“Petang semalam pihak kedutaan memaklumkan pasport Kamarol digunakan di CIQ Johor Bahru. Kami sekeluarga lega seketika kerana memikirkan Kamarol sudah balik tetapi sehingga hari ini, dia tidak muncul-muncul. “Apa yang peliknya, hanya pasport Kamarol sahaja dikesan, status Shafa sehingga kini tidak diketahui. Apa yang paling membingungkan kami, kedua-duanya hilang tanpa sebarang berita,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sijangkang, Telok Panglima Garang, di sini hari ini.
|