamat pada jam 11.59 malam tadi. "Kita tidak boleh terima pendekatan ini kerana ia melanggar peraturan pilihan raya, dan paling kita kutuk sekerasnya-kerasnya ialah ia (kempen itu) menggunakan naratif sempit perkauman untuk menarik undi," katanya. PRK DUN Mahkota menyaksikan pertembungan antara calon BN Syed Hussien Syed Abdullah dan calon Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1304009/prk-mahkota-jentera-perpaduan-dakwa-ada-kain-rentang-bersifat
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hattan tak jadi bersara, ingat pesan arwah adik
KUALA LUMPUR: Penyanyi berpengalaman, Datuk Hattan, 60, membatalkan hasrat bersara kerana mengingati pesanan arwah adiknya, Allahyarham Muhammad Hatta Shahabudin yang menghembuskan nafas terakhir pada Syawal lalu. Pada Januari lalu, penyanyi lagu Rendang Tak Berbuah itu mengumumkan mahu bersara selepas tiga dekad menjadi penyanyi dengan alasan ingin berehat. Bagaimanapun, pesanan terakhir arwah sebelum menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung membuatkan Hattan tersedar. "Kalau ikutkan, saya memang nak bersara. Namun, arwah banyak membebel seminggu sebelum Aidilfitri lalu ketika kami adik-beradik berkumpul di kampung.
"Ada sahaja yang tak kena. Arwah juga ada bertanya kenapa saya nak berhenti menyanyi? "Arwah kata, Tuhan beri saya rezeki dan bakat supaya saya boleh kongsi dengan orang lain. "Selepas arwah tiada, saya ingat semula pesanannya, jadi saya buat keputusan tak jadi bersara dan akan teruskan karier sebagai penyanyi," kata Hattan kepada BH Online. Hattan berkata, dia mula nampak pesanan arwah membantu orang lain apabila kini menanggung anak saudaranya, Mikael Hatta.
Mikael yang juga anak tunggal arwah memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bakal menyambung pengajian di Jerman. "Anak arwah kini berada di bawah tanggungjawab saya. Sekurang-kurangnya, saya boleh bantu biayai pengajiannya jika masih menyanyi," katanya. Sementara itu, Hattan yang bakal menjayakan Majlis Makan Malam Amal TMESA, Night Of Love And Compassion bersama penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah pada 14 Disember depan turut menjalani gaya hidup sihat dengan berhenti merokok. Menurut Hattan lagi, keputusan itu dibuat selepas pemergian arwah. "Selepas arwah meninggal dunia, saya buat keputusan berhenti merokok. Arwah lebih kuat merokok berbanding saya, tapi demi kesihatan, saya nekad berhenti. "Alhamdulillah, saya kini lebih sihat selepas berhenti merokok dan tidak berdepan sebarang kesan sampingan seperti diperkatakan. "Ini adalah usaha saya untuk jaga kesihatan, tapi kalau Allah sudah tentukan nak ambil nyawa, siapa kita untuk menghalang," katanya.
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2024/09/1303852/hattan-tak-jadi-bersara-ingat-pesan-arwah-adik
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Konsert solo Mawi ibarat bulan jatuh ke riba
KUALA LUMPUR: Pengalaman misteri hingga seolah-olah 'mati' dalam tempoh 15 minit akibat terkena sihir membuatkan penyanyi, pengarah dan penyampai radio, Mawi seperti mati hidup semula. Pernah berkongsi kisah menakutkan di podcast dan majlis ilmu yang dihadirinya, pemilik nama lengkap Asmawi Ani itu mengakui kejadian hampir sedekad lalu membawa perubahan besar dalam hidup dari segi kerjaya. "Sebelum terkena penyakit mistik, saya pernah terfikir nak tinggalkan bidang seni. Keluarga ada juga meminta melakukan perkara sama. "Namun, saya seperti dilahirkan semula selepas insiden ini. Saya mula terfikir buat skrip dan terbitkan filem. Kalau menyanyi pun, saya nak nyanyi lagu ciptaan sendiri sahaja.
