Edited by intan_smsb at 4-9-2024 09:33 AM
ni berite nya:
KOTA KINABALU: Dua mayat rentung dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di lampu isyarat Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), Jalan Kepayan, di sini, awal pagi tadi, sudah dikenal pasti.
Mereka adalah adik beradik perempuan berusia lingkungan 20an. Pun begitu identiti lengkap mereka masih dalam proses siasatan lanjut. Mengesahkan perkembangan itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kemalangan yang membabitkan Toyota Hilux, Perodua Axia dan Perodua Viva itu, pada jam 2.35 pagi. "Siasatan awal di tempat kejadian mendapati Toyota Hilux dipandu lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an yang memandu dari arah Tanjung Aru menuju ke arah Putatan.
"Sebaik tiba di tempat kejadian di lorong kanan, Toyota Hilux melanggar Perodua Axia yang dinaiki dua wanita terbabit sehingga menyebabkan kereta itu berpusing masuk ke lorong tengah lalu melanggar bahagian tepi kanan Perodua Viva. "Akibat kejadian itu, Perodua Axia terbabas ke bahu jalan berdekatan jejantas lalu terbakar," katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini. BH Online awal pagi tadi melaporkan dua individu rentung selepas Perodua Axia dinaiki mereka terbakar dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Kepayan, dekat KKIA.
Pemandu Perodua Viva, lelaki berusia 34 tahun dan pemandu Toyota Hilux berusia 22 tahun hanya cedera ringan. Kasim berkata kedua-dua mangsa di dalam kereta Perodua Axia dikeluarkan oleh pasukan bomba dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh doktor dari Hospital Queen Elizabeth 1.
Katanya, siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 44(1)(b)Akta Pengangkutan Jalan 1987.
|