CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Rilistix

CINTA

[Copy link]
Post time 10-11-2006 10:24 PM | Show all posts
apa pun skang buleh layan video clip andy flop poppy utk soundtrack cinta tu... i like..ANDY FLOP POPPY!
anyway my hubby yg tak suka tgk citer melayu pun mcm teruja nak tgk citer ni..hmm wonder jugak yer..best kot? tunggu ujung bulan ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2006 11:58 PM | Show all posts
tunggu.........
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2006 10:12 AM | Show all posts
i'm also very interested to watch this movie..tp takut jd cam saloon dulu...cinematography memang superb, tp jalan cerita hampeh...harap2 yg nih takla...
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2006 04:16 PM | Show all posts
khabir bhatia tu bukan ke yg selalu buat slot2 citer utk PANGGUNG kat astro tu...n dia ni dulu2 penah gak mengarah astana idaman zaman awal2 dulu lah....dia ni kalau bab sinematografi mmg superb
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2006 04:24 PM | Show all posts
at least kalo cinematografi superb ade la jugak yg bleh dipuji.....plus point jugak kalo soundtrack bagus.....pepe pun tunggu tayangan nanti camana.....bape bintang bleh kasi
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2006 05:22 PM | Show all posts
yupp!!! cam besh jer sejak akhir2 ni pilem melayu .. x sabar nk tunggu citer2 cam seram ni Cermin ngan Dukun
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-11-2006 08:14 PM | Show all posts
aku makin teruje nk tgk CINTA pas tgk  review kat melodi td...
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2006 09:45 AM | Show all posts
best ker citer nie??iklan bukan main banyak lagie.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2006 09:50 AM | Show all posts
i suker lagu cinta flop poppy nih.
makin lama dgr makin best....
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2006 10:59 AM | Show all posts
rasa nak tengok lah
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2006 12:36 PM | Show all posts
aku teruja nak tgk pasangan sharifah amani dgn pieree andrea....
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2006 01:19 PM | Show all posts

filem CINTA

Cinta tragis Que Haidar

Oleh Norhadiani Baharom
[email protected]

Ramai syak Que, Nanu bercinta

RAMAI tertarik untuk menonton filem Cinta yang akan ditayangkan di pawagam pada 30 November ini, hanya berdasarkan promo yang disiarkan melalui televisyen memaparkan pelakon remaja Que Haidar bersama Nanu Baharuddin.

Mereka tidak mahu melepaskan peluang menonton kisah cinta tragis antara lelaki muda dengan wanita tua dalam filem terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB) itu.

Perkara ini diakui Que Haidar atau nama sebenarnya, Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 27. Katanya, ramai teman-teman mengatakan perkara sama selepas menonton promo itu.

?aya sudah agak orang pasti ingat kami bercinta. Sebelum inipun ramai kawan-kawan dan peminat bertanyakan hal itu. Mereka ingatkan saya berlakon watak budak lelaki yang akhirnya jatuh cinta pada wanita lebih tua darinya,? katanya.

Que tidak menafikan, seandainya menonton suntingan thriller itu saja penonton akan terkeliru dan menyangka mereka berdua sepasang kekasih.

?ebenarnya kami adik-beradik yatim piatu. Saya pegang watak Dhani sementara Nanu Dyan. Dhani pelukis jalanan di Pasar Seni manakala kakaknya terbabit dalam dunia korporat. Dek kerana pemilihan cara hidup cukup berbeza, pendapat mereka juga sering bercanggah.

?hani bahagia dengan pilihan hidupnya tetapi kakaknya menentang dan malu dengan pekerjaan yang dilakukan Dhani. Iyalah, kakak seorang berpengaruh dan adik pula pelukis jalanan,? katanya.

Que menambah, konflik antara dua beradik ini meruncing apabila Dyan bercinta dengan suami orang sehingga mendatangkan masalah. Dia menjadikan Dhani tempat melepaskan marah dan tekanan.

Pada masa sama, Dyan mengesyaki adiknya mengambil dadah kerana keadaan Dhani yang selalu tidak bermaya dan pucat.

