CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Amandaminaj96

BORAK KOSONG CHAT GOSIP ULASAN LUAHAN DAN BERSANTAI VOLUME 33

 Close [Copy link]
Post time 17-3-2021 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 17-3-2021 04:23 PM
Patutnya yang sweet...

Kita ikut British ...haah...

Betul but it means sth yg salty or spicy, not sweet. Dlm konteks sb bg ni, it is a noun. So, dia rujuk kpd snack or appetizers yg sweet - cakes and savouries - mini sandwiches
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2021 04:39 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 17-3-2021 03:42 PM
Scheherazade replied at 17-3-2021 03:37 PM
Betul but it means sth yg salty or spicy, not sweet. Dlm konteks sb bg ni, it is a noun. So, dia r ...

saya maksud yg sweet...my bad...savoury yg saya suka cook...betul3x...
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2021 04:42 PM | Show all posts
bod sinun-

Tangguh dahulu dos kedua, utamakan dos pertama pada semua rakyat
Malaysiadateline.com

Oleh SITI NUR ZAWANI MISCON
March 16, 2021 6:06 pm



Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan agar kerajaan memberi tumpuan kepada cadangan agar dos pertama vaksin Covid-19 diberikan kepada seluruh rakyat Malaysia sebelum pemberian dos kedua.

Beliau berkata, rakyat Malaysia tidak harus dibiarkan menunggu berbulan-bulan untuk mendapatkan dos pertama, sedangkan ada individu lain sudah dalam giliran untuk mendapatkan suntikan kedua.

“Saya cadangkan kerajaan teliti segera cadangan ini dan tumpu kepada dos pertama dan tangguhkan dos kedua. Kita tumpu untuk semua rakyat sebelum fokus kepada dos kedua.

“Saya buat pembacaan dan semakan adakah ia akan menggugat keselamatan kesihatan rakyat (sekiranya menangguh dos kedua), jawapannya tidak. Tetapi ia lebih baik sebab ramai rakyat dapat manfaat.

“Apa kata tunggu dulu dos kedua itu. Tunggu dan berikan kepada rakyat yang belum dapat dos pertama. Tapi sekarang ini lepas tiga minggu, dah bagi dos kedua. Takpayah lah begitu. Rakyat lain ni nak tunggu berapa lama pula. Enam bulan?,” soalnya dalam sidang medianya hari ini.

Presiden Pakatan Harapan (PH) itu juga menegaskan, kerajaan perlu memudahkan proses orang ramai untuk mendapatkan vaksin dengan menghapuskan segala jenis borang yang rumit dan menyukarkan orang ramai.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2021 04:44 PM | Show all posts
Bod sinun-


17 Mac 2021: Jumlah kes COVID-19 adalah 1,219 kes

Selangor :499kes
Sabah :31kes
Johor :169kes
KL :54kes
N Sembilan :46kes
P Pinang :69kes
Sarawak :225kes
Perak :36kes
Kedah :26kes
Melaka :20kes
Kelantan :19kes
Pahang :3kes
Terengganu :15kes
Labuan :1kes
PJ :5kes
Perlis :1kes



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2021 04:45 PM | Show all posts
Kenyataan Akhbar KPK 17 Mac 2021 – Keperluan Pengambilan Dua Dos Vaksin Comirnaty
        By DG of Health on March 17, 2021

        Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum akan isu yang ditimbulkan berkaitan keperluan pengambilan dua dos vaksin COVID-19 jenama COMIRNATY Concentrate for Dispersion for Injection (MAL21016022AZ) keluaran Pfizer-BioNTech. Kenyataan ini dikeluarkan untuk memberi penjelasan berkenaan pemberian dua dos vaksin COMIRNATY tersebut.
Tahap keberkesanan vaksin COMIRNATY dilaporkan sebagai 94.6% (N= 36,621) dalam mencegah jangkitan SARS CoV2 bergejala, berdasarkan kajian klinikal fasa 3 yang melibatkan suntikan dua dos dengan selang masa 21 hari (selang masa dibenarkan adalah sehingga 42 hari). Walau bagaimanapun, Strategic Advisory Group of Experts on Immunization (SAGE) daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan agar dos kedua diberikan selepas 21-28 hari daripada dos pertama.


