CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hulubelang

Terkena Buatan/Sihir Orang..?/latest by eastrun

[Copy link]
Post time 6-2-2007 11:06 AM | Show all posts

Reply #1140 BellaDeLaRossa's post

al -mansur tu kat mana pulak ?penang ke ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2007 01:10 PM | Show all posts

Reply #1141 aura77's post

aha..al-mansur tu katanya dr kedah tp last time diorg buka booth dkt penang kejap..entah lah x semena-mena me n hubby masuk dlm tu utk rawatan resdung...bodonya...x tau......tu la..x study psl al-mansur tlh haram...nauzubillah
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2007 01:53 PM | Show all posts

Reply #1142 BellaDeLaRossa's post

al-mansur ni yang duk suruh budak2 jual ubat ni.........,sekarang kau berubat kat mana......?
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2007 03:39 PM | Show all posts
boleh cite tak pasal al-mansur ni dan apesal dorang diharamkan pulak? coz aku belum dgr cite lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2007 06:20 PM | Show all posts
al mansur diharamkan...why?
tak nampak lak macam ade unsur2 pelik dalam rawatan diorang
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2007 03:32 AM | Show all posts
Originally posted by star_annise at 7-2-2007 06:20 PM
al mansur diharamkan...why?
tak nampak lak macam ade unsur2 pelik dalam rawatan diorang

mana la tau......kang dia pakai hantu kubur ker.....hantu raya ker....hantu ju on ker....mana la kita tau kan..huwallahu alam...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-2-2007 05:14 PM | Show all posts
tumpang lalu
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2007 05:19 PM | Show all posts
Assalamualaikum,

Mintak advise kenalan sumer.

Ada tak cara nak mengesan seseorg yg mungkin disihir atau kena buatan org tanpa membawa mangsa. Dan kalau nak mengubatinya,boleh tak ubat tanpa bawa mangsa.

Saya tanya nie sbb ada keluarga yg rasanya mmg kene ilmu jahat nie tapi tak boleh nak bawa dia berubat sbb dia sendiri keras hati dan ego...mmg tak dgr cakap tapi kita tahu yg dia mmg dah lain sgt...

tolong yer...tq...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2007 06:58 PM | Show all posts
kenapa kau tak bawa saja orang yang pandai berubat,mai rumah kau.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2007 06:56 AM | Show all posts
ASM.
maaf kalu aku salah..
Bab orang "sakit" tak nampak ni memang selalu berkait dengan "degil" tak nak pergi berubat.
Degil tu kalau semulajadi apa nak kata, yang itu tak dapat nak "diubat".
Mengubat orang sakit sihir ni kena sabar dan kena ambil masa yang lama, kadang bertahun2.
Aku doakan yang sakit tu sihatlah...
wallahua'lam.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2007 08:21 AM | Show all posts
tapi setau aku,benda benda keras yang memang payah dikeluarkan,ada cara untuk cepat mengeluarkannya....hanya tok bomoh yang punya ilmu kaw kaw tim jer bleh buat tuh....
Reply

Use magic Report

fms This user has been deleted
Post time 10-2-2007 12:10 PM | Show all posts

Reply #1151 GRINDSAKHTANIC's post

ustaz pon terer gak..
pakai ilmu Al-Quran je..
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2007 12:14 PM | Show all posts
maksud aku tok moh yang pakai ayat quran...bukan tok moh jamaica atau tok moh kemboja....
Reply

Use magic Report

shahmustapha This user has been deleted
Post time 12-2-2007 11:56 AM | Show all posts

Mengatasi Masaalah Sihir

Salam,

Terapi, Rawatan Dan Perlatihan Oleh Guru Kepada Hampir Semua Mahaguru Dan Paranormal/Bomoh Di Indonesia
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2007 01:25 PM | Show all posts
wahhh...tak sangka ekk..ada ga orang cina pandai ubati orang kene saka.....ingatkan tau carik feng shui jer....
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2007 12:39 PM | Show all posts
Baru baru ni saya ada call Malaysia. Dpt satu cerita. Ada pasangan suami isteri ni dlm masalah. Suami dia kena buatan orang. Paling teruk saya pernah dengar. Si suami balik kerja sahaja kunci diri dlm bilik. Tak bercakap dgn isteri dan anak.

Wah bomoh siam ka bomoh jawa ka bomoh indon ka ini? hebat sungguh!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


aturcara This user has been deleted
Post time 21-2-2007 08:40 AM | Show all posts
[quote]Originally posted by shahmustapha at 12-2-2007 11:56 AM
Salam,

Terapi, Rawatan Dan Perlatihan Oleh Guru Kepada Hampir Semua Mahaguru Dan Paranormal/Bomoh Di Indonesia
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2007 10:07 AM | Show all posts
assalamualaikum

nak share kisah saya baru2 ni

saya buat kenduri doa selamat..panggil ustaz darul syifa 2 org...solat asar jemaah dengan tetamu lain, buat bacaan yasin sebab baru masuk rumah baru..

waktu tengah sediakan masakan kat dapur tu..bapak jumpa sekor cicak kubing ..warna nye belang2 hijau kuning biru walaupun dah mati n kering...bapak sembunyikan..bapak nampak ade sorg manusia ni mencari2 sesuatu kat dapur rumah..bapak agak 'binatang' tu manusia tu punye.mungkin tercicir....bapak bawak balik kg..mintak pendapat org..org tu suruh bakar binatang tu..bapak bakar..binatang tu cam tak lut.tak terbakar....dah baca al falaq and ape yg patut.dan bakar guna kertas..lama2 terbakar jugak..tapi kertas tu walaupun dah jadik abu..structure dia (4 segi) tak terusik..bila amik kayu dan ketuk kertas tu..baru la kertas tu relai...binatang tu besar jari hantu tapi bau nye mengalahkan bangkai lembu..masa bapak bawak balik ke kg..mcm2 dugaan..dryshaft kete patah etc etc..tapi alhamdulillah smpi jugak bapak ke kg.

waktu kenduri tu ramai la saudara mara jadik tak perasan siapa la kan..lepas tu dlm salah satu bilik tetamu tu...ntah macam mana..t-shirt saya and pants hubby tergantung dlm bilik tetamu...elok jek tergantung...bapak tak kasi pakai..bawak balik gak ke kg..bakar jugak..baunye bau bangkai jugak..

seminggu sebelum kenduri saya ngan hubby nampak sekor sesumpah bertenggek kat pagar...saya halau..dah lari...rumah intermediate...sebelah rumah takde org masuk lagi...sehari sebelum kenduri adik saya pulak nampak binatang tu kat belakang rumah...

kalau sesiapa yg tahu ape jenis amalan ni...boleh la share..

tapi alhamdulillah sume dlm rumah selamat...saya cuma agak..manusia tu cuba nak malukan saya dan majlis tu dan mungkin maksud lain yg tak diketahui..majlis saya pun alhamdulillah...berjalan lancar...cuma masa ustaz tu duduk dlm rumah..dia mcm tak selesa...adik saya ckp mungkin ustaz tahu & bau busuk kat situ..tapi dia x cakap ape2...
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2007 11:08 AM | Show all posts
Aku pun pernah tgk betapa deritanya makcik aku angkara sihir. Tapi yang aku paling terkilan, orang yang menyihir tu adalah jiran sebelah rumah makcik aku. Akibat dendam, sebab datuk aku tak kahwin dengan perempuan tu , walaupun mereka bukan main lagi bercinta. Bayangkan derita yang ditanggung hampir 15 tahun. First time aku tgk dia kena, waktu tu aku berumur 15 tahun, Dah macam-macam cara makcik aku berubat, tapi tiada rezeki dia untuk sembuh. Yang pasti makcik aku memang sabar. Sehingga sekarang dah ada anak 4.

Sekarang ini makcik aku cikgu, setiap kali musim cuti sekolah dia ulang-alik pergi ambil air penawar dari Ustaz Harun Din. Apa yang aku dengar dari makcik aku, Ustaz Harun Din tak berani nak buat apa-apa, sebab benda yang ada dalam badan makcik aku tu dah sebati dengan darah dia. Kalau cuba untuk bunuh benda tu, makcik aku pasti akan terbunuh sama. Lbh kurang macam tulah.

Tapi apa yang paling aku sedih hari tu, semasa aku cuti raya tahun lepas, kali terakhir aku tengok dia kena rasuk, bayangkan apabila benda setan tu nak masuk dalam badan, tiba-tiba perut makcik aku jadi mcm orang mengandung 9 bulan, sehinggalah makcik aku pengsan, baru perut makcik aku kempis semula dan benda setan tu dah kuasai badan makcik aku.Tak dapat aku bayangkan betapa azabnya  kesakitan yang makcik aku tanggung ketika itu . Besarnya ujian ALLAH pada makcik aku.  Lepas dah dapat rasukMacam-macam hal dia buat, menari,mengilai, semua ada. kalau masa zaman sekolah dulu, aku tengok makcik aku bila kena rasuk masih boleh berdiri, tetapi sekarang ni dah terbongkok-bongkok makxcik aku. Maksudnya orang yang kenakan makcik aku dah bongkok nak mampus tapi masih tak sedar diri. Masih tak insaf. Cuma yang aku kagum dengan makcik aku, beliau hanya cuba untuk ikhtiar, tapi tak sanggup nak lawan balik, sebab dia ni alim skit dan minta ALLAH balas kat akhirat.

Tapi yang pasti, makcik aku terkena ilmu dari bomoh siam, sebab cara dia cakap pun caakap siam, siap menyembah mcm orang sembah berhala. Last sekali aku jumpa makcik aku time raya, sampai hari ni aku tak tahu apa nasib dia lagi. Sedih aku tengok penderitaan makcik aku, dari zaman anak dara, sehingga anak yang sulung dan berumur 13 tahun, tak habis-habis dugaan ALLAH pada dia.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2007 11:26 AM | Show all posts

Reply #1159 aramcna's post

kesiannya.....sebab kita tak pernah melawan,sebab tu makin menjadi2 perangai org jahat tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 01:04 AM GMT+8 , Processed in 0.076534 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list