"Dalam nak tinggalkan bidang seni, tiba-tiba tawaran buat persembahan makin banyak. "Saya dapat banyak undangan untuk buat persembahan di masjid, surau dan universiti. Saya juga sering dijemput ke majlis ilmu untuk berkongsi pengalaman," katanya ditemui pada sidang media Konsert Tsumawi 20th Mawi World Live In Kuala Lumpur di sebuah hotel di Bangi, baru-baru ini. Konsert dianjurkan sempena dua dekad pembabitan Mawi dalam bidang seni itu bakal menggegarkan Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 25 Januari tahun depan. Dalam perkembangan lain, bekas juara Akademi Fantasia 3 itu memaklumkan darah seni yang mengalir dalam diri diwarisi anak tunggalnya, Cahaya Malaika yang kini berusia 12 tahun.
Mawi berkata, bakat seni Cahaya Malaika bagaimanapun lebih kepada bidang pengacaraan selepas melihat kepetahannya melayan pengikut dalam TikTok. "Saya sering bersiaran langsung dengan anak di TikTok. Akaun ini pun anak yang buatkan. Cahaya Malaika ajar saya banyak benda di TikTok. "Bila saya 'live' dengan dia, lebih ramai penonton berbanding saya buat seorang diri. Saya pula lebih kepada Facebook dan Instagram. Kalau buat siaran langsung, memang ramailah penonton. "Anak saya tak nak menyanyi, tapi suka mengacara. Dia ada bakat yang bersahaja. Selain itu, Cahaya Malaika minat melukis," cerita penyanyi lagu Aduh Saliha ini. Tambah Mawi, dia memberi galakkan sepenuhnya kepada Cahaya Malaika jika memilih menjadi anak seni. Sementara itu, berkongsi konsert solo yang bakal dijayakan, Mawi menyifatkan tawaran itu ibarat bulan jatuh ke riba. "Mengikut perancangan saya nak buat konsert menceritakan perjalanan saya sebagai anak seni. "Bila tawaran nak buat konsert ini datang, saya pun tak fikir panjang dan terus terima. Secara kebetulan, mereka belum ada konsep, jadi saya 'jual' konsep dan idea yang sudah dirancang awal. "Alhamdulillah, mereka terima idea saya," kata penyanyi kelahiran Felda Taib Andak, Kulai, Johor itu. Untuk konsert, Mawi dijangka akan menyampaikan lebih 20 lagu, termasuk lagu yang pernah dinyanyikannya ketika menyertai AF3.
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2024/09/1303912/konsert-solo-mawi-ibarat-bulan-jatuh-ke-riba
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Nur Aiman mahu laksana misi tertangguh
KUALA LUMPUR: Selepas gelaran Raja Bukit pada edisi Le Tour de Langkawi (LTdL) tahun lalu terlepas dari genggaman, pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Muhammad Nur Aiman Zariff kini cuba mengintai semula peluang merampas status berkenaan. LTdL bakal memulakan edisi ke-28 di Pulau Langkawi esok dan Nur Aiman sudah tentunya mahu memburu gelaran berkenaan biarpun sedar ia bukan satu tugas yang mudah memandangkan beberapa pelumba pilihan turut mencongak peluang yang sama. "Sudah tentu saya ada menyimpan hasrat untuk kembali memegang status sebagai Raja Bukit pada perlumbaan LTdL kali ini selepas terlepas peluang mempertahankannya tahun lalu. "Tetapi saya harus akui sasaran untuk memenangi gelaran Raja Bukit bukannya senang. Semua itu bergantung kepada strategi dan kondisi tubuh badan pada hari perlumbaan itu nanti," kata Nur Aiman.
