CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ShookDaGreat

MARI BERPANTUN (merged with mok_nik)

[Copy link]
Post time 12-8-2004 01:58 AM | Show all posts
Originally posted by adlismel at 11-8-2004 01:32 AM:

pantun adli
layang-layang terbang melayang
hinggap bertenggek di dahan para
memang sudah abang datang
namun tidak ketemui si dara

pantun mok nik

cantik mak minah memakai kain
kain baru warnanya biru
janji lain datang waktu lain
bagaimana hendak kita bertemu



pantun adli
Raja seberang raja berdaulat
Raja berdaulat disanjung rakyat
Sudah ku datang sampai keteratak
tidak ketemui dirimu pulak

pantun mok nik
pergi kehutan untuk meramu
tengah jalan jumpa gajah
bukan teratakku tuan bertamu
teratak lain tuan singgah


pantun adli
budak - budak mendayung sampan
sampan didayung mudik ke hulu
sudah diusaha sudah ku simpan
namun tidak bertemu jua

pantun mok nik

terbang tinggi burung angsa
terbang singgah di pohon meranti
teruskan usaha jangan berputus asa
daku di sini sabar menanti


pantun adli
mak enon berkebaya ungu
mesra melayan para tetamu
maafkan daku ampunkan daku
membuat dirimu tertunggu-tunggu

pantun mok nik

cantik kebaya berwarna ungu
rambut panjang rapi berdandam
rela bertahun menjadi penunggu
kerana tuan rindu ku pendam




cewahhhh...kang ader yang silap sangka lak nie:malu:
tak pasal pasal nanti...mak we adli merajukk:bgrin:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2004 09:10 AM | Show all posts
cantik mak minah memakai kain
kain baru warnanya biru
janji lain datang waktu lain
bagaimana hendak kita bertemu

pantun adli
cantik mak minah memakai pelikat
kain dipakai di tepi pantai
sudah ku tulis sudah ku ingat
apakan daya hajat tak sampai


pantun mok nik
pergi kehutan untuk meramu
tengah jalan jumpa gajah
bukan teratakku tuan bertamu
teratak lain tuan singgah

pantun adli
pergi ke hutan untuk meramu
gajah ku tidak menyerang
sudah ku tanya semua penunggu
itulah teratak dirimu seorang


pantun mok nik
terbang tinggi burung angsa
terbang singgah di pohon meranti
teruskan usaha jangan berputus asa
daku di sini sabar menanti

pantun adli
terbang tinggi burung angsa
hinggap minum di dahan meranti
sudah ku usaha sekian lama
terus mencari aku setia


pantun mok nik
cantik kebaya berwarna ungu
rambut panjang rapi berdandam
rela bertahun menjadi penunggu
kerana tuan rindu ku pendam

pantun adli
cantik kebaya berwarna ungu
dipakai oleh orang ulu
tidak sabar ingin bertemu
hanya siulan mainan rindu


[ Last edited by adlismel on 12-8-2004 at 09:12 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2004 05:22 PM | Show all posts
Originally posted by mok_nik at 12/8/04 01:58 AM:



cewahhhh...kang ader yang silap sangka lak nie:malu:
tak pasal pasal nanti...mak we adli merajukk:bgrin:

belati dari Kampung Tuan,
utk membina rumah sebuah,
ini pantun gurau-gurauan,
sekadar utk menyambung ukhwah:hug:
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2004 11:48 PM | Show all posts
kesian pak mat kene selsema
duduk dirumah membaca akhbar
31 ogos akan menjelma
adakah bendera sudah dikibar?

:pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2004 03:08 AM | Show all posts
pantun adli
cantik mak minah memakai pelikat
kain dipakai di tepi pantai
sudah ku tulis sudah ku ingat
apakan daya hajat tak sampai

pantun mok nik

ramai-ramai naik pedati
singgah minum tepi telaga
kuatkan azam tabahkan hati
pasti hajat tercapai juga


pantun adli
pergi ke hutan untuk meramu
gajah ku tidak menyerang
sudah ku tanya semua penunggu
itulah teratak dirimu seorang

pantun mok nik

hari ini hari selasa
banyak orang datang bertandang
teratak buruk hujung desa
tiada siapa sudi bertandang.


pantun adli
terbang tinggi burung angsa
hinggap minum di dahan meranti
sudah ku usaha sekian lama
terus mencari aku setia

pantun mok nik

dari Kucing hendak ke Tuaran
hajat mencari akar meranti
kesetian tuan jadi sandaran
untuk daku terus menanti.


