|
Risau jugak bile tau pompuan tu ada 2 anak..takot kene dera sblm ni,yelah dijaga ibu yg saket mental...huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Polis mengatakan ada orang hantar depa ni ke JPM...sedang disiasat. Milo pondan yg antor agaknya..?? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply solstice
Yang ni aku setuju. For example, ramai serial killers yg documented kisahnya di ...
pjade Post at 10-7-2012 19:38 
exactly
Sebab tu org paling rapat/musuh ngan tertuduh x boleh bagi judgment
Sbb dipengaruhi emosi
Org yg paling layak bagi judgment adalah yg x kenal tertuduh
Penilaian hanya base on facts sahaja
Cth, kes ni kat russia
Kejam gilos
dilakukan oleh surirumah yg baik gila:
Sunday, July 8, 2012
Irina 'syaitan berskirt hitam'

[size=78%]PEMBUNUH bersiri ini memberikan reaksi tenang sambil menundukkan kepala ketika hakim menjatuhkan hukuman ke atasnya.
IRINA GAIDAMACHUK hanya mampu menundukkan kepala ketika hakim mahkamah Yekaterinburg di barat Rusia menjatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun ke atasnya bagi kesalahan membunuh.
Dia ditahan pada Jun 2010 selepas pihak polis mendapati wanita berumur 41 tahun itu terlibat dalam beberapa episod pembunuhan bersiri melibatkan 17 wanita warga emas di sekitar kediamannya di pekan Ural yang terletak di kawasan pedalaman Krasnovfimsk, kira-kira 1,555 kilometer di barat daya Moscow.
Mengikut keterangan mahkamah, kesemua mangsa yang merupakan pesara kerajaan berumur antara 61 hingga 89 dibunuh secara kejam dengan menggunakan tukul besi dan kapak.
"Saya lakukannya demi wang. Saya hanya mahu menjadi ibu yang normal dan mempunyai keinginan untuk minum vodka.
"Namun, suami tidak pernah memberi saya duit untuk membelinya," akui Irina.
Ibu kepada dua anak itu mengaku, pembunuhan pertama yang dilakukannya ialah pada tahun 2002 manakala mangsa terakhir mati di tangannya pada Jun 2010.
Dalam tempoh lapan tahun tersebut, Irina menyamar sebagai pekerja sosial. Berbekalkan raut wajah yang manis, tidak sukar untuknya memperdaya mangsanya yang berumur antara 61 hingga 89 tahun.
Sasarannya, wanita tua yang kesepian dan tinggal sendirian. Irina memberitahu, dia memantau gerak-geri mereka sebaik sahaja mereka keluar dari rumah dan ikut ke mana mereka pergi.
"Saya juga memerhatikan kalau-kalau mereka mempunyai pelawat," akui Irina.
Selepas selesa dan yakin dengan pilihannya, dia kemudian mengetuk pintu rumah mangsa dan memperkenalkan diri sebagai pekerja sosial yang menawarkan khidmat mengemas dan menghias rumah.
"Selepas dipelawa masuk ke rumah dan pintu ditutup rapat, tangan saya sudah bersedia untuk menarik keluar tukul besi atau kapak," katanya.
Jelasnya lagi, dengan sekali hayunan tepat, si mangsa biasanya akan terus rebah. Selepas itu, dia terus memukul kepala mangsa bertubi-tubi sehingga hancur.
Licik
Yakin mangsanya sudah mati, Irina menggeledah rumah mangsa untuk mendapatkan wang.
Begitupun, tindakan Irina mengekori dan membunuh kesemua mangsanya tidak padan dengan hasil samun yang diperoleh. 
| [size=78%]LAKARAN wajah dan tubuh Irina yang digambarkan saksi.
|
"Mereka hanyalah pesara kerajaan yang hidup di rumah flat usang.