Nur Aiman mempunyai sejarah tersendiri di perlumbaan berprestij Asia itu dengan meraih gelaran Raja Bukit buat kali pertamanya pada 2020 sebelum mempertahannya pada saingan 2022. Namun impiannya untuk melakar gelaran ketiga tidak kesampaian apabila dirampas pelumba Tudor Pro Cycling Team, Simon Pellaud pada tahun lalu. "Apapun saya akan cuba memberikan yang terbaik dalam setiap peringkat perlumbaan. Kita pun tahu kali ini tiada peringkat perlumbaan ke Genting Highlands, tetapi masih ada lagi banyak zon pendakian. "Jadi saya hanya berdoa dan berharap setiap apa yang dirancang pada hari perlumbaan nanti membuahkan hasil. Selebihnya saya berserah kepada Allah," kata pelumba berusia 26 tahun itu.
Dalam pada itu, seorang lagi pelumba berpengalaman yang juga pakar pecut TSG, Harrif Saleh tidak mahu memandang rendah akan perlumbaan kali ini yang dilihat lebih banyak menggunakan laluan landai. "Saya pun tak boleh cakap landai kerana ada juga pendakian yang tinggi. Jadi ia juga akan susah untuk pelumba pecut. Tapi untuk kali ini, ada landai dan berbukit, ia lebih seimbang sebenarnya. "Seperti saya, untuk peringkat laluan landai, tentunya akan dimanfaatkan sebaik mungkin. Namun yang lain itu, tak bolehlah ketinggalan terlalu jauh juga," kata pelumba berusia 36 tahun itu yang bakal membuat penampilan ke-15 di LTdL kali ini.
https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2024/09/1304036/nur-aiman-mahu-laksana-misi-tertangguh
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Delegasi Malaysia tinggalkan dewan PBB bila Netanyahu muncul
NEW YORK: Delegasi Malaysia adalah antara negara yang meninggalkan dewan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelum giliran Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berucap pada Perhimpunan Agung PBB (UNGA) Ke- 79. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pada sesi itu juga, semua negara yang menyokong Resolusi Palestin berpandukan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dan Majlis Keselamatan PBB (UNSC), turut melakukan tindakan sama. "Seperti yang kita dapat lihat, apabila Netanyahu masuk ke dewan hendak memulakan ucapan, semua bangun keluar. Kita juga, (delegasi) Malaysia, keluar semuanya. "Negara-negara yang menyokong keputusan ataupun 'pendapat nasihat' daripada ICJ semua keluar daripada dewan. Dewannya kosong.
"Namun, seperti biasa, Netanyahu dengan angkuh dan bongkak memperkecilkan peranan PBB serta juga agensi-agensi PBB dan seolah-olah bercakap, PBB ini tidak ada-apa peranan," katanya. Terdahulu pada sidang sama, delegasi dari Turkiye dan ramai yang lain meninggalkan dewan perhimpunan sebelum giliran Netanyahu menyampaikan perbahasan umumnya sebagai tanda protes. Delegasi yang diketuai wakil tetap Turkiye ke PBB, Ahmet Yildiz, dilaporkan antara individu yang turut mengambil tindakan sama. Sebelum itu, Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, mengecam kehadiran Netanyahu pada UNGA, dengan menyifatkannya sebagai 'memalukan'. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2024/09/1303926/delegasi-malaysia-tinggalkan-dewan-pbb-bila-netanyahu-muncul
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
time ucapan sultan brunei last week lagi kosong |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nuki12 at 28-9-2024 03:58 PM
Patient recovering from mpox in stable condition, says Health Minister
The patient confirmed positive for monkeypox, or clade II variant mpox, is now recovering and in stable condition, says Health Minister Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad . He stated that the individual, confirmed positive for mpox on September 16, has shown positive progress.
“The patient, who is currently in isolation, is stable and healthy. We (Health Ministry) will end the isolation period. We will inform you when the isolation period is over,” he told reporters after the Gotong Royong Mega Fight Aedes 2.0, 1 Hour Malaysia Clean Up programme in conjunction with Malaysia Clean Up Day here on Saturday (Sept 28). On September 17, Health Director-General Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan was reported to have said that the Health Ministry detected one positive case of the mpox variant clade II on September 16. The case was identified from 58 suspected mpox cases referred to the ministry this year. Regarding new cases of mpox, Dr Dzulkefly noted that no new cases have been recorded so far and advised the community to continue practising preventive public health measures. So far, there is only one confirmed case... It can be said that mpox is under control,” he said. Commenting on the mpox vaccine, he mentioned that the matter had been finalised and the Health Ministry was awaiting the receipt of the MVA-BN vaccine supply.
