Festival hebat meski kurang popular
Oleh HARYATI KARIM
PERGINYA jauh sehingga ke Bulgaria. Bukan untuk bergembira, tetapi dia berjuang di pentas Discovery Pop Festival ke-17 yang turut disertai oleh 14 buah negara hanya untuk mengutip secebis pengalaman dan juga dengan harapan membawa pulang kemenangan.
Kemenangan yang bukan hak mutlaknya seorang akan tetapi untuk dikongsi kegembiraannya dengan seluruh yang bergelar warga Malaysia.
Ternyata, bakat serta kepercayaan yang diletakkan ke atas bahu Noorsyarmilla Jirin atau Mila bukan sekadar tinggal harapan akan tetapi sesuatu yang menjadi kenyataan.
Memenangi tempat pertama dalam kategori utama iaitu lagu terbaik menerusi lagu Ilham Di Mata ciptaan oleh Ajai dan lirik oleh Loloq serta penerima Anugerah Khas Juri, meletakkan nama Mila di satu aras yang berbeza kini.
SENYUMAN penuh kebanggaan, Mila di pentas selepas diumumkan sebagai pemenang.
Namun, dalam tawa riang Mila meraikan kejayaannya, hatinya turut tersentak apabila ada pihak yang mengatakan pemergiannya itu tidak lebih daripada menyertai pertandingan yang biasa-biasa saja.
Iyalah, untuk rakyat negara ini, festival yang disertai gadis berusia 21 tahun ini merupakan yang pertama kali didengar, langsung terus dikatakan festival itu tidak layak diiktiraf dalam kamus hiburan negara.
Mila yang hanya tersenyum ketika di ajukan soalan itu, bagaimanapun tidak menyalahkan mana-mana pihak kerana menganggap festival itu adalah festival murahan.
"Lantaklah saya tidak peduli orang nak cakap festival itu tidak bagus atau tidak punyai kualiti ke apa ke. Apa yang saya tahu peserta tahun lalu yang menang sekarang ini antara penyanyi terkenal di Eropah." kata Mila bertegas.
Saya faham kenapa Mila perlu meluahkan apa yang berbuku di hatinya. Kepada gadis genit ini, dia juga punya hak dan maruah diri yang perlu dipertahankan.
"Saya sertai festival ini adalah untuk mendapatkan pengalaman yang tidak akan saya perolehi di sini (Malaysia).
"Kedua saya mahu lontarkan apa yang saya pelajari selama ini. Saya tidak ambil pusing semua hal yang negatif itu, saya tahu sebelum ini tidak pernah ada penyertaan dari Malaysia dan mungkin sebab itu orang Malaysia juga tidak tahu tentang festival ini. Mungkin itu salah satu sebab orang mengatakan festival ini bertaraf rendah ,"jelasnya.
MILA disambut keluarga dan teman sekembalinya ke tanah air.
Bagi Mila segala perit jerihnya selama ini terbayar apabila dia diberi penghargaan oleh pihak penganjur dengan memberikannya dua kemenangan yang tidak pernah di jangkakan.
"Kecil atau besar festival itu saya tidak kisah, saya tahu jumlah wang yang dimenangi pun tidak seberapa (RM7,500), tetapi apabila nama Malaysia diumumkan saya rasa terharu sangat," katanya.
Mengatakan tugas yang dipikulnya bukan satu tugas yang mudah kerana selain membawa namanya, dia turut membawa nama Malaysia bersama.
Tanpa berselindung dia memberitahu saat kemenangan dia membawa bendera Malaysia dan timbul perasaan bangga dalam dirinya kerana menjadi salah seorang rakyat Malaysia.
"Menang itu satu bonus buat saya, sebab anugerah yang dimiliki bukanlah tujuan utama saya ketika mula-mula tiba di Bulgaria," katanya jujur.
Tawaran bertaraf antarabangsa
Sungguhpun bertanding di pentas antarabangsa yang mana orang di sana tidak memahami sepatah pun Bahasa Malaysia, Mila tetap mendapat layanan bertaraf lima bintang.
Mana tidaknya, kata Mila, orang di sana sangat menghormati dirinya, malah ada juga yang berkenan dengan bahasa ibundanya yang dikatakan sungguh lembut.
KELUARGA turut berkongsi rasa bangga bersama Mila.
"Orang sana suka lagu-lagu saya sebab kata mereka bahasa kita lembut, malah lepas habis pertandingan itu ramai yang minta tandatangan, rasa seperti di negara sendiri pula (ketawa).
"Ada juga pihak juri daripada negara Itali dan Macedonia menawarkan supaya Mila menyertai festival muzik yang diadakan di negara mereka.
"Hati memang teringin sangat tetapi kos hendak ke sana bukannya murah. Jadi kalau ada pihak penaja barulah saya boleh merealisasikan hasrat tersebut sebab bukan semua peserta yang mereka tawarkan untuk sertai festival di sana," ujarnya.
