CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: totokreturn

[Tempatan] VERSI 2 - EDISI KHAS PILIHANRAYA UMUM KE-13 - 5 MAY 2013. ( with poll)

 Close [Copy link]
Post time 15-4-2013 11:47 AM | Show all posts
totokreturn posted on 15-4-2013 11:39 AM
kita sepatutnya support yg tudung merah tuh tercalon tau.... PR dah dapat 1 seat percuma tak...mau ...

Ye tak ye jugak

Kalau tercalon, berani ke nak berdepan dgn Nurul Izzah lagi??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-4-2013 11:51 AM | Show all posts
lkick2113 posted on 15-4-2013 11:45 AM
hai...cakap pasal mustapha ali pon nak marah???

ko nih orang sembang, ko nak nyembang gak.. tapi tak tau apa apa motifnyer....cam budak  umur 3 tahun menyampuk org tua bercakap jerk....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2013 11:51 AM | Show all posts
Manami posted on 15-4-2013 11:47 AM
Ye tak ye jugak  

Kalau tercalon, berani ke nak berdepan dgn Nurul Izzah lagi??

suh dia jadi calon putrajaya jerk.. lawan husam...hahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2013 11:56 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2013 11:58 AM | Show all posts
totokreturn posted on 15-4-2013 11:10 AM
musti pope konfius sejak bila malaysia dah jadi negara sikh bila tgk tudung rosmah.....wakakakkaaa ...


...kalu Pope tengok gambor ni lagilah dia konpius - sebab Sikh biasanya suka BELAKANG TAROK, tapi gambor ni  macam KENA TAROK........



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2013 12:00 PM | Show all posts
pyropura posted on 15-4-2013 11:58 AM
...kalu Pope tengok gambor ni lagilah dia konpius - sebab Sikh biasanya suka BELAKANG TAROK, tap ...

kecelaruan gender....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-4-2013 12:01 PM | Show all posts
totokreturn posted on 15-4-2013 11:56 AM

Kalau tak naik, cemana nak tabur 'gula2' PRU??? BR!M BRAM BROM tu mana nak cekau duit??? Nak cetak bendera lagi..   Yg dulu punya duit bendera dah lah tak mampu nak bayar







Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2013 12:03 PM | Show all posts
Dah Astro namblas kali belum??

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-4-2013 12:03 PM | Show all posts
Manami posted on 15-4-2013 12:01 PM
Kalau tak naik, cemana nak tabur 'gula2' PRU???  BR!M BRAM BROM tu mana nak cekau duit??? : ...

kalu selangro kalah lagi dari BN... ada lagik laa syarikat buat bendera BN akan bangkrup sekali lagik.... bisnes ngan penyamun... tak dapat penyamun.. nak bayar hutang camna...
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2013 12:06 PM | Show all posts
totokreturn posted on 15-4-2013 12:03 PM
kalu selangro kalah lagi dari BN... ada lagik laa syarikat buat bendera BN akan bangkrup sekali la ...



Sedang merangka strategi... Berapalah nak disamun lps PRU nnt? Sblm PRU pon rakyat dah kena 'samun'
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2013 12:15 PM | Show all posts
dipetik dr http://jalanpulang1978.blogspot. ... ah-berita_5818.html

PECAH BERITA! Video Temuramah Anwar Bersama CNBC Tersebar! Najib Terus Tertekan!

Pakatan Rakyat tidak mensasarkan untuk membuat “perubahan radikal” di Malaysia sekiranya mereka memenangi Pilihanraya 2013, kata Anwar Ibrahim hari ini.

Bekas ketua pembangkang itu berkata Pakatan Rakyat akan menghapuskan rasuah dengan mempromosikan kebebasan institusi seperti kehakiman, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selain menjadikan mereka bertanggungjawab kepada Parlimen.

“Ia bukannya bermakna membuat perubahan radikal kepada sistem sedia ada,” kata Anwar dalam satu wawancara bersama saluran televisyen Amerika Syarikat, CNBC pagi ini.

“Apa yang kami perlukan adalah pemerintahan yang baik untuk memperkukuhkan institusi demokrasi.

“Jadi, transisi demokrasi berlaku melalui pilihan raya.

“Jadi, anda tidak boleh membandingkannya dengan pergolakan di Timur Tengah dan Arab Spring,” tambah beliau.

