CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22800|Reply: 140

"Kita Jaga Anak Tak Sempat Nak Jaga Dia" - Shiera Tak Tahu Kinah Ada D

[Copy link]
Post time 21-4-2021 07:26 AM | Show all posts |Read mode
Sebuah video bersenam yang dikongsikan Sharifah Sakinah dalam Instagramnya menjadi tanda tanya netizen sama ada pelakon kontroversi itu sudah meninggalkan Malaysia.


Menerusi video tersebut, Sakinah bersama tunangnya yang merupakan seorang warganegara Sweden, Michael Hansen sedang melakukan aktiviti bersenam dengan berlatarbelakangkan suasana di luar negara.




Kredit foto: IG




Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al- Khaired, 32, ketika ditanya Kosmo! Online menerusi aplikasi WhatsApp tentang perkara tersebut bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen.


“Hehehe. Tak kot,” tulis berbasa-basi menjawab andaian Kosmo! Online tentang lokasi keberadaannya ketik ini.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya tertanya-tanya jika Sakinah telah berpindah ke luar negara seperti yang pernah dia katakan sebelum ini menerusi program temu bual, Heart2Heart bersama pengacara, Datuk Aznil Nawawi pada Mac lalu.


“Walaupun di mana awak berada, kami sebagai peminat sentiasa mendoakan supaya awak gembira dan selamat dalam apa jua yang awak lakukan. Bergembiralah dengan kehidupan baharu. Semoga diberkati Tuhan,” kata seorang pengguna Instagram.


“Awak dah tinggalkan kami semua? Semoga kekal selamat dan gembira bersama insan tersayang,” kata seorang lagi pengikutnya dalam Instagram.


Sementara itu, kakak kepada Sakinah yang juga merupakan seorang pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahira ketika diminta penjelasan tentang kedudukan adiknya sekarang mengakui langsung tidak menahu tentang perkara tersebut.


“Cuba tanya dia (Sakinah) sendiri. Dia di sana (luar negara) kita tak tahu. Kita di Kuala Lumpur jaga anak-anak dan tak sempat nak jaga Sakinah,” ujar Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera.


Secara berseloroh, penyampai Suria FM itu sempat berseloroh meminta bantuan Kosmo! Online untuk memaklumkan kepadanya jika mendapat maklumat tentang kedudukan Sakinah.


“Susah sangat artis antarabangsa. Tolong tanyakan dia kat mana. Kami tengok dekat IG (Instagram) sahaja,” kata Shiera


Ditebak, jika benar Sakinah kini sekarang berada di luar negara, Shiera menjelaskan, ibu kepada seorang itu sudah cukup dewasa dan pandai menjaga diri.


“Dia sudah besar, saya nak rotan ke? Dia pandai jaga diri. Takkan nak ikat dia kat pokok. Ramai budak pergi Jepun umur 16 tahun sebab pertukaran pelajar. Anggaplah dia (Sakinah) pelajar,” kata Shiera.


Shiera turut menitipkan nasihat bersempena bulan Ramadan supaya urusan setiap umat Islam dipermudahkan ketika menempuh pelbagai dugaan di dunia.


Terdahulu, Sakinah ada berkongsikan mengenai masalah kesihatan mental yang dialaminya dan mengakui bakal berpindah ke luar negara apabila berkahwin dengan Michael Hansen.


Menurut Sakinah, masalah penyakit Attention-Deficit Hyperactivity Disorder atau ADHD yang dihidapinya sejak beberapa tahun lalu kini agak teruk dan perlu menjalani rawatan khusus.


Pelakon Aku Yang Kau Gelar Isteri itu memberi alasan, penghijrahan ke luar negara juga bagi menjalani rawatan penyakit yang dihidapinya. Dia turut memohon maaf serta berharap semua pihak memahami masalah kesihatan mental yang dihidapinya.  




Sumber: K! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2021 07:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Pindah lah kau kat mana sekalipon sekalipon ke lubang kubur xde sape yg peduli dgn minah gila sekor ni..lu sape!!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau betul dia dah ada di sana aku just nak tau camana dia merentas benua. Dia dah dah bervaksin ke?
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Nape aku rasa annoying je ngan jawapan kakak si kinah ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Kata nak nikah di msia????suka hati ko la nak ke bulan pun! Penyakit mental dia seharusnya bermula dari kecik awat pulak da tua baru mula??pelik betul
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 07:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni klu jwb sarcastic sbnrnya
Dia nak ckp dia pun tak ambik tau
Yg org sibuk buat apa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2021 08:08 AM | Show all posts
mengade2 lah ...

baik kakak baik adik ..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Adik badik ni memualkan. Biar je lah nak jadi apa. Yg adiknya pun pelik. Akak dia pun jawapan mcm nak nganjing netizen pun ye mcam nak bgtau adik dia bt sume menda tak refer famili pun ye...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2021 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
chandrahusin replied at 21-4-2021 07:45 AM
Dia ni klu jwb sarcastic sbnrnya
Dia nak ckp dia pun tak ambik tau
Yg org sibuk buat apa

Dia macam tak kuasa lah nak layan perangai Kinah kot. Kalau serius sakit mesti kakak akan jawab elok..ni acuh tak acuh bergurau menyindir..dari haritu lagi
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Iouls sebagai penghidap ADHD yang disahkan oleh doktor juga agak pelik dengan keadaan kinah. Iouls bertahun off medication tapi xde pulak jadi makin teruk. ADHD dengan intervention biasanya akan jadi mild bila makin dewasa sebab ada skill yang boleh dilatih. Iouls bagi contoh masa membesar iouls mmg jenis yg susah nak focus dalam kelas. Cikgu ajar sains, otak iouls fikir math. Tapi bila dah kerja ni semua boleh submit on time, xde masalah. Disebabkan orang2 yg suka guna disorder dorang sebagai alasan la orang2 lain terpalit sama.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 09:10 AM | Show all posts
xmendatangkan ape2 kesan pon
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
naina replied at 21-4-2021 08:56 AM
Dia macam tak kuasa lah nak layan perangai Kinah kot. Kalau serius sakit mesti kakak akan jawab el ...

Terfikir macam tu jugak. Kakak malas nak layan perangai dia la tu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak dia skrg sape jaga ek?lagi satu,kalau betul pegi luar negara,mcm mana dia boleh rentas ke sana?atas alasan apa?border mmg dah dibuka ke?
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
azimodin: Iouls sebagai penghidap ADHD yang disahkan oleh doktor juga agak pelik dengan keadaan kinah. Iouls bertahun off medication tapi xde pulak jadi makin t ...


Dia sakit "adhd" + attention seeker...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 09:29 AM | Show all posts
hhaaa..dia malas nak layan netizen sbnrnya.. elok pun dia jawab camtu..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Mgkin fmly dia dh puas nasihat.. Dah xlalu dah eh.. Cemuih.... Buat kptsn ikut kepala sendiri..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2021 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah kawenla kot.. Tu dpt rentass.. Suami nak balik negara sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Umur dah 32, nk control mcm mana lagi adik dia tu. Anak dia sendiri pun berderet.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
chandrahusin replied at 21-4-2021 07:45 AM
Dia ni klu jwb sarcastic sbnrnya
Dia nak ckp dia pun tak ambik tau
Yg org sibuk buat apa

A ah aku pun fhm mcm tuh..lebih kepada dia dh letih nasihat adiknya itu
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah syukur rezeki ku di bulan Ramadhan penuh barokah ini....



Sakinah mental berambus jua drpd Malaysia.
Syukur syukur Ya Allah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 01:26 AM GMT+8 , Processed in 0.153829 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list