Bukan itu saja, peserta dari Romania yang rapat dengan Mila sewaktu festival itu dikatakan berminat untuk berduet dengannya.
Tambah Mila lagi, itu semua dilepaskan kepada pihak pengurusan kerana buat masa ini masih terlalu awal untuk memperkatakan tentang perancangan duetnya itu.
"Kalau jadi mereka akan hantar lagu melalui internet, tetapi itu semua bergantung pada pihak Maestro, harapan saya memang besar kalau ada rezeki Insya Allah," bicaranya lagi.
Seperti ayam dan itik?
Berkunjung selama tiga hari di sana memberi pengertian yang berbeza buat Mila, kerana kini dia menyedari berapa pentingnya bahasa Inggeris sewaktu berada di negara orang.
Menjelaskan dengan lebih lanjut, Mila memberitahu kebanyakan peserta di sana berkomunikasi menggunakan isyarat tangan jika penterjemah tidak ada di sisi mereka.
"Kelakar juga sebab rasa macam ayam dan itik yang sedang bercakap. Ada yang langsung tidak tahu bahasa Inggeris, lepas itu bahasa mereka pun saya tidak faham, kalau jumpa hanya senyum dan angkat tangan saja," katanya.
Mula naik harga?Sudah adat jika anugerah berada di dalam genggaman tangan seorang penyanyi, namanya pasti melonjak, begitu juga dengan harga bayarannya. Mungkinkah Mila akan demand selepas ini?
"Saya serahkan semua itu di atas pihak pengurusan, saya tidak tahu sama ada mereka mahu menaikkan harga atau tidak, yang saya tahu saya bekerja dan dapat duit setiap hujung bulan.
"Lagipun itu bukan hal yang boleh saya tentukan. Saya tidak mahu menyerabutkan kepala dengan hal-hal sebegini," balasnya lagi yang ditemui selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur kelmarin.
BERSEMANGAT persembahan Mila sambil mengenggam jalur gemilang.
Malah, ketibaannya itu turut disambut oleh kelab peminatnya serta ahli keluarganya yang sabar menanti kepulangan penyanyi pujaan ramai ini.
Dia yang tiba di tanah air pukul 7 malam turut menarik perhatian orang di sekeliling balai ketibaan itu termasuk pelancong asing yang tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengannya.
Peserta dgn Romania yg mana rapat n nak berduet ngan Mila?
Adakah CHRISTINA BONDOK
[quote]
Cristina Bondoc was born in 1987. She received her classical music diploma from the George Georgescu Music High School. In 2003 she emerged as a young singer at national and international festivals. At the moment she is acquiring her higher professional education in music pedagogy at the Spitu Haret University in Bucharest. She has plenty of prizes at national and international contests.
Awards: Florentin Delmar'03 Festival (Focsani, Romania)- first prize, Dans'06 Festival
PERGINYA jauh sehingga ke Bulgaria. Bukan untuk bergembira, tet ...
tHANKS FOR THE ARTICLE KAT KOSMO TUH....ALAH ORG KITE NI KALO DAH X PUAS HATI MULE LAH....KATE FESTIVAL TU X BEST LAH...HAPE LAH....KESIANNYE MULUT2 ORG MCM NIE....ORG DAH MERENTAS LAUTAN EROPAH...MEREKA DOK SINI JE.....PHD X ABEH2......
Originally posted by bayieng at 22-5-2008 08:56 AM
tgh tanya dia la ni
SAPE PESERTA ROMANIA TUH? YG SEKSI TU KE HEHEH
...HARAP ADELAH PIHAK YG BAGI KERJASAMA BWK MILA BERTANDING KAT ITALY PLAK....WOW...NEGARA YG MELAHIRKAN SOPHIA LOREN...LUCIANO PAVAROTI....ANDREA BROCELLI
helloo..wazzup2..lama x jenguk uma nie.. uma pink lagi la x msk2 lagi.. dah 2 ari x on9
BTW, ada something nk share kat cini.tp xtau la klu bayieng dah habaq b4 this.Pg tadi ms dlm keta ngah dgr radio, terdgr ERA intebiu Mila di atas kemenangannya n ada srh Mila nyanyi skit..dgr sore Mila pun dah tau mcm br bgn tdo n last2 lirik tu, dia ubah lirik sndr ckp xlarat
Pastu, aku trs tuka radio HotFM plak..ada pasal Mila jugak..bangganya aku sbb berterusan dgr citer pasal mila kat radio2 pemes.. Terdgr ms tu, segmen Buzz FAFAI intebiu Mila pasal kemenangan tu jugak n pastu dioagr mainkan lagu ALT..eppy sgt rasa pg tadi..