Ditemuramah oleh penyampai CNBC secara langsung dari Hong Kong, Bernie Lo, Anwar menambah Pakatan Rakyat bertanggungjawab memulihkan kesemua sistem pentadbiran negara yang rosak akibat campur tangan kuasa eksekutif seperti perdana menteri dan ahli politik rejim pemerintah.

Siaran langsung CNBC Asia pagi tadi ditonton lebih 12.79 juta penduduk di Asia Pasifik termasuk di Australia dan New Zealand dalam segmen awal pagi SquawkBox bermula jam 6 pagi hingga 9 pagi.

Bagaimanapun Anwar sedikit lewat disebabkan kesesakan lalu lintas menyebabkan siaran langsung ini dijadualkan semula jam 9.15 pagi tadi.

Selain Bernie, dua lagi penyampai utama ialah Martin Soong di Tokyo, Jepun dan Lisa Oake juga di Hong Kong sebagai penyampai utama indeks bursa saham utama seluruh Asia Pasifik.

Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Musa Hassan mengatakan Febuari lalu pihak yang kalah dalam pilihan raya umum ke 13 akan menganjurkan kebangkitan rakyat seperti di Timur Tengah untuk menggulingkan kerajaan.

Revolusi Arab Spring tercetus di Timur Tengah dan Afrika Utara pada 2011 menggulingkan regim autokratik seperti Tunisia, Mesir, Libya dan Yemen.

Anwar menegaskan Pakatan Rakyat telah menunjukkan pemerintahan baik dan kejayaan ekonomi di negeri yang mereka perintah seperti Pulau Pinang dan Selangor selepas memenangi pada Pilihan Raya 2008.

“Kami akan lebih berjaya. Lima tahun ini, kami semakin biasa dengan kerajaan,” katanya.

Pilihanraya 2013 dikatakan paling sengit dalam sejarah pilihan raya negara dan PR bekerja keras untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah berkuasa separuh dekad semenjak negara mendapatkan kemerdekaan.

Anwar membangkitkan tentang BEKAS Perdana Menteri, Najib Altantuya tidak mengatakan apa-apa sebagai respon kepada Abdul Taib Mahmud yang tidak mahu bekerjasama dengan SPRM berhubung dengan siasatan mengenai penjualan tanah di negeri Borneo itu.

“Kita mempunyai ketua menteri yang boleh secara rasmi tidak mahu bekerjasama dengan penguatkuasa anti rasuah dan tidak ada apa-apa yang dikatakan,” kata Anwar.

Ketua Umum KEADILAN itu walau bagaimanapun mengatakan kerajaan Pakatan Rakyat tidak akan memburu secara agresif mereka yang dituduh rasuah pada masa lalu kerana ianya akan menyebabkan ketidakstabilan .

“Tidak boleh menghukum keadilan. Kita tidak boleh terus menggali terlalu banyak pada masa lalu kerana kita perlu untuk memerintah,” kata Anwar.

“Tetapi kita telah memberi amaran bahawa amalan itu mesti dihentikan. Dana dicuri sebanyak berbilion-bilion itu perlu diberikan kembali kepada negeri tersebut,” katanya.

Anwar juga menyatakan “gelombang sokongan” untuk Pakatan Rakyat di Malaysia Timur meningkat di kalangan orang-orang asal yang marah pada BN di atas pembalakan dan isu-isu tanah.

“Ini telah ditunjukkan dalam video Global Witness yang mengejutkan ramai pemerhati,” kata Anwar merujuk kepada klip video yang dikeluarkan oleh NGO antarabangsa itu baru-baru ini.

“Najib (Altantuya) tidak melakukan apa-apa untuk menghentikan akses ini dan rompakan yang mengorbankan golongan miskin dan terpinggir,” kata bekas timbalan perdana menteri itu.

“Tsunami Politik “ dalam Pilihanraya 2008 menyaksikan lima negeri di semenanjung Malaysia hilang dari penguasaan gabungan pemerintah itu akan tetapi negeri Malaysia Timur seperti Sabah dan Sarawak kekal sebagai deposit tetap BN.

Pakatan Rakyat, walau bagaimanapun, telah berusaha untuk membuat kejutan di negeri-negeri Borneo dalam usaha untuk mendapatkan kuasa persekutuan.

