CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: HangPC2

Kedah Darul Aman FC (KDA FC)

 Close [Copy link]
Post time 1-3-2008 10:18 PM | Show all posts
N9 0
Kedah 1
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2008 10:42 PM | Show all posts

Seri

N9 1
Kedah 1

Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2008 12:18 AM | Show all posts
gol penyamaan last minit tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2008 01:42 AM | Show all posts
iskkkkkkkk......
dero plak....
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2008 09:08 AM | Show all posts

Tiada masalah buat Kedah

Oleh Mohd Fadzrie Hazis

Hijau Kuning mampu pertahan gelaran Liga Super: Sathianathan

STATUS Kedah selaku pendahulu Liga Super selepas perlawanan kelmarin lebih menerbitkan hujah betapa barisan bimbingan Azraai Khor Abdullah memiliki segala ramuan mujarab untuk tampil mempertahankan mahkota prestij itu, musim ini.

Apapun, skuad Hijau Kuning itu harus berwaspada pada setiap langkahan selepas ini kerana hanya dibezakan empat mata dengan pencabar terdekat, Perak namun pada kaca mata jurulatih skuad kebangsaan, B Sathianathan, Kedah tetap berbekal kriteria yang cukup untuk 'mencecah dulu garisan penamat' ketika berbaki lapan perlawanan buat menamatkan kempen mereka.

"Saya sudah menyaksikan aksi setiap pasukan musim ini. Bagi saya Kedah adalah pasukan terbaik dalam Liga Super dan saya percaya mereka mampu mempertahankan kejuaraan liga di hujung musim dengan kekuatan yang menyeluruh.

"Tidak dinafikan mereka adalah pasukan paling konsisten setakat ini. Bagi penilaian saya mereka sepatutnya mampu mempertahankan kejuaraan Liga Super yang dimenangi musim lalu, " kata Sathia, semalam.

Dua pencabar terdekat Kedah -Perak dan Selangor – kini tidak jauh di belakang dengan 34 dan 33 mata berbanding Kedah yang kini mencatat 38 mata daripada 16 perlawanan selepas terikat 1-1 dengan Negeri Sembilan, kelmarin.

Namun, Sathia menyifatkan kedua-dua pasukan itu kurang konsisten berbanding Kedah dan masih mempunyai kelemahan yang harus diperbaiki untuk terus bersaing merebut gelaran liga.

"Selangor pada musim ini mempunyai rangkaian serangan cukup kuat yang diketuai Safee Sali, tetapi bahagian benteng mereka masih kurang konsisten dan kerap melepaskan jaringan mudah.

"Begitu juga Perak. Ketika pertemuan dengan Perlis saya dapati pasukan itu terlalu bergantung kepada beberapa pemain secara individu dalam setiap perlawanan," kata pengendali itu.

Sementara itu, pasukan lain seperti Terengganu dan Negeri Sembilan juga mendapat perhatian Sathia kerana kemampuan kedua-dua pasukan itu menonjolkan bakat muda walaupun tidak berada di paras sama dengan Kedah ketika ini.

"Jurang Terengganu sebenarnya tidak jauh dengan Perak dan Selangor, mereka kebal di tempat sendiri dan kelemahan mereka hanya untuk mengekalkan aksi konsisten dalam setiap perlawanan.

"Begitu juga dengan Negeri Sembilan, mereka mempertaruhkan beberapa pemain muda musim ini dan pasukan ini mempunyai masa depan cerah. Langkah pasukan itu menyandarkan harapan kepada pemain muda sebenarnya adalah sesuatu yang positif buat skuad kebangsaan.

"Kini pemain-pemain muda seperti Aidil Zafuan, Zaquan Adha Abdul Radzak dan S Kunalan berupaya beraksi dalam kesebelasan utama, dan ini akan hanya membantu peningkatan permainan mereka apabila bersama skuad kebangsaan, " katanya.



http://www.bharian.com.my/Curren ... /Article/index_html
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2008 12:04 PM | Show all posts

Seri ajar Kedah jangan alpa

KUALA LUMPUR - Jurulatih Kedah, Mohd. Azraai Khor Abdullah menyifatkan keputusan 1-1 dengan Negeri Sembilan Naza, iaitu seri pertama selepas menang sembilan kali berturut-turut pada perlawanan bola sepak Liga Super kelmarin, pengajaran berguna kepada pemain.

Kekalahan tersebut, katanya berpunca daripada kelalaian pemain yang mudah berasa yakin walaupun hanya mendahului dengan satu gol.

Menurutnya, pemain perlu menyalahkan diri sendiri kerana terlepas dua mata berharga untuk terus tidak tercabar di takhta liga.