We are transparent in this matter; the important thing is that this vaccine is finalised and we are waiting for the delivery,” he said. On September 2, Dr Dzulkefly was reported to have stated that Malaysia would receive the Tecovirimat (TPOXX) antiviral drug and the MVA-BN vaccine for the mpox virus through the 'Covid-19 Asean Response Fund' soon. The MVA-BN vaccine is intended for high-risk groups, including health workers and close contacts of confirmed cases. It is administered only based on medical examination and evaluation. - Bernama
https://www.thestar.com.my/news/nation/2024/09/28/patient-recovering-from-mpox-in-stable-condition-says-health-minister:
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Premis GISBH di Selangor diarah tutup, aset dirampas - MB Selangor
CYBERJAYA: Kerajaan Selangor mengambil tindakan dengan mengarahkan semua premis GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di negeri itu ditutup berkuat kuasa serta-merta dan merampas segala aset syarikat berkenaan. Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata beliau sendiri akan mengumumkan pada Rabu ini jumlah keseluruhan premis, termasuk rumah perlindungan dan sekolah agama berkaitan GISBH di negeri itu. "Rumah-rumah pelindungan yang ada kaitan dengan GISBH memang kita arah tutup serta-merta termasuk sekolah agama. "Itu memang tindakan segera yang sedang dilakukan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor dan polis. Kalau ada lagi maklumat-maklumat kita akan pergi (serbu dan tutup)," katanya.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan Rumah Idaman, Putra Idaman dan majlis pecah tanah Saujana Idaman di sini hari ini. Sementara itu, Amirudin berkata, kerajaan negeri akan membantu kanak-kanak yang dikaitkan dengan GISBH dalam pelbagai aspek, terutama dalam hal berkaitan pendidikan. "Saya juga nak tengok pada hari Isnin nanti nasib anak-anak (GISBH) yang tidak bersekolah ataupun yang ditahan oleh pihak berkuasa sekarang. "Isunya (adalah) isu pendidikan dan masa depan mereka yang penting, kerajaan negeri akan cuba bantu nanti sebab itu keutamaan kita," katanya. Sebelum ini, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan proses tindakan lanjut berkaitan isu GISBH dipercepatkan. Amirudin sebelum ini dilaporkan berkata, kerajaan negeri akan menguatkuasakan larangan pengoperasian premis kepada GISBH selepas memperoleh laporan penuh daripada polis dan Jawatankuasa Agama Islam negeri. Pada 11 September lalu, menerusi Op Global, polis menyerbu 20 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan yang dikaitkan dengan GISBH kerana didakwa terbabit dalam kegiatan eksploitasi kanak-kanak serta agama. Sejak Op Global bermula, lebih 300 individu termasuk pengurusan tertinggi GISBH ditahan dan 572 mangsa diselamatkan.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1303953/premis-gisbh-di-selangor-diarah-tutup-aset-dirampas-mb-selangor
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Krisis nasab: Kanak-kanak GISBH berdepan risiko diisytihar anak wati' syubhah
KUALA LUMPUR: Sebahagian kanak-kanak penghuni rumah amal dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), berdepan risiko diisytihar anak wati' syubhah, iaitu anak yang lahir daripada persetubuhan tidak sah jika tiada pengakuan nasab yang sahih daripada ibu bapa mereka. Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang, berkata dalam undang-undang syariah khususnya melalui Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan 1984 menetapkan bahawa, pengiktirafan nasab seseorang anak bergantung kepada status pernikahan ibu dan bapa. "Jika seorang bapa mengaku seseorang itu anaknya, dia perlu mengemukakan sijil pernikahan yang sah. Jika tiada sijil, dia perlu mendapatkan pengesahan di mahkamah syariah untuk mengesahkan pernikahan terbabit," katanya ketika dihubungi Bernama. Namun, Musa menekankan, dalam kes kanak-kanak yang diselamatkan daripada rumah amal itu, ada ibu bapa yang seolah-olah tidak mengenali anak-anak mereka, menjadikan status nasab mereka samar.