"Saya pernah mendapat cuma 1,014 ruble (RM98) selepas membunuh," katanya yang mengakui hanya memperolehi 50,704 ruble (RM4,932) daripada 17 siri pembunuhan yang dilakukan dalam masa lapan tahun.
Selain itu, adakalanya pembunuh solo ini turut membakar rumah mangsanya untuk memusnahkan bukti.
Selepas beberapa siri pembunuhan serupa, kehidupan penduduk di pekan Ural mula dihantui ketakutan.
Pihak polis yang memulakan operasi memburu pembunuh bersiri pada tahun 2003 bingung dengan kelicikan penjenayah.
Melihatkan kesan bunuh yang begitu kejam, polis pada awal siasatan mengandaikan pelaku jenayah tersebut adalah lelaki.
"Hanya lelaki yang boleh menjadi sekejam ini untuk membunuh mangsanya dengan memukul kepala mangsa hingga hancur tengkoraknya," kata sumber polis.
Dalam siasatan kes pembunuhan bersiri tersebut, seramai 3,000 orang awam disoal siasat untuk mendapatkan petunjuk namun tidak berhasil.
"Ada beberapa individu yang disoal siasat memberitahu tentang rupa dan susuk tubuh pembunuh, namun ia hanya gambaran rambang.
"Kami muncul dengan teori kedua iaitu pembunuh adalah seorang lelaki yang berpakaian wanita. Malangnya, usaha menjejak penjenayah lebih sukar," katanya.
Kelicikan Irina bagaimanapun tidak kekal lama. Pada Jun 2010, dia ditangkap selepas pihak polis menerima maklumat daripada jiran-jiran mangsa terakhir yang dibunuhnya.
"Irina dikenal pasti sebagai orang terakhir yang ada bersama Alexandra Povaritsyna sebelum wanita berusia 81 tahun itu ditemui mati dalam keadaan yang sangat mengerikan.
"Berdasarkan lakaran wajah yang diberikan saksi, Irina ditahan untuk siasatan lanjut dan dia akhirnya mengaku menjadi orang bertanggungjawab membunuh kesemua mangsa kerana ingin membeli vodka," jelas sumber polis tersebut.
Penahanannya sangat mengejutkan keluarga dan teman-temannya.
"Selama 14 tahun hidup dengannya, saya tidak pernah melihat dia bertindak kejam walaupun ke atas haiwan.
"Saya tidak menyangka sama sekali dia boleh menghancurkan tengkorak 17 wanita tua miskin," ujar suami Irina yang dikenali sebagai Yury.
Salah seorang rakan Irina yang ditemu bual media tempatan mengambil masa yang agak lama untuk mempercayai hakikat bahawa teman baiknya adalah seorang pembunuh bersiri.
"Dia seorang ibu yang baik dan lemah-lembut. Dia sentiasa bersemangat untuk membantu rakan-rakan yang berada dalam keadaan memerlukan.
"Sukar untuk saya percaya Irina ialah pembunuh bersiri yang diburu polis sejak lapan tahun lalu," katanya.
Didakwa atas 436 kesalahan, Irina yang menjalani ujian psikiatri didapati waras dan kompeten untuk dibicarakan. Dia juga berfikiran waras semasa membunuh 17 mangsanya.
Semasa hadir ke mahkamah untuk sesi perbicaraan Januari tahun ini, dia menerima kutukan keras daripada orang ramai malah beberapa media tempatan menggelarnya sebagai 'syaitan berskirt hitam'. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by albusseverrusP at 11-7-2012 00:16
Reply 1163# adala
aku rase die mati sbb hemorrhage bleeding (pendarahan gilebabeng)..nmpk die kene tembak kt peha...kt situ ade satu main arteri kot...(ade gmbr kt page bape ntah)...n aku rase paper dh tersalah report...maybe paramedik kt situ ckp 'kene kt arteri'...bkn kt ari ari....sbb tgk gmbr yg berdarah2 tu kt peha bkn kt bawah perut a.k.a ari ari... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply adala
aku rase die mati sbb hemorrhage bleeding (pendarahan gilebabeng) kot..nmpk di ...