''Kita sepatutnya menang perlawanan semalam (kelmarin). Tetapi para pemain leka, cepat berasa yakin menang perlawanan, mungkin ia juga disebabkan suasana ketika itu apabila penonton tuan rumah sudah mula meninggalkan stadium.

''Akhirnya tuan rumah menjaringkan gol pada masa kecederaan. Keputusan ini merupakan satu mesej supaya pemain jangan alpa walaupun sedetik kerana dalam tempoh sesingkat itu, ia boleh mengubah keputusan perlawanan,'' katanya ketika dihubungi semalam.

Tuan rumah, NS Naza mencalar rekod sembilan kemenangan berturut-turut Kedah apabila mengikat pasukan yang menjulang tiga kejuaraan tahun lalu di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, kelmarin.

Keputusan itu walaupun tidak menjejaskan kedudukan Kedah di takhta liga dengan 38 mata, namun hanya menjarakkan empat mata antara Kedah dengan Perak.

Pada perlawanan kelmarin, Kedah berjaya berada di depan menerusi penjaring terbanyak liga, Marlon Alex James pada minit ke-65.

Namun Lamin Conteh menafikan hajat pasukan lawan untuk pulang dengan tiga mata penuh menerusi jaringan pada masa kecederaan.

Begitupun, Azraai yakin walaupun kelebihan mata di tangga teratas liga semakin mengecil, tidak bermakna pesaing terdekat mudah untuk memintas mereka.

Katanya, berdasarkan musim lalu, Kedah muncul juara pada perlawanan terakhir liga apabila berjaya memintas Perak.

''Kita memiliki kelebihan kerana kurang satu perlawanan (berbanding Perak). Sebenarnya saya tidak begitu bimbang mengenai kelebihan mata kerana penghujung saingan menentukan segala-galanya,'' katanya.

Sementara itu, mengenai perlawanan kedua pusingan pertama Piala FA menentang PKNS di Stadium Darul Aman, Alor Star esok, Azraai berkata, Kedah tetap akan memberikan aksi terbaik walaupun menang 5-2 pada perlawanan pertama.

''Kita juga akan menggunakan perlawanan Selasa ini (esok) untuk menguji para pemain muda,'' katanya.



http://www.utusan.com.my/utusan/ ... an&pg=su_06.htm
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-3-2008 12:26 PM | Show all posts
malam ni balas dendam.....
kenari kena patuk  semut merah sebanyak mungkin before main afc cup
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2008 11:09 AM | Show all posts
kalah la plak mlm tadi........... tapi tak per coach azrai tgh test pemain simpanan.......... Hadi (GK) coroi 2 bijik masa 1st half.......... sib baik coach cepat tukar mie yeh..........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2008 07:18 PM | Show all posts
Originally posted by jofizo at 5-3-2008 11:09 AM
kalah la plak mlm tadi........... tapi tak per coach azrai tgh test pemain simpanan.......... Hadi (GK) coroi 2 bijik masa 1st half.......... sib baik coach cepat tukar mie yeh..........
  
  aku pon tkot jgak smlm....
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2008 10:09 AM | Show all posts
harap2 prestasi kedah kekal walaupun bertukar pentadbiran
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2008 04:46 PM | Show all posts
Originally posted by ra5101 at 11-3-2008 10:09 AM
harap2 prestasi kedah kekal walaupun bertukar pentadbiran


aku pon cm tu jgak....
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2008 05:40 PM | Show all posts
doa kedah terus maju dibawah pengurusan yg baru
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2008 11:00 PM | Show all posts
13:45        90'        Kedah        1-0        Victory SC        (0-0)
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2008 02:20 AM | Show all posts

Reply #1175 Pak_Jen's post

afc sula start
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2008 04:34 PM | Show all posts

Reply #1176 hyphrigian's post

tahniah kepada kedua2 wakil dari malaysia yg berjaya menumbangkan wakil maldive


terutama kat kedah la....walaupun coach kena kad tapi player2 muda mampu jugak marai 3 mata walaupun menang 1-0
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2008 06:34 PM | Show all posts
tahniah sebab menang w/pun menurunkan oemain simpanan ja.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2008 06:35 PM | Show all posts
dgr citer pengadil lagi hampeh dari pengadil m'sia...........  
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2008 05:57 PM | Show all posts
semalam tibai my team 2-0
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2008 06:15 PM | Show all posts

Reply #1180 ChildrenOfBodom's post

geng kompang hijau kuning menganas kat mbpj
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2008 06:28 PM | Show all posts

Reply #1180 ChildrenOfBodom's post

geng kompang hijau kuning menganas kat mbpj
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 07:29 AM GMT+8 , Processed in 1.310170 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list