Musa berkata, dalam konteks penentuan nasab bagi kanak-kanak hasil pernikahan tidak sah dan tidak didaftarkan, cabaran paling sukar adalah untuk menentukan status pernikahan ibu bapa mereka termasuk usaha mengemukakan bukti dokumen serta memanggil saksi-saksi semasa akad nikah dilakukan. "Mungkin ada saksi, mungkin tiada saksi, atau mungkin saksi sudah meninggal dunia atau tidak dapat dikesan. Apabila ini berlaku, sesuatu perkahwinan itu boleh dianggap tidak sah, menyebabkan anak terbabit diisytiharkan sebagai anak wati' syubhah. "Sebab itu penting untuk ibu atau bapanya tampil ke hadapan pihak berkuasa untuk mengakui kesahihan nasab anaknya," katanya. Musa berkata, tanpa penentuan status itu juga, pastinya akan menyukarkan kanak-kanak berkenaan untuk mendapatkan hak keperluan asasi seperti pendidikan, kesihatan dan kewarganegaraan. Beliau berkata, dalam hukum syarak, anak kecil yang dibuang atau ditinggalkan tanpa penjaga disebut sebagai al-laqit dan menjadi amanah kepada orang yang menemuinya, atau yang ditunjukkan kepadanya, untuk menyerahkannya kepada pihak berkuasa bagi tujuan untuk memeliharanya. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab semua orang Islam, termasuk kerajaan atau Baitulmal, untuk menjaga atau menyediakan penempatan bagi anak-anak al-laqit ini sehingga mereka mencapai usia dewasa, atau diserahkan kepada keluarga angkat Islam yang mampu memelihara mereka dengan baik, jelas Musa, menambah PGSM sudi menawarkan kepakaran PGSM untuk membantu kerajaan menyelesaikan isu nasab ini. Pada 23 September lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain, mendedahkan selepas dua minggu menjalankan Op Global susulan skandal GISBH, ibu bapa kepada 572 kanak-kanak dan remaja yang diselamatkan dari rumah amal tersebut, masih belum tampil menuntut anak mereka. Ia dipercayai kerana mereka ingin menyembunyikan taktik menjadikan rumah amal yang diuar-uarkan sebagai rumah perlindungan anak-anak yatim bagi mendapatkan bantuan daripada orang ramai terbongkar, sedangkan mereka sebenarnya adalah anak-anak ahli. Lebih menyedihkan ada ibu bapa yang ditahan tidak mengaku kanak-kanak yang diselamatkan itu anak mereka dan hasil soal siasat menunjukkan ada kanak-kanak yang tidak kenal siapa ibu bapa mereka. Sementara itu, menjawab dari segi kerangka perundangan sivil, pengamal undang-undang sivil dan syarie Muhammad Hariz Md Yusoff berkata, kanak-kanak yang diragui nasabnya, berisiko diisytihar sebagai stateless atau tidak mempunyai kewarganegaraan. Beliau berkata, undang-undang di Malaysia sangat ketat dalam pemberian taraf kewarganegaraan, dan tidak semudah mana-mana individu mendakwa seseorang kanak-kanak berhak didaftarkan sebagai warganegara tanpa sebarang bukti sokongan. Sehubungan itu Muhammad Hariz berkata proses pengesahan nasab bagi kanak-kanak yang diselamatkan itu, perlu dipercepatkan untuk mengelakkan isu berkaitan termasuk masalah dalam penentuan faraid. "Mengikut Seksyen 7 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957, pendaftaran talian nasab adalah penting dan proses pengesahan harus melalui prosedur mahkamah, meskipun kos dan masa menjadi cabaran utama," katanya. Dalam