CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Raline

[UPDATE #120] Wow Diana Daniel tak Jelaous ke Mimi lana mengepeng di bahu Farid

[Copy link]
Post time 3-6-2021 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
winky1 replied at 3-6-2021 03:18 PM
Saja nak bagitau. . Saya tak minat fk n abg dia and Isteri tu yg sibuk tunjuk mcm alim tapi jadi gam ...

yang dgn yana tu adik si FK ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2021 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
seriuos la dah 60 filem kau berlakon FK..
satu tajuk filem pun aku tak ingat..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2021 07:34 PM | Show all posts
Boring la FK n heroin dia.. lakonan tak best.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2021 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
selain siti rosmizah, osman ali la yg selalu amik farid kamil berlakon..masalahnya, FK yg selepas dadah tak best langsung..lain betul cara dia berlakon skrg..dulu taklah sekayu skrg
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2021 08:44 PM | Show all posts
cadarblogsot replied at 3-6-2021 11:30 AM
Meh kita liat kat sini.. Actor/Actress mana yg tak kepam... Tak kayu.. Wangi.. Iols suka

Actor
...

Pompuan:
Uqasha, Azar Azmi, Aishah Illias (ni cantik, berlakon not bad tapi jaraaaanggg berlakon)
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2021 08:46 PM | Show all posts
asma87 replied at 3-6-2021 05:36 PM
Apesal bukan shuben fazz yg berlakon..selera sikit tengok

Shuben Fazz tak sesuai berlakon under Osman Ali. Osman punya drama mesti over peluk-peluk, sentuh sana sini.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-6-2021 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Lemau btul muka FK ni...mcn muka malas nk siap...dh tk relevant tuk jadi lead cinta cintun...maybe anak kampung petani....
Kalo fattah alif satar, alvin chong mcn ok..alif aziz pun ok
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2021 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Ahgerbitch replied at 3-6-2021 01:33 PM
Lemau btul muka FK ni...mcn muka malas nk siap...dh tk relevant tuk jadi lead cinta cintun...maybe a ...

Mungkin sbb fk je yg available utk drama ni..plus dia tinggi..mimi ni dah la tinggi galah..nak carik hero yg sepadan susah..bamtah dan eman bz ulit baby...mane nak outststion kt tganu sebulan..
Alif aziz wlupun perangai...tp x dinafikan dia mmg helok sedap mata memandang..berlakon pun best..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2021 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Farid kamil berlakon tak de emosi.. better lagi syafiq kyle, syukri yahya, alvin chong pun lagi ok..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2021 11:18 PM | Show all posts
aku rasa suami si zahirah wilson tu sesuai berlakon dgn mimi lana galah ni
apa nama dia.. Aiman ke?
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2021 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Adoii.. Kalo bc novel cite ni mmg best.. Tp itulah.. Bila diadaptasi boleh pulak FK.. dh kertu.. Bagi le syafiq Kyle ke..sedap sikit..sy suka lesung pipit dia.. Aummmm
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2021 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
jijana replied at 3-6-2021 10:00 PM
Mungkin sbb fk je yg available utk drama ni..plus dia tinggi..mimi ni dah la tinggi galah..nak car ...

Alif aziz dah gundu skrg
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2021 11:43 PM | Show all posts
Biasa umur macam ni mana mana pun tengah adrenalin testosterrone nafsu syahwat memang tinggi,otak ingat nak main jer.ADIDAS.All Day I Dream About Sex.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2021 11:59 AM | Show all posts
supermum replied at 3-6-2021 12:44 PM
Pompuan:
Uqasha, Azar Azmi, Aishah Illias (ni cantik, berlakon not bad tapi jaraaaanggg berlakon) ...

pak dol suka tgk aishah illias..cantiks sangat
azar
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2021 12:10 PM | Show all posts
Minami2013 replied at 3-6-2021 11:14 PM
Farid kamil berlakon tak de emosi.. better lagi syafiq kyle, syukri yahya, alvin chong pun lagi ok.. ...

syukri yahya ni lakonan dia best
tp boring la asyik la jadi suami yg baik sopan sanun lemah lembut
boring asyik watak tu je

sesekali watak jahat ke pon best jgk
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2021 12:11 PM | Show all posts
Iimaukasturi replied at 3-6-2021 11:29 PM
Adoii.. Kalo bc novel cite ni mmg best.. Tp itulah.. Bila diadaptasi boleh pulak FK.. dh kertu.. Bag ...

iols bru tgk smlm setengah jam mcm tu kotterus mintak adik iols poskan novel ni hahahaha

rasa nak tengok cerita ni tp hero n heroin off skit
FK iols minat gak dia sbb gaya bad boy dia (bukan minat lakonan dia)

tp smlm tgk uish lainnya x nmpak pulak hensem dia tu wlpon xde la hensem sgt kan
maybe boleh p repair muka n gigi kot?
DD please jaga skincare laki hg sama huehuehuehue
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2021 12:30 PM | Show all posts
tiba2 teringat cerita langit cinta
kaka fazzy jad org kampung
FK ni pon ada kan crush kakafazzy
bestnyaaa cerita tu

time tu FK pon helok je lakonan n rupa paras
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2021 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
lifeline replied at 4-6-2021 04:10 AM
syukri yahya ni lakonan dia best
tp boring la asyik la jadi suami yg baik sopan sanun lemah lembu ...

Aah, kalau jahat menarik juga. Watak psycho ke.. Syazwan zulkifli i tgk cerita apa ntah jadi watak jahat, mmg annoying gile. Dah tu, asyik watak gitu je la dia dpt kan. Agak nya producer ni pilih pelakon ikut watak yg biase pelakon2 ni carry. Jadi stereotypes je la.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2021 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
mimi lana
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2021 04:51 PM | Show all posts

[UPDATE] Bertuah ganding hero pujaan, Syafiq kyle tak JEALOUS KE?



Ketika filem pecah panggung Legenda Budak Setan ditayangkan pada 2010, Mimi Lana, 26, masih bersekolah.

Bagaimanapun, siapa sangka selepas 11 tahun, dia akhirnya digandingkan dengan Farid Kamil, hero filem terbabit yang menjadi kegilaan peminat ketika itu.

Gandingan mereka sebagai pasangan kekasih dapat disaksikan menerusi drama bersiri Masih Ada Rindu yang ditayangkan menerusi slot Akasia TV3 bermula kelmarin, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam.

"Sememangnya saya tak pernah terfikir nak digandingkan berlakon dengan Farid. Dah tentu saya teruja kerana saya salah seorang peminatnya juga.

"Paling utama, Farid salah seorang pelakon filem yang jarang berlakon drama TV. Jadi gandingan kami ibaratnya satu penghargaan.

"Apabila berlakon bersama, banyak perkara baharu yang saya boleh belajar dan ambil tahu," katanya.

Menerusi drama arahan Osman Ali itu, Mimi melakonkan watak Syafika, manakala Farid pula membawa dua watak iaitu Hakim dan kembarnya Hadi.

Menurutnya, ini pengalaman pertamanya bekerja di bawah arahan Osman serta berlakon dengan pelakon lain kecuali Aliza Shadan.

"Saya bersyukur kerana penggambaran lancar dan sangat bagus. Diakui dalam situasi pandemik Covid-19 ini agak susah untuk penggambaran kerana banyak kekangan.

"Namun, saya lega kerana berjaya juga menghabiskan 45 hari penggambaran yang selesai seminggu sebelum pelaksanaan sekatan pergerakan penuh (SPP) yang bermula Selasa lalu.

"Saya suka bekerja dengan Osman kerana dia sangat menitik beratkan persembahan pelakon dan set," katanya.




MIMI anggap lakonan dengan Farid satu penghargaan.

Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin berkata, Farid pula sangat mudah bekerjasama dan profesional ketika bekerja.

"Dia jenis orang yang tak banyak kerenah. Dia bercakap hanya ketika bekerja. Selebihnya dia seorang yang serius.

"Farid banyak duduk sendirian dan buat hal sendiri. Sebagai pelakon, dengan siapa pun saya berlakon, saya kena 'study' siapa pasangan saya dan tak boleh ramalkan sifatnya.

"Tapi, sebelum penggambaran kami sudah berjumpa di sesi bacaan skrip dan dari situ saya mula kenal sisi Farid. Dari mula kami kerja sehingga habis memang tiada masalah," katanya.

Mengulas keserasian gandingan mereka, Mimi menyerahkan kepada penonton untuk menilai sendiri.

"Susah nak cakap gandingan kami okay atau sebaliknya kerana masing-masing ada pilihan sendiri. Tapi, apa yang saya boleh kata ini adalah persembahan yang terbaik dari kami.

"Kami sangat profesional di lokasi. Saya sangat bertuah digandingkan dengan dia. Tiada isu babak romantis kerana kami hanya menjalankan tanggungjawab masing-masing. Apapun peminat kena tonton dahulu cerita ini kemudian baru boleh menilai kemesraan kami," katanya.

Masih ada rezeki

Mimi bersyukur walaupun dibayangi pandemik Covid-19, rezekinya masih ada dalam lakonan.

Bagaimanapun seperti artis lain, banyak tawaran berlakon yang ditangguh akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini dan terbaharu, SPP.

"Syukur kerana setakat ini saya masih boleh makan dan ada kemudahan tempat tinggal yang sempurna.


BABAK romantis Mimi dan Farid dalam Masih Ada Rindu.

"Walaupun kena duduk rumah, saya masih aktif dengan media sosial kerana ada kontrak dengan beberapa produk terkenal. Jadi, saya kena sentiasa buat hantaran.

"Jika ditanya berkenaan watak lakonan pula, saya akan ambil berdasarkan watak yang dikehendaki," katanya.

Menurutnya, tanpa mengira sama ada watak heroin atau sebaliknya, dia akan terima jika menyukainya.

"Saya tak kisah walau buat satu atau dua babak. Lagipun saya sedar saya masih baharu dan kena belajar banyak lagi. Banyak watak yang saya nak terokai dan buat.

"Saya teringin nak buat cerita aksi dan genre biopik. Dulu ada permintaan untuk genre begini, tapi sekarang berkurangan. Tapi, saya percaya dari hari ke hari akan ada pembaharuan. Setiap yang ada dalam industri pun ada pembaharuan. Apapun doakan supaya Covid-19 pulih sepenuhnya untuk kita bergerak semula," katanya.

Menyentuh mengenai pandemik Covid-19, Mimi turut prihatin dengan nasib golongan kurang bernasib baik.

"Saya tak menafikan dapat banyak mesej meminta bantuan. Apapun saya pilih pendekatan sorokkan tangan kiri.

"Biar pertolongan itu ikhlas dan bukan untuk digembar-gemburkan," katanya yang seronok menjalani kehidupannya sekarang.

Sumber:https://www.hmetro.com.my

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 01:01 PM GMT+8 , Processed in 0.346009 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list