SEDIA HADAPI TUDUHAN... Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan hadir di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pagi esok untuk menghadapi tuduhan meliwat. "Esok saya akan menghadapi pertuduhan fitnah yang saya tidak lakukan, tuduhan yang digunakan untuk aibkan sama seperti pada tahun 98 dan 99," kata beliau pada sidang akhbar kira-kira pukul 3.15 petang ini di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini. Kapsyen: DATUK Seri Anwar Ibrahim bersama isterinya, Datin Seri Wan Azizah semasa sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat, hari ini. -foto AP |