KUALA LUMPUR – Bekas penyerang Liverpool, Robbie Fowler merupakan nama besar arena bola sepak yang baru mengesahkan penyertaan dalam kejohanan bola sepak Piala Malaysia Masters Liga Perdana England 2011, anjuran Standard Chartered yang dijadualkan berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil pada 13 Mac ini.
Ketua Pegawai Pemasaran Football Focus Asia, Gavin O’Luanaigh berkata, empat pasukan yang akan berentap dalam kejohanan itu nanti ialah Liverpool Masters, Manchester United Masters, EPL All Stars Masters dan Malaysian Masters.
Beliau berkata, pasukan-pasukan hebat ini akan mengambil bahagian dalam kejohanan tertutup enam sebelah yang tersohor itu, yang sudah berlangsung dan mendapat sambutan di United Kingdom sejak lebih 10 tahun.
"Selain bintang dari Liverpool FC, peminat bola sepak juga pasti tidak mahu lepaskan peluang untuk melihat aksi pemain ternama seperti Andrew Cole, Gaizka Mendieta, Jesper Blomqvist, Patrik Berger dan Faustino Asprilla yang turut mengambil bahagian,” katanya.
Beliau berkata, pasukan Malaysian Masters akan dibarisi bekas pemain kebangsaan seperti Mazlan Wahid, Yap Kam Choon, K. Gunalan, Ahmad Shahrul Azhar, Shahrin Majid, Azrin Shah Zainal, See Kin Seng, P. Somasundram, Anuar Abu Bakar, Ghani Malek, Khan Hung Meng dan Zainal Abidin Hassan. – Bernama
Liverpool, United ghairah pancing penyerang muda England
LONDON: Bintang baru skuad England, Ashley Young yang menjadi sasaran terbaru Liverpool dan Manchester United akan mengadakan perbincangan mengenai masa depannya bersama Aston Villa pada akhir, musim ini. Penyerang muda yang menjaringkan satu gol membantu England menewaskan Denmark 2-1 dalam siri persahabatan antarabangsa, minggu lalu masih berbaki 17 bulan lagi kontrak dan Villa ghairah mahu mengekalkan pemain berkenaan di Villa Park. Apapun, Liverpool dan United tetap sama ghairah mahu memancing penyerang berpotensi itu dengan nilai STG12 juta (lebih RM60 juta) bagi perpindahan, musim panas.
Pengurus Villa, Gerard Houllier berkata: "Dia (Young) berkata akan berbincang mengenai isu ini akhir musim dan kami menghormati keputusannya. Kami tahu banyak kelab mahu mendapatkan khidmatnya tapi Villa juga berminat mahu mengekalkannya."
Liverpool juga berminat mendapatkan sumbangan pemain tengah Rennes, Sylvain Marveaux, 24, yang sudah pun tamat kontraknya. Dia juga turut menjadi buruan Newcastle. - Agensi.
FRI 18-Feb 4:00 pagi (Channel 817)Astro SuperSport 3 Live Streaming : link 1 link 2 link 3
Banyak sejarah baru akan berlaku dalam perlawanan peringkat kalah mati ini, iaitu yang paling utama, berita secara rasmi yang diumumkan oleh Kenny Daglish mengenai kemasukan budak junior pemain Liverpool yang menunjukkan aksi yang memberangsangkan, kini Jack Robinson, John Flanagan, Raheem Sterling dan Conor Coady telah pun mencipta sejarah baru dalam pasukan yang mempunyai kelibat pemain muda yang mempunyai potensi besar.
---joe kembali cergas dan bersedia untuk diturunkan ---
Dengan kembalinya kelibat Joe cole yang saya (penulis) rasakan kembali cergas untuk disenaraikan dalam squad kendalian Daglish, saya pasti tanpa kelibat Gerrard, Agger yang masih lagi cedera serta Christian Poulsen yang sedang menunggu hari bahagianya dengan isterinya.
Secara jujurnya, dalam perlawanan ini akan menunjukkan kecederasan bagaimana Daglish menggunakan segala sumber yang ada di dalam squad sekarang untuk menghasilkan hasil yang pastinya membuatkan kita penyokong Liverpool kembali tersenyum lebar awal pagi esok. Dan saya juga berharap agar peluang dapat diberikan kepada pemain muda untuk menimba pengalaman yang berguna dalam aksi perlawanan kali ini.