Anwar juga menegaskan Pakatan Rakyat akan meneruskan projek Iskandar Malaysia di Johor, tetapi menegaskan penyertaan penduduk tempatan perlu ditingkatkan.

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) mendakwa pada Januari lepas bahawa Melayu Johor kini merupakan masyarakat paling miskin di Malaysia disebabkan oleh pembangunan Iskandar Malaysia yang lebih menguntungkan pelabur dan warganegara Singapura.

DPMM telah berkata program penswastaan tanah di pusat pentadbiran kerajaan negeri itu di Nusajaya dan penjualan tanah kepada orang asing secara besar-besaran di bawah projek itu telah mencetuskan inflasi besar-besaran di negeri selatan berhampiran Singapura itu.

Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2013 12:24 PM | Show all posts
MissMamamia75 posted on 15-4-2013 12:15 PM
dipetik dr http://jalanpulang1978.blogspot.com/2013/04/pecah-berita_5818.html

PECAH BERITA! Video ...

So Lynas tak ditutup kalau PR menang federal?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2013 12:25 PM | Show all posts
MissMamamia75 posted on 15-4-2013 12:15 PM
dipetik dr http://jalanpulang1978.blogspot.com/2013/04/pecah-berita_5818.html

PECAH BERITA! Video ...

agak2 kalau najib bleh tak jawab secara spontan tanpa perlu soalan terlebih dahulu...
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2013 12:45 PM | Show all posts
Kalau nak pi lagi kenalah PERTAHANKAN S'GOR~! Go PR go~!
Pertahankan Nikmat Kesuburan Majlis Ilmu di Selangor!By Shahmuzir
Antara nikmat paling besar dan ketara yang ALLAH Ta`ala kurniakan kepada rakyat Selangor selepas Pakatan Rakyat (PR) mentadbir pentadbiran negeri ialah suburnya majlis-majlis ilmu agama.  Bukan sahaja di masjid-masjid dan di surau-surau, bahkan di dataran dan padang juga diadakan majlis ilmu agama.
Terlalu subur, alhamdu-lillah.  Ia suatu yang sangat mensyahdukan hati.
Sheikh Dr Yusuf al-Qaradawi di Shah Alam.



Sheikh Dr Wahbah az-Zuhaily di Shah Alam.  [Baca]

Sheikh Dr `Abdur Rahman as-Sudais di Petaling Jaya.  [Baca]


Sheikh Muhammad `Ali as-Sobuuni di Shah Alam.

Dr Zakir Naik di Shah Alam.  [Baca]

Jika dikenang kembali suasana dahulu sewaktu Barisan Nasional (BN) mentadbir Selangor, suasananya tidak begini.  Saya terpaksa keluar kawasan untuk mencari ceramah-ceramah agama kerana kebanyakan masjid dan surau lesu tanpa majlis ilmu agama.  Tentu tuan/puan juga perasan dan menghadapi keadaan yang sama bukan?
Kini, di bawah pentadbiran PR, di mana-mana sahaja ada majlis ilmu.  Program-program masjid dan surau penuh tersusun.  Lebih-lebih di hujung minggu.  Selalu juga ada karnival-karnival yang berunsurkan keluarga dan agama.  Terpaksa pula memilih mana satu hendak pergi disebabkan terlalu banyak dan padat.  Memang Best!
Di samping itu, program-program yang berunsurkan hiburan keterlaluan yang diadakan oleh BN dahulu telah ditransformasikan kepada yang lebih baik.  Konsert-konsert nyanyian dan tarian yang menggiurkan telah diganti dengan persembahan yang sederhana seperti nyanyian nasyid, talk show, acara-acara edutainment dan forum ilmiah yang sedikit sebanyak boleh mematangkan fikiran rakyat dan menanamkan nilai-nilai murni.  Alhamdu-lillah.
Talkshow dan ceramah agama di Dataran Shah Alam.

Ceramah agama santai oleh sekumpulan ustadz di Stadium Kelana Jaya.

Solat jamaah di Stadium Kelana Jaya.