konteks kanak-kanak yang disyaki didera atau diabaikan, undang-undang sivil menyediakan platform antaranya Akta Kanak-Kanak 2001 dan Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. Selain itu, tindakan sivil juga boleh diambil untuk menuntut pampasan bagi kecuaian atau pengabaian oleh penjaga. Muhammad Hariz juga menekankan kepentingan kempen kesedaran dan peranan badan bukan kerajaan (NGO) dan penguat kuasa dalam memudahkan proses penentuan nasab kanak-kanak berkenaan. "Keputusan yang diambil harus sentiasa mempertimbangkan kesejahteraan dan hak kanak-kanak, termasuk hak untuk mengenali ibu bapa mereka serta sokongan psikologi untuk membantu mereka mengatasi situasi sukar ini," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1303930/krisis-nasab-kanak-kanak-gisbh-berdepan-risiko-diisytihar-anak-wati
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Individu buang sampah kali kedua didenda cuci longkang, cuci tandas
KUALA LUMPUR: Individu yang pernah didenda dan ditahan kali kedua kerana mengulangi kesalahan sama membuang sampah merata-rata akan diarahkan melakukan kerja khidmat sosial bersama-sama dengan syarikat konsensi pembersihan di negara ini. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, berkata ketika ini kementerian sedang dalam proses akhir merangka undang-undang baharu perintah khidmat sosial sebelum dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada tahun hadapan. Katanya, menerusi undang-undang baharu itu, sesiapa yang didapati pernah didenda kerana membuang sampah merata-rata dan ditangkap mengulangi kesalahan yang sama, akan diarah untuk melakukan kerja khidmat sosial seperti yang ditetapkan. "Mereka akan diberikan baju istimewa bukan untuk dibawa ke lokap, sebaliknya akan diarahkan untuk sama-sama membantu syarikat konsensi seperti Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora), Environment Idaman (E-idaman) dan Southern Waste Management (SWM) seperti menyapu sampah, cuci longkang, tandas dan sebagainya.
"Malah pasukan KPKT juga akan memberikan publisiti percuma kepada ulat-ulat sampah ini," katanya pada Majlis Pelancaran Hari Cuci Malaysia Peringkat Kebangsaan: Program Pembersihan Mega Sempena World Clean Up Day 2024, di sini, hari ini. Yang turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Shariff.
Pada program itu, turut dilakukan pembersihan mega seluruh negara secara serentak dan dijangka akan mencipta tiga rekod The Malaysia Book of Records (MBOR) iaitu bilangan peserta melebihi 50,000 orang mengambil bahagian, kutipan sampah paling tinggi iaitu 3,000 metrik tan dan gotong royong paling lama iaitu bermula jam 8 pagi hingga 8 malam. Beliau berkata, undang-undang khidmat sosial ini bukan suatu perkara asing kerana ia sudah banyak diamalkan oleh negara maju seperti Sweden, Jepun, Norway dan Singapura, sebaliknya Malaysia sudah ketinggalan lebih tiga dekad dalam melaksanakan inisiatif ini. "Berdasarkan data Mastercard, Kuala Lumpur kini menjadi bandaraya nombor keenam paling popular di dunia dan berjaya mengatasi Beijing, Shanghai serta New York dengan ketibaan pelancong asing ke ibu kota dicatatkan berjumlah 16.9 juta orang.
