Jemaah Menteri teliti isu tatakelola, tadbir urus GLC dan GLIC
[size=14.399999618530273px](Gambar fail) Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil. - FOTO BERNAMA
[size=14.399999618530273px]
[size=14.399999618530273px]
PUTRAJAYA: Jemaah Menteri meneliti pelbagai isu membabitkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) untuk memastikan perkara berkaitan tadbir urus serta tatakelola ditambah baik. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil, berkata selain tatakelola dan tadbir urus, aspek yang turut diberi tumpuan termasuklah isu ganjaran serta bonus. "Tidak ada perbincangan khusus hari ini tetapi secara umumnya, Jemaah Menteri meneliti isu tadbir urus bagi GLC dan GLIC. "Ia memang ada diberikan tumpuan, termasuk isu ganjaran dan bonus, namun yang menjadi keutamaan ialah aspek tatakelola serta tadbir urus. "Selepas kita meminda Akta Audit yang membolehkan Ketua Audit Negara melakukan audit terhadap mana-mana entiti yang menerima dana awam, kita percaya aspek pengurusan dan juga tatakelola bagi GLC dan GLIC diharap bertambah baik," katanya pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet, di sini, hari ini. Sementara itu, Fahmi berkata, mesyuarat Jemaah Menteri hari ini tidak membincangkan cadangan untuk mengkaji semula Majlis Profesor Negara (MPN).
Bagaimanapun, beliau berkata, Perdana Menteri sebelum ini ada memberi teguran keras mengenai pengurusan badan pemikir berkenaan. "Perkara ini tidak dibincangkan pada mesyuarat Jemaah Menteri tetapi sebelum ini Perdana Menteri pernah memberi teguran keras mengenai cara mungkin beberapa perkara diuruskan. "Namun, belum ada kata muktamad (mengenai MPN)," katanya. Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sebelum ini mengesyorkan Jabatan Perdana Menteri (JPM) supaya mengkaji sama ada MPN masih relevan sebagai penggerak kepakaran tenaga akademik dalam membantu kerajaan membangunkan negara atau sebaliknya. Menurut laporan PAC, sekiranya JPM mahu mengekalkan MPN sebagai Syarikat Berhad Menurut Jaminan Kerajaan (CLBG), ia perlu diletakkan bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) selaras fungsi dan peranannya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1321348/jemaah-menteri-teliti-isu-tatakelola-tadbir-urus-glc-dan-glic
|