?isebabkan itu Dyan selalu memarahi Dhani, walhal dia tidak tahu Dhani menghidap sakit buah pinggang dan merahsiakan penderitaannya sejak sekian lama.

?uatu hari di tempat kerja, Dhani pengsan dan dibawa ke hospital. Barulah Dyan menyedari penyakit adiknya sudah kronik. Untuk menyelamatkan nyawa Dhani, penderma buah pinggang mestilah darah daging sendiri.

?erana terlalu sayangkan adiknya, Dyan bersetuju mendermakan buah pinggangnya. Sayangnya, dia mati demi menyelamatkan nyawa Dhani. Paling menyedihkan, mereka tidak sempat berbaik kerana sebelum insiden itu berlaku, mereka bergaduh,? katanya.

Jelas Que lagi, dia tertarik membintangi filem arahan Kabir Bhatia itu kerana terpesona dengan kebijaksanaan penulis skripnya, Mira Mustaffa dan Ara yang mampu mengangkat lima kisah cinta berbeza dalam satu filem.

?uat julung kalinya dalam filem tempatan menampilkan 10 watak penting iaitu lima lelaki dan lima perempuan. Semuanya ada pasangan dan kisah cinta masing-masing.

?da pengertian cinta pada kekasih, sahabat sehinggalah adik-beradik. Walaupun konteks percintaan setiap pasangan berbeza, mereka ada kaitan. Inilah yang hebatnya mengenai filem ini.

?eperkara yang tertinggal atau terlupa diangkat iaitu cinta antara datuk dan cucu lakonan Datuk Rahim Razali dan Bell.

?elain itu, filem ini tidak mensasarkan golongan kota semata-mata kerana jalan ceritanya langsung tidak seperti itu. Barangkali suntingan babak dan kualiti filem itu saja yang menampakkan ia agak moden,? katanya.

Selain Que dan Nanu, Cinta turut dijayakan Datuk Rahim Razali sebagai Cikgu Elyas, Fatimah Abu Bakar (Rubiah), Fasha Sandha (Azura), Pierre Andre (Taufiq), Eizlan Yusof (Azlan), Rashidi Ishak (Harris), Rita Rudaini (Airin) dan Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya (Ariana).
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2006 05:00 PM | Show all posts
Originally posted by firyanz at 13-11-2006 12:36 PM
aku teruja nak tgk pasangan sharifah amani dgn pieree andrea....


muahahaha me too!
piere nih makin hari makin handsome plak aku tgk
dah laaa aku minat sh amani tuh...rambut dia tuh aishhhh takde orang amik jadi duta shampoo ke
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2006 05:05 PM | Show all posts
Originally posted by apang at 31-10-2006 10:37 PM
bg aku 1st impression bila aku tgk promo kat TV mmg menarik giler .sampai aku tersalah tgk tarikh release dia.aku ingat 30 october rupanya 30 november.aku rasa cambest aje cite ni...



aku siap pegi panggung wayang lagik...tp heran apsal takde main cerita cinta nih....
last2 tgk cita the prestige (first time tuh aku gi wayang plan nak tgk cita melayu)
cesss rupa2nya salah tarikh...hampeh tol...
tp nampaknya aku bkn keseorangan muahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2006 01:07 AM | Show all posts
hihi aku pon teroja gak ngn cter ni esp pierre andre la..best dgr dia ckp.soft spoken hihi
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2006 02:17 AM | Show all posts
org akan teruje nk tgk pierre pas tgk dunia baru
cam aku lah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2006 10:47 AM | Show all posts
hoho..aku pun teruja nak tengok cerita ni..
tengok iklan cam best je..
pelakon2 nye pon sume best..:love:
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2006 11:31 AM | Show all posts
citer cinta ni tiru concept citer "love actually" tahun biler ntah...maybe ramai yg tak perasan..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2006 02:44 PM | Show all posts
apsal ramai yg dah tgk ni :stp:
nasib baek ada pierre....aku cuma suka lakonan pierre jer ;)
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2006 03:13 PM | Show all posts
aku pun mcm nak tgk je...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 01:05 AM GMT+8 , Processed in 0.136846 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list