pantun adli
cantik kebaya berwarna ungu
dipakai oleh orang ulu
tidak sabar ingin bertemu
hanya siulan mainan rindu

pantun mok nik

adik lelaki namanya Riduan
asik sungguh leka menampi
selagi tidak bertemu tuan
terasa hidup bagaikan bermimpi.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2004 08:34 AM | Show all posts
31 ogos akan menjelma
adakah bendera sudah dikibar?
ungkapan Merdeka makin bergema
jalur gemilang takkan terbiar...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-8-2004 09:28 AM | Show all posts
terbang tinggi siburung helang
sayup-sayub nampaknya bayang
hendak kukibar jalur gemilang
terasa janggal di negeri orang
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2004 01:33 PM | Show all posts
mok nik dok kat mana?

adik ditumbuk kene tang mata
cepat sapu minyak cap nyonya
malam merdeka semua berpesta
begitu ke cara kita meraikannya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2004 07:44 PM | Show all posts
pantun mok nik

ramai-ramai naik pedati
singgah minum tepi telaga
kuatkan azam tabahkan hati
pasti hajat tercapai juga

pantun adli
ramai-ramai naik pedati
minum segelas air mati
terima kasih penawar hati
hajat tercapai tidak terperi


pantun mok nik

hari ini hari selasa
banyak orang datang bertandang
teratak buruk hujung desa
tiada siapa sudi bertandang.

pantun adli
hari ini hari selasa
ramai orang minum bersama
aku tidak memilih rupa
adakah sudi menerima seadanya


pantun mok nik

dari Kucing hendak ke Tuaran
hajat mencari akar meranti
kesetian tuan jadi sandaran
untuk daku terus menanti.

pantun adli
dari Kuching ke Tuaran
jangan lupa membeli durian
terima kasih hamba sembahkan
sejambak kasih hamba hulurkan


pantun mok nik

adik lelaki namanya Riduan
asik sungguh leka menampi
selagi tidak bertemu tuan
terasa hidup bagaikan bermimpi

pantun adli
adik lelaki namnya Riduan
membelai kucing tengah halaman
hamba begitu rindukan tuan
menanti rombongan jauh ke hutan
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2004 09:11 PM | Show all posts
Originally posted by sherrina at 16/8/04 01:33 PM:
mok nik dok kat mana?

adik ditumbuk kene tang mata
cepat sapu minyak cap nyonya
malam merdeka semua berpesta
begitu ke cara kita meraikannya?

Mok Nik dok US...:bgrin:

malam merdeka semua berpesta
begitu ke cara kita meraikannya?
memang tak salah mahu gembira
tapi biarlah kena dengan adabnya...
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2004 02:05 AM | Show all posts
pantun adli
ramai-ramai naik pedati
minum segelas air mati
terima kasih penawar hati
hajat tercapai tidak terperi

pantun mok nik

hujung sungai ada titi
tempat berkumpul segala pedati
gembira sungguh rasa hati
tercapai hajat pujaan hati


pantun adli
hari ini hari selasa
ramai orang minum bersama
aku tidak memilih rupa
adakah sudi menerima seadanya

pantun mok nik

dulang Palembang dari Jawa
penuh sesak berisi kain
terbang melayang rasanya nyawa
niatku tidak pada yang lain.


pantun adli
dari Kuching ke Tuaran
jangan lupa membeli durian
terima kasih hamba sembahkan
sejambak kasih hamba hulurkan

pantun mok nik

sungguhkan tuan membeli duku
kalau sungguh mana dianya
sungguhlah tuan cintakan daku
kalau sungguh mana tandanya?


pantun adli
adik lelaki namnya Riduan
membelai kucing tengah halaman
hamba begitu rindukan tuan
menanti rombongan jauh ke hutan.

pantun mok nik

tekukur di gulai lemak
selasih di bawah batang
sudah lumpur jalannya semak
sebab kasih hamba datang.
:hug::hug:

[ Last edited by mok_nik on 16-8-2004 at 01:07 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2004 02:11 AM | Show all posts
Originally posted by sherrina at 16-8-2004 12:33 AM:
mok nik dok kat mana?

adik ditumbuk kene tang mata
cepat sapu minyak cap nyonya
malam merdeka semua berpesta
begitu ke cara kita meraikannya?