"Malah Tahun 2026 ialah Tahun Melawat Malaysia, justeru setiap daripada warga negara perlulah bertanggungjawab untuk menguruskan sampah dengan baik dan mempromosikan kebersihan di negara ini. "Dalam masa yang sama, Malaysia juga diberi penghormatan selaku Pengerusi ASEAN 2025 dan akan menganjurkan banyak persidangan mesyuarat antarabangsa, oleh itu saya merayu setiap orang untuk jadi duta kebersihan negara dan pastikan kota raya ini bukan saja megah dengan pencakar langit, tetapi imej bersih, menawan serta wangi," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1303922/individu-buang-sampah-kali-kedua-didenda-cuci-longkang-cuci-tandas
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
MB Johor bawa pengundi warga emas berkerusi roda ke pusat mengundi
KLUANG: Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi turut turun padang memandu sendiri kenderaan Proton X50 bagi membantu pengundi warga emas berkerusi roda di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Perdana, di sini, Warga emas berkenaan, Zuriah Saat, 60 dan suaminya Abdul Aziz Osman, 62 dari Taman Suria, di sini, tak menyangka dijemput sendiri oleh Onn Hafiz di depan rumahnya pagi ini. "Saya sudah lapan kali mengundi tetapi keadaan kesihatan yang uzur serta terpaksa guna kerusi roda untuk bergerak. "Saya dan suami tidak akan lupakan kenangan manis hari ini apabila dibawa sendiri Menteri Besar (Onn Hafiz) menaiki Proton X50 ke pusat mengundi," katanya.
Ketika ini, keadaan cuaca baik dan keadaan laluan di lokasi ke pusat mengundi itu dikawal rapi oleh pasukan polis dengan dipantau oleh Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh dan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah akan mengundi di lokasi ini kira-kira 8.30 pagi manakala calon Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar, dijangka mengundi di Pusat Mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Melayu, kira-kira 10 pagi. PRK DUN Mahkota membabitkan seramai 66,318 pemilih terdiri daripada 61,397 pengundi biasa; 4,410 anggota tentera dan pasangan, 401 anggota polis serta 10 orang pengundi tidak hadir (PTH) luar negara. PRK DUN Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lalu, dan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2022, Allahyarham yang mewakili BN menang dalam pertandingan empat penjuru dengan majoriti 5,166 undi.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1303860/mb-johor-bawa-pengundi-warga-emas-berkerusi-roda-ke-pusat-mengundi
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ketua Audit Negara pertahan kerusi ahli ASOSAI Governing Board
KUALA LUMPUR: Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, mempertahankan kerusi sebagai ahli Asian Organization of Supreme Audit Institutions (ASOSAI) Governing Board bagi penggal 2024-2027. Jabatan Audit Negara dalam satu kenyataan memaklumkan, Wan Suraya memperoleh jumlah undi tertinggi sebanyak 34 daripada 42 negara ahli ASOSAI yang hadir pada Perhimpunan Agung ASOSAI di New Delhi, India, hari ini. Ia juga menunjukkan peningkatan berbanding 26 undi yang diperoleh Malaysia pada 2021 untuk Ketua Audit Negara menjadi ahli ASOSAI Governing Board bagi tempoh 2021-2024. "Ini merupakan pengiktirafan terhadap keupayaan dan peranan Malaysia dalam komuniti pengauditan sektor awam rantau Asia, serta dapat memantapkan lagi pembangunan kapasiti dan kompetensi juruaudit awam Malaysia pada peringkat antarabangsa," menurut kenyataan itu.