Berdasarkan pemerhatian dalam kajian klinikal tersebut, keberkesanan vaksin COMIRNATY telah ditunjukkan bermula dari hari ke-12 selepas pemberian dos pertama dan mencapai kira-kira 89% keberkesanan di antara hari ke-14 dan 21, iaitu pada masa dos kedua akan diberikan. Pada masa ini, keberkesanan jangka panjang untuk pemberian satu (1) dos vaksin COMIRNATY tidak diketahui kerana penerima vaksin dalam kajian klinikal tersebut menerima dua (2) dos dengan selang masa antara 19 hingga 42 hari. Adalah penting untuk diberi perhatian bahawa peningkatan ketara antibodi yang berkebolehan memberi keberkesanan jangka panjang seseorang adalah selepas dos kedua. Kelewatan mendapatkan dos kedua mungkin akan melambatkan penghasilan antibodi yang optimum.


Kementerian Kesihatan sentiasa menjalankan pemantauan secara berterusan terhadap vaksin yang digunakan dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan melalui program pemantauan mutu produk berdaftar dan pharmacovigilance bagi memastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanan vaksin tersebut sentiasa terjamin.
Sekian, terima kasih.
“LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA”
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

17 MAC 2021 @ 11.30 pagi


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2021 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Scheherazade replied at 17-3-2021 04:29 PM
Esok cuti apa? Apasal den still ada appmt esok? Huhu

Tmr iols off day hehehe..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-3-2021 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 17-3-2021 04:29 PM
Boh le bunga2...cam sakura @ tulip kat Jepun yg saya letak first page tu...die happily dah tengok  ...

Nanti sy tepek gmbr bunga bebanyak hehehe...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2021 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 17-3-2021 04:31 PM
Haaaaaaaaa...boh gambo kucing tu...

Balik koje sy tepek..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2021 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Scheherazade replied at 17-3-2021 04:23 PM
Ni apa kaben? Baked potato ka?

Tak tau nama apa. Kakben potong kentang, bubuh meat ball, curah sos Prego. Buh bawang2 . Bakar dalam airfryer
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2021 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Scheherazade replied at 17-3-2021 04:22 PM
Aiyaiyai, sedap nih kaben

Ya sedap pula2 kalau kolig belanja. Hehe
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2021 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Amandaminaj96 replied at 17-3-2021 03:54 PM
Nanti sy tepek gmbr bunga bebanyak hehehe...

Cayang adik manis...dgn kucing peknen haha...
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2021 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Amandaminaj96 replied at 17-3-2021 03:55 PM
Balik koje sy tepek..

Proaktif...ni tunggu PM nak citer ape
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2021 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
kuihbakar replied at 17-3-2021 04:17 PM
Ya sedap pula2 kalau kolig belanja. Hehe

Betul3x nyampuk plak...hihi...
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2021 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Scheherazade replied at 17-3-2021 04:22 PM
Salu den buat grey oyster mcm ni. Enoki pun boleh eh? Den dulu semua benda nk cicah sambal kicap.  ...

Ya sedap sangat ni sche. Rangup sangat. Enoki pun murah je kat Tesco namposen je. Kena try buat nanti
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2021 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Scheherazade replied at 17-3-2021 04:16 PM
Whoot whoot! Cayalah kaben. Keep it up!  den ni gumuk ja sbb xleh nk aktif mcm dulu masa  ...

Satu lagi kaben sakit tumit. Dr memang suruh turunkan berat badan
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2021 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Scheherazade replied at 17-3-2021 04:14 PM
Wah, kaben dah ke negara Balkan. Best nya. Baper lama kaben di sana?

Ya pernah tahun 2018 rasanya. Pergi 13 hari ke sana. Backpack je sche. Travel bajet3 je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-3-2021 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 17-3-2021 05:29 PM
Cayang adik manis...dgn kucing peknen  haha...

Kucing gomok gedempol hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2021 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
kuihbakar replied at 17-3-2021 04:35 PM
Satu lagi kaben sakit tumit. Dr memang suruh turunkan berat badan

Try garam + lada hitam tu...
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2021 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Amandaminaj96 replied at 17-3-2021 04:36 PM
Kucing gomok gedempol hehe..

Buatam tomcat...haha...boyot2 tu...
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2021 05:45 PM | Show all posts


From the Desk of the Director-General of Health MalaysiaA NATION WORKING TOGETHER FOR BETTER HEALTH

SEARCH FOR...