Itulah pengamatan zahir yang saya dapati sepanjang tahun-tahun yang berlalu di bawah pentadbiran PR.  Saya sayangkan suasana begini.  Ia suatu yang sangat dekat dengan hati saya.  Mungkin tuan/puan juga sama.  Dan saya mahu ia terus berkekalan di negeri tercinta ini.  Bukan sahaja berkekalan, tetapi juga mudah-mudahan bertambah baik dan semakin murni dengan ajaran yang sahih dari agama Islam.
Sama-samalah kita pertahankan suasana ini di Selangor.  Setiap kita mesti berperanan.  Jangan dek kesilapan kita, nikmat tersebut dicabut oleh ALLAH Ta`ala dari negeri tercinta ini lalu menggersangkan hati rakyatnya dari majlis ilmu agama dan program-program yang mencambah kematangan fikir rakyat.  Saya tidak sanggup melihat Selangor kembali seperti dahulu!
Semoga bukan sahaja Selangor, bahkan seluruh negeri di Malaysia berubah menjadi negeri yang lebih baik keadaannya.  Melimpah kemakmuran, tersebar sejahtera dan diredhai ALLAH Ta`ala hendaknya, amin.

Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2013 12:46 PM | Show all posts
Bell posted on 15-4-2013 12:24 PM
So Lynas tak ditutup kalau PR menang federal?

manifesto PR menyatakan perkara berikut:

"PR akan menghentikan serta merta operasi Lynas di Gebeng, Pahang"

exect word 'ditutup' tidak diungkapkan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2013 12:49 PM | Show all posts
Ramai ulama tinggalkan Pas bukti parti jauh tersasar: Tun M

2013/04/15 - 12:35:23 PM
Cetak Emel Kawan
  
ALOR SETAR: Tindakan ramai ulama PAS meninggalkan parti itu membuktikan PAS kini telah jauh tersasar daripada tujuan asal penubuhannya.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad, berkata kesalahan besar PAS ialah kerana berkawan dengan DAP yang jelas menolak Islam.

"Nasib orang Melayu menjadi lebih malang apabila PAS bekerjasama dengan DAP yang jelas menolak Islam dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) melalui pakatan pembangang.

"Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS) hendak mempergunakan DAP untuk tawan Putrajaya," katanya berucap di hadapan kira-kira 10,000 orang di pusat Gerakan Barisan Nasional (BN) Parlimen Pokok Sena di Hutan Kampung, dekat sini, malam tadi.

Dr Mahathir berkata DAP akan terus dengan agendanya hendak mendominasi dan memerintah negara ini, dan parti itu tidak seperti MCA dan MIC yang mahu berkongsi kuasa dan bekerjasama dengan Umno dalam menubuhkan kerajaan. - BERNAMA


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2013 12:50 PM | Show all posts
Watikah calon: MB, Ketua Menteri mula tiba di PWTC

2013/04/15 - 11:42:47 AM Cetak Emel Kawan
  
KUALA LUMPUR: Menteri Besar dan Ketua Menteri mula tiba di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini sejak jam 9.30 pagi bagi menghadiri penyerahan watikah calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Watikah berkenaan akan disampaikan oleh Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak.

Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan dan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud adalah antara yang terawal tiba.

Ketika ini, kumpulan media masih lagi menunggu ketibaan semua Pengerusi BN negeri di lobi Menara Dato Onn.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2013 12:53 PM | Show all posts
along3746 posted on 15-4-2013 12:49 PM
Ramai ulama tinggalkan Pas bukti parti jauh tersasar: Tun M

2013/04/15 - 12:35:23 PM

'ULAMA" mana yg meninggalkan PAS tu?? Hassan Akidah??
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2013 12:54 PM | Show all posts
along3746 posted on 15-4-2013 12:50 PM
Watikah calon: MB, Ketua Menteri mula tiba di PWTC

2013/04/15 - 11:42:47 AM Cetak Emel Kawan
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud adalah antara yang terawal tiba.

penyamun tarbus terbesar BN
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2013 01:14 PM | Show all posts
defeduck posted on 15-4-2013 12:46 PM
manifesto PR menyatakan perkara berikut:

"PR akan menghentikan serta merta operasi Lynas di Geb ...

Menghentikan bermakna tutup la. Tak kira la tutup terus or tutup sementara. Bila henti memang kena tutup - kalau tak kilang tu akan dimasuki pencuri.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 03:36 PM GMT+8 , Processed in 0.204756 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list