albusseverrusP Post at 10-7-2012 20:15 
Setuju ngan ko.. reporter cuma tau pasal pubic je.. Kat peha ada femoral arteri.. |
|
|
|
|
|
|
|
kenape polis nk perthankan angota polis yg tembak tu??damn!alasan mempetahankan diri...
look mcm kes baru2 ni..wanita india bunuh perogol...kene pnjare 2 taun! abis wanita tu bunuh perogol tu untuk ape? suke2 ke?? sh.t! |
|
|
|
|
|
|
|
exactly
Sebab tu org paling rapat/musuh ngan tertuduh x boleh bagi judgment
Sbb dipengar ...
solstice Post at 10-7-2012 20:13 
slalu mmg mcm 2, luaran nmpk baik, suci murni bagai pndek kata mcm de split personality gitu |
|
|
|
|
|
|
|
kenape polis nk perthankan angota polis yg tembak tu??damn!alasan mempetahankan diri...
look mcm ke ...
Gadjet Post at 10-7-2012 20:31 
kena lah memahami cerita sebenar, baru lah bule nak marah marah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1171# tebabo
rakyat malaysia kan perihatin... |
|
|
|
|
|
|
|
slalu mmg mcm 2, luaran nmpk baik, suci murni bagai pndek kata mcm de split personality gitu
gurlfriday Post at 10-7-2012 20:53 
bipolar manic |
|
|
|
|
|
|
|
Rupenyer muhdalina ni gile internet..
poison_paradise Post at 10-7-2012 18:49 
minah ni ada blog gak kan.....
kalo baca blog mamat tu bole jumpa |
|
|
|
|
|
|
|
minah ni ada blog gak kan.....
kalo baca blog mamat tu bole jumpa
Nesta13 Post at 10-7-2012 21:16 
Ape blog die? |
|
|
|
|
|
|
|
Ape blog die?
poison_paradise Post at 10-7-2012 21:20 
ntah ler.. aku da lost track.. bukak guna proxy.. hahaha...
tp nama minah ni dlm tenet ialah Daleane Hada atau singkatannya dhada.. try gugel.. |
|
|
|
|
|
|
|
mujurlah tergerak hati keluar awal coz ada appointment kat klinik..kalau x confirm x leh keluar dari ...
aniskirin_nita Post at 10-7-2012 16:18 
ni pun nak cerita kat semua org ke? jejejeje |
|
|
|
|
|
|
|
ntah ler.. aku da lost track.. bukak guna proxy.. hahaha...
tp nama minah ni dlm tene ...
Nesta13 Post at 10-7-2012 21:22 
omigod...i da tgk fb die..profile pic die sumtin la..pic muke joker..of all cases bipolar dorg suke ltk pic joker2 ni...or ada cult, ajaran sesat yg mempengaruhi? |
|
|
|
|
|
|
|
kemungkinan jugak dia pegi jpm pasal tak puas hati ngan mana2 org keje kat situ,pastu gad tak bagi masuk, pastu dia mengamuk.........cerita paper ngan pulis bukannya buleh percaya sgt. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by tongkatwaran75 at 11-7-2012 02:14
aku rasa thread ni dah masuk fasa ke 2.....
Fasa ke 2 - fasa merapu.......
dah tak dpt maklumat lain...............
mula tuduh forumer-forumer lain bipolar bagai.......
yg sebenarnya, yg menuduh tu yg dah mula berhalusinasi ..............
sakit jiwa ape ker? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1178# poison_paradise
blog yg aku terbaca td pon lebih kurang sama cam mamat tu.. ayat susah nak paham.. dan minah tu lak seolah2 tulis dan reply posting sendiri tp guna dua nama lain.. dah serupa gollum da  |
|
|
|
|
|
|
| |
|