[size=0.8em]COMMUNICABLE DISEASEKenyataan Akhbar KPK 17 Mac 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON MARCH 17, 2021
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT
CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
17 MAC 2021
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 17 Mac 2021 (jam 12:00 tengah hari);
  • Kes sembuh : 1,346 kes (310,958 kes kumulatif, 95.0%);
  • Kes baharu : 1,219 kes (327,253 kes kumulatif);
  • Kes import : 7kes (1 warganegara; 6 bukan warganegara)
  • Kes tempatan : 1,212 kes [769 warganegara (63.4%); 443 bukan warganegara (36.6%)];
  • Kes aktif : 15,075 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 154 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 64 kes;dan
  • Kes kematian : 2 kes (1,220 kes kumulatif, 0.37%; 2 warganegara).
Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 499 kes (40.9 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 406kes (81.4 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 225 kes (18.5 peratus) dan Johor sebanyak 169 kes (13.9 peratus).
Sebanyak 39 kes (3.2 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Sementara (DTI) yang membabitkan Kluster Tembok Muhasabah (17 kes), Kluster Tembok Sungai Udang (14 kes), Kluster Tembok Bukit Besi (4 kes), Kluster Telok Mas (2 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (1 kes), dan Kluster DTI Persiaran Wawasan (1 kes).
Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan dua (2) kes di Sabah. Kedua-dua kes kematian melibatkan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.
Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER
Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 17 Mac 2021:
  • Jumlah kluster : 1,267 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 12 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 838 kluster (termasuk 11 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan DC, Kluster Ladang Pekan, Kluster Dedap, Kluster Jalan Uda Utama, Kluster Jalan Harun, Kluster Tapak Bina Jalan Cheras, Kluster Persiaran Subang, Kluster Jalan Kasturi, Kluster Senai Murni Empat, Kluster Jalan Lazuardi, dan Kluster Industri Wawasan;
  • Jumlah kluster aktif : 429 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 58 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Subang Dua (146 kes), Kluster Jalan Setia Jaya (57 kes), dan Kluster Kompleks Perabut (43 kes).
KLUSTER BAHARU
KKM juga ingin memaklumkan terdapat 12 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan lapan (8) kluster tempat kerja, dua (2) kluster komuniti, dan masing-masing satu (1) kluster yang melibatkan pusat tahanan dan import.
Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
No.Nama KlusterNegeriKategori Kluster
1Subang DuaSelangorTempat Kerja
2Jalan Lada SulahSelangorTempat Kerja
3Meranti JayaSelangorTempat Kerja
4Jalan MerpatiSarawakTempat Kerja
5Kayu GadingJohorTempat Kerja
6Jalan PerdanaNegeri SembilanTempat Kerja
7Long YunusKelantanTempat Kerja
8Banggol LepahKelantanTempat Kerja
9Jalan Hang TuahJohorKomuniti
10Taman Ria EnamSabahKomuniti
11Tembok MuhasabahJohorPusat Tahanan
12AndromedaJohorImport
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
17 Mac 2021 @ 5.30 petang.
LAMPIRAN 1
BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 17 MAC 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR499110,197
SABAH3154,001
JOHOR169 (4)39,464
WP KUALA LUMPUR54 (3)36,620
NEGERI SEMBILAN4616,845
PULAU PINANG6913,818
SARAWAK22513,110
PERAK3612,439
KEDAH267,951
MELAKA206,196
KELANTAN  195,456
PAHANG33,967
TERENGGANU153,486
WP LABUAN12,272
WP PUTRAJAYA51,110
PERLIS1321
JUMLAH KESELURUHAN1,219 (7)327,253
*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import
LAMPIRAN 2
Perincian 1,219 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 17 Mac 2021 adalah seperti berikut:
  • Selangor: 499 kes
    • 256 kes daripada kluster-kluster, termasuk 156 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Meranti Jaya, Kluster Subang Dua, dan Kluster Jalan Lada Sulah;
    • 150 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 93 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 225 kes
    • 36 kes daripada kluster-kluster, termasuk empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Merpati;
    • 142 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 47 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 169 kes
    • 113 kes daripada kluster-kluster, termasuk 41 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Hang Tuah, Kluster Kayu Gading, dan Kluster Andromeda (Kluster ini melibatkan empat (4) kes import dari luar negara);
    • 37 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 19 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 69 kes
    • 31 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 38 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 54 kes
    • Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 19 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Tiga (3) kes import dari luar negara; dan
    • 27 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 46 kes
    • 33 kes daripada kluster-kluster, termasuk 24 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Perdana dan Kluster Tembok Muhasabah;
    • Lapan (8) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 36 kes
    • 15 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 12 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Sembilan (9) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 31 kes
    • Enam (6) kes daripada kluster-kluster, termasuk empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Taman Ria Enam;
    • 17 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 26 kes
    • Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 18 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 20 kes
