|
lama tak masuk thread nikemalasan nak update sedang baca buku apa ....
and lately mengalami reader's block
so jadi slow untuk baca ....
so kena la tukar aktiviti kejap
and some buku yang fly baca macam tak sesuai kot untuk dikongsi kat sini
apa-apa pun dari sangkat 40 buah buku dah up ke 51 buah buku ....
baru kejap tadi dapat habiskan buku
The Coincidence of Coconut Cake
not bad ... terasa macam watak Al macam filem Ratatouille ...
buku ni dah lama fly pekasam tetiba terasa nak baca ...
kat GDrive fly ada ...
You’ve Got Mail meets How to Eat a Cupcake in this delightful novel about a talented chef and the food critic who brings down her restaurant—whose chance meeting turns into a delectable romance of mistaken identities.
In downtown Milwaukee, Wisconsin, Lou works tirelessly to build her beloved yet struggling French restaurant, Luella’s, into a success. She cheerfully balances her demanding business and even more demanding fiancé…until the morning she discovers him in the buff—with an intern.
Witty yet gruff British transplant Al is keeping himself employed and entertained by writing scathing reviews of local restaurants in the Milwaukee newspaper under a pseudonym. When an anonymous tip sends him to Luella’s, little does he know he’s arrived on the worst day of the chef’s life. The review practically writes itself: underdone fish, scorched sauce, distracted service—he unleashes his worst.
The day that Al’s mean-spirited review of Luella’s runs, the two cross paths in a pub: Lou drowning her sorrows, and Al celebrating his latest publication. As they chat, Al playfully challenges Lou to show him the best of Milwaukee and she’s game—but only if they never discuss work, which Al readily agrees to. As they explore the city’s local delicacies and their mutual attraction, Lou’s restaurant faces closure, while Al’s column gains popularity. It’s only a matter of time before the two fall in love…but when the truth comes out, can Lou overlook the past to chase her future?
Set in the lovely, quirky heart of Wisconsin, The Coincidence of Coconut Cake is a charming love story of misunderstandings, mistaken identity, and the power of food to bring two people together.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
currently reading :
Tajuk : Ari
Penulis : Mahizan Husain
Penerbit : Penulisan2u
sinopsis :
“Aku yang mastermind. Kau cuma simulasi yang aku cipta. Kau berada di mana aku mahu kau berada.” – Narong
Memilih untuk masuk ke dalam dunia gengster ketika berusia 17 tahun dengan tujuan untuk mencari pembunuh ibu kawan baiknya, ARI HARAPAN dilatih untuk menjadi yang terbaik di antara yang terbaik. Hasilnya, dia digeruni pada usia yang masih mentah.
Namun… Semua itu tidak kekal lama. Dia dikhianati. Diperguna dalam diam.
Ari lari menyembunyikan diri. Dia perlu kembali kepada tujuan asalnya masuk ke dunia gengster. Kekasihnya Ria yang ditinggalkan dahulu perlu dicari dengan harapan Ria mahu menyambung kisah mereka. Pada masa yang sama, Ari juga diburu dan hanya tunggu masa sahaja untuk dia dihapuskan.
Bertahun-tahun dia hidup seperti orang nomad, serata dunia dijelajah. Berpindah dari satu negara ke satu negara supaya dirinya sukar dikesan. Ari menerima pelbagai kejutan yang memang tidak disangka-sangka sepanjang tempoh itu. Tentang ibunya. Tentang ayahnya. Tentang dirinya sendiri.
Saat Ari menemui Ria semula, hatinya berbunga. Namun, jawapan yang diterima tidak seperti yang diharapkan. Kasihnya nyata tidak boleh disambung lagi.
“Masa lalu dah mati. Tak perlu nak diingat lagi.” – Ria
Ari lalu membawa diri. Cuba menerima ketentuan Ilahi. Ari bertemu dengan Afni setelah lama merawat luka dalam hati. Afni cuba untuk didekati. Dalam diam pemburunya semakin menjelmakan diri.
