image: https://www.mstar.com.my/~/media ... ?w=830&h=553&crop=1
Akel maut bersama isteri keduanya dan dua anak mereka dalam serangan udara Rusia di Syria pada Mac lalu.
BERITA kematian bekas pemain dram kumpulan Ukays, Akel Zainal yang menyertai kegiatan militan di Syria sejak 2014 terus hangat diperkatakan di media sosial.
Namun tidak ramai mengetahui Akel atau nama sebenarnya Wan Mohd Aquil Wan Zainal Abidin pernah berkahwin pada 2006 dan dikurniakan tiga anak perempuan.
Menerusi perkongsian seorang pelayar Twitter, dia mendedahkan keperitan yang dilalui wanita itu sejak pemergian Akel ke Syria.
"Anak sulung dia dengan isteri pertama dah umur 12 tahun. Dia tinggalkan isteri tanpa nafkah.
ARTIKEL BERKAITAN: [color=rgb(0, 51, 153) !important]Akel Zainal bekas ‘drummer’ Ukays maut di Syria, anak dan isteri turut terbunuh dalam serangan anti pengganas
"Wife dia buat dua tiga kerja tanggung anak-anak. Syahid ke? Kamu tidak tahu itu. Di sana kamu tidak tahu apa yang kamu perjuangkan. Kamu berpihak kepada siapa," soalnya.
Tulisnya lagi, ketiga-tiga anak Akel tidak pernah mengenali bapa mereka.
image: https://www.mstar.com.my/lokal/s ... c887ad12.ashx?la=en
Posting individu itu yang mendakwa dirinya mengenali bekas isteri Akel tular di Twitter.
"Anak-anak dia (Akel) dengan isteri pertama tu tak kenal pun ayah mereka. Dan mereka menangis sebaik mengetahui dia dah meninggal.
"Yang sulung je tak menangis sebab dah besar. Interpol dah tahu lama dia mati kena bom tetapi peram cerita sampai sekarang," dakwa rakan wanita itu.
Malah menerusi perkongsian itu juga, individu berkenaan mendakwa rakannya yang digambarkan seorang wanita yang lawa itu sudah bercerai dengan Akel secara taklik pada Oktober tahun lalu.
"Mereka sudah bercerai dan bekas isteri tidak mahu ada apa-apa kaitan dengan Akel lagi," katanya.
Wife dia buat dua tiga kerja tanggung anak-anak. Syahid ke? Kamu tidak tahu itu. Di sana kamu tidak tahu apa yang kamu perjuangkan. Kamu berpihak kepada siapa.NETIZEN.
Individu itu turut meluahkan rasa kecewa dengan tindakan Akel yang memilih menyertai kumpulan militan berbanding memberi fokus kepada tiga anaknya.
"Jihad kamu sepatutnya membesarkan anak-anak terlebih dahulu. Sekarang anak-anak itu tiada bapa.
"Jangan samakan jihad Syria ini dengan jihad Rasullullah. Kalau Rasulullah yang suruh, pergilah.
image: https://www.mstar.com.my/lokal/s ... d282d023.ashx?la=en
Akel menyertai kumpulan IS sejak 2014.
"Kamu fikir kamu jihad atas nama Islam. Tapi di sana kamu tidak pernah tahu. Ia perang orang lain. Kamu mahu berjuang? Masuk askar atau polis, bunuh penjenayah sini. Jaga sempadan Malaysia-Thai," katanya.
Posting itu bagaimanpun dipadamkan selepas tular di Twitter.
Terdahulu mStar melaporkan Akel bersama seorang lagi perekrut utama Malaysia bagi kumpulan pengganas Negara Islam (IS) iaitu Mohd Rafi Udin, 53, maut dalam serangan udara Rusia di Syria.
Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, Mohd Rafi yang dikenali sebagai Abu Ain dan Akel masing-masing terbunuh pada Januari dan Mac lalu.
Ayob berkata, Akel terkorban bersama isteri, Syamimi Faiqah Sulaiman dan dua anaknya berusia dua dan tiga tahun.
Syamimi merupakan bekas pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) yang dipercayai lari ke negara itu untuk berkahwin dengan Akel selepas berkenal melalui Facebook.