    • 16 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 19 kes
    • 13 kes daripada kluster-kluster, termasuk tujuh (7) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Banggol Lepah dan Kluster Jalan Long Yunus;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: 15 kes
    • 13 kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Pahang: Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perlis: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.
LAMPIRAN 3
Ringkasan dua (2) kes kematian pada 17 Mac 2021 adalah seperti berikut:
No. KematianNo. KesNegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
1219252696SabahLelaki (WN)75Hospital Duchess of Kent, SandakanPenyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan jantung
1220263003SabahPerempuan (WN)58Hospital Duchess of Kent, SandakanPenyakit darah tinggi
*WN merujuk kepada warganegara.
LAMPIRAN 4
Perincian 12 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:
  • KLUSTER SUBANG DUA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 16 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Subang 2, Taman Perindustrian Subang, Petaling. Sehingga 17 Mac 2021, sejumlah 602 individu telah disaring, di mana 153 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER JALAN LADA SULAH
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling dan Klang di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 22 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Lada Sulah, Shah Alam. Sehingga 17 Mac 2021, sejumlah 327 individu telah disaring, di mana 18 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER MERANTI JAYA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sepang di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 14 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Taman Meranti Jaya, Puchong. Sehingga 17 Mac 2021, sejumlah 101 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER JALAN MERPATI
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Miri di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-313285) dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah pasar raya yang terletak di Jalan Merpati, Miri. Sehingga 17 Mac 2021, sejumlah 310 individu telah disaring, di mana 51 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER KAYU GADING
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batu Pahat di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 14 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja tiga (3) buah kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Sri Gading II, Batu Pahat. Sehingga 17 Mac 2021, sejumlah 101 individu telah disaring, di mana 36 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER JALAN PERDANA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban dan Rembau di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-324416) dilaporkan positif COVID-19 pada 15 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pendidikan yang terletak di Jalan Perdana 2, Taman Rembau Perdana, Rembau. Sehingga 17 Mac 2021, sejumlah 229 individu telah disaring, di mana 23 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER JALAN LONG YUNUS
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Pasir Puteh, Bachok, dan Kota Bharu di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-322352) dilaporkan positif COVID-19 pada 13 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan-kakitangan sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak di Jalan Long Yunus, Kota Bharu. Sehingga 17 Mac 2021, sejumlah 214 individu telah disaring, di mana 23 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER BANGGOL LEPAH
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Bachok, Kuala Krai, Tanah Merah, Pasir Puteh, dan Kota Bharu di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-311717) dilaporkan positif COVID-19 pada 6 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah tapak binaan yang terletak di Kampung Banggol Lepah, Kota Bharu. Sehingga 17 Mac 2021, sejumlah 261 individu telah disaring, di mana 41 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER JALAN HANG TUAH
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-312676) dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan kes-kes dalam kluster ini iaitu di Jalan Hang Tuah 24, Johor Bahru. Sehingga 17 Mac 2021, sejumlah 155 individu telah disaring, di mana 20 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER TAMAN RIA ENAM
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Tawau di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-318489) dilaporkan positif COVID-19 pada 11 Mac 2021 hasil saringan pra prosedur. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Taman Ria 6, Sri Tanjung, Tawau. Sehingga 17 Mac 2021, sejumlah 85 individu telah disaring, di mana 16 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER TEMBOK MUHASABAH
Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Jelebu di Negeri Sembilan. Kes-kes dalam kluster ini melibatkan tahanan-tahanan yang dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 15 Mac 2021 hasil saringan bersasar sebuah pusat tahanan yang terletak di Jalan Kuala Klawang, Jelebu. Sehingga 17 Mac 2021, sejumlah 225  individu telah disaring, di mana 49 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER ANDROMEDA
Kluster import ini melibatkan daerah Muar di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-324289) dilaporkan positif COVID-19 pada 15 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan krew-krew sebuah kapal korek dari Singapura. Sehingga 17 Mac 2021, sejumlah 44 individu telah disaring, di mana enam (6) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 06:12 PM GMT+8 , Processed in 1.051400 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list