Siapakah Afni yang sebenarnya? Apakah takdir yang menanti Ari pada saat nyawanya berada di hujung tanduk? Adakah masih ada kesempatan untuk Ari melarikan diri? Dan pembunuh ibu kawan baiknya? Adakah akan ditemui?
Tak semua orang mahu jadi baik macam kau. Perlu kau ingat juga, tidak semua orang jahat itu insaf. – Ari
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ok.. baru khatam NOVEL MALANG.. ebook yg fixi bg free tu.. story ttg persahabatan yg slalu buat road trip.. camping sama2.. n setiap kali smgu lps blk camping mesti akn blaku tragedy kt tmpt depa camping tu.. Salah sorg ahli group ni rsa dia la pembawa malang tu tp ropanya dia terfall in love kt sorg awek..lama2 jd mereng sbb ex bf awek ni santaukan sesapa yg jatuh hati kt ex dia.. novel ni ada unsur mistik skit |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
lately suka pulok baca buku2 travel niee....niee yg latest aku tgh baca..citer psl pengalaman dia n family bhijrah ke luar negara...byk jugak tip2 yg dikongsi buat pembaca yg ada cita2 tuk migrate....
"Kalau esok tuhan tanya, 'Hang pi oversea, bawak balik apa untuk kawan-kawan yang tak dapat pi?' Takkan aku nak jawab fridge magnet kot. Mau kena panah petir nanti"
Maka aku tulislah sedikit, supaya jadi ilmu berguna.
Buku orang putih memang banyak tentang kembara. Mereka banyak kongsi maklumat berguna. Tapi kau kena tahu bezakan antara buku kembara yang bercerita macam travelog atau buku panduan untuk kembara seperti Lonely Planet. Kalau kau mahu melihat perspektif kembara, kau baca travelog. Tapi kalau kau mahu tahu cara-cara kembara ke destinasi tertentu, maka dapatkan buku panduan kembara.
Buku aku ni saja yang lain sikit.
Travelog + panduan kembara + pindah negara.
Jarang ada. Sebab tu kau kena beli buku ni
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sedang baca buku : Bunga Di Rimba - Zuliana Abuas
tiap kali gi kedai buku tu, mesti tgk ada
last2, beli la. rezeki utk kucen la ni sbb buku ni mungkin ssh dh nk cari. terbitan NB dh x kuar dh 'kan? buku ni terbutan NB. ada sbb buku ni org x minat nk beli. terutamya...nk suruh kucen beli...hihihihi
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tajuk : Niqab
Penulis : Shield Sahran
Penerbit : Fixi
Story dia best.. geram, sedih, kesian, ngeri smua ada tp bkn sedih meleleh ayor mata tau n ngeri pon bkn pasai hantu.. kisah ttg friendship, family n pemerdagangan manusia.. watak utama dia Nadia. Tajuk mcm islamic tp x bkenaan pon. Niqab tu refer utk menutup rahsia family Nadia ni.. Bahasa yg digunakan x pasar mcm novel Fixi lain.. xdak babak 18sx pon.. tp 18sg ada la sikit.. nipis ja novelnya.. sehari leh khatam dh. Rekemen kt uols.. byk pengajaran |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
lgk skit nk abiz baca novel niee....best...jln citer yg teratur n penulisan yg matang...
“Tak, abang tak akan ceraikan Fiya walaupun abang kahwin dengan Maya. Abang nak Fiya tahu bagaimana rasanya hidup digantung tak bertali!” – FARHAN
Kata-kata itu ibarat halilintar yang meremukkan hati seorang isteri. Kejamnya Farhan! Sudahlah cintanya dikhianati, kini maruah diri diinjak pula sesuka hati. Perempuan lain mungkin akan menangis dan meratap hiba tetapi bukan dia. Safiya, dalam lembut ada tegasnya. Dalam tenang ada jiwa yang membara. Hati menangis tetapi untuk menunjukkan kepada Farhan betapa lemahnya dia, tidak sekali-kali!