--jika beraksi mereka berdua bakal mencipta sejarah baru kepada Liverpool fc--
Dengan Liverpool bertandang ke Generali Arena, yang merupakan gelanggang rasmi bagi Sparta Prague. Diharapkan agar semua pemain dapat menunjukkan kebolehan masing-masing dalam perlawanan ini untuk membawa bekalan berguna semasa aksi kedua yang bakal berlangsung di Anfield pada minggu hadapan. Sungguhpun Kita Liverpool hanya bermain di Liga Europa sahaja, sebagai peminat kelab yang mempunyai sejarah ini, saya pasti bahawa semua peminat mengharap yang terbaik bagi pasukan dan seluruh pemain yang memakai jersey kebanggaan kita ini.
---Raul Meireles adakah akan menjaringkan gol lagi?---
Jika bercerita mengenai statistik perlawanan dan andaian di atas kertas sememangnya keputusan menyebelahi kepada Liverpool, namun harus diingatkan dalam bola sepak segala kemungkinan boleh berlaku dan kalau sebaiknya kita tidak mahu menjadi seperti Manchester City yang terpaksa berhempas pulas dan hanya mencatatkan keputusan seri dalam perlawanan menentang Aris Thessaloniki FC dalam perlawanan yang berlangsung pada semalam hari.
Akhirkata diharapkan agar kemenangan ini menjadi permbakar semangat kepada seluruh pemain Liverpool dan kalau bercerita mengenai diri saya (penulis) diharapkan menang dalam perlawanan ini akan menjadi hadiah hari jadi saya. Sekian YNWA….
Kami sentiasa disisi mu Liverpool….. BoRn A rEd, DiE a ReD
Awal pagi semalam LFC kita hanya mampu mencatat keputusan seri ketika menentang Sparta Praha. Selaku pasukan pelawat LFC hanya bermain dengan rentak bertahan dan banyak berhati-hati.
Seperti yang digembar-gembur dalam lfc.tv bahawa King Kenny akan mendapatkan khidmat pemain muda Raheem Sterling yang bermain dengan cemerlang dalam pasukan muda sama sekali tidak berlaku. Sebaliknya King Kenny membariskan pemain muda Coady Cornor, pemain berusia 17 tahun, tetapi hanya menghabiskan masa dibangku simpanan hingga akhir minit perlawanan.
Sudah lama tak nampak kelibat David Ngog dalam kesebelasan sebagai striker tunggal. Kali terakhir beliau bersama Torres. Nampaknya Ngog masih tidak dapat memberi impak yang menggerunkan. Ngog dikeluarkan pada minit ke 83' ditukar dengan Martin Skrtel. Manakala Glen Johnson pula kembali ke bahagian kanan dalam perlawanan ini apabila Kelly hanya direhatkan dibangku simpanan.
Namun, pada minit ke 29' Fabio Aurelio membuat satu cubaan on target menarik dan terdapat juga beberapa cubaan lain yang disia-siakan Kuyt hasil dari sepakan sudut Meireles.
Selain itu, cubaan dari Johnson juga harus dipuji, hampir berjaya menjaringkan gol pertama.
Tak perlu disangkal lagi, antara yang cemerlang dalam perlawanan ini adalah Pepe Reina. Walaupun dalam keadaan kurang selesa dengan asap tebal tetapi dapat beraksi dan menjalankan tugas dengan cemerlang. Reina menyelamatkan percubaan bahaya bola rendah dari Marek Matejovsky. Two Thumbs Up for Pepe Reina.
Untuk Joe Cole pula adalah penampilan pertama beliau sepanjang dibawah pimpinan King Kenny selepas sekian lama bergelut untuk kembali cergas. Cole dibawa masuk pada minit ke 37' menggantikan Aurelio. Malangnya kemasukkan Cole tak banyak memberi impak menarik.
Barisan pemain yang diturunkan: Reina, Johnson, Carra, Danny Wilson, Kyrgiakos, Lucas , Meireles, Kuyt, Maxi, Ngog. Sub: Gulacsi, Joe Cole, Kelly, Jova, Pacheco, Coady.