CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Sephiroth

Share your Combat Experiences

[Copy link]
Post time 20-4-2012 09:02 PM | Show all posts
Reply 100# Sephiroth

martial artist? mmg saya bukan martial artist tetapi saya pengamal martial 'arts', pahamkan kt situ sudah, tak perlu nak dikongsi saya menggunakan martial arts yg mana. cuma klu nak tahu juga, saya boleh bagi hints, i'm malay.
pasal bergaduh tu bukan sbb martial arts tu, itu adalah sikap kendiri yg sentiasa yakin dan sewaktu muda dulu2 (hati kering). jgn nak samakan martial arts dgn sikap seseorg.
klu kau masih muda teringin gak aku nak tgk kau beraksi di gelanggang MMA, skrg ade yg dari malaysia. mungkin kau bleh apply.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2012 08:15 PM | Show all posts
a fwen of mine ada blckbelt in TKD, Karate, 2@3 times join silat kebangsaan in olahraga n die penah blaja Judo 3 bulan.. tp die sgt down to earth. he never guna ke jalan yang salah. sangat tertib, sgt penyabar n sgt cool.. rite now die da tak aktif..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2012 11:42 AM | Show all posts
by MANSTIR

martial artist? mmg saya bukan martial artist tetapi saya pengamal martial 'arts', pahamkan kt situ sudah, tak perlu nak dikongsi saya menggunakan martial arts yg mana. cuma klu nak tahu juga, saya boleh bagi hints, i'm malay.

pasal bergaduh tu bukan sbb martial arts tu, itu adalah sikap kendiri yg sentiasa yakin dan sewaktu muda dulu2 (hati kering). jgn nak samakan martial arts dgn sikap seseorg.   


Apa kah bezanya antara seorang Martial Artis dan Pengamal Martial Arts? Aku tidak faham. Saya sentiasa menganggap diri ku sbg Martial Artis.

Saya rasa sifat suka bergaduh itu bukannya dr sifat yakin diri - ianya lebih kpd sifat menunjjuk diri, terlalu yakin dgn kekuatan physical sampai memikirkan bahawa hanya dgn tangan dan kaki yg kuat, semuannya boleh diatasi.

klu kau masih muda teringin gak aku nak tgk kau beraksi di gelanggang MMA, skrg ade yg dari malaysia. mungkin kau bleh apply.  


Maaf, aku tidak belajar MA semata2 utk menjadi badut di gelanggang. Aku tidak berminat dgn mana2 acara ataupun penghargaan semata2.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2012 01:03 PM | Show all posts
....menyibuk jap...

si ReuK ni dh  lama tak post sini. sesungguhnya beliau masih hidup. cuma bizi dengan tugas sbg safety officer dan melayan karenah anak sulungnya yg baru berapa bulan itu. hehehe...

Owh, jgn risau, dia sememangnya ada silat, dan dahulunya aktif bermain bola keranjang. hehehe...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2013 05:15 PM | Show all posts
Baru2 ini, saya menghadiri sebuah seminar mengenai Keselamatan Diri di sebuah kolej tempatan. Saya bukannya belajar sana (dah tua lah) tetapi kena "escort" anak saudara menghadiri hari pertama dia masuk college. Saya bawa dia bersama kerana saya memikirkan mereka akan menunjjukan cara2 menpertahankan diri ataupun offer "club" martial arts di dalam college.

Saya tengok atas pentas, ada seorang lelaki dgn pakaian lengkap Tae Kwon Do. Dia mengaku dirinya "7th Dan" dan mengelarkan dirinya "Master" (tak payah cakap nama lah). Jadi, saya pun duduk dgn anak saudara dan mendengar apa yg dikatakannya. Selama hampir 2 jam, dia bercakap tentang kejadian jenayah yg meleluas di Malaysia, serta cara2 menpertahankan diri secara kecil2an. Banyak juga apa yg dikatakannya, saya setuju, walaupun saya berpendapat, dia banyak pengalaman hadiri seminar dan tournment tetapi kurang pengalaman dalam bab "street fighting". Anak saudara saya pula, suruh saya naik ke atas pentas dan ambil alih.

Anyway, selepas hampir 2 jam, seminar itu dah nak habis. Apa yg dikatakan olehnya last2 yg buat saya tak puas hati. Katanya - "Sekitarnya kamu diserbu oleh dua tiga orang lelaki, baik kamu menyerah diri dan "beg of mercy". Kamu boleh "negoitate" dgn mereka supaya kamu boleh meninggalkan tempat itu dgn selamat, kerana nyawa lebih mustahak."  Terkejut beruk di buatnya.

Nyawa lebih mustahak oleh itu, biarkan mereka buat apa sahaja? Nasihat apa ini? Adalah logik kalau dikatakan sekiranya kamu menyerah diri, kamu akan mati juga kerana kamu tidak melawan dan nyawa kamu ditangan orang yg menyerbu kamu. Jadi, kalau nak mati, baik kamu mati berlawan.

Lagi satu, macam mana pula kalau kamu berpasangan masa itu. Katakan kamu seorang lelaki dan kamu berpasangan dgn seorang wanita (samada teman wanita, adik atau kakak perempuan ataupun kenalan perempuan). Adakah kamu nak menyerahkan dia sbg "prize" supaya kamu tidak diapa-apakan? Masih lelaki ke kamu kalau kamu buat sedemikian?

Bagi ku - Nyawa tak penting kalau kamu ada nyawa orang lain utk dipertimbangkan.

Apa punya martial arts macam ini? Suruh orang menyerah diri semata2 kerana sudah takut? Ini bukan Martial Arts, ini adalah pertunjjukan lawak bodoh. Teringin aku naik pentas dan belasah Si Master itu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2013 04:48 PM | Show all posts
naik blasah jer .. takkan teringin jer kot ..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-2-2013 02:33 PM | Show all posts
odz2243 posted on 6-2-2013 04:48 PM
naik blasah jer .. takkan teringin jer kot ..


Tak ada gunanya. Dia hanya akan "menyerah diri" dari takut malu (di hadepan penonton). Kalau dia kalah nanti, siapa nak percaya dia "Master" lagi?

Tetapi bukan salah dia shj. Martial Arts sekarang sudah menjadi "commercialized". Banyak orang yg menpelajarinya kerana nak tubuh badan yg sasa dan segak, dan bukannya kerana nak berdisplin tinggi. Martial Arts itu sendiri sudah bertukar dari seni menpertahankan diri (termasuk menbunuh kalau paksa - spt situasi di mana seorang diserbu oleh beberapa orang lain) kpd satu bentuk sukan yg hanya berdasarkan "point system" dan melakukan "kata" (pergerakan teratur) shj.

Malangnya, dunia tidak memerlukan orang2 macam aku dah.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2013 12:22 AM | Show all posts
mai la sini (jepun).. kalo dh raso kat mesia jasa anda tidak diperlukan lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2013 08:48 AM | Show all posts
Sephiroth posted on 7-2-2013 02:33 PM
Tak ada gunanya. Dia hanya akan "menyerah diri" dari takut malu (di hadepan penonton). Kalau dia ...

Den ponah jumpo master TKD yang kato kalau dia disamun dio akan serahkan dompet sobab takut terbunuh orang tu.. Tu kalau bole negiotiate la haha..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2013 10:11 AM | Show all posts
tdpp2006 posted on 1-8-2013 08:48 AM
Den ponah jumpo master TKD yang kato kalau dia disamun dio akan serahkan dompet sobab takut terbun ...

Apa gunanya belajar apa2 dari orang yg sanggup dirompak sedemikian? Dia layak ke digelar Martial Artists? Ilmu dia berbaloi ke utk dibelajari?
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2013 08:31 AM | Show all posts
Sephiroth posted on 1-8-2013 10:11 AM
Apa gunanya belajar apa2 dari orang yg sanggup dirompak sedemikian? Dia layak ke digelar Martial A ...

Pengalaman memasing. Bilo den tanyo orang sekeliling dio tu sebelum mendalami TKD kaki pukul jugo.. Abang dio terlibat dongan Kongsi Gelap. Abang dio terbunuh dalam satu pergaduhan oleh seorang yang cubo mempertahankan diri dari di peras. Hidup orang yang bunuh abang dio dan keluargo orang tu memang susah lopeh itu. Yola kongsi golap ni ado jo mengganggu sobab dah ahli dio dibunuh. Orang yang bunuh itu di sabit gantung sampai mati tapi tak digantung lagi sobab proses rayuan pulo.. Lecehla bagi master ni. Tapi dari ayat dio tu den raso dio tu konfiden dongan ilmu ( dan agak sombong) haha.. oo lupo keluargo master ni masih ditolong oleh kongsi golap mendiang abang dio dengan dana diorang. huhu..

Last edited by tdpp2006 on 2-8-2013 08:32 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2013 09:07 AM | Show all posts
tdpp2006 posted on 2-8-2013 08:31 AM
Pengalaman memasing. Bilo den tanyo orang sekeliling dio tu sebelum mendalami TKD kaki pukul jugo. ...

Aku tidak perduli dia bekas kali pukul ke atau bekas ahli Yakuza ataupun keluarga dia merempat. Itu semua irrelevant bagi ku.

Bagi aku, sekiranya seseorang itu mengelarkan dirinya Guru Seni bela diri, ianya bermakna dia kena ajar muridnya macam mana menbela diri dlm sesuatu keadaan - termasuk ketika dirinya dirompak. Bukan suruh anak muridnya tunduk dan bagi punggung utk dicucuk oleh perompak. FAHAM?

Orang2 macam ini tak layak dijadikan guru seni bela diri.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2013 11:47 AM | Show all posts
Sephiroth posted on 2-8-2013 09:07 AM
Aku tidak perduli dia bekas kali pukul ke atau bekas ahli Yakuza ataupun keluarga dia merempat. It ...

Tengok keadaan dan keutamaan lah tuan.. Orang merompak ugut nak bunuh anak kita kita nak melawan ke ikut cakap dia dulu..

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2013 10:03 PM | Show all posts
apa-apa ajelah yer... setakat dalam forum ni bolehlah cakap besar... takde pistol takde pisau... pakai laptop je lawan sape lagi betul sape lagi bagus... boleh le cakap tak peduli itu, tak peduli ini... betul kata tdpp2006. strategi kena ada. kalau tak kena gaya, semata2 melawan pun belum tentu lepas & worse nyawa org tersayang sekali boleh melayang...!!! letakkan diri dalam situasi, bukan dalam FORUM okay... Last edited by average.joe on 3-8-2013 07:12 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2013 09:07 AM | Show all posts
tdpp2006 posted on 2-8-2013 11:47 AM
Tengok keadaan dan keutamaan lah tuan.. Orang merompak ugut nak bunuh anak kita kita nak melawan k ...

Kalau dah sampai tahap orang dah ugut nak bunuh, adakah kamu masih nak berfikir lagi?

Kalau kamu nak berfikir je, tak payahlah. Tunduk kan kepala dan relakan dia buat apa2 je dia suka, termasuk menyembelih anak bini kamu itu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2013 06:29 PM | Show all posts
Sephiroth posted on 5-8-2013 09:07 AM
Kalau dah sampai tahap orang dah ugut nak bunuh, adakah kamu masih nak berfikir lagi?  ...

Semua benda ada hadnya..Kalau kita dah bagi duit dia suruh berbogel nak toron tak kan nak mengalah.. Kalau kena serang dengan ramai orang pun sekurang - kurang ada yang ikut kita ke hospital kalau tak ke tanah kubur..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-8-2013 03:48 PM | Show all posts
tdpp2006 posted on 5-8-2013 06:29 PM
Semua benda ada hadnya..Kalau kita dah bagi duit dia suruh berbogel nak toron tak kan nak mengalah ...

Yeah, itulah apa yg saya nak dengar. Bahawa ada kemungkinan orang yg mengugut kita tak akan puas hati dgn apa yg kita berikan dan cuba2 memaksa kita utk melakukan sesuatu yg kita tak suka ataupun cuba mencederakan kita. Pada masa sedemikian, apakah tindakan kamu?

Tak akanlah kamu sbg seorang abang atau suami akan berdiri diam bila orang yg mengugut kamu nak merogol isteri ataupun adik perempuan kamu? Tak kan? Mesti melawan balik, betul?

Saya tak suruh orang lawan macam Bruce Lee pada setiap masa. Kalau boleh berdamai, berdamai je lah. Tetapi kalau perlu bertindak kasar bagi memastikan keselamatan diri dan yg tersayang, kamu tak ada pilihan lain selain dari berlawan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2013 05:04 PM | Show all posts
Sephiroth posted on 6-8-2013 03:48 PM
Yeah, itulah apa yg saya nak dengar. Bahawa ada kemungkinan orang yg mengugut kita tak akan puas h ...

Ok la Sephiroth, minta ampun kalau terkasar bahasa. Selamat Hari Raya..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2013 09:47 AM | Show all posts
tdpp2006 posted on 6-8-2013 05:04 PM
Ok la Sephiroth, minta ampun kalau terkasar bahasa. Selamat Hari Raya..

OK. No problem. Selamat Hari Raya dan berhati-hati di Jalan Raya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2013 11:07 AM | Show all posts
jsut watch the show
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 05:58 AM GMT+8 , Processed in 0.094695 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list