“Abang ingat Fiya takut? Tak, sikit pun Fiya tak takut. Abang nak kahwin, silakan. Tapi, Fiya tetap akan tuntut hak Fiya. Fiya akan lawan di mahkamah untuk mendapatkan kebebasan Fiya!” – SAFIYA
Dua tahun dia berjuang menegakkan hak, akhirnya lafaz talak terucap juga dari bibir Farhan. Dia bebas dan dialah juga janda yang paling bahagia. Sayangnya, bahagia hidup bersendirian tidak lama apabila ketenangan hidupnya diganggu gugat lelaki-lelaki yang masih bergelar suami orang. Digoda Datuk Helmi seorang usahawan kaya dan ternama juga terkenal dengan sikap buaya daratnya bikin dia meluat. Dilamar Khir Izham, COO di syarikat dia bekerja yang juga digelar Mr. Gentleman oleh rakan-rakan sepejabatnya membuatkan dia panasaran!
“Kalau tak cukup, berapa you nak? I sanggup beri berapa saja asal you sudi jadi isteri I. Dua ratus ribu? Atau lebih? You just name it! ” – DATUK HELMI
“Saya ingin melamar Fiya untuk jadi isteri saya.” – KHIR IZHAM
Kuat berpegang kepada prinsip hidupnya dan tidak mahu menjadi yang kedua, ketiga atau keempat, lamaran kedua-duanya ditolak mentah-mentah. Sayangnya, Izham langsung tidak mahu mengalah dan terus-terusan menagih cintanya membuatkan dia akhirnya lelah sendiri.
“Saya janda tapi Encik Izham suami orang. Jadi di ruang mana kita ingin bina bahagia sedang ada orang lain di antara kita?” – SAFIYA
“Boleh tak Fiya jangan fikirkan tentang dia kerana yang penting sekarang adalah kita. Tentang hati dan perasaan kita. Tentang masa depan dan kebahagiaan kita.” – KHIR IZHAM
Mudahnya Izham berbicara sedang sekeping hati milik isterinya itulah yang perlu dia jaga. Nekad, akhirnya dia menjauhkan diri. Namun, masih adakah cinta kedua buatnya andai dia tetap teguh dengan apa yang dipegangnya? Atau mungkinkah kehadiran si bachelor Hairi mampu membina bahagia yang selama ini dia cari?
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kucingkarate replied at 29-9-2019 10:30 AM
sedang baca buku : Bunga Di Rimba - Zuliana Abuas
Best cite ni. Heroin duk dalam hutan sejak kecil. Sayangnya buku ni dah rosak kena air |
|
|
|
|
|
|
|
sedar tak sedar dah 76 buah buku fly dah baca
tak track pun cuma .. bila habis
tekan finished kat goodreads.com
buku yang latest baca
Oliver's Story (Love Story, #2)
dah 84% in progress ...
macam mana nak review ek
zaman dulu jalan cerita kurang ada climaks and conflict
tahu-tahu dah ending
and pertuturan pun .... kasar
nak kata yang Love Story #1 tu best sangat
biasa jer ...
cuma ending tu ... ala macam tu je ke?
yang part 2 ni
Oliver menduda ... and dia sungguh la bitter
masih lagi tak move on dengan kehilangan Jenny
but .. dia ada terjumpa seorang wanita bernama Marcie
zaman dulu senang betul temu jodoh dengan orang kaya
and orang kaya pula jenis humble .. lagi nak sorok siapa diri dia yang sebenar ...
hehehehe ...
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
waaa...lama giler x update baca apa
ok, ari tu baca buku koloni (M)
best jgk buku ni. jarang jumpa buku yg buat kita berfikir di luar kotak.
kisah digambarkan masa depan yg mana tahap pengangguran adalah hampir sifar sbb setiap org akan diimbas dengan menggunakan satu mesin canggih & dr situ boleh tahu tahap mana mereka berada. si cerdik pandai tergolong dlm kelas A (Analyst). yg ada kebolehan seni kelas R (Artist), yang berbakat korporat adalah E (Eksklusif) & golongan biasa adalah M (Empathy). buku ini mengisahkan seorg yg (masa sekarang org kelaskan sebagai OKU) tp sebenarnya dialah antara M bertaraf tinggi. berhasrat nk ubah hidup & ambik ujian untuk kembali ke TMCC, bandar utama yg moden berbanding kawasan tempat tinggalnya (lupa dh nama apa...haha). setelah diterima, dia (Ansar) dibawa utk pemasangan KOM (alat komunikasi khas) berserta dgn warna khas utk kelasnya. dia dikelaskan dlm golongan M. pelbagai perkara dihadapinya & akhirnya dia tahu mengapa dia dibuang ke tempat utk golongan buangan atau ingin lari dari kesibukan kota TMCC. dan di TMCC Ansar bertemu lelaki yg dikenali sebagai Hoodie (nama sebanr Harraz). pelbagai kejadian berlaku & akhirnya dia tahu sebanrnya dia telah lama mengenali Harraz & dia terpaksa hadapi pelbagai kesukaran termasuk kematian ibu bapanya sendiri.
salah 1 buku masuk list kegemaran dh ning sbb konsep luar kotak yg kita sendiri kdg2 x terfikir. x rugi baca
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
baca semula buku ni. dh lama dh tp best
novel TEGUH hasil karya Kamarudin Ayip
cari cover x jumpa
kisah seorg gadia berusia 20 tahun, Jacinta, yg diarahkan oleh ayahnya ke Kampung Kuala Kemaman bagi membalas budi pd 1 kenalan lamanya. di situ Jacinta tinggal bersama keluarga Cikgu Hussein yg peramah & baik hati yg baru sahaja kehilangan anak sulung mereka, Fatimah akibat barah otak & tanpa disangka wajah Jacinta seiras dgn arwah Fatimah. sikap yg tidak berkira menjadikan dia disenangi kerapa ayahnya pernah berpesan supaya jgn kedekut apabila berada di tempat itu. pelbagai ranjau dihadapi & pengalaman baru dia dpt. terlibat dlm banjir, nekad mewakafkan tanah miliknya untuk pembinaan masjid w/pun bkn beragama islam & sama2 memeriahkan majlis maulidur rasul yg akan disambut di situ. dlm keceriaan, ada yg dengki & nekad menculiknya namun berkat ketulusan hati, dia berjaya melembutkan hati pemuda yg menculiknya dan dia dikembalikan dgn selamat.
kisah masyarakat yg sgt2 menarik. x tau nk cari kt mana dh buku ni klu x baru. yg kat umah tu dah koyak dh kulit...hehe
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sayangnye. best buku ni
klu anak sedara, dia baca buku ni pun dia bising sbb plot yg twist last skali tu
x sangka tp buku anna lee mmg plot twist pun...
|
|
|
|
|
|
|
|
Baru habis baca buku oleh Neil Gaiman ini. It's written as a young adult fantasy book, but hey, a full-flegded adult like myself absolutely enjoyed this novel. It's about a baby whose family was murdered by this mystery man called Jack (Jack-of-All-Trades), but he managed to escape and wandered to the graveyard. Penghuni perkuburan (terdiri daripada hantu, spirits, vampire, werewolf pun ada) berdebat sama ada untuk memulangkan baby tersebut kepada masyarakat atau menerimanya, melindungi dan membesarkan baby itu. Mereka bersetuju untuk membesarkan baby tersebut dan pasangan hantu bernama Mr. and Mrs. Owen dilantik menjadi ibubapa baby, dan Silas the Vampire ditugaskan jadi guardian. Maka bermulalah kisah dan adventure Nobody Owens daripada baby hinggalah ke teenager.
Memang best, lima bintang! Neil Gaiman always managed to blow my mind!
The story begins as Jack (usually referred to in the novel as "the man Jack") murders most of the members of a family (later revealed to be the Dorian family) except for the toddler upstairs. Unknown to him, the toddler has climbed out of his crib to explore. The toddler crawls out of the house and up a hill to a graveyard where the ghosts find him. They discuss whether to keep him until the Lady on the Grey (implied to be the Angel of Death) appears and suggests that the baby should be kept ("The dead should have charity"). The ghosts accept, and Mrs. Owens (the ghost who first discovered the baby) and her husband, Mr. Owens, become the foster parents. The baby is named Nobody Owens (since Mrs. Owens declares "He looks like nobody except himself") and is granted the Freedom of the Graveyard, which allows Nobody to pass through solid objects when in the graveyard, including its gates. The caretaker Silas (subsequently implied to be an ancient and formerly evil vampire, now reformed) accepts the duty of providing for Nobody. The man Jack is persuaded by Silas that the toddler has crawled down the hill, and he eventually loses the trail.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ny Kite Runner (2009) - ny tantaran'ny fihavanana tsy mety sy manahirana eo amin'ny olona 2, ny fitiavana maharitra namana, ary ny fifamelan'ny famelan-keloka. Novakiako teo amin'ny takelaka misy ny fampiharana ny boky avy amin'ny apknite.com
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ny Kite Runner (2009) - ny tantaran'ny fihavanana tsy mety sy manahirana eo amin'ny olona 2, ny fitiavana maharitra namana, ary ny fifamelan'ny famelan-keloka. Novakiako teo amin'ny takelaka misy ny fampiharana ny boky avy amin'ny apknite.com
Kite Runner (2009) - The Story of 2 Bad and Traumatic Relationships between 2 People, Long-Term Friendship, and Forgiveness of Forgiveness. I read the book on the app page from apknite.com
bahasa Malagasy
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
baru abis baca buku Cik Yah & Encik Lias
simple je cerita ni. x de kisah tipikal org kaya, rumah besar, kete besar. cuma kisah org kampung, skolah pun takat2 SPM. buat keje biasa sampaikan org igt diorg berdua ni pemalas. kisah anak2 duk kejar harta pusaka sampaikan mak dia terpaksa jual semua sampai x de tanah pusaka dh, adik beradik suka meminjam tp x sedar diri. konon keje tetap ni gaji byk, hidup terjamin sampaikan yah & lias kena hina sokmo. tp hakikat x begitu...
best buku ni. dh kali ke-2 baca
sedang baca - Tak Sempurna Mencintaimu
dh lupa dh mcm mana citer dia...hehehe |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
baru abis baca Cik Calla Lily & Encik Bos
kita baca Kembali Mencintai puloks... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by kucingkarate at 14-11-2019 09:27 AM
ari tu abis baca Ngauman Cindaku
best buku ni. rupanye cindaku tu bermaksud keturunan semulajadi manusia harimau. hanya keturunan ke-7 sahaja mampu mempunyai zuriat sebagai penyambung warisan cindaku & hanya yg ke-7 mempunyai kuasa. boleh tumbuh sayap. namun begitu, adik beradik lain dikurniakan umur yg panjang & cara utk membunuh mereka hanya dengan melapah kulit mereka hidup2.
best tp wujud ke kuturunan cindaku di alam nyata ni?
ada kot? mcm kata2 RAM dlm Imaginasi - Yang Terfikir Itu 'ADA' (ke novel Aku Bercerita ye?) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by bambimbom at 18-11-2019 04:33 PM
tengah baca Kan Ku kejar Cinta Kamu - Fauziah Ashari.
Beli time drama tu tgh on air.. tp sekarang baru nak baca.. hehehe.. dah nekad nak abeskan at least sejam sehari.. banyak dah buku kat umah ni beli je tak sempat nak baca.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|