Terdahulu, Wan Suraya menghadiri Mesyuarat Ke-60 dan 61 ASOSAI Governing Board, Perhimpunan Agung ASOSAI Ke-16 dan Simposium ASOSAI bermula 22 hingga 27 September. Perhimpunan Agung ASOSAI merupakan perhimpunan 48 institut audit tertinggi daripada seluruh rantau Asia. Perhimpunan itu diadakan setiap tiga tahun sekali sebagai platform untuk semua Ketua Audit Negara dari Asia yang menganggotai ASOSAI, berbincang dan memutuskan perkara dasar sejajar objektif penubuhannya serta mengembangkan potensi pembangunannya. Jabatan Audit Negara turut membentangkan kertas pada Simposium ASOSAI tahun ini mengenai Digital Audit: Inclusion & Accessibility, merangkumi Projek Pendigitalan Perkhidmatan yang sedang dilaksanakan jabatan itu dengan tumpuan kepada pemerkasaan perkhidmatan audit secara digital dan integrasi data secara bersepadu serta inklusif. "Pembabitan Jabatan Audit Negara pada peringkat antarabangsa adalah selaras dengan nilai teras Malaysia MADANI yang menekankan kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan," menurut kenyataan itu. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1303796/ketua-audit-negara-pertahan-kerusi-ahli-asosai-governing-board
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Arus deras, kawasan dipenuhi pokok sukarkan ops mencari dua beranak hanyut - Polis
KUALA NERANG: Operasi mencari dan menyelamat dua beranak yang dihanyutkan arus deras di Kampung Tanjung Kanan di sini sukar berikutan kawasan pencarian dipenuhi pokok getah, kelapa sawit dan buah-buahan. Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Mulkiaman Manzar, berkata keadaan arus di di kawasan pencarian juga masih deras, walaupun banjir sudah sedikit surut ketika ini. "Air agak laju dan pencarian tertumpu di kawasan tidak jauh dari lokasi mangsa mula-mula dilihat, sebab disyaki mungkin mangsa dihanyutkan ke kawasan itu… radius kawasan pencarian ialah 200 meter dari kawasan mangsa dihanyutkan. "Ada orang nampak mangsa hanyut dan cuba nak selamatkan tapi tak sempat dan saksi yang melihat itu terus telefon pihak polis pagi tadi," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.
Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat bermula kira-kira jam 8.30 pagi membabitkan 55 anggota polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta 10 bot penyelamat. Mulkiaman berkata, setakat ini belum ada petunjuk mengenai kedudukan dua mangsa dan pihaknya tidak menolak kemungkinan untuk mendapatkan bantuan tambahan daripada bomba atau APM bagi operasi itu. Beliau berkata, banjir kilat di kawasan itu berlaku disebabkan limpahan Sungai Padang Terap susulan hujan lebat selama beberapa jam malam tadi. Dalam kejadian kira-kira 8 pagi tadi, Salmah Mat Zain, 46, dan anaknya, Muhammad Rosman Rohadi, 19, dilaporkan dihanyutkan arus deras banjir ketika cuba menyeberang untuk pulang ke rumah mereka di Kampung Tanjung Kiri.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/09/1304052/arus-deras-kawasan-dipenuhi-pokok-sukarkan-ops-mencari-dua-beranak-hanyut
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Impian Pang Ron-Su Yin ke final lebur
KUALA LUMPUR: Langkah beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin di Terbuka Macau tersekat di separuh akhir selepas tewas kepada pasangan Indonesia, Dejan Ferdinansyah-Gloria Emanuelle, hari ini. Lebih mengecewakan, ia adalah kekalahan kedua berturut-turut buat Pang Ron-Su Yin kepada lawan sama selepas turut tewas ketika suku akhir Terbuka China yang turut berlangsung bulan ini. Diletakkan pilihan ketiga kejohanan, Ferdinansyah-Gloria jelas sukar untuk dijinakkan sekalipun Pang Ron-Su Yin sebelum ini cemerlang menyingkirkan pilihan utama di suku akhir. Tetapi Ferdinansyah-Gloria yang menghuni ranking ke-11 dunia tetap diberikan cabaran sengit oleh Pang Ron-Su Yin apabila memerlukan permainan tiga set sebelum menang.
Pada perlawanan yang berlangsung di Macao East Asian Games Dome itu, pasangan negara yang mengisi ranking ke-29 dunia bermula langkah kiri apabila tewas set pertama 21-15. Begitupun, mereka berjaya memperkemaskan permainan untuk menyambar set kedua dengan keputusan 21-17. Tetapi pada set penentuan, Ferdinansyah-Gloria membuktikan mereka lebih layak ke pentas final dengan menampilkan permainan lebih kemas dan memanfaatkan kesilapan pasangan negara yang tersekat di angka 13 sebelum menang 21-14.
https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2024/09/1304054/impian-pang-ron-su-yin-ke-final-lebur
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mesti dah rumah baru |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|