bulan dah jawab mok nik dok mana :bgrin:

keliling kampung mencari bidara
ada sepohon kepunyan Cik Lijah
merdeka hanya pada negara
tapi minda masih terjajah
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2004 02:13 AM | Show all posts
Originally posted by seribulan at 16-8-2004 08:11 AM:

Mok Nik dok US...:bgrin:

malam merdeka semua berpesta
begitu ke cara kita meraikannya?
memang tak salah mahu gembira
tapi biarlah kena dengan adabnya...


lebat daun bunga tanjung
berbau harum bunga cempaka
adat dijaga pusaka dijunjung
baru terpelihara adat pusaka.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2004 06:06 PM | Show all posts
adat dijaga pusaka dijunjung
baru terpelihara adat pusaka
1 Rejab hari disanjung
terasa nikmat bila berpuasa
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2004 12:20 AM | Show all posts
buah remia bawa ke huma
untuk dimakan sambil menjerat
hidup di dunia tidaklah lama
patut amalkan bekal ibadat.

[ Last edited by mok_nik on 17-8-2004 at 11:21 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2004 11:28 PM | Show all posts
hidup di dunia tidaklah lama
patut amalkan bekal ibadat
nasihat yg elok dikongsi bersama
moga hidup mendapat berkat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2004 11:57 PM | Show all posts
Anak ayam turun sepuluh
mati seekor tertimpa dahan
bangun pagi sembahyang subuh
minta ampun kepada Tuhan.

anak ayam menetas sepuluh
mati sekor tinggal sembilan
dalam hati hancur luluh
duduk berdoa kepada Tuhan.

asik sungguh tebas belukar
terang sudah kampung sebelah
di dunia dicari terlalu sukar
serah sahaja ke hadrah Allah.

jong sarat kain bertulis
pakaian Raja Bugis Makasar
di Loh Mahfuz sudah tertulis
Janji tidak dapat ditukar.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2004 12:06 AM | Show all posts
di Loh Mahfuz sudah tertulis
Janji tidak dapat ditukar
lupa selalu diri ini persis
semoga sentiasa akan tersedar
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2004 08:58 PM | Show all posts
pantun mok nik

hujung sungai ada titi
tempat berkumpul segala pedati
gembira sungguh rasa hati
tercapai hajat pujaan hati

pantun adli
hujung sungai ada titi
bermain gembira burung nuri
kasihku beri tanda pengganti
pujaan hati tetap disanubari


pantun mok nik

dulang Palembang dari Jawa
penuh sesak berisi kain
terbang melayang rasanya nyawa
niatku tidak pada yang lain.

pantun adli
dulang Palembang dari Jawa
dibuat dari kayu jati
gembira ku dengar dikau berkata
hati gembira tidak terperi


pantun mok nik

sungguhkan tuan membeli duku
kalau sungguh mana dianya
sungguhlah tuan cintakan daku
kalau sungguh mana tandanya?

pantun adli
sungguhkan tuan membeli duku
duku ku beli tidak berasa
memang sungguh cinta padamu
belahlah dada lihatlah isinya


pantun mok nik

tekukur di gulai lemak
selasih di bawah batang
sudah lumpur jalannya semak
sebab kasih hamba datang

pantun adli
terkukur di gulai lemak
makan dengan pak Sakan
walaupu lumpur dan juga semak
demi cinta aku turutkan
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2004 09:04 PM | Show all posts
Anak ayam turun sepuluh
mati seekor tertimpa dahan
bangun pagi sembahyang subuh
minta ampun kepada Tuhan.

anak ayam turun sepuluh
jatuh tangga ditimpa dahan
bangun pagi solat subuh
mohon perkenan doaku tujukan


anak ayam menetas sepuluh
mati sekor tinggal sembilan
dalam hati hancur luluh
duduk berdoa kepada Tuhan.

anak ayam menetas sepuluh
mati seekor tinggal sembilan
sayu hati hancur dan luluh
moga Tuhan beri perkenan


asik sungguh tebas belukar
terang sudah kampung sebelah
di dunia dicari terlalu sukar
serah sahaja ke hadrah Allah.

asyik sungguh tebas belukar
belukar ditebas terang berbelah
hidup ini memang sukar
Rajinkan usaha, berdoa pada Allah


jong sarat kain bertulis
pakaian Raja Bugis Makasar
di Loh Mahfuz sudah tertulis
Janji tidak dapat ditukar.

jong sarat kain bertulis
dipakai orang mudik he hulu
Ya Allah aku menangis
terkenang dosa aku dahulu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:47 AM GMT+8 , Processed in 0.072111 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list