Lokasi ini boleh dikatakan sebagai tempat paling popular untuk dikunjungi pelancong selain Masjid Huskuru Miskiiy.
Masjid itu dibina sekitar pertengahan tahun 1600 dan ia merupakan masjid terbesar di Maldives. Masjid tersebut mampu memuatkan jemaah seramai 5,000 orang dalam satu masa.
Selain itu, masjid tersebut juga berperanan sebagai Pusat Islam Maldives dan binaannya juga unik bak sebuah karya seni dengan pelbagai ukiran mewah berkubah emas.
Menerokai khazanah dasar laut juga menjadi alasan paling tepat mengapa ramai pelancong memilih Maldives sebagai destinasi idaman.
Terumbu karang di Maldives amat terkenal dengan kecantikannya yang tersendiri. Lautannya kaya dengan pelbagai hidupan marin sehinggakan ia digilai peminat aktiviti selam skuba.
Selepas penat berenang, pengunjung berpeluang melawat ke Fuamulaku yang terkenal dengan kesuburan tanahnya.
Kebanyakan masyarakat yang tinggal di kawasan tersebut merupakan golongan petani, tetapi kehadiran anda ke sana pastinya disambut meriah oleh penduduk tempatan.
Pelancong boleh mendapatkan pelbagai buah-buahan segar seperti oren, mangga dan nanas.
Memancing merupakan sebahagian daripada gaya hidup penting di Maldives, tetapi memancing pada waktu malam pastinya lebih menyeronokkan sambil ditemani sang purnama.
Bagi mereka yang ingin mencuba suasana memancing pada waktu malam bolehlah mendapatkan khidmat pemandu pelancong yang akan membawa anda ke lubuk rahsia.
Selain itu, sambil memancing pengunjung juga boleh mengadakan jamuan barbeku di atas kapal persiaran yang disewa secara khusus.
Situasi kepulauan Maldives yang sunyi tanpa bunyi hon kenderaan dan rimba pencakar langit di bandar elit seolah-olah membawa pengunjung ke sebuah pulau yang tidak berpenghuni.
Hampir 1,200 pulau terdapat di kepulauan Maldives maka tidak hairanlah mengapa ia begitu sunyi dan sesuai untuk mereka yang inginkan percutian tanpa gangguan orang awam.
Jika pengunjung suka mengembara, anda boleh menyewa bot dan mengunjungi setiap daripada pulau tersebut satu persatu.
Bagi mereka yang takut menyelam bolehlah mengunjungi Whale Submarine di Mali. Kapal selam tersebut merupakan kapal selam sebenar dan secara tidak langsung ia telah diiktiraf sebagai kapal selam penumpang terbesar di dunia.
Kapal selam tersebut juga boleh memuatkan 50 penumpang dan menjunam sehingga kedalaman 150 meter ke dasar laut.
Bagaimanapun, kanak-kanak berumur di bawah tiga tahun tidak dibenarkan memasuki kapal selam tersebut.
sapa tau kt mana dan di mana area???senang dan murah nk duduk??....senarionyer lbh krg mcm ni la...bini suka jln2 ngan shopping.......anak2 suka mandi2 kolam renang dan pantai........bapaknyer plak sgt suka memancg ...x kira la pantai ataupon atas bot........ada cadangan yg bole membantu?????......anggaran blanja kalu duk chalet atau hotel kadar sehari.(yg cheapest la)...????.....pleazzzzzze yoo
Cuba2 survey harga Flight ticket dr msia-maldives agak reasonable, tinggal hotel & pkg costs jer. Tapi flight tix dr tempat ku ni amatlah mahal Harus pergi dr kl.. (entah bila huhu)
coklatsusu posted on 10-1-2013 01:55 PM
anyone been to maldives? share la experience...
coklat, i went to maldives in oct 2010..stayed in south atoll..kuredu island to be exact..jauh gak dr male..so kena naik kapal terbang kecik tu utk ke pulau..bila nak p? plan nak stay north or sout atoll? tp maldives mmg cantik..yg tak best skit, everything is in USD..
Ingat nak pergi maldives tahun ni....
North or south atoll paling cantik?
I skrg tgh cari honeymoon pakej ataupun pakej all inclusive
Please sapa2 yang dah pergi...sila tunjuk ajar. tq
Keram posted on 6-4-2013 08:18 PM
sis, ceritalah lagi pasal maldives.
north or south yg cantik?
rata2 ramai yg ckp south atoll lg cantik..further south bertambah cantik lautnya..nak cerita lebih2 ambik masa skit sbb dah lama peginya in 2010..kena recall blk..tp everythg is in usd kat sana..sbb tu jd mahal semuanya..
Keram posted on 7-4-2013 11:17 AM
tq sis, south atoll yang cantik yer coz nak cari hotel kat area situ. tqvm
klu nak cari hotel jgn book direct dgn hotel..mahal...hari tu akak book thru agoda..dpt 70% diskaun..harga bilik yg rm8++ dpt rm 2++..untung byk tu..yg rugi masa duk hotel overnite kat male..700 lbh bayar utk tido beberapa jam..