|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Nak jawab post, bff ajak brekpes ![](static/image/smiley/default/victory.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Sah tak sihat moga sembuh...banyak kolig demam ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
Oloh...xde limau tadi...order teh o je ![](static/image/smiley/default/shocked.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Mujo mlm td 2 kali ujan turun... sejuk...
|
|
|
|
|
|
|
|
Kannn...tahu xpe kerepek pun...
|
|
|
|
|
|
|
|
Jerami ke hapa yg tangkai padi tu ![](static/image/smiley/onion/childlike.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenyataan Akhbar KPK 18 Julai 2022 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia Minggu Epidemiologi 28 (10-16 Julai 2022)[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON JULY 18, 2022
STATUS TERKINI PENGGUNAAN FASILITI KESIHATAN Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin mengumumkan bahawa secara keseluruhan, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan (hospital dan PKRC awam) bagi setiap 100,000 penduduk meningkat sebanyak sembilan peratus pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-28 tahun 2022 (ME 28/2022) berbanding ME 27/2022 (Rajah 1); Rajah 1: Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan (hospital dan PKRC awam) bagi setiap 100,000 penduduk dari ME 1/2022 sehingga ME 28/2022
Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi setiap 100,000 penduduk meningkat sebanyak 33 peratus (Rajah 2); - Pesakit kategori 1 dan 2 meningkat sebanyak 33 peratus; manakala
- Pesakit kategori 3, 4, dan 5, meningkat sebanyak 33 peratus.
Rajah 2: Taburan jumlah kemasukan pesakit COVID-19 mengikut kategori ke hospital awam mengikut kategori bagi setiap 100,000 populasi dari ME 1/2022 hingga ME 28/2022
Peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 berbanding ME-27/2022 (Rajah 3) adalah seperti berikut: - Katil bukan kritikal, meningkat sebanyak dua peratus;
- Katil Unit Rawatan Rapi (ICU), meningkat sebanyak tiga peratus; dan
- Katil Pusat Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC), kekal tiada perubahan.
Rajah 3: Peratusan pengisian katil fasiliti COVID-19 dari ME 1/2022 hingga ME 28/2022
Jumlah pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) meningkat sebanyak 0.3 peratus (Rajah 4): Rajah 4: Peratus pesakit COVID-19 memerlukan alat bantuan pernafasan dari ME 1/2022 hingga ME 28/2022
PEMANTAUAN COVID-19 DI PUSAT PENILAIAN COVID-19 (CAC) Untuk makluman, kes-kes positif COVID-19 yang dipantau oleh Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di seluruh negara telah menunjukkan peningkatan. Berikut adalah perbandingan data CAC fizikal yang dilaporkan pada ME 27/2022 dan ME 28/2022 (Rajah 5): - Bilangan kedatangan pesakit ke CAC meningkat sebanyak 23.1 peratus;
- Bilangan kes COVID-19 baharu yang menjalani pemantauan di rumah meningkat sebanyak 41.3 peratus; dan
- Bilangan kes COVID-19 yang dirujuk CAC ke PKRC dan hospital meningkat sebanyak 18.2 peratus.
Rajah 5: Trend kedatangan pesakit ke CAC fizikal, kes baharu COVID-19 menjalani pemantauan di rumah dan kes rujukan CAC ke PKRC atau hospital dari ME 10/2022 hingga ME 28/2022
Untuk trend kes aktif harian COVID-19 yang dipantau secara maya (CAC Maya), pada akhir ME 28/2022 ianya meningkat 33.8 peratus berbanding pada akhir ME 27/2022 (dari 53,306 kes kepada 71,326 kes), seperti di Rajah 6: Rajah 6: Trend kes aktif COVID-19 di bawah pemantauan CAC Maya berdasarkan keadaan klinikal pesakit dari ME 1/2022 hingga ME 28/2022
STATUS TERKINI KES COVID-19 Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 16 Julai 2022 (ME 28/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut: - Kumulatif kes baharu: 4,619,045;
- Kumulatif kes sembuh: 4,540,717 kes;
- Kumulatif kes kematian: 35,848 kes; dan
- Kumulatif kluster: 7,026 kluster (kluster aktif: 12 kluster).
Perbandingan antara ME 27/2022 dan ME 28/2022: - Bilangan kes sembuh pada ME 28/2022 telah meningkat sebanyak 16.8 peratus (16,379 kes kepada 19,138 kes) Rajah 7;
- Bilangan kes baharu pada ME 28/2022 telah meningkat sebanyak 23.4 peratus (21,355 kes kepada 26,355 kes) Rajah 8;
- Bilangan kes tempatan meningkatsebanyak 23.4 peratus (21,325 kes kepada 26,317 kes); dan
- Bilangan kes import meningkatsebanyak 26.6 peratus (30 kes kepada 38 kes).
- Bilangan kes kematian pada ME 28/2022 menunjukkan peningkatan sebanyak 2.6 peratus (38 kes kepada 39 kes) berbanding ME 27/2022; dan
- Purata kes aktif setiap hari bagi ME 28/2022 adalah 38,110 iaitu terdapat peningkatan sebanyak 18.6 peratus berbanding minggu sebelumnya (Rajah 9).
Rajah 7: Taburan kes baharu, kes sembuh, dan kes kematian COVID-19 sehingga ME 28/2022
Rajah 8: Taburan kes baharu, kes tempatan, dan kes import COVID-19 sehingga ME 28/2022
Rajah 9: Purata 7 hari kes aktif harian COVID-19 dari ME1/2022 hingga ME 28/2022
NILAI RT Purata nilai RT juga menunjukkan statik iaitu 1.10 pada ME 28/2022 (Rajah 10). Rajah 10: PurataNilai RT tahun 2022 sehingga ME 28/2022
SURVELAN INFLUENZA-LIKE ILLNESS (ILI) DAN SEVERE ACUTE RESPIRATORY INFECTION (SARI) BAGI COVID-19 KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga ME 28/2022, hasil survelan COVID-19 di lokasi sentinel seluruh negara mendapati: - Kadar positif sampel ILI bagi COVID-19 pada ME 28/2022 meningkat sebanyak 8.5 peratus daripada 10.6 peratus pada ME 27/2022 kepada 11.5 peratuspada ME 28/2022 (Rajah 11); dan
- Kadar positif sampel SARI bagi COVID-19 kekal 0 peratus pada ME 28/2022 (Rajah 12).
Rajah 11: Kadar positif sampel ILI bagi COVID-19 dari klinik kesihatan sentinel sehingga ME 28/2022
Rajah 12: Kadar positif sampel SARI bagi COVID-19 dari hospital sentinel sehingga ME 28/2022
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19 Sejak 1 April 2022, Malaysia telah berada di dalam Fasa Peralihan ke Endemik susulan keberkesanan tindakan pencegahan dan kawalan kesihatan awam. Peralihan fasa ini juga disebabkan oleh kejayaan program vaksinasi COVID-19 di seluruh negara. Walaupun demikian, KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu; - Elakkan 3S;
- Amalkan 3W;
- Amalkan TRIIS;
- Jalani ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
- Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
- Individu yang perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline) untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
- Individu yang positif COVID-19 Kategori 2A ke atas (sama ada berisiko tinggi atau tidak) atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
- Individu yang belum menerima vaksin COVID-19 dinasihatkan agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin bagi melindungi diri dan orang tersayang.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan. Sekian, terima kasih. TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA 18 Julai 2022 @ 10.00 pagi
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by seribulan at 18-7-2022 03:20 PM
Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 274 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 377,906 kes.Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 246 (termasuk yang discaj darihospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 369,332 orang. Manakala 178 pesakitsedang menerima rawatan iaitu 171 orang di hospital, tiga (3) orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) awam dan empat (4) orang di fasiliti swasta. Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah lapan (8) orang di ICU/repurposed kritikal care manakala lima (5) orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated). Kedudukan Kes Positif COVID-19 a. Angka jangkitan harian terus meningkat hari ini dengan 274 kes baharu, pertambahan 13 kes berbanding jumlah semalam. b. Kota Kinabalu mencatatkan peningkatan jangkitan baharu yang amat tinggi dengan 137 kes, pertambahan 54 kes berbanding hari sebelumnya. Hampir 70% daripada angka jangkitan di Kota Kinabalu adalah melalui jangkitan sporadik. Enam (6) daerah lain mencatat peningkatan jangkitan harian termasuk Putatan 21 kes (+4), Tuaran 16 kes (+5) dan Tawau 14 kes (+7). c. Walaupun 13 daerah mencatatkan penurunan kes baharu berbanding tujuh (7)daerah sahaja yang mencatatkan peningkatan, tetapi kadar penurunan kes di daerah-daerah tersebut adalah kecil. Peningkatan kes-kes baharu yang banyak di beberapa daerah khususnya Kota Kinabalu mengakibatkan jumlah kes baharu bagi Sabah terus berada pada tahap yang tinggi. 11 daerah tidak merekodkan sebarang kes baharu berbanding lapan (8) daerah semalam. d. Sebanyak 271 daripada 274 kes yang direkodkan hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, manakala terdapat satu (1) kes dalam Kategori 3 dan dua (2) kes dalam Kategori 4. Tiada kluster baharu direkodkan hari ini. Jumlah kapasiti katil 962 unit. Hospital 924 unit.
PKRC (Awam) 10 unit.
Hospital Swasta 28 Unit Jumlah peratusan penggunaan katil ialah 18.51%.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu
COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 231 kes, menjadikan jumlah kumulatif
sebanyak 378,137 kes. Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 206 (termasuk yang discaj dari
hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 369,538 orang. Manakala 186 pesakit
sedang menerima rawatan iaitu 180 orang di hospital, dua (2) orang di Pusat Kuarantin
dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) awam dan empat (4) orang di fasiliti swasta.
Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 10 orang di ICU/repurposed
kritikal care manakala lima (5) orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan
(ventilated). Kedudukan Kes Positif COVID-19 a. Sabah mencatatkan jangkitan harian 231 kes hari ini iaitu 43 lebih rendah
daripada jumlah kelmarin. b. Penurunan jumlah jangkitan hari ini banyak ditentukan oleh penurunan besar kes
baharu di Kota Kinabalu daripada 137 kes semalam kepada hanya 63 kes (-74)
sahaja hari ini. Beberapa daerah lain juga merekodkan penurunan kes seperti
Tawau (-14), Lahad Datu (-6), Tenom (-5) dan Kudat (-5). c. Penampang merekodkan peningkatan kes harian tertinggi sebanyak 56 kes
daripada 24 kes kelmarin kepada 80 kes hari ini dan sekaligus penyumbang
tertinggi jangkitan COVID-19 di negeri ini hari ini. Kecuali Sandakan yang naik
empat (4) kes, daerah-daerah lain yang mencatat pertambahan hanyalah pada
kadar yang marginal. Sebanyak 14 daerah tidak mencatatkan sebarang kes
baharu dalam tempoh 24 jam yang lalu berbanding 11 daerah semalam. d. Sebagai makluman, perubahan secara mendadak angka jangkitan harian di
beberapa daerah seperti Kota Kinabalu dan Penampang berpunca daripada
tempoh masa yang lebih lama untuk menyiapkan proses saringan sampel ujian
yang adakalanya mendadak tinggi pada hari-hari tertentu. Akibatnya, ada
keputusan-keputusan ujian yang tidak sempat didaftar pada hari yang sama dan
terpaksa dibawa ke hadapan untuk didaftarkan di hari-hari seterusnya. e. Sebanyak 228 daripada 231 kes yang direkodkan hari ini adalah dalam Kategori
1 dan Kategori 2, manakala masing-masing terdapat satu (1) kes dalam Kategori
3, Kategori 4 dan Kategori 5. Tiada kluster baharu direkodkan hari ini. Jumlah kapasiti katil 954 unit.
Hospital 916 unit.
PKRC (Awam) 10 unit.
Hospital Swasta 28 Unit Jumlah peratusan penggunaan katil ialah 19.50%.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 224 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 378,361 kes. Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 181 (termasuk yang discaj darihospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 369,719 orang. Manakala 216 pesakitsedang menerima rawatan iaitu 207 orang di hospital, lima (5) orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) awam dan empat (4) orang di fasiliti swasta. Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 10 orang di ICU/repurposed kritikal care manakala lima (5) orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).. Kedudukan Kes Positif COVID-19 a. Jumlah jangkitan baharu hari ini ialah 224 kes, penurunan sebanyak tujuh (7) kes berbanding semalam. b. Secara keseluruhan, keadaan tidak banyak berubah dengan kedudukan semalam kecuali Kota Kinabalu yang kembali mencatat jangkitan baharu tiga angka dengan 137 kes (+74). Sembilan (9) daerah merekodkan peningkatan kes harian sementara 10 daerah mencatatkan penurunan angka jangkitan harian. Sebanyak 10 daerah tidak mencatatkan sebarang kes baharu hari ini berbanding 14 daerah kelmarin. c. Kota Kinabalu merekodkan peningkatan jangkitan baharu yang tinggi dengan 137 kes, yakni daripada 63 kes kelmarin kepada 137 kes hari ini. Empat (4) daerah merekod kes baharu dua (2) angka, Penampang 15 kes (-65), Papar 13 kes (-3), Tuaran 13 kes (+1) dan Putatan 10 kes (-12). Enam (6) daerah yang ‘bersih’ daripada jangkitan sebelum ini mencatatkan semula kes baharu hari ini. d. Sebanyak 223 daripada 224 kes yang direkodkan hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, manakala terdapat satu (1) kes dalam Kategori 3. Tiada kluster baharu direkodkan hari ini. Jumlah kapasiti katil 957 unit. Hospital 919 unit.
PKRC (Awam) 10 unit.
Hospital Swasta 28 Unit Jumlah peratusan penggunaan katil ialah 22.57%.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 234 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 378,595 kes. Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 186 (termasuk yang discaj darihospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 369,905 orang. Manakala 229 pesakitsedang menerima rawatan iaitu 220 orang di hospital, lima (5) orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) awam dan empat (4) orang di fasiliti swasta. Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah sembila (9) orang iaitu lapan (8) di ICU/repurposed kritikal care dan satu (1) orang di open ward (HDW/kubikel akut) manakala tujuh (7) orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated). Kedudukan Kes Positif COVID-19 a. Angka jangkitan baharu meningkat sedikit kepada 234 kes hari ini iaitu peningkatan sebanyak 10 kes berbanding semalam. b. 13 daerah mencatatkan peningkatan kes baharu berbanding dengan sembilan (9) daerah yang mencatatkan penurunan. Hari ini cuma tujuh (7) daerah yang tidak mencatat sebarang jangkitan baharu. c. Daripada 22 daerah yang mencatat jangkitan baharu, Kota Kinabalu merekodkan jangkitan tertinggi dengan 112 kes (-15), Penampang 19 kes (+4), Sandakan 19 kes (+14), Beaufort 13 kes (+13), Lahad Datu 12 kes (+5), Papar 11 kes (-2), Tawau 11 kes (+3) dan Tuaran 11 kes (-2). Sebanyak 12 daerah lain merekodkan kes baharu satu (1) angka. d. ujian yang lebih banyak daripada sebelumnya. Jumlah sampel ujian hari ini ialah 3,127 dengan kadar positiviti 11.48%.e. Sebanyak 228 daripada 234 kes yang direkodkan hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, empat (4) kes dalam Kategori 3 dan dua (2) kes dalam Kategori 5. Tiada kluster baharu direkodkan hari ini. Jumlah kapasiti katil 957 unit. Hospital 919 unit.
PKRC (Awam) 10 unit.
Hospital Swasta 28 Unit Jumlah peratusan penggunaan katil ialah 23.93%.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 17-7-2022 11:08 AM
Perabihkan stok coklat yang diborong...ni tgh panas rendang daging bff bagi
Ofis pun ...
Musim agaknya. Jiran pun ramai yang batuk, demam. Dekat tempat kerja ni pun ada yang baru sembuh dari influenza. Denggi pun ada. Iols pun sentiasa berjaga-jaga, kadang diorang batuk tak pakai mask. |
|
|
|
|
|
|
|
BlackOpium replied at 20-7-2022 08:17 PM
Musim agaknya. Jiran pun ramai yang batuk, demam. Dekat tempat kerja ni pun ada yang baru sembuh d ...
Hati-hati kita jaga kita...meeting online pagi ni ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by seribulan at 21-7-2022 07:42 AM
.
.
. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 267 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 379,141 kes. Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 160 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 370,280 orang. Manakala 224 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 216 orang di hospital, empat (4) orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) awam dan empat (4) orang di fasiliti swasta. Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 10 orang iaitu sembilan (9) di ICU/repurposed kritikal care dan satu (1) orang di open ward (HDW/kubikel akut) manakala tujuh (7) orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated). Kedudukan Kes Positif COVID-19 a. Angka jangkitan harian yang didaftarkan hari ini ialah 267 kes, iaitu 12 kes lebih rendah daripada jumlah semalam. b. Sebanyak 173 daripada 267 kes hari ini dicatat di daerah Kota Kinabalu. Ini merupakan 64.8% daripada jumlah kes keseluruhan di Sabah hari ini. Angka yang begitu tinggi di Kota Kinabalu melibatkan kes-kes terbaru dan juga kes-kes tertunggak yang mana keputusan sampel ujian hanya sempat didaftar hari ini. Dengan mengambilkira keputusan-keputusan tertunggak, Kota Kinabalu mencatatkan peningkatan (+86) kes atau lebih dua (2) kali ganda daripada angka jangkitan kelmarin. Sebanyak 70.5% adalah melalui jangkitan sporadik. c. Secara keseluruhan jumlah daerah yang mencatatkan penurunan (17 daerah) jauh lebih banyak daripada jumlah daerah (3 daerah) yang mencatatkan penurunan kes baharu. Antara daerah-daerah yang mencatatkan penurunan ialah Putatan (-24), Sandakan (-15), Beaufort (-13), Papar (-11) dan Penampang (-6). Sembilan daerah tidak mencatatkan sebarang kes baharu hari ini berbanding hanya empat (4) daerah semalam. Sebagai makluman tambahan, jumlah sampel ujian hari ini ialah 3,329 dengan kadar positiviti 9.88%. d. Sebanyak 263 daripada 267 kes yang direkodkan hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, serta empat (4) kes dalam Kategori 3. Tiada kluster baharu direkodkan hari ini. Jumlah kapasiti katil 959 unit. • Hospital 921 unit. • PKRC (Awam) 10 unit. • Hospital Swasta 28 Unit Jumlah peratusan penggunaan